Bagaimanakah Golongan Berpendapatan Rendah Menyambut 2010 ?
Nov 6th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, labu-labiOleh: Labu Labi
Berdasarkan kepada perkembangan semasa, adakah kos sara hidup untuk tahun 2010 akan meningkat ?
Siapa kah yang akan ambil peduli kepada kesempitan rakyat ini ?
Persoalan ini timbul, berdasarkan beberapa perkara besar yang di ‘headline’ oleh akhbar utama negara. Perkara tersebut adalah diluar bajet 2010. Bajet 2010 yang baru dibentangkan, hanya memberikan gambaran bahawa kerajaan akan berbelanja besar untuk kebajikan rakyat. Pendapatan tidak banyak dinyatakan. Tiada penambahan dalam sebarang cukai.

Dapatkah penduduk Felcra Nasaruddin merasai nikmat Bajet 2010 hasilan Najib. Foto oleh Sya, arkib PerakEx Press.
Sekiranya dilihat sekali lalu, seolah olah kita kaya dan mewah. Berbelanja tanpa pendapatan. Tapi, rupa rupanya, pendapatan diunjurkan diluar bajet. Perkara ini biasa berlaku sebelum ini. Dalam bajet, semua cantik. Tapi selepas dari bajet, rakyat ‘di hadiah kan’ dengan pelbagai peningkatan. Termasuk menaikan harga minyak dan peningkatan tarif elektrik.
Sebaik sahaja selepas bajet 2010 diumumkan, pelbagai kajian semula dilakukan. Perkara tersebut (kajian semula), diharap dapat dibahaskan dengan baik oleh semua wakil rakyat yang diamanahkan untuk ‘mewakili’ rakyat. Jangan hanya menjadi ‘pak turut’. Kajian semula yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1. Harga Petrol mulai 2010. Tajuk tajuk berita berkaitan, dalam - utusan online:
a. Harga petrol tanpa subsidi tahun depan:
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun hadapan, seluruh penduduk termasuk pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar yang berpendapatan rendah sahaja.
b. Petrol tanpa subsidi 2010
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun depan, rakyat dan pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kajian mekanisme pelaksanaannya yang memasuki peringkat akhir akan diumumkan di antara suku pertama dan kedua tahun depan.
Berita sebelumnya:
c. Kerajaan komited teruskan subsidi minyak
PUTRAJAYA 2 Sept. - Kerajaan komited untuk terus memberi subsidi 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Komitmen kerajaan ialah memberi subsidi 30 sen untuk setiap liter minyak, subsidi pada masa ini bagaimanapun telah melebihi 30 sen seliter,” katanya.
d. Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi
PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian… penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas
Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.
Ulasan aku:
Dalam keadaan harga minyak naik dari RM 1.80 kepada RM 2.05 (Baca RON yang sama, RON 97. RON 95 tidak ujud sebelum ini untuk dijadikan bandingan), rakyat bawahan merasakan himpitan hidup yang berat. Apakah akan berlaku sekiranya harga minyak terus meningkat. Pastinya, yang pertama, kos pengangkutan akan meningkat. Bila ini berlaku, semua kos yang berkaitan akan meningkat secara mendadak.
Perkara yang terlibat dengan pengangkutan:
i. Kenderaan Pengangkutan Awam, terutama bas dan teksi.
ii. Kenderaan pengangkutan dagangan, terutama lori.
iii. Bot menangkap ikan, bot besar dan kecil.
Siapa kah yang akan merasakan kesan kepada peningkatan ini. Pastinya, pengguna ia itu rakyat berpendapatan rendah, akan dibebankan dengan semua kos kos tersebut. Pihak yang menyediakan semua kemudahan tersebut, pastinya akan memohon untuk menaikkan harga barangan mereka, dengan alasan peningkatan kos pengeluaran. Rakyat makin terhimpit dan terus tersepit.
2. Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Tajuk berita berkaitan, dalam - utusan online:
a. Kajian GST di peringkat akhir
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini di peringkat akhir kajian terutamanya dalam menilai kesan sosial terhadap rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu bertujuan memastikan rakyat tidak dibebankan dengan cukai tersebut, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan kerajaan.
“Sekiranya kerajaan melaksanakan GST, ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada serta pengecualian tertentu akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Kadar GST yang dikenakan dijangka lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada,” katanya.
b. GST: Tidak perlu bimbang hilang populariti
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan tidak perlu bimbang akan kehilangan populariti sekiranya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada rakyat Malaysia.
