Reformasi PKR ( 1 )

Nov 6th, 2009 | By Admin | Category: M3m, Rencana

Oleh M3M

Segala permasalahan berkaitan katak-katak yang melompat serta protes demi protes yang berlaku ekoran pelantikan-pelantikan baru yang mengubah tampuk pucuk pimpinan parti di beberapa negeri telah menampakkan seolah-olah PKR berada dalam keadaan yang pincang dan porak-peranda.

dsc00067

DS Anwar & DS Nizar disatu program di Ipoh. Foto oleh Sya, arkib Perak Express

Pucuk dicita, ulam mendatang… Media arus perdana tak tunggu lama. Mereka terus rebut kesempatan serta peluang untuk spin isu-isu ini supaya orang mempunyai persepsi negatif terhadap PKR. Isu-isu ini disensasikan hinggakan akar umbi dan para penyokong menggeleng kepala, melihat parti yang didokong dan disokong oleh mereka, menjadi kucar kacir sedemikian rupa. Orang sebelah sana… bertepuk tangan ketawakan kita!!

Inilah akibatnya, kalau pucuk pimpinan parti membuat sesuatu keputusan tanpa merujuk kepada pandangan akar umbi di setiap negeri. Buat pemilihan hanya berdasarkan pandangan dan saranan ‘orang’ tertentu di dalam parti. Kesannya…. gelora badai melanda PKR!!

Tetapi, alhamdulillah…. Anwar selaku penasihat parti, tidak bersikap ego dan mengakui kelemahan serta blunder yang dia telah lakukan. Gentleman jugak orang tua ni. Apa-apa pun, sikap gentleman inilah yang kita mahu ada pada setiap pemimpin. Apabila sedar diri telah buat kesilapan…. akui dan perbetul segala kesilapan dan kelemahan. Itu lebih dihormati daripada kita dibenci dan dicemuh, seandainya terus berdegil dengan sikap egoistik.

PKR lahir setelah peristiwa hitam pemecatan Anwar. Ia ditubuhkan oleh para penyokong Anwar semasa dalam UMNO serta individu-individu di dalam NGO-NGO, yang prihatin akan masa depan negara yang semakin malap, sekiranya negara masih dicengkam oleh kuasa politik regim UBN. Penyertaan mereka dalam politik adalah untuk melakukan satu perubahan pada sistem negara yang telah rosak akibat dimanipulasi oleh regim UBN, demi menjaga kepentingan diri dan mengukuhkan cengkaman mereka pada kuasa.

Demokrasi di Malaysia menjadi carca marba dikerjakan oleh mereka. Sistem pemerintahannya sudah jadi macam keluarga 69!! Tonggang terbalik… Yop!!

Pengaruh golongan bekas UMNO inilah, yang menyebabkan budaya UMNO masih menebal di dalam PKR, terutama dari segi cara mereka berpolitik. Kita selalu mencemuh budaya UMNO yang banyaknya adalah negatif dan merosakkan parti. Jadi, kenapa budaya ini mahu terus diserap ke dalam PKR?? Cara berpolitik ala-UMNO, seperti patronage politics… is very disasterous, so, mengapa kita perlu adapt budaya mereka?? Sesuatu yang membinasakan dan merosakkan parti, mesti kita kikis dan kita buang jauh-jauh… bukan kita pupuk dan kita semai. Ironiknya… inilah yang berlaku dalam PKR.

Kesannya… maka lahirlah katak-katak yang tidak istiqamah dengan prinsip perjuangan tetapi meletakkan kepentingan diri sebagai priority. Parti dan idealisme perjuangan, boleh pergi jahaman. Golongan macam ini banyak terdapat di dalam PKR. Sedar atau tak sedar jer… atau pun mungkin sedar tapi tak boleh nak berbuat apa-apa. Dan… sad to say, mereka ini, adalah bekas-bekas UMNO dalam PKR.

Walau bagaimanapun.. tidaklah semua bekas UMNO yang berperangai sedemikian rupa. Terdapat ramai juga yang masih berpegang teguh kepada idealisme dan prinsip perjuangan. Kita hormat pemimpin seperti ini. Bagi mereka, maruah dan idealisme perjuangan mengatasi segala kepentingan diri yang duniawi.

