Konvensyen (Pakatan) Rakyat
Nov 5th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaOleh: MSK
Sabtu lepas, Pakatan Rakyat Perak mengadakan Konvensyen yang pertama. Ada yang melaporkan tentang keadaan yang luarbiasa. Kehadiran yang begitu ramai dari setiap parti melambangkan kesepaduan Pakatan Rakyat.
Bagi aku…tak ada yang luarbiasa. Kalau yuran penyertaaan dibayar oleh parti, makan free…kat hotel pulak tu, sapa pun akan datang. Dan yang datang adalah mereka yang mempunyai jawatan dalam parti. Tentu la masing-masing nak tunjuk muka. Cuba kalau buat program gotong royong cuci longkang..masing-masing kata ada appointment. Bukan semua…tapi kalau muka-muka yang hadir tu, aku dah biasa sangat la.
Aku cuba minta teks usul-usul yang dibentangkan..tapi tak dak. Masa perbahasan, semua petugas media dan blogger diminta keluar. Tak boleh merakam perbahasan. Kat meja media, cuma aku sorang yang nak dengar perbahasan, dan bila diminta keluar…punya la malu. Tak pa la. Blogger Pas dan blogger PKR boleh duduk dalam sebab depa juga peserta konvensyen, tapi oleh kerana aku bukan blogger Pas atau PKR…terpaksa la aku keluar. Ini Konvensyen Pakatan Rakyat..bukan Konvensyen Rakyat. Habih, aku nak cerita apa?
Aku cuba minta draf manifesto…pun tak boleh. Sebab yang tu…kalau BN dapat tau, depa akan ciplak. Yang tu aku nak gelak. Percakapan Hasan Ali pun orang boleh rakam, inikan pulak konvensyen yang begini besar. Jadi, aku tak tau apa manifesto Pakatan Rakyat.
Resolusi Pakatan Rakyat? Yang tu boleh baca kat blog-blog lain.
Jadi…aku balik rumah..masuk hutan cari gaharu dan garam bukit lagi baik. Semalam, bila aku online..jumpa Manifesto Pakatan Rakyat Perak. Huh!! sapa bocorkan kat Malaysian Insider?
Dan oleh kerana artikel tu dalam bahasa orang putih, aku cuba cari dalam bahasa Melayu. Dan yang dapat…cuma dalam blog Cenangau. Pasai apa tak ada sorang pun blogger Pakatan Rakyat yang tulis tentang manifesto tersebut sehinggakan Cenangau pun ambik dari Malaysian Insider?
Kata rahsia!! Macam mana boleh bocor? Sapa yang membocorkan rahsia? Kalau ikut artikel Malaysian Insider, Manifesto tersebut dibentangkan oleh Nga Kor Ming. Maknanya, reporter Malaysian Insider berada dalam dewan semasa pembentangan manifesto tersebut. Pasai apa aku kena peghalau? Tak pa la. Bukan salah depa..salah aku. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Gatai.
Aku tak boleh nak bahas usul-usul sebab aku bukan peserta…tak ada jawatan dalam parti. Jadi, ruang yang aku ada untuk membahaskan usul-usul, dan juga draf manifesto tersebut hanyalah dalam blog ini.
Manifesto adalah surat nikah diantara pengundi dan parti yang bertanding. Parti yang bertanding akan menawarkan beberapa pakej tertentu untuk pengundi. Kalau pengundi bersetuju, dia kena sain kat satu borang pada hari mengundi. Dan dalam borang tersebut, dia kena sain…dalam bentuk pangkah. Kalau dia pangkah kat Pakatan Rakyat, maknanya dia setuju dengan Pakatan Rakyat.
Bila Pakatan Rakyat berkuasa, dia kena tunaikan janji-janji yang ditulis dalam manifesto yang dipersetujui pada hari mengundi. Tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada pengundi, terletak kepada Pakatan Rakyat.
Pada pilihanraya 2008, rakyat Perak memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat Perak. Mereka memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat Perak kerana menerima manifesto yang ditawarkan sebelum pilihanraya. Ingat lagi apakah yang terkandung dalam manifesto tersebut? Hangpa cari sendiri. Aku dah lupa banyak perkara. Cuma ada beberapa perkara dasar yang aku masih tak lupa.