GST adalah cukai yang dikenakan terhadap bekalan kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan bagi barang import.
GST adalah cukai yang dikenakan terhadap bekalan kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan bagi barang import.
Beliau yakin pelaksanaan GST tidak akan menerima bantahan kerana ia tidak membabitkan golongan miskin.
”Golongan miskin tidak membeli atau mendapatkan perkhidmatan yang bernilai tinggi, jadi apa masalahnya kalau GST dilaksanakan?,” katanya.
Ulasan aku:
Cukai ini siapa yang akan bayar ? pastinya pengguna. Siapa pengguna tersebut. Rakyat bawahan dan berpenadapatan rendah. Walaupun pengecualian diberikan kepada golongan berpendapatan rendah.
Golongan kaya yang membeli barangan mewah tersebut. Dari segi penglihatan mata kasarnya, sememang mereka yang membayar. Mereka membayar dengan wang mereka.
Disebaliknya, wang tersebut dari mana mereka perolehi. Pastinya dari pernigaan yang mereka jalankan atau perkhidmatan yang mereka berikan. Apakah mereka akan membiarkan begitu sahaja, wang mereka berkurangan.
Mereka pastinya, akan mengambil kira sebagai sebahagian dari kos yang terpaksa mereka tanggung. Dengan itu, pastinya akan meningkatkan harga barangan mereka dan meningkatkan harga perkhidmatan mereka. Samada diluluskan atau tidak. Mereka tetap akan menyerapkan kos tersebut. Akhirnya, pengguna dari golongan berpendapatan rendah juga yang menanggung akibatnya.
Persoalan berikutnya, siapakah yang berpendapatan rendah itu. Bagaimana mereka akan menentukan merit untuk dijadikan kayu ukur dalam menentukan golongan tersebut. Adakah sekadar dengan menilai pendapatan bulanan sahaja, atau bagaimana….?
Dari pemerhatian aku. Bila disebut ‘untuk golongan berpendapatan rendah’. Itu hanya sebagai retorik semata. Kerana ianya Subjektif. Sekadar untuk memberikan ‘gambaran keperihatinan’. Sedangkan golongan inilah yang paling tertindas dan merasakan keperitan hidup yang teramat sangat.
Golongan yang membantu sebenarnya, yang akan membolot sebahagian besar dari peruntukan tersebut. Kerana mereka lah ’sebenarnya golongan berpendapatn rendah’. Ini berdasarkan, apa yang telah berlaku. Dimana, peruntukan bocor diperjalanan. Yang sampainya hanya sebahagian kecil. Kalau peruntukan RM 3 juta, yang sampai kepada golongan sasaran, mungkin RM 300, 000.00 sahaja. Contoh, beberapa bangunan runtuh selepas dan sebelum serah. Harga asal berjuta, tapi kontraktor terakhir yang membina, menyatakan kos yang ditawarkan RM 300, 000.00 sahaja.
3. Kertas kajian bahan api negara hampir siap
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kertas kajian bahan api negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan gas asli dan arang batu bagi menjana tenaga elektrik telah hampir siap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, secara umumnya perubahan dalam mencari bahan api alternatif itu akan mengambil kira keperluan dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.
Ulasan aku:
Persoalan Yang timbul disini. Adakah kajian tersebut sekadar kajian mencari alternatif bahan api atau termasuk peningkat kos penyediaan tenaga elektrik. Sekiranya berakhir, setakat mencari tenaga alternatif, bersyukurlah. Pastinya tiada peningkatan dalam tarif elektrik. Adalah diharap, agar kajian tersebut tidak dipanjangkan kepada peningkatan kos pengeluaran.
4. a. Periksa kenderaan lebih 15 tahun masih dikaji
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan akan meneliti laporan berhubung bantahan beberapa pihak terhadap langkah mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom Sdn. Bhd.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penelitian itu perlu sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk kemungkinan mengecualikan pihak tertentu daripada peraturan itu.
Peraturan baru itu membabitkan kira-kira sejuta kenderaan penumpang dan dilaporkan ia boleh menjejas industri jualan kereta terpakai.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, tujuan asal kerajaan memperkenalkan peraturan berkenaan bukan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya bagi keselamatan orang ramai.
