Tangguh, bertegas nak umumkan keputusan hari ini?!

Nov 5th, 2009 | By Admin | Category: Berita
dsc09297

Masih belum kelihata penyokong Zambry yang membawa kain rentang di atas. Foto: Arkib PerakEx Press.

Perbicaraan kes ‘landmark’ Nizar lawan Zambry baru bermula dengan penghakiman akan dibuat oleh panel 5 orang hakim.

Menurut MKini, “para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Wartawan-wartawan kami, Sya dan Anaz akan beri laporan terkini dari sana.

Datuk Ambiga sedang berhujah mewakili DS Nizar.

Suasana di sana tenang, dengan kehadiran para penyokong serta YB Pakatan Rakyat - YB Lih Kang, YB Ming Kai, YB Zainuddin, YB Tai, dan YB Datuk Ngeh.  Sementara di kem UMNO masih belum kelihatan YB-YB serta para penyokong mereka.

Ramai di antara mereka - penyokong BN dan Pakatan - tidak menghadiri sessi perbicaraan pada pagi ini, kerana mereka tahu keputus tidak akan dibuat pagi ini.

Mahkamah hanya cuma membenarkan 5 orang hakim daripada 11 yang diminta oleh Nizar.

Presiden Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff mengetuai 5 orang hakim itu - Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria, hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah yang bersidang hari ini dijangka akan mentafsirkan beberapa perkara, antaranya ialah

1. Kuasa Perkara 16(6) Undang-undang tubuh negeri Perak.

2. Kuasa sultan untuk tentukan seseorang menteri besar masih layak menjadi MB walaupun tidak melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan.

3.Kuasa seorang sultan melalui perkara 16 (6) Undang-undang tubuh negeri Perak sama ada boleh memecat MB atau tidak.

Sekarang sedang short break, dengan para hakim sedang membuat semakan susulan rayuan ketua barisan pegum DS Nizar, Datok Ambiga supaya membenarkan penghakiman dibuat oleh 11 orang hakim.

Walaubagaimanapun hakim menolak rayuan tersebut dan mengekalan jumlah 5 hakim.

Sekarang, peguam Sulaiman Abdullah sedang berhujah mengganti Datuk Ambiga.

Sulaiman Abdullah masih lagi berhujah

Tadi mahkamah short break 15 minit kerana peguam Nizar, Suleimen Abdullah dikhabarkan tidak sihat.  Walaubagaimanapun Mahkamah telah sambung semula.

Hakim mengesyorkan bertegas agar perbicaraan untuk menentukan siapa sebenar MB Perak hendaklah diselesaikan hari ini juga.

Di sebalik bertegas untuk menyelesaikan perbicaraan hari ini, namun dilaporkan bahawa hakim ambil endah tak endah dengan apa yang dihujahkan oleh peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.

Agaknya Sulaiman tampil dengan hujahan yang sama.

Mahkamah berhenti rehat, hakim tetap mahu habiskan bicara hari ini walaupun masa sudah melewati petang.

Menurut wakil kami di sana, harapan untuk menang sangat tipis.  Hakim seperti nak tak nak  dengar penghujahan dari peguam Nizar.

Tadi kira-kira pukul 15:30 mahkamah selesai rehat.

Dan peguam Sulaiman Abdullah yang menganggotai barisan peguam Nizar sudah balik kerana sessi beliau sudah tamat.

Kali ini giliran peguam negara membaca hujahannya.

1635 Peguam Negara selesai berhujah.  Peguam Cecil Abraham pula mengambil giliran.

Tiada penyokong Umno & BN, tiada RTM atau TV3.

Keputurusan mungkin diketahui pada petang ini.  Dalam pukul 6 petang mungkin.

1657 Cecil Abraham adalah peguam UMNO, sekarang short break.  DS pergi ke kayor*.

*buang air kecil, bilik air, tandas, toilet.

Berita yang baru diterima, keputusan ditangguh kesatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Tags:

Afiat

27 comments
Leave a comment »

  1. Aku rasa Zambry Hitam akan menang..susah nak lawan Najibul Tantuy

  2. Sistem kenegaraan kita sudah rosak disebabkan oleh sikap orang2 kita yg tidak mah peke dengan apa yg belaku di sekeliling mereka. Apa lah yg boleh diharap dengan hakim2 kita ni…

  3. Marilah kita berdoa agar keadilan dapat ditegakkan diatas bumi perak yg bertuah ini…

  4. TAHNIAH Siti dan Anaz,beri maklumat.

  5. confirmm….zambry menang..!!

