Kepimpinan Hadi tidak dipercayai lagi

Nov 8th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Oleh: MSK

Bila aku kutuk PAS, orang kata aku cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bila aku kutuk PKR, orang kata aku nak melemahkan PKR. Tak sangka aku boleh buat macam tu? Kalau betui la …Sang Kelembai pun kalah kat Matsamankati.

Bila aku kutuk, tandanya aku sayang. Bila aku tak cakap apa-apa, tandanya aku dah meluat. Selepas muktamar yang lalu…aku berhenti mengutuk PAS. Pasai aku dah meluat.

Tapi hari ini, bila Dr. Abu Hasan Hasbullah membentangkan kajiselidik dia, baru ada orang yang ternganga. Itu pun..masih ada yang besar kepala…hanya mahu cerita yang menjadi halua telinga. Cerita-cerita yang tak baik…dianggap tahi telinga.

Semua teks yang dibawah diambil tanpa kebenaran dari Mstar.

Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di sini hari ini.

11
Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.

Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Sementara itu bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif.

2

“Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada,” kata Abu Hassan pada seminar yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.

Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.

3

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

“Barisan kepimpinan serta peserta seminar ini perlu memandang berat mengenai perkara ini, kebanyakan daripada jawapan-jawapan positif atau yang menyokong adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

4

Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.

5

Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.

Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.

6

Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik.

“Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata,” katanya.

Tags: ,

Afiat

27 comments
Leave a comment »

  1. Salam bro ..agak2 itu biskut ke kek ..? kah kah kah……wala wala jangan tuala busuk dah..?

  2. This Hadi fella’ is the ‘talam dua muka’ two faced devil personified ala Mahathir Muhammed. Pakatan Rakyat has gone through 6 months of disarray just because Hadi and Co. gave thought to what UMNO had to offer.

    To think that Hadi was offered the position of DPM scares the shit out of me personally. Think about it MSK, what does he bring to the table besides being highly knowledgeable about carnal matters. The Prophet ‘kahwin empat’ at a different time and age but this Hadi fella’ and members of the 4 wives club take it as an injunction and thus, making a mockery of civil society and Islam.

    Don’t be surprise Hadi is all in support for celestial marriages(kahwin misyar), contract matrimony which actually equates/promotes an all-you-can-eat buffet to satisfy an never ending lust. While many of us strive to work towards a progressive nation, here we are confronted with members of the 4 wives club who will impose a burden on the rest of the nation.

    Long story short, if Hadi thinks he is ably qualified to occupy the position of DPM, he better think again because M’sia cannot afford such pipe dreams. Our petroleum production has reached a point of diminishing returns and current gains generated has not/never been put to good use.

    Stealing by UMNO is one thing but they are equally bad/irresponsible in ensuring that the capital generated is put to work in the most efficient way to generate an income stream for future generations. Our southern neighbours are prime example of how earnest effort pays off in the long run. They started with bare tangible assets while M’sia have all the resources the world could command and look where they are at present and where we stand by comparison.

    We should all be angry and die of embarrassment pondering how dire the situation that the nation has hit a wall while UMNO continues laying the path for absolute destruction.

    Take just one situation that plays out in real life on a daily basis ; imagine the plight of parents who are so poor, work their butt’s off but still end up being threaten with poverty and not being able to make ends meet. Everyday ‘kayuh’ but still not making headway to improve themselves and consequently their children become casualties/victims. To me, it is a crying shame many a child in M’sia have elementary education or not go to school at all. Take a look at Sabah and the growing numbers of street children MSK and I assure you, the sight is a heart breaking one.

    Serious thought must be taken to assess reality. UMNO and the likes of Haji Hadi will beggar the nation, no need for debate for it will happen. A message needs to be driven home ie. Dia orang punya sial, budak-budak yg akan jadi mangsa.

    Still, it is left to us, members of civil society whom demand better who are going to save the nation from going to the dogs. Let us hope it is not too late and that we have time to turn this ship around.

    Enough for now MSK as I can go on condemning Hadi, UMNO and rightfully so. Regards as always MSK and I hope all is well with you and family.

