Kalau Minyak Bukan Hak Kelantan, Buat Apa Tandatangan Perjanjian Dulu?
Nov 7th, 2009 | By Admin | Category: Rencana
Lucu dan pelik sungguh Perdana Menteri nak menipu rakyat Kelantan dan semua rakyat dalam Malaysia ini. Dulu UMNO tipu rakyat Terengganu masa PAS memerintah dengan merampas royalty yang sudah termaktub dalam perjanjian yang telah dibuat lama dulu, UMNO bagi alas an Terengganu cuma layak dapat wang ihsan saja. Siapa yang UMNO tipu? Orang Melayu Terengganu dan orang Melayu Malaysialah. Sekarang dia tipu pula orang Melayu Kelantan kononnya Kelantan tak layak terima royalty, cuma layak terima wang ihsan kerana pelantar minyak diluar perairan Kelantan. Kalau betul luar perairan, wang ihsan pun Kelantan tak layak terima, ni dapat pula wang ihsan.
Perjanjian dibuat antara Petronas dengan negeri-negeri yang ada minyak seperti Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan. Yang pelik Sarawak dan Sabah dapat pula royalty, Terengganu dapat royalty masa UMNO memerintah dulu, bila PAS memerintah, UMNO Pusat tiba-tiba kata Terengganu tak layak terima royalty, hanya layak wang ihsan. Sekarang Kelantan pula yang juga negeri majoritinya orang Melayu pun dikatakan tak layak terima royalty. Kalau begitu, perjanjian yang dibuat oleh Petronas dengan Negeri Kelantan dulu untuk apa? Tak payah buat perjanjianlah sepatutnya.
Inilah wajah UMNO sbenarnya yang orang Melayu tak sedar-sedar dan tak habis-habis ditipu oleh pemimpin UMNO. UMNO buat helah bagi royalty bukian melalui Kerajaan Negeri seperti yang mereka buat di Terengganu masa PAS memerintah dulu, dengan cara itu mereka akan rekacipta projek dan bagi semua peruntukan melalui pemimpin UMNO negeri Kelantan. Joli sakanlah UMNO Kelantan kelak untuk menghabiskan wang ihsan itu dengan projek-projek yang mereka cipta sendiri seperti telah berlaku di Terengganu. Itulah matlamat dan tujuan sebenarnya Kerajaan Pusat hanya member wang ihsan. Jika wang royalty, ianya wajib diberi kepada kerajaan negeri terus.
Akibat wang tersebut tidak diredhai dan di halalkan oleh rakyat Terengganu, maka berlakulah bermacam-macam bala, runtuh sana dan runtuh sini. Ini akan berlaku di Kelantan tidak lama lagi apabila wang ihsan masuk melalui UMNO Negeri dan berbagai projek mewah akan tumbuh dengan nilaian yang tidak masuk akal. Rakyat Kelantan yang miskin akan terus miskin dan terus ditindas seperti berlaku di Terengganu.
Ini antara pengkhianatan terbesar UMNO terhadap orang Melayu selama ini. Mengapa UMNO Pusat tidak berani tukarkan wang royalty di Sabah dan di Sarawak dengan wang ihsan? Kerana mereka takut dengan penduduk Sabah dan Sarawak tidak menyokong mereka nanti, bagi UMNO orang melayu di Semenanjung terutamanya di Terengganu dan Kelantan adalah bodoh dan tolol belaka dan akan percaya apa saja temberang yang dibuat oleh pemimpin UMNO.
Rakyat kena sedar, UMNO adalah golongan minority dalam Barisan Nasional. Kita mengharapkan agar satu hari nanti semua parti komponen dalam Barisan Nasional akan menendang UMNO keluar atau memulaukan UMNO. Orang Melayu dalam Barisan Nasional hanya lebih kurang 15%-25% sahaja berbanding orang Melayu dalam Pakatan Rakyat jika dicampurkan Melayu PAS dan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat jumlah Melayu antara 40%-60% dari keseluruhan ahli-ahli Parti Rakyat. Oleh itu, jika Melayu ingin kuat dan terus berkuasa, marilah bersama dalam Pakatan Rakyat. Tinggalkan UMNO yang hanya menunggu masa untuk hancur itu. Jika orang Melayu ingin melihat segala kezaliman, penyelewengan kuasa dan kemungkaran terus bermaharajalela, teruslah bersama UMNO sehingga Allah hancurkan bumi Malaysia ini sebagaimana hancurnya Iraq, Afghanistan, Bosnia, Aceh dan Padang.
