Reformasi PKR (2)

Nov 7th, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana

Oleh: M3M

Ketuanan Rakyat adalah slogan keramat yang juga salah satu manifesto Pakatan Rakyat. Ia merupakan salah satu faktor yang berjaya menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12 dahulu.

Namun, sehingga kini, ramai yang masih samar tentang apa sebenarnya Ketuanan Rakyat itu?

Aku malas nak buat analisis terperinci tentang maksud dan ‘discourse’nya tapi memadailah dengan definasi ringkas, mengikut pemahaman rakyat marhaen. After all, mereka inilah sasaran kita. Kalau perlu diperjelas dengan lebih mendalam… itu bukan kerja aku, tetapi mereka yang come up with the idea. Its thier idea, so.. lebih afdhal jika mereka yang buat penjelasan.

Aha… apa itu ‘Ketuanan Rakyat’??

Rakyat ialah TUAN atau big boss dalam negara. Ya… RAKYAT, dan bukannya pemimpin. ataupun parti. Itulah yang sepatutnya. Sebab… rakyat yang pilih pemimpin dan kuasa terletak di tangan orang yang memilih bukan yang dipilih. Malah, gaji mereka pun dibayar oleh rakyat. Jangan lupa atau buat-buat lupa. Makan gaji jer weh…. Ada faham??

Pemimpin pulak??

Mereka adalah barua rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat untuk bekerja untuk rakyat dan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. and not the other way round. Mereka mesti taat dan patuh kepada kehendak dan aspirasi rakyat. Itu tanggungjawab mereka!!

Akan tetapi…. oleh sebab, pemimpin ini cerdik, melalui parti politik yang ditubuhkan, mereka gunakan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk memanipulasi dan membonsaikan pemikiran rakyat, sehingga rakyat menjadi banggang. Pemikiran dan persepsi rakyat tentang siapa TUAN, telah berjaya mereka ‘tune’kan, demi survival politik mereka. They hold the supreme power and rakyat menjadi hamba mereka. Alahai… malangnya nasib rakyat Satu Malaysia.

Sebab itu, rakyat berjaya dibarua dan diper’kuntakinte’kan oleh pemimpin. Kejayaan inilah yang membuat para pemimpin rasa besar kepala, kerana mereka sudah berjaya menjadi TUAN atau big boss kepada rakyat. Ini telah berlaku hampir 52 tahun oleh UMNO/BN iaitu parti yang memegang kuasa pemerintahan negara. Lingkup rakyat dan lingkup negara di bawah cengkaman mereka!!

Oleh sebab, yang memegang kuasa ialah parti maka partilah sebenarnya yang menjadi TUAN. Kuasa itu diperturunkan pulak kepada para pemimpin yang menganggotainya. Ooohh… apa lagi, mereka pulak perasaan yang mereka itu TUAN. Rakyat pulak dijadikan hamba. Kita seolah-olah kembali semula ke zaman fuedal. Aha… feudalisme era moden!!

Lantaran itu, timbul kesedaran dalam kalangan para pemimpin pembangkang bagi memperbetul semula persepsi rakyat tentang konsep ketuanan ini. Dan, untuk tujuan itu, maka lahirkan konsep Ketuanan Rakyat. Yes… to remind the people that they are actually the BIG BOSS. The BIG BOSS of the country!!

If this is so, mengapa konsep Ketuanan Rakyat ini tidak diketengahkan dan diserapkan ke peringkat parti. Mengapa tidak ia dipraktikkan melalui parti dahulu, dan seterusnya ke peringkat negara. Ini penting untuk memberi persepsi, yang kita cakap serupa bikin.

Mengikut amalan sekarang, parti dianggap sebagai TUAN dan akar umbi kena akur dengan apa jua keputusan parti. Oleh sebab, TUAN telah menggunakan kuasa mereka, keputusan yang dibuat, akan mengikut selera dan budi bicara pucuk pimpinan parti tanpa merujuk kepada pandangan serta saranan akar umbi. Contohnya, dalam perlantikan pucuk pimpinan parti di peringkat negeri. TUAN iaitu parti mempunyai kata putus. Akar umbi terpaksa telan apa yang diberi.

Di sinilah amalan patronage politics digunapakai. Tujuannya mudah… untuk mengukuhkan kuasa pucuk pimpinan parti di peringkat pusat. Kekadang, mereka yang dilantik tidak kena dengan selera akar umbi. Malangnya, apabila ini berlaku, maka akan timbullah konflik. Ada akar umbi yang menentang dan memprotes perlantikan parti secara terang- terangan, seperti yang berlaku di Sabah. Ada pula secara diam-diam dengan tidak memberi kerjasama kepada ketua yang dilantik.