  3. Tak ada carta pai pasal yang sokong dan tak sokong Mustafa Ali dan Hasan Ali ke?

  4. kalo hasan & mustapa - tak guna carta pai, carta keropok emping sbb nipis sngat sokongan pada mereka , sekitar 0.5-1%

  5. Siapapun boleh komen. Namun, apa sekalipun pendapat kita, ia TIDAK SEMESTINYA BETUL! Dari banyak2 komen yg diutarakan di dalam blog2, saya dapati sebahagian besarnya tidak dapat tidak, mengandungi perkara2 berikut :

    1. Persepsi pemberi komen itu sendiri
    2. Guesswork (sangkaan yg tidak dapat dibuktikan kebenarannya).
    3. Tersasar / off-target
    4. “Merayau” teralu jauh / blown out of proportion dgn andaian, telahan atau pandangan pribadi
    5. Prejudis

    dan lain2 lagi yg tak perlu disebutkan (misalnya “mengata” mana-mana individu/ orang)

  6. Untuk PRU 13 kalau hal ni tak setel kena cari calon bebas pro Pakatan Rakyat bertanding dikawasan yang ditandingi PAS vs UMNO. As a backup!

  7. Tuan MSK,

    Bila tadbir Ganu kemudian kalah, org lain menang (Prk, Sel, Ked, Kel) Ganu kalah jugak… Pimpin PAS berkecamuk dlm PAS….Tgk la pilihan dia jd Pesuruhjaya PAS negeri2. Tu pun ada hati nak jadi PM….

  8. nasaei,

    bagaimana persepsi terbentuk? bukankah dari ucapan dan tindakan, dari peristiwa2 yang berlaku? yang melibatkan pemimpin, bukan you and i. tak siapa pun pedulikan apa you and i kata, bertindak, terlibat dengan peristiwa mana.

    sangkaan yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. pertemuan dalam gelap diperakukan sendiri oleh pihak sana yang bertemu dengan pihak sini. sangkaan?

    tersasar/off target. muktamar ke 54 dan k3 55 memutuskan “memperkasakan pakatan rakyat”. rentetan peristiwa selepas itu jelas menunjukkan bahawa tindakan kepimpinan dilihat “tersasar” jauh dari keputusan muktamar. ia diulang2 selepas muktamar ke 54. diulang2 selepas muktamar ke 55 walaupun muktamar ke 55 dilihat sebagai perakuan untuk mendaulatkan keputusan muktamar ke 54.

    merayau terlalu jauh / blown out of proportion. komen2 diasaskan kepada faktor2 yang telah membentuk persepsi. membincangkan kebarangkalian/kemungkinan besar sesuatu itu berlaku berdasarkan faktor2 yang terkumpul. pada masa yang sama, oleh kerana sebab2 yang hanya pengomen tahu, dia mempunyai maklumat benar tetapi perlu di’sembunyi’kan bagi menjaga keselamatan sumber. janganlah diperlekehkan pandangan seseorang kerana dia mungkin, mungkin, lebih tahu dari kita. dia mungkin mempunyai maklumat yang tidak ada pada kita. sebagai contoh, si A ada kereta berdaftar http://WWW. suatu hari, pengkomen melihat kereta itu diparking di depan darby park. apa keja dia di darby park? siapa ada di darby park? siapa dia temui di darby park. maknanya si pengkomen ni ada additional information yang kita tidak ada. additional information ini dikaitkan dengan faktor2 yang membentuk persepsi tadi.

    prejudis. ini timbul dari ketidakupayaan kita menerima pandangan orang lain.