  6. Hmmmm Mah kah mah Malaysia Kes bunuh pun boleh lepas macam tu saja
    bagaimana pun rakyat didahulukan.Rakyatlah nak kena dulu apa2 rancangan depa
    mati ka, merana ka, sakit ka dan apa2 ajerlah rakyat first dulu kena

  7. kalau tak adil..moga2 Tuhan bagi semua hakim tu kena angin ahmar serentak esoknya..

    zambry plak kena gila meroyan sampai masuk hospital gila..

    tak adil la..ni doa dari rakyat yang teraniaya

  8. aku dah tau keputusam ni 2 bulan sebelum ni..zambry kadiaq mamak gerentii menaaanng punyaaalaahhh..!!pi mai2 tang tu jugak!!mampuis najib nak bagi nizar menang!!kerat kuku aku kalu nizar menang!!

  9. tok mesej kat aku, dia kata pospon tahun depan…kalo idak pun zambry le jadi pilihan!!
    kalo idak juga nizar le menang….kalo idak juga hakim kena senggugut, tersilap sebut keputusan seri…diorang lambung duit!

  10. ZAMBEE! ROTI CANAI SATU.

  11. sistem kehakiman negara menjadi paria disebabkan BN…
    investor & org luar negara pon tak nak masuk sbb ini lah, negara tak ikut undang2 yg sebenar…
    ikut telunjuk BN & skrip wayang BN…
    tak malu kah kite semue???
    Semoga Allah beri pentunjuk pd org2 yg jahat seperti BN nie…

  12. SELINGAN Sementara menunggu berita dari dalam dewan Mahakamah Persekutuan,

    Selepas beberapa wakil rakyat mengisytihar keluar parti lalu menjadi ‘wakil rakyat bebas mesra BN’ selepas ini akan ada pula wakil-wakil rakyat daripada PAS tanpa keluar parti tapi mengisytiharkan mereka sebagai ‘wakil rakyat PAS mesra BN’

  13. betul anak jantan

  14. Sabar, terimalah kalau itu keputusan hakim. Biarlah kalau diaorang sanggup untuk ingkar ikrar mereka sendiri sebagai hakim yang adil yang wajib mendengar setiap aduan. Ini hanya bacaan dunia sahaja. PRU13 nanti, berikan isyarat sebenar siapa yang berkuasa.

  15. Kalau ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat menguasai Persekutuan suatu hari nanti, Hakim-hakim yang kena nasi kangkang Rosmah ni adalah diantara yang harus disingkirkan dulu.

  16. Rakyat bukan sukakan Zambry…betul…tapi hangpa tengok la…jika dia boleh buat lebih baik daripada PR lepaih ni…aku tak pelik rakyat pakat sokong BN balik…sebab tu PR kena jadi lebih baguih…tak menang pun kena istiqamah tunjuk kebagusan tu…zuhud, tak belagak, low profile tapi cekap, berani dan efisien dalam tindakan…

  17. Chor…hang tak usah harap lah…jika PM dari PR nanti mentaliti dia macam Khalid Ibrahim di Selangor…baik sangka syeikh…depa ni kan…kita kena toleransi….nak muntah aku dengor…

  18. Salam chor…power ayat……haha…rambut Perempuan Puaka ni … dan pipi nya mesti bertambah kembang ..tu dengan bajet 2010…laki nya letak untuk RM ( ROSMAH MAMSUR ) PERMATA dengan nilai sampai RM100 juta ..? ..agak2 si Nazak ni sayang atau kena perintah………oleh 1 Bini nya..?

    Harapan Rakyat Perak …senipis kulit bawang merah eja…kalu menang…. memang comfirm hakim2 tu pendek rezeki…….yeop oiiii..!

  19. Sebelum PRU13 nanti, semua hakim tu dah pencen. Nak singkir ape ke lagi.

  20. em..rakyat perak dah celik politik..baguih..ne antara hikmah kena rampas..

  21. erm..mcm xde peluang jek…
    mesti rosmah dah caling2 hakim nih…

  22. pasti lee zambriee menang…..
    udah deme yg pegang semueenye.
    harap2 hancur UBN dan sekutunyee….

  23. peluang nizar menang cume 10% jek…

  24. Sapa-sapa menangpun kita dok seghuper ni jugak yop. Ape lah yang nak di kejor?.

  25. Zambry gerenti menang…aku berani bet 100 rupiah….

  26. oopp…….. ada berita baik untuk mat2 keta ada camryy secoand hand ..kaler hitam ..baru pakai 6 bulan ,harga boleh nego plate perak .oner dulu guna plate PKR 11..laa dah tukar pakai plate BN 9 sesapa nak leh beli morah morah mai lekas mai lambat tingai bekass hii hii hii………………laaa ni aku dok tgk lg lam najib jd PM lagi hara huru

  27. relax jap…. ada awek lalu….. peeewwwiiiiiiitttttttttt..!!!!!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.