Perkara utama yang aku tak kan lupa ialah…mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka dicanangkan satu ungkapan masyhur…Ketuanan Rakyat. Sampai la ni aku tak tau apa dia. Yang aku tau, dikalangan pemimpin, masing-masing nak jadi Tuan. Tu pasai sampai la ni, tak habih-habih bertengkar. Ada yang dah cabut, ada yang buat ribut.
Walau macam mana pun, resolusi yang dibuat memang bagus. Perbetulkan rumahtangga Pakatan Rakyat dulu, sebelum nak meminang rakyat. Takut nanti, orang tak mau undi bukan sebab hangpa tak mampu, tapi tak boleh harap. Persepsi itu penting.
Tapi bila baca manifesto Pakatan Rakyat.. aku kurang yakin. Aku rujuk kepada manifesto yang ada dalam blog Cenangau. Kalau tak betui, hangpa pi katok kepala dia.
1. Mengembalikan pilihanraya peringkat Kerajaan Tempatan yang dah dihentikan 44 tahun sejak 1965 yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Aku takut, yang ni cuma janji sebelum menang. Bila menang jadi macam Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. Sampai la ni…semua negeri ni buat tak tau saja tentang pilihanraya Kerajaan Tempatan. Kat Kelantan, dah dekat dua puluh tahun memerintah, tak pernah sebut pun pasai pilihanraya Kerajaan Tempatan. Apakah pilihanraya Kerajaan Tempatan ini kat Perak saja? Masa memerintah dulu, nak buat pilihanraya Ketua Kampung pun bercelaru. Kat kampung Melayu, ada pilihanraya. Tapi bila tang ketua kampung baru, tak ada pilihanraya…DAP tak setuju.
2.Menyediakan Tabung Kebajikan Negeri digandakan dari RM12 billion kepada RM24billion.
Tabung ni untuk sapa? Mat Gian dan Mat Rempit boleh minta bantuan dari tabung ni ka? masa memerintah dulu, aku tak pernah dengar pun benda ni. Nak minta bantuan rumah orang terbakar kat Kg. Ngor dulu pun sampai la tak dapat-dapat. Tu pun bukan mintak dari Tabung Kebajikan Negeri.
3. Petugas masjid di Perak akan lebih diiktiraf dan kebajikan mereka akan diperbaiki.
Boleh la aku mintak kerja jadi Tok Siak. Boleh cuci tandas-tandas yang hancing kat masjid-masjid. Kalau tak mau aku jadi Siak, cari la orang yang berjenis sikit. Pengurusan masjid itu mesti lebih professional. Duit derma hari Jumaat pun, kalau diuruskan dengan lebih baik, dah lebih dari cukup. Tapi kebanyakan masjid yang ada…duit beribu dalam bank. Cukup tahun kira faedah, kira dividen. Tapi program masjid..Yillek.
4. Untuk masyarakat India, Yayasan India Perak akan diujudkan dibawah Yayasan Perak dengan peruntukan RM5juta untuk membantu golongan miskin.
Ini aku kurang setuju. Lepas ni kena buat Yayasan Melayu Perak. Lepas tu Yayasan Cina Perak. Lepas tu Yayasan Sikh Perak. Perrrgh..dah macam BN pulak.
5. Akan menambahbaik kebajikan untuk rakyat seperti diujudkan dana untuk ibu tunggal dan warga tua, biasiswa untuk pelajar yang memasuki universiti awam, peruntukan untuk rumah ibadat dan tanah perkuburan Hindu, Buddha dan Kristian selain dari Islam.
Bapa tunggal tak dak ka? Dah la kena tanggung nafkah zahir. Nafkah batin tak dapat. Teruk la. Masa PR2008 dulu, kalau tak silap aku, ada dijanjikan pendidikan percuma. Apa dah jadi? Tak kan biasiswa saja kot? Dan biasiswa ini untuk keseluruhan pengajian atau cuma bagi RM1,000.00 masa nak masuk universiti?
6. Akan menggezetkan plot tanah untuk sekolah semua aliran di seluruh negeri untuk menyelesaikan masalah kelas yang terlalu padat di bandar.