    “Namun, apa sekalipun pendapat kita, ia TIDAK SEMESTINYA BETUL!”. buat apa bagi pendapat sekiranya kita mengandaikan pendapat kita tidak semestinya betul? kalau dimita pendapat oleh teman karib kita, adakah kita mahu memberi pendapat yang tidak betul? kita akan cuba sedaya upaya, setelah memahami keadaan dia, memberi pendapat yang boleh membantunya, tidak gitu?

    kebimbangan ramai terhadap pas akan kehilangan sokongan sudah terbukti dengan pandangan dr abu hassan. dr abu hassan agen umno? kalau pun ia dia agen umno, apakah pandangan beliau tidak boleh digunakan untuk memulihkan kemerostoan sokong terhadap pas? tidak bolehkah diterima, ada betulnya pandangan beliau? apa perlu dipersoal 2,000 responden, boleh caya ke?

    apa yang berlaku, kesimpulan dari mesyuarat khas dan seminar memperkasakan pas (”memperkasa” lagi) adalah usaha untuk menolak pandangan2 dari luar. kalau ada hadirin yang datang siap dengan soalan2 untuk menghentam dr aziz bari, maka tidak keterlaluan jika saya nyatakan di sini bahawa “titah” penutup presiden juga sudah disiapkan beberapa hari yang lalu.

    percayalah, mesyuarat khas dan seminar memperkasakan pas tidak akan ke mana selagi unsur2 yang menyebabkan pas mula “ditinggalkan” masih gah di jalan raja laut! tengok sahaja gelagat abu bakar chik. di mesyuarat khas mengina tgna, di seminar menghina tetamu!

    Ya Allah, tiada lagi tempat untuk aku mengadu kecuali kepadaMu. Jika benar wujud dalam mana2 hati pemimpin kami untuk bersama dengan umno, Engkau musnahkanlah mereka, Ya Allah. Sekiranya mereka dianayai, Engkau musnahkanlah mereka yang menganayai mereka Ya Allah.

  9. Abang Mat …

    PAS ni never learnt ! Tegur tak boleh … bukan tegur secara membabi buta tapi dalam program intelectual lagi tu … pastu siap dengan fakta lagi tu … masih tak boleh terima. Rasa meluat yang amat sangat dengan penyokong PAS yang macam ni. Kalau nak tulis emmmmm panjang lebar rasanya keangkuhan seglintir keangkuhan penyokong PAS ni. Namun apakan daya .. itulah hakikatnya.

    Kesimpulannya PAS gagal mentarbiah ahli termasuk pemimpinnya sendiri. Nak kata pergi mampus lah kau PAS kesian pulak … sayapun ahli Pas… arghhhhhhhhh …. DUIT punya pasal tercabut jubah dan sarban segelintir ahli PAS ni… Jangan terkejut kajian saya di Kota Bharu dengan UIA … jika mereka leka PAS bakal tewas banyak kerusi di Kelantan PRU13 nanti …

    Sekarang bukan DAP or PKR beban kepada pakatan rakyat tapi PAS!!!

  10. Nik Aziz ni memang ada foresight and visionlah. Dia dah nampaklah kalau Pas tidak dibersihkan dari anasir2 yg ProUmno, alamak Pas akan mengalami nasib spt diGE2004.

    Prof Aziz Bari pergi kritik Pas sebab dia sangat ‘concern about Pas future performance dlm GE nanti’. Macam Nik Aziz juga dia tak mahu Pas mengalami nasib GE2004. Pergi Seminar tu, left and right dia kena hentam. Punya lah bodoh pemimpin2 Pas ni. As an observer, Prof Aziza sudah nampak kelemahan dan alur-tuju kehancuran Pas. Apa yang dia tulis dan kritik adalah persepsi orang ramai terhadap Pas sekarang. Itu melaun dari Tengganu Abu Bakar Cik punya lah bodoh dan kebudakannya dengan cakap, ‘ aku tak nak lihat muka Prof Aziz’. Adake orang macam ni bolih jadi pemimpin Pas. Bodoh sombong.

    UG adalah perangkap samar( booby trap) yang dipasang olih Umno. Hadi dan geng telah terpijak booby-trap Umno dan akibatnya sebelah kaki Pas keseluruhannya telah tempang. Nik Aziz pula can smell the booby trap a mile away. Itulah beza Nik Aziz dan Hadi.

    Tak kiralah Hadi & the Geng mahu undur atau tidak; atau bagitahu satu dunia UG is closed. Damage has been done. Seperti kata Prof Aziz, nak selamatkan Pas Hadi & the geng should go.

    Aku bukan penyokong Pas atau PR. Tinggal lagi tak pernah dalam hidup aku pergi undi Umno/BN. Sebab aku tahu Umno parti lanun atau parti setan dan mesti dihapuskan kalau melayu dan negara malaysia nak selamat.