Golongan bekas-bekas NGO dalam PKR, tidak banyak menimbulkan masalah setakat ini. Mereka ini, very komited dengan perjuangan parti. Mereka dilihat lebih selfless, lebih ikhlas, lebih people-oriented, lebih bersemangat kental dan lebih rasional dalam tindak tanduk dan perjuangan mereka.

Pucuk pimpinan tertinggi PKR, mungkin tidak sedar akan kewujudan golongan yang ‘perasan bagus but good for nothing’ ini… terutama di peringkat cabang di seluruh negara. Yang tahu, ialah akar umbi. Tetapi… apabila calon dipilih untuk pilihan raya, hanya cadangan orang atas diambil kira, sedangkan pandangan akar umbi… mereka tak ambil peduli. Biasanya calon yang dipilih adalah calon yang ada hubungan baik dengan orang atas. Inilah yang berlaku dalam patronage politics, yang hanya berperanan mengukuhkan kedudukan pemimpin atasan tetapi merugikan parti.

Blunder pertama, kesan daripadanya, adalah apa yang berlaku di negeri Perak. Akibat perbuatan khianat dua ekor katak, huru hara satu negeri. Dan yang paling memalu dan menyedihkan ialah jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kerana angkara wakil rakyat daripada PKR. Satu demi satu, lompat party dan isytihar BN-friendly. This is bad for the party imej.

Sebab itu, something must be done. Kelemahahan dan kesilapan ini mesti beri perhatian dan di’rectify’, agar PKR tidak terus dipersalah dan dicemuh. Remedial action mesti diambil supaya masalah calon lompat parti serta calon tak berkualiti dapat diatasi. Begitu juga dengan masalah perlantikan pemmpin parti oleh pucuk pimpinan parti yang tidak disenangi oleh akar umbi.

Sehubungan itu, pucuk pimpinan party mesti peka akan pandangan akar umbi. Mereka inilah yang akan menjadi tentera semut untuk menggerakkan gerak kerja party. Jadi, ketua di semua peringkat party, mesti somebody yang mereka rasa sesuai, komited, jujur, senang mereka dampingi serta yang mereka tahu, betul-betul boleh bekerja untuk parti, as well as untuk rakyat. Jika mereka tidak boleh bekerjasama dengan ketua yang dilantik, macam mana parti nak dinamik serta bergerak dengan lancar.

Justeru itu, Anwar serta pucuk pimpinan parti yang lain mesti bersedia melakukan perubahan atau reformasi dalam PKR, agar masalah ini tidak akan menjadi bebanan kepada parti. Jangan tunggu sehingga PKR kehilangan kepercayaan daripada rakyat, yang menaruh harapan tinggi untuk melihat reformasi dilaksanakan dalam sistem pemerintahan Malaysia. Kita tidak mahu reformasi yang dijanjikan, hanya retorik semata-mata.

Reformasikan dahulu PKR sebelum kalian mereformasikan Malaysia.

Tags:

Afiat

4 comments
Leave a comment »

  1. Disamping didokong oleh penyokong Anwar, PKR juga didokong mereka yang simpati kepada Anwar. Prosedur baru pemilihan Ketua cabang parti dijangka mampu mendapatkan kerjasama penuh ahli.

  2. 110% setuju…

  3. Awal lagi dah nampak….Rahman Palil ADUN Sementa..menang free… 1 Malaysia gegak gempita…Petanda awal BN akan menang mudah di Selangor…

    Calon PKR hilang dihari penamaan calon.. tahu tahu..relax jer macam badak kenyang…Entah entah dah kenyang..

    .Sebab itu di Kelantan…difahamkan mana ada tempat PKR bertanding dah standby calon “payung terjun” jika ada calon macam di Sementa tu lesap tanpa dapat dikesan…

  4. Bernas dan tepat sekali pandangan M3M. Mengikut pemerhatian Yop yang singkat, inilah yang berlaku dan berharap sangat perkara ini dapat segera diperbetulkan sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.