Aku rasa…orang yang mencadangkan manifesto ini masih lagi berfikir mengikut sistem pendidikan yang ada sekarang dan penyelesaian kepada masalah mengikut pemikiran lama. Tanah kat bandar-bandar harganya mahal. Why not buat sekolah sepuluh tingkat? Siap dengan aircond dan lift? Lagipun, apakah sekolah satu-satunya tempat untuk belajar? Sekarang ni pun, dah ramai yang tak mau pergi sekolah. Semuanya boleh dipelajari melalui internet. Dalam masa lima tahun akan datang, macam-macam teknologi yang akan muncul…tak perlu pergi sekolah. Konsep sekolah juga perlu dikaji semula. Sistem pendidikan yang ada sekarang lebih banyak membonsaikan pemikiran pelajar-pelajar. Kalau Pakatan Rakyat mahu meneruskan sistem pendidikan yang ada, setiap tahun asyik membina sekolah…macam BN jugak la.
Ishhh…dah pukul 3 pagi. Esok sambung pulak.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Rahsia ka manifesto tu?
Laa… awat tak habaq kat aku. tapi awat pulak nak habaq kat aku, aku bukannya dikalangan 200 org tu, dikalangan 2000 pun belum tentu, silap-silap dikalangan 20,000 pun belum tentu.
Pada aku biar la BN nak tiru pun, yg akan untung rakyat Perak jugak. Kalau Umno tiru, untuk PR13 kita reka manifesto lain laa.. payah sangat ka?
bior le bn tiru manifesto pr, deme tak kreatif pun! hari ni tak de ‘cover-it-live’ dari mahkamah persekutuan ke?
betoi macam hang kata Cenangau
tapi aku nak tambah sikit lagi
buat dua tiga manisfesto yang terbaik untuk rakyat
pastu istihar satu demi satu sebagai manfesto PR
biar BN curi dan curi
yang penting - rakyat untung
PR monitor jee - BN tak laksana - bantai
amacam …
La ni rakyat makin tersepit
No 4 tu paling aku tak setuju. Lebih baik tubuhkan yayasan anak negeri untuk layan semua kaum tanpa mengira parti. Kita patut keluar dari lingkungan pemikiran parti dan kaum. Pok Yet mana yang buat manifesto nih?
aku malas nak pikiaq pasai org2 politik nie…terlalu bnyk politik sampai rakyat kat bawah pun dah mula persoal apa yg mereka buat…pi la dok kat kedai2 kopi..pi dok kat stesen2 bas..pi tanya pakcik makcik yg dok sapu sampah..dok cuci jamban…apa yg depa harap selalu tak penah sampai..
yg dok dpt..nuu..pi tanya tv3..tanya bersama mu…tgk macam mana depa ni buleh wat sori pasai org susah??
tak malu ke…org poltitik dok pi canang nak tolong rakyat…alih2 org lain yg pi toloong…awat susah sgt ka nak tolong? susah sgt ka nak bg budget kat org susah? susah sgt ka nak keluaq duit elaun adun atau MP kat org lain??
betui…aku belum nampak lagi depa nie sanggup buat macam tu…huhuuhuh
apa yg abg mat cakap tu betui belaka. just on personal note, saya rasa takda apa yg appealling utk org yg tak tua macam saya ni. macam ni punya stail, sampai bila la org muda melayu nak sokong PR. depa ni taik lah.
overall pun, hampeh. apa sangat kita boleh kempen kat org kampung pun? middle class? boleh blah la hangpa.
ni pi baca yg nie lagi baguih…minta maaf bang mat promote skit…
http://colourluna.blogspot.com/2009/11/umb-yang-mana-pilihan-kalbu-islam.html
Kali pertama sudah tentu ada kelemahan,namun begitu manifesto perlu diteliti,sesuai dengan kewangan negeri dan perlembagaan.
Justeru kita bersama kearah menambah nilai pada kekuatan Pakatan Rakyat.
Program yillek tapi duit dalam bank beribu takpe lagi. Setengah mesjid (bukan fitnah) kutipan derma jumaat dan derma-derma lain banyak tapi duit dalam bank yillek dan program mesjid lagi yillek. Mesyuarat ajk jarang dibuat tapi bila buat pun laporan kewangan oleh bendahari pun yillek!!?
Hai…apa RAHSIA-nya. BN tiru ok la…kira PR tak payah buat, BN yang buat.
