Hadi umpama ‘Pak Lah versi PAS’
Nov 6th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, BeritaOleh Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman
Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau “Pak Lah versi PAS”, kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.
Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi kini dianggap “beban” parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam politik baru Pakatan Rakyat.
Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini “sudah hilang stim”.
baca lagi]



Klik Imej Untuk Senarai Penuh













