Ada penulis blog bohong?!
Nov 8th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Blog TerpilihMisbahul Munir
Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.
Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.
Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.
Foto muka depan oleh Sya, arkib PerakEx Press



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Queh queh Queh, tak tumbuh tak melata tak sungguh org tak kata, ini satu dunia dah kata….bukan teman kata…?
kenderaan PAS vs permikiran rakyat 1 malaysia…….
bro bikirperak,
kalau datang satu2 berita, selidikla dulu samada ia dtg dr org beriman atau fasik.
tak sungguh org tak kata? tp sap yg kata? ajk pas pusat atau blogger munafik yang tak dok dalam meting tu?
ajk pas pusat dari negeri kat selatan kata, dia pon pening ada ke abu bakar kata camtu
sebab yg dia pasti mmg takde. so dari mana blogger munafik tu dpt citer
Mungkinlah tindakan ABC semasa SEMINAR tu…begitu sopan terhadap PENCERAMAH yang kita jemput sebagai TETAMU…dalam mesyuarat pulak…. ABC…mungkin TERLABIH2 sopan santun lagi kot…maklumlah sesama PAS…
Kalau Presiden pun berbohong tentang perjumpaan dalam gelap…inikan pulak blogger. Ikan busuk dikepala.
Salam.
Saya berharap sangat para bloggers yg ada iman tidak senang2 paparkan berita2 yang tidak ada bukti sahih atau benar dan membawa fitnah, samaada sengaja atau tidak, semata-mata sebab berita blog itu ’sealiran’ dgn pemikiran kita! Walaupun bukan niat nak fitnah, tapi bila bawa berita blog pemfitnah, kita sama2 jadi pemfitnah!
Allahu ‘Alam.
Sallehan, Semenyih.
Subhanallah…..
Tak habis habis lagi cerita sana fitnah,sana di sanggah sana bohong .
Ape nie,kita sudah bosan lar…
Sudah sudah dan cukup ler tur…
Tiap jumaat kita di peringgatkan.,
Agar takutkan Allah dan beriman lah dgn sasungguh nya.
Jika berlaku perselisihan mari kita kembali ke tali Allah.
Ini bukan lagu,bukan kata pujangga.,ini peringatan dan seruan Allah.
Dok sibok ungkit itu ini ini itu sampai bila nak habis???
Warta Maya,Al Hussein,Albanjari,Ajoi,dan termasuk blog nie ada saja cerita yg.bukan membina tapi mirip kearah menghancurkan nya.
Malu lah pada kami yg.baru nak berjinak jinak dgn perjuangan Islam.
Tapi kalau dah Lebai,yang berketayap,yang berjanggut,yang berjubah,yang Tua tua yg.entah esok lusa dah nak habis gas macih berperangai mcm budak budak darjah 2.
Apa yg.nak kami warisi bagi mengyakinkan genarasi muka????????????????????????
tak mustahil Bakar Chik herdik Tok Guru Nik Aziz, masa seminar di taman melwar tu bukan main lagi dia belasah Prof Aziz. Cara dia lepas kemarah pada Prof Aziz Bari amat memalukan, lebih-lebih dari seorang yg bertitle ulama dan pimpina PAS…
org boleh berubah.. apatah lagi bila ada kepentingan… tindak-tanduk semasa seminar lebih cenderung utk mengiakan…PERSEPSI …..PERSEPSI…..
Pada Misbahul Munir sila baca yang ni. Aku memang tak tahan bila orang berbohong, sama ada yang lebai atau bukan.
http://perakexpress.com/www/2009/11/09/bohongmania/
spekulasi…biasalah. takkan pejuang islam tak tahan kena fitnah, maki…ni biasa saje. TG presiden kene kritik direct dlm seminar bebaru ni…rilek jer… akhirnye nanti kebenaran akan muncul jugak…
Assalamua’laikum,
Harap Abg MatSamanKati dapat tulis dengan lebih keras lagi …apo nok jadi…?…
sabo yob.. aku taknak menafikan dan taknak mengiyakan, cuma aku harap benor ada blogger yg pergi jumpe TGNA sendiri, tanya pd beliau… betul ke x berite ni, dan aku harap benor tok guru kata tak betul, jd selesai kes.. amacm ada yg nak pegi tanya tok guru sendiri…
Teman berharap ..benor ada blogger yang datang tempuh hari bawa perakam………wow….?????? Mesti ABC caior jadi AYEOR BATU CAMPURRR….KAH KAH KAH..!!!!
BERCAKAP BENOR WALAUPUN PAHIT MACAM JADAM. (…..Jadam pahit ke la ni no……….?)
Abu Bakar Cik pun kau orang jadikan satu cerita yang besar…..
Habis tu nak mintak Presiden PAS buat EGM pulak ka pecat beliau..
hahahahaha…
Siapalah yang bawa cerita ini….kalau betul pun perkara ini berlaku itu hak dia, dia yang tanggung…jika laporan blog itu tak benar tukang yang sambung cerita pun dapat sikit saham….
UMNO senyum kambing tengok blogger PR lawan selak kain……..
ABC ada baca ke blogers tulis ni…kalau ada tolong buat penafian..boleg tambah lagi pemimpin kaki bohong dalam PAS ….lepas ni kita boleh masukkan dalam satu guni…kita hanyutkan kat sungai terengganu…faham ke ayat ni…maaf sy kurang ajar sikit…sebab pemimpin saya ajar macam tu…kalau kita kurang ajar…jangan harap ahli nak hormat kita…
ABC dan pemimpin PAS terengganu elok la berundur..komer ni jadi liabiliti jer..aku confirm Terengganu selagi ada ABC and The Gang memang sampi biler pun PAS tak boleh menang kat Terengganu…AKU BERANI POTONGGGG!!!!