Begitu jugalah dengan pemilihan calon-calon dalam pilihan raya. Semua keputusan dibuat oleh parti. Suara akar umbi tidak dipeduli dan diketepikan. Calon yang dipilih biasanya ada connection dengan orang-orang tertentu dalam parti dan yang boleh memanfaatkan kepentingan ‘orang’ tertentu tersebut.

Kualiti calon tolak ke tepi. Reliable ke, tak reliable ke.. tolak ke tepi. Mesra rakyat ke, tak mesra rakyat ke… tolak ke tepi. Komited ke, tak komited ke kepada perjuangan dan idealisme parti, tolak ke tepi. Rakyat suka ke, tak suka ke… tolak ke tepi.

Lantaran itu, calon jadi besar diri, ego serta meganggap diri mereka sebagai TUAN kepada rakyat yang memilih mereka. Mereka lebih memberi fokus kepada parti dan kepentingan diri daripada rakyat. Mengapa?? Sebab parti yang mencalonkan mereka sehingga mereka bergelar YB. Yang Berhormat konon… piiirrrraahhh!!!

Akhirnya, calon yang dipilih, underperformed dan apabila tak tahan diasak, mereka membuat keputusan untuk menjadi katak. Mereka bukan saja mengecewakan akar umbi serta rakyat tetapi TUAN mereka, iaitu parti. Parti jadi porak peranda dan rakyat hilang kepercayaan kepada parti. Takut nanti, dalam PRU 13… kita melopong. Masuk angin keluar asap!!

Anwar, sebagai penasihat party PKR, sepatutnya peka akan keadaan ini. Reformasi dalaman perlu diadakan terlebih dahulu. Antaranya, ialah cara perlantikan dan pemilihan pemimpin parti diadakan. Gunapakai konsep Ketuanan Rakyat supaya nampak yang PKR serius mendokong konsep atau slogan itu, malah mengamalkannya dalam parti. Tak da maknanya kalau setakat promote saja tapi tidak direalisasikan, terutama di dalam parti.

Biar cara perlantikan pemimpin bermula dari bawah dan dibawa ke atas. Akar umbi menentukan pemimpin dan parti hanya meng’endorse’kan ketetapan yang dibuat. Melalui cara ini, akar umbi dapat menggunakan kuasa mereka sebagai TUAN untuk menentukan dan membuat pilihan, siapa yang mereka mahukan sebagai Yang Berkhidmat. Yes… Yang Berkhidmat iaitu mereka yang layak dan sanggup berkhidmat dengan taat dan setia kepada TUAN mereka iaitu rakyat.

Dengan cara ini, sesiapa yang ingin menjadi pemimpin atau Yang Berkhidmat, mesti lulus tahap piawaian mengikut standard yang ditentukan oleh TUANnya. Mereka yang tak lulus atau tak mencapai tahap piawai… kita REJECT!!! Mereka yang underperformed… kita REJECT!!!

Biar mereka tahu… who is the boss, aha… siapa TUAN yang sebenarnya. Ini akan membuat mereka berfikir, dua, tiga malah berkali-kali… apa dan siapa priority mereka??? TUAN iaitu rakyat yang memilih mereka, parti atau kepentingan diri??

Melalui reformasi seumpama ini, insyaAllah, kita akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih berkualiti, dedikasi, jujur, amanah, bertanggungjawab, bermoral serta sedar diri.

Harapan kita…. mungkin juga suatu hari nanti, kita dapat memilih para pemimpin bukan berdasarkan parti tetapi berdasarkan credibility

Tags:

Afiat

2 comments
Leave a comment »

  1. Reformasi sepatutnya berterusan. Malangnya, reformasi diri yang sepatutnya berterusan telah terhenti. Yang tinggal kini hanya sebagai slogan yang tiada bermakna apa-apa.

  2. PKR dengan Wan Azizah jadi presiden tu hebat sangat ke…..ape jawapan kepada masalah adun PKR yang lompat parti ni….2 ekor dun PKR di Perak yang menyebabkan kerajaan PR jatuh, ape cerite….1 ekor di Selangor yang lompat ape cerite….PKR Sabah ape cerite…..Zaid Ibrahim ape cerite…..
    Ape statement Wan Azizah sbg Presiden PKR…takkan nyorok belakang punkok anwar kot…anwar sebagai penasihat je…korang nak cover masalah PKR, korang hentam PAS gile2…..ape kerje PKR ranting buat, ceramah & gerak kerja PAS yang banyak buat….PKR asyik menumpang program PAS je….jd penceramah undangan….yang organise program ceramah semuanya org PAS….tengok di Kuala Kangsar dah le….ape PKR buat kerja ….hampehhh…ada hati nak bertanding Dun Bukit Chandan lagi…pirrrrah…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.