”Saya dapati ada pemilik kereta antik melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana keretanya akan diuji selepas 20 tahun dimilikinya dan terdapat di kalangan orang kurang berada yang takut langkah ini akan menyebabkan mereka perlu membayar kos yang lebih,” katanya.
b. Peraturan baru dikhuatiri ‘bunuh’ minat terhadap kereta antik
BUTTERWORTH 1 Nov. - Keputusan kerajaan mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dikhuatiri ‘membunuh’ minat orang ramai terhadap kereta lama dan antik.
”Sekiranya tiada insurans, bagaimana kami hendak mendapatkan cukai jalan seperti diwajibkan kepada semua pemilik kenderaan?
Dalam Bajet 2010 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan mulai 1 Januari tahun depan, semua kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas wajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
Menurutnya, pelbagai masalah akan timbul sekiranya dasar baru itu dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan jumlah cawangan Puspakom sedia ada tidak mencukupi.
”Sekarang ini pun, sudah menjadi lumrah melihat deretan kenderaan membuat pemeriksaan di Puspakom dan masalah ini pasti menjadi lebih buruk jika dasar baru ini dilaksanakan dalam masa terdekat.
”Malah mereka (pemilik kenderaan) yang bekerja sepenuh masa juga terpaksa mengambil cuti sekurang-kurangnya dua hari semata-mata untuk membuat pemeriksaan kenderaan dan memperbaharui lesen,” jelasnya.
”Antara kaedah tersebut adalah menambah cawangan Puspakom selain memberi permit kepada pihak lain untuk menjalankan pemeriksaan seperti dilakukan Puspakom sebelum ini,” tambahnya.
c. Tak setuju syarat ketat kereta tua
KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan.
Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.
Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan.
“Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.
“Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan,” katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun.
“Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,” katanya.
“Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan,” katanya.
ulasan aku:
Bagi perkara tersebut ada beberapa persoalan yang nyata. Sekiranya hendak dilaksanankan juga perkara utama yang perlu dilakukan ialah:
1. Menigkatkan cawangan puspakom.
2. Miningkatkan kecekapan khidmat puspakom.
3. Yang paling penting menurut peraturan yang ditetapkan. Kerana perkara ini yang sebenarnyanya yang menjadi masalah.
Untuk menambah cawangan atau kecekapan boleh diatasi. Perkara tersebut adalah berbentuk fizikal. Dengan kata lain, sebagai ‘ror material’.
Perkara yang sukar untuk diatasi, ialah sikap dan kejujuran.
Sembanglah dengan siapa pun yang berurusan dengan PUSPAKOM, terutama teksi. Pasti akan didapati, apakah jalan mudah dan apakah jalan susah untuk lulus dalam puspakom. Sekiranya menggunakan ejen, maka mudah berurusan. Sekiranya pergi sendiri, perlu tahu selok belok berusan dengan pihak tertentu. Urusan akan menjadi mudah. Sekiranya, seseorang yang tidak tahu selok belok di PUSPAKOM, pastinya menemui jalan sukar dan berbelit. Dengan pelbagai kerenah dan birokrasi. Perkara tersebut, telah menjadi rahsia umum.
Secara keseluruhannya. Dari kajian semula yang dijalankan diatas. Rakyat terbanyak pastinya akan menyambut tahun 2010 dengan suram dan muram. Walaupun pada detik 12 malam 31 Disember 2009 nanti, disambut dengan penuh gilang gemilang. Besoknya, 1 Januari 2010, ‘hadiah’ istimewa sekurang kurang satu atau dua perkara perlu dilaksanakan.
Kepada semua, Selamat menyambut ‘hadiah istimewa’ bersama dengan pakej ‘BAJET 2010′.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















kena ambilkira sama ada org tu mampu atau tak nk beli kereta baru.. org tu baru nak merasa bebas hutang lepas bayar loan kereta 9 tahun.. baru pakai 6 tahun dah kena pegi check.. kalau tak lepas, kena bli kenderaan lain.. mmg la tak prihatin kerajaan skrg.. padan la muka.. UNDI LA BN LAGI!!!