  11. Aku setuju Non Partisan….Peristiwa ini mengajar kita…TUA ke seperti ABC tu…MUDA ke seperti…BUKAN ULAMAK ber Phd. ke…BUKAN ukuran KOMITED kepada VISI dan MISI yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW…berada dalam parti berjenama ISLAM belum tentu…BETUL2 memperjuangkan ISLAM…kebanyakan mahu MENGKUDA orang dan situasi..agar dapat FAEDAH PERIBADI…hal ini telah merebak dalam SEMUA parti politik….jadi PRU13 ni…kita jangan pangkah LAMBANG lagi semata2…Islam tak Islam..Umno ke Pas ke PKR ke..kita kena PILIH KUALITI CALON….supaya dewan tak penuh dengan KATAK2 yang pentingkan DIRI…RAKYAT dikemudiankan…kuh…kuh..kuh…

  12. Elok Blogger PKR lancar kempen keluar dari pakatan dengan PAS…
    Hal rumahtangga PAS akan menyebabkan PKR akan hilang beberapa kerusi nanti…
    Jika ada PRK sekarang yang melibatkan PKR mungkin mereka akan menerima seperti nasib PAS di Bagan Pinang…

  13. Saya bersetuju dgn. anda Sdr. Hussin Abd Aziz (di atas). Saya tidak bermaksud tiada kebenaran langsung dalam komen-komen yg diutarakan, tetapi disamping ia (mungkin) tepat, namun ia juga mengandungi elemen-elemen yg saya sebutkan. Juga tidaklah saya beranggapan SEMUA komen begitu halnya.

    Benar, kita (manusia), disamping fakta yg ada pada kita, satu cara lain kita mengetahui sesuatu (apa juapun) bukan sahaja melalui sumber2 yg sahih, tetapi juga dengan cara pengamatan (observasi). Dan observation ini didapati melalui pancaindera (telinga, mata, akal) serta interaksi. Maksud saya, kalau ada asap berkepul2, ada kemungkinan terdapat api di situ (biarpun kita tahu bukan semua yg kelihatan spt asap dihasilkan oleh api). Kata orang, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.. Pendapat saya juga ada dua kemungkinan (1 tidak benar; 2) benar. Jarang sekali yg half truh atau separuh benar. Pada saya jika sesuatu itu ’separuh benar, ia sebahagian lagi drpd nya adalah salah. Elok (pada saya) ia dianggap tidak benar saja, kerana keadaannya yg mengandungi ‘ketidaktepatan’ atau ‘tidak benar’ sebahagian drpd.nya).

    Saya bukan merujuk kpd mana2 isu spesifik, atau orang-orang tertentu tadi (BUKAN prof Aziz Bari/ Dr. Abu Hassan / TGNA/ TGHH).

    Tujuan saya memberi komen seumpama itu tadi ialah agar kita (pemberi komen) berhati-hati.

    Saya berdoa semoga PAS kembali kukuh dan menjadi ‘wadah’ bagi kita membebaskan negara dari cengkaman Umno/ Be End, terutamanya pada PRU-13 nanti. InsyaAllah.

  14. [...] Kepada yang belum melihat data-data yang dibentangkan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah semalam, boleh lihat di sini (jangan klik jika anda termasuk dalam golongan [...]

  15. kajian drpd responden 2000 org boleh menhatuhkan presiden pas…hehe. Mmg terror barua amno buat ‘kajian’ tue… seperti ckp TG presiden, kita sentiasa dengar kritikan tapi tak semestinya ikut…

  16. Kepada mereka yg masih tak berpuas hati dengan Geng UG dalam PAS, pastikan mereka-mereka ini tidak akan diberikan undi lagi dalam PRU akan datang…

    Hanya undi rakyat yang akan menetukan…nak harap TGHH dan suku sakatnya, dah nampak mcm 2 X 5 sama dengan UBN…

