Sisi Bukit dengan teori PRK N14 Changkat Jering

Nov 5th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Sam Ahmad

Oleh Sam Ahmad

Ini ada satu lagi berita yang menarik, tapi taklah semenarik Nora Danish yang mengenakan tudung dalam drama bersiri Sumpah Bunian.  Walaupun menarik, tapi berita ini masih belum rasmi sahih isi kandungannya. Baru tahap khabar angin atau sok sek sok sek politik di alam maya ini.

Kalau didedahkan sebagagai bukti di mahkamah, ia boleh dikategorikan sebagai hear say evidence atau dalam bahasa penentang PPSMI ia baru bukti cakap dengar.

Berita yang mula aku jumpa kat satu blog oleh Cikgu Din yang bernama Sisi Bukit mengatakan, bahawa satu pilihan raya kecil akan diadakan di N 14 Changkat Jering.

Beliau berkata demikian kerana beberapa fakta daripada beberapa maklumat:

1. UMNO Bukit Gantang dah mula sewa sebijik rumah kat kawasan strategik kat kawasan Changkat Jering.

2.  3 kerusi Dun akan kosong apabila mahkamah terima permohonan Speaker V.Sivakumar meminta 3 kerusi itu kosong.

Menurut Cikgu Din lagi, “akhirnya pembubaran DUN Perak akan berlaku.  Bagi Umno mereka sudah menyediakan jentera yang dibantu agensi kerajaan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri.”

Menarik atau tak berita ini, terpulanglah kat kau. Tapi macam yang aku kata tadi tak lah semenarik tengok Nora Danish bertudung.

Walaubagaimanapun bagi aku berita itu sudah cukup menarik setakat ini untuk jadi penawar keputusan Nizar v Zambry petang tadi, boleh buat kepala aku pusing. Tahan marah.

Sabar.

Tags: ,

Afiat

5 comments
Leave a comment »

  1. Wow ….DUIT sudah mari… lagi…le..bertuah rakyat 2 Bukit Gantang…kalu begitu bagai kehendak alam…..

  2. duit ambik tapi undi rahsiaaaaaaaaa……..

  3. Sampah

  4. Tidak berfakta, hanya spekulasi untuk buat sedapkan hati..

    Jgn amalkan sgt buat cerita berbentuk seperti ini, nanti ramai yg menyampah…

  5. Perang saraf UBN untuk alihkan keputusan mahkamah yang “penghakiman akan diputuskan pada tarikh dan masa yang akan ditentukan oleh mahkamah. Seminggu? Sebulan? Setahun? Ikut suka deme le.
    Kalau permohonan Sivakumar diterima bermakna Nizar ialah MB yang sah.
    Sekarang ni deme tak akan serahkan jawatan MB sehingga PRU 13 kerana samapai 50 tahun lagi pun deme tak akan dapat merampas kembali. Macam di Kelantan,
    PR perlu pertingkatkan CARA/TEKNIK PENYAMPAIAN supaya sampai kpd rakyat marhaen (yg tidak ada akses internet) dan yang diatas pagar agar dapat membuka minda mereka untuk mengenalpasti kedurjanaan UBN selama ini,

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.