salam…
sokong ulasan cam ni…. dari pada mengulas masalah keluarga sendiri…
Sebelum RAYA PUASA 2009 dulu..ikan sardin…RM6 sekilogram…4 Nov 2009 aku rasa nak pengsan…ikan sardin mentah tu RM10.50 sen satu kg…aku rasa tahun 2010 Raya Puasa…ikan tu RM15 sekilogram…betul …sebelum PRU12..aku terjumpa sehelai kertas haram bertaburan di jalan…bertulis…Jika BN menang lagi PRU12 ini…alamat nak beli SATU KILOGRAM BERAS bawak RM SATU GUNI..atau 50kg…kih..kih..kih..aku pikir kertas tu buat LAWAK BODOH…rupanya dah nak jadi KENYATAAN pulak…
Inilah dinamakan 1 Malaysia apa2 pun rakyat didahulukan
apa lagi rakyatlah yang kena getah dulu .Pada pendapat aku Najib kata merekalah golongan
bangsawan yang rakyat tu kitalah yang setengah azab mencari rezeki sehari2 golongan bawahanlah
katakan.lu pikirlah sendiri
Salam..tahniah buat labu labi…..teman pun sependapat macam ikhwan86.. …Nasib rakyat terhimpit tambahan turunnya harga sawit dan getah secara mendadah……., jika keadaan ini berterusan, kemungkinan besar ramai pekebun kecil akan kembali kepada kelompok miskin tegar….?
Sepatutnya kerajaan mengatur strategi untuk membendung perkara ini dari terus berlarutan. Sekurang-kurangnya, cuba untuk mengurangkan impak kejatuhan harga komoditi getah dan sawit …. kepada kedudukan ekonomi lebih yang stabil…?
.
Aku rasa nak terajangkan Najib tuya ni..
Standby tanam ubi batat. Meghaser makan ubi macam opah kita zaman jepun!
Salam Chor…la ni tak salah ubi kayu 1 kilo duk ada RM 3 ke 4 ringgit …………………memang patut tanam siap2……itu pun kalu ada kawasan.. ha ha ha..!
Agak-agak berapa jumlah kenderaan yang umur melebihi 15 tahun…
Sekelip mata boleh kutip juta-juta dari rakyat…..Rakyat didahulukan..ha..ha..ha..
salam tuan labu..
mike buat macam ni sebenornya macam bagi solution kat UMNO/BN.
kita munkin boleh provoke jer dema suruh buat program yang sembelih
leher rakyat. supaya rakyat rasa perit. baru senang kerja kita. susah ler
kita sikitt.. tapi hayat dema pun tak lama.
‘ Bagi perkara tersebut ada beberapa persoalan yang nyata. Sekiranya
hendak dilaksanankan juga perkara utama yang perlu dilakukan ialah:
1. Menigkatkan cawangan puspakom.
2. Miningkatkan kecekapan khidmat puspakom.
3. Yang paling penting menurut peraturan yang ditetapkan. Kerana perkara
ini yang sebenarnyanya yang menjadi masalah.’
data2 ni smua elok kita bawak kluar masa p/raya. kita susun balik elok2..
bagi org senang baca dan senang faham. lepas tu kita boleh ler projek
kan masa p/raya. org senang lupa dengan kerja buat yang zalim yg UMNO
buat kat rakyat. kitap pakat refreshed dema.
salammm..
korang ingat PM korang amik pot ke pasal orang kampung susah nak makan….ketua pemuda umno, sapa nama mamat yang ULTRA melayu konon2 tu, ntah melayu ke tak ntah….anak bangsa nak belajar pun rasa nak mati menaggung nye, duk sibuk2 isu keistimewaan melayu..aku kena bayar gak yuran melampau, masuk kolej, ada diskaun ke kat melayu, naik bas ada kurang seposen ke, naik kl tower ada dapat teropong free ke…?
matilah kite
Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru Hijrah…
Saya rasa, untuk “seketika” ini, biarkanlah keadaan ekonomi negara ini sebegitu. Sebabnya dari pengamatan saya, kita hanya akan sedar bila kita berada dalam kesusahan atau terhimpit. Jadi, biarkan dulu. Mungkin bila keadaan ekonomi menjadi sesak, PRU13 akan mendatangkan sesuatu yang berbeza.
Sebenarnya rakyat negara ini tidak zalim kepada pemimpinnya. Mereka tahu ada pemimpin yang tak layak memimpin tapi mereka beri gak peluang. tapi tak selamanya peluang tu berpanjangan…