    Kepada penyokong PAS, nak ‘wala’ sekalipun biarlah bertempat…penyokong yang cerdik dan merdeka adalah tidak taksub kepada pemimpin dan tidak hanya menerima arahan atau menjadi Pak Angguk semata-mata. Jika jelas pemimpin itu telah mula ’senget’ maka adalah menjadi kewajipan kita semua untuk memperbetulkannya…

  17. Ikut fahaman aku, 6,666 ayat (AlQuran) terkandung dalam 7 ayat (Al-Fatehah) dan 7 Ayat ini terkandung dalam 1 Ayat (Bismillahirahmanirrahim). Bismillah - Dengan Nama Allah yang bermakna semua perlakuan dan percakapan haruslah kerana Allah. Ingat! Nabi pernah berpesan, di akhir zaman umatku umpama buih di lautan, hanya sedikit saja yang diterima amalannya. Ni ingatan untuk semua umat Islam merangkumi semua bangsa, negara dan parti!
    P/S: Nash Arrawi, kalau aku salah tolong betulkan.

  18. aku rasa eloklah geng2 blogger ni tubuh PARTI BARU…yang diketuai oleh org sperti Mat Pendi, Perisik rakyat, Tulang besi dll. aku cabar hampa tubuh & menguruskan parti mengikut perlembagaan sebenarnye…jgn bertopengkan blog untuk menegakkan kebenaran konon….bila bgi jwtn dalm parti..tak puas hati, letak jawatan, mudah sungguh & tidak bertanggungjawab……lepas tu kritik dalam blog…org yang jenis kritik dalam blog ni adalah org yang jenis tak bertanggungjawab……baling batu , nyorok tangan. jenis org yang berparti depan komputer je…tp berorganisasi tak sanggup..piiirah…

  19. aku ingat torres pndai men bola je….pndai cakap melayu plak tu…hahahahahakkk
    pe pun setuju dgn torres….

  20. serius :
    tgk blog adukataruna - ada cadangan di buat konvensyen para bloggers yg pro PR. tak kisah la apa parti/nngo sekalipun

    disitu bole dibuat perbincangan, diskusi & usul utk kepimpinann PR..
    parti dlm PR pun dah mula nak konvo ape…(mula nak duduk semeja semua peringkat..)

  21. Puak primitif tak pakai carta pai .kalau berperang boleh guna senjata ori batu, kayu dan sebagainya .satu lagi mana boleh terima nasihat org lain

  22. Is Hadi bound to lose his Tanjung Rhu constituency and Marang parliamentary in the next PRU-13?
    Mungkin. ( I hope not). GARA-GARA kerajaan perpaduan!

    Apapun aku berdoa moga-moga PAS kembali puli dan kukuh.

    Aku salute TGNA. Dia istiqamah, tetap teguh dgn prinsipnya. Consistent. Orang macam dia barulah dihormati oleh kawan dan lawan!

  23. Chor,

    betulkah jumlah ayat alQuran ade 6666 ayat…. jgn lah bagi fakta mengelirukan…

  24. manusia memang pandai menilai org daripada luaran,manusia mmg pandai menyanggah pendapat orang tanpa dia sedari diahanya pandai menyanggah tapi dia lupa untuk memberi pendapat selepas apa yang dia sanggah.UMNO memang pandai memunipulasikan keadaan semasa sebab dia semamangnya slah satu jelmaan Dajal untuk ahkir zaman.UMNO sendiri cuba sedaya upaya agar manusia sekeliling agar jangan mudah mempercayai golongan alim ulamak unutk membimbing kehidupan mereka .hanya golongan intelektual yang berpegang kepada prinsip sekuler sahaja yang layak memimpin manusia.dalam kehidupan kita tak salah tegeur menegur tapi masalah apa yang terjadi sekarang masalah yang sudah selesai puak puak umno ini tetap panas panaskan.adakah kita ini betul seperti yang diungkapkan oleh Mahathir “melayu mudah lupe”.sebagai seorang ahli PAS pada akhir ini aku lihat cubaan pihak tertentu menjadikan parti yang memperjuangkan Islam ini sebagai sebuah parti yang xtrem dan ganas.bukan pada hari ini tapi sebelumnya.
    INI cerite sebenar yang aku dengar daripada telinga aku sendiri.ada seorang hamba Allah datang berjumpa dengan aku lalu berkata “Hj Zainuddin (adun PAS Perak) @pak din kalau bertanding lagi untuk pilihan raya yg 13 ni kalah teruk”aku pun tanye pasai aper yop dia pon jawap”sebab buat kerja untuk dia duit susah nak dapat”aku pun mengeluh”masyallah macamnan ler kite nak ubah persepsi manusia nie daripada buat kerja sikit nak upah yang peliknya nak repair rumah sendiri pon nak upah”perghhh memang susah bile duit dah jadi tuan.Kalau korang nak tahu pasai aper aku boleh pergi ceramah anuar Ibrahim sekarang nie sebab dia dengar nasihat daripada 2 orang tok guru dari PAS agar kita jangan sesekali”menyerang peribadi sesorang walaupon benda itu menyakiti hati kite”
    ape yang aku nak simpulkan kat sini memang susah pada dunia akhir zaman nie nak menerima kepimpinan ulamak.memang betui ulamak pon manusia tapi setiap perkataan setiap perbuatan setiap keputusan adalah kurnian daripada Allah.

