Cerita Mahkamah Persekutuan 5 November

Nov 7th, 2009 | By Admin | Category: Anaz, Berita, PerakEX TV, videos

Jeliang Manong 6 November - Dato Seri Nizar dalam ceramahnya di Jeliang Manong menceritakan bagaimana perjalanan kes rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan semalam. Dalam ceramahnya menyebut bagaimana Peguam Negara dan juga Ketua Panel Peguam yang mewakili Dato Seri Zambry cuba untuk memutar fakta kes dengan tidak membaca penuh surat yang dihantar ke Sultan Perak oleh Dato Seri Nizar untuk memohon membubarkan DUN Perak.

Abdul Gani Patail berhujah bahawa Dato Seri Nizar tahu beliau akan kalah jika mengadakan sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau apabila Speaker V Sivakumar tidak boleh mengundi untuk Pakatan Rakyat. Namun demikian peguam Philip Koh yang mewakili Dato Seri Nizar menyatakan mengikut undang-undang tubuh negeri Perak, V Sivakumar boleh melantik Speaker sementara untuk mewakili beliau ketika membuat undi didalam Sidang DUN. Panel hakim Mahkamah Persekutuan akhirnya telah menangguh daripada memberikan keputusan mereka ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tags:

Afiat

3 comments
Leave a comment »

  1. Alahaiiii…geli den tak ado muko lain…asyik balik2 si Gani 4tail………….Kalu Petai sedop juga buat tumis sambal ikan bilis…….atau buat ulam makan dengan sambal tempoyak…..bebbbb…?

    Satu dunia la ni dok fokus mahkamah dari KERAjaan 1 Malaysia……di bawah pimpinan Najis tuya…..!

  2. he he 4 tahil je bang

  3. admin boleh tak upload full video ceramah nizar ni????

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.