Ungkapan tanpa UMNO Melayu dan Islam akan hancur hanyalah kata-kata dongeng yang direkacipta oleh puak penipu dan pendusta agama saja. Malahan, Melayu dan Islam akan naik, akan kuat, akan teguh, akan terus berkuasa dan dihormati sekiranya UMNO berjaya dihancurkan dari bumi Malaysia ini. Mereka pertikai PAS berkawan dengan DAP (atas alas an orang kafir), yang UMNO bverkawan dengan MCA, MIC Gerakan dan lain-lain tu apa cerita? Dalam berbelas-belas parti komponen dalam Barisan Nasional, hanya UMNO saja parti Melayu yang keahlianya tidak sampai dua juta orang itu. Insyallah, menjelang 2020 Melayu dalam UMNO hanya tinggal seratus ribu orang saja. Yang ramai duduk dalam penjara atau lari ke luar Negara untuk selamatkan diri dan harta benda. Yang tinggal ialah golongan Melayu yang telah diperbodohkan selama ini terkapai-kapai mencari teman. YangTunggu dan lihatlah nanti.
Oleh: Tok Janggut.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















best statement nie…
Orang Melayu dalam Barisan Nasional hanya lebih kurang 15%-25% sahaja berbanding orang Melayu dalam Pakatan Rakyat jika dicampurkan Melayu PAS dan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat jumlah Melayu antara 40%-60% dari keseluruhan ahli-ahli Parti Rakyat.
Elok lancar kan kempen boikot petronas..demi royalti rakyat kelantan..buat sebulan ,tak jalan terus kan dua bulan , tak jalan lagi buat tiga bulan.. mula mula pengusha setesyen minyak gelabah ,dua tiga bulan sampai la ke atas..biar semua gelabah..tak ada guna nya petronas jika harga minyak langsung tak membantu rakyat..minyak makin naik..kerajaan umnok dok belasah royalti kmdian guna wang royalti belasah rakyat..ada ka patut..
Susah payah PAS Kelantan jolok buah….alih alih sedap sedap puak ni @ UMNO.makan…
Royalti =BN….UBN kenyang
Wang Ihsan= Pembangkang….UBN kenyang
haluuuuuuuuuuuuu
Yelah…..nk bagi wang ehsan pd JPP kemudian Ketua UMNO bahagian yg dok rantah duit tu. Tgk Trggnu, sabah dan srawak…hampir 20 tahun royalti minyaak di beri..tapi x maju pun…tu pasai UMNOngok si tunggangan setan takut tu…kasi royalti pd state gov..kot2 la dlm 5 tahun kelantan lebih maju dari USA. Apa perspeksi rakyat masa tu!!!!!…..tu kn bermakna UMNOngok ni memang tibai duit royalti bersama2 rakan karib seperjuanganyer setan dan iblis laknatullah….
en. nasha janggut kontot cari makan la ni panas jubuq dok hintung projek yg bakal di tibai kat bachok nanti…!!!!!
Khak tuih ….nasha mangkuk
HARI NI AKU LUPAKAN DULU SOAL ROYALTI MINYAK. TUMPUAN KEPADA FINAL PIALA MALAYSIA.
KELANTAN BOLEH !
UMNO Kelantan sedang kutip nama siapa yang layak dapat wang ehsan…..Orang PR terpekik terlolong akhirnya dapat kuah saja….nasiblah siapa yang sokong PR….aku rasa kalau PR berkuasa selepas PRU13 mahu disumbat terus pemimpin UMNO dalam lokap….bagi mereka rasa kejahatan yang telah mereka lakukan…
Duit Wang Ihsan tu lah senjata UMNO tawan Kelantan…..Tu sebab Najib beria ria nak bagi….
1. Duit tu …UMNO tabur pada rakyat Kelantan…..Rakyat termakan budi….Konon UMNO bermurah hati terutama menjelang musim perayaan…
2. Semua projek ..dia orang pulun habis..dari peringkat Penghulu Mukim hinggalah Ketua Bahagian…Yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan( JPP )…JPP adalah kerajaan dalam kerajaan di negeri yang diperintah PR…
erm…DAP Melayu,
kenapa dengan penyokong kelantan tu ek? memang attitude diorang cam tu ke?
ikhwan86,
yg buat buat kacau tu dari baka UBN….
jgn risau…dengan wang ihsan, lepas ni mmg annuaq musa leh beli ronaldo main utk kelate… sure menang nyer piala mesia..
umno memang kuat menipu…tapi tak pandai nak cover….bodoh kuasa 2….bile pecah tembelang, buat benda bodoh lagi…terus jadi zalim….ALLAH nampak majoriti je, tu sebab bencana dengan orang baik segala kena timbus ngan tanah…yang sokong umno sekarang semua nye ada kepentingan, korang perati la betul2, melayu macam tu ke korang nak bawak masuk dalam rumah, jadi abang ipar, jadi imam…
pakatan rakyat……KAMI MESTI PILIH…