  25. Adakah TGHA mengulangi lagi isu UG ini selepas mesyuarat khas baru2 ini.????
    Tapi blogger2 PR yang maksum masih lagi bermain dengan isu2 seperti ini…
    Nah sekarang kepada pembaca anda nilailah sendiri siapa yang sebenarnya memanaskan isu2 ini..
    Adakah media UMNO ataupun media PR???
    Atau pun ramai blogger PKR yang dah lompat parti tetapi masih menunggu wang royalti baru akan di umumkan ….agak2 nyalah…
    Blog Perisik rakyat sekarang nie sudah jadi blog menghancurkan PR dan aku takut Blog Perak express juga akan mengikut langkah…
    Maka blog yang tidak memainkan lagi isu rumahtangga PAS akan menjadi perhatian…

    Bila aku kutuk PAS, orang kata aku cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bila aku kutuk PKR, orang kata aku nak melemahkan PKR. Tak sangka aku boleh buat macam tu? Kalau betui la …Sang Kelembai pun kalah kat Matsamankati.—MSK.

    Sekarang kepimpinan sudah mendengar nasihat anda…jadi masanya pula anda untuk mendengar pandangan mereka….

  26. Guna akal dan pikiran.. inginkan PAS terus kukuh untuk tempoh yang lama atau inginkan TGHA terus kekal selama lamanya..

    Pilih 1 antara 2..

    tidak mungkin kita akan melihat TGHA ini kekal selama lama nya jika kiri dan kanan beliau di Penuhi dengan Idea UG,, sementara Apakah kita sangup mengorbankan PAS demi melihat idea TGHA ini bercambah?

    itulah yang kita bincangkan .. bukan ingin mengutuk mahupun mengata..

    (Kepada guess Kopiah Putih)
    Jika anda kata isu ini di mainkan oleh puak puak UMNO, media media UMNo muhupun perisik2 UMNO.. lihatlah dengan Jelas dan sejelasnya siapakah sebenarnya yang mereka serang TGHA atau TGNA?

    aku mengibaratkan TGNA seperti Yasser Araffat dan UMNO ini seperti Israel..
    sehingga kini “Najib and the geng” (Termasuk sekali dengan Tun mahathir) mereka mereka ini kalau boleh ingin melihat TGNA di jatuhkan .. kerana kejatuhan TGNA akan memudahkan UMNO menyerang Kelantan dan seterusnya melumpuhkan Penguasaan PAS di Persada Politik Malaysia.. apakah kita sedar pekara ini..

    Dan sekali lagi aku bertanya kepada geng geng Pro TGHA dan juga ahli ahli PAS.. lihatlah dan tanyalah pada diri kita ini.. anda lebih sayangkan PAS atau TGHA?

    mana satu yang lebih utama..?

    Pemimpin datang dan Pemimpin Pergi……..

  27. KUSebam,

    ko kenal ke Yasser arafat…. kenapa ko samakan TGNA dengan yasser arafat…dah lain mcm bunyinyer…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.