MSK, aku nak habaq kat semua: RAKYAT MENYAMPAH KAT BN SEBAB SIKAP DEPA YANG DAH MELAMPAU, JADI DEPA PROTES DENGAN PANGKAH PR. TAPI, JIKA PR BUAT KELAKU YANG SAMA, INGAT RAKYAT BODO KA? BAGI AKU, TAK SEMESTINYA JANJI YANG BUKAN-BUKAN, TAPI TIRU LA KELAKU PEMIMPIN YG BAIK, MACAM AHMADINEJAD KA, TOK GURU NIK AZIZ KA, TAK BELAGAK, TAK BOROS, TAK TIPU…FOR SURE RAKYAT SUKA!
Sekolah 10 tingkat nanti bergoyang pulak ! Bebudak pun takut nak naik..! La nie musim gempa..
Cenangau,
Tu pasai blog hang saja yang tulih. Dalam konvensyen tu ramai blogger yang buat coverage tapi sorang pun tak tulih. Mampuih la hang lepaih ni.
Prioryofjenin,
Yang tu aku nak sebut. Tapi pasai ngantuk sangat dah. Kalau ini la manifesto yang final nanti…lingkup.
Faridshah,
Petronas boleh tegak elok, titi gantung boleh runtuh. Bubudak..lagi tinggi lagi depa seronok. cuma bahaya kat orang tua. Tingkat 14 MACC pun boleh jatuh.
Selagi Pakatan Rakyat tak memerintah Negara for sure buatlah sebanyak mana manifesto pun agak sukar dilaksana….
Tapi masalah rakyat juga masih tak faham2 kerana kita dalam PR kekurangan dana bagi menyokong perlaksanaan manifesto tersebut…
Jadi janganlah menyalahkan PR jika manifesto tersebut gagal ketika ini…
Sekarang BN Umngok dah tak ada masa lagi untuk hadapi PRU13..jadi sekarang cara PALING MUDAH ialah PUJUK bagi TAWARAN ISTIMEWA kalau tak mahu..GERTAK, UGUT, BEKU AKAUN PERNIAGAAN, TANGKAP, JEL..itulah berlaku kepada Dr Asri…Pensyarah Universiti yang menyelia pelajar Phd dan Master pun BN Umngok kata sesat juga…HAI siapa yang sesat ni…GILA SAWAN MEROYAN BN UMNGOK sudah bermula lagi…
Inilah saat UJIAN yang Allah kata itu…adakah kamu akan dibiarkan sahaja mengaku BERIMAN tanpa KAMU DIUJI…
Ambil iktibar…budak kecil yang sanggup di panah oleh RAJA ZALIM..dengan syarat sebelum memanah RAJA kena baca nama ALLAH..Suroh Al Buruj..bagi budak itu…dirinya TAK PENTING…dia mati tak apa.. asalkan orang ramai akan BERIMAN..
Jadi Ahli biasa dan pemimpin PAS / PKR…tepuklah dada tanya IMAN…nak pilih yang mana…bukan senang nak perjuangkan ISLAM ooooiiii…masuk PAS bukan suka2 hati…atau lepaskan geram pada BN Umngok…lebih dari itu…carilah USRAH dan TARBIAH dalam PAS..yang aku dulu2 ikuti..SB pun sama mengintipi..
Salam bro MSK
Konon nya …ada SB dan suruh keluar.. alahaiii siapa mereka2 ni …pie leeee mereka2 ni puak-puak yang masih tak habis dendam dengan kenyataan bro tempuh hari kut … Di depan team itu juga…yang duk promasi blog sendiri……..kah kah kah lucu dan kelakar habis…youuuu…………. Sendiri bagi syok dan puas hati kut……?
Kalu masih duk ada perangai lagu ni ….tak sesuai untuk bersama pakatan rakyat…DENDAM’ DENGKI DAN IRI HATI sesama kekawan…poooodahhhh….boleh blahhhh.
Selepas beberapa wakil rakyat mengisytihar keluar parti lalu menjadi ‘wakil rakyat bebas mesra BN’ selepas ini akan ada pula wakil-wakil rakyat daripada PAS tanpa keluar parti tapi mengisytiharkan mereka sebagai ‘wakil rakyat PAS mesra BN’
Yop dengan dua orang kawan akhirnya dapat juga menyelit untuk hadir ke konvensyen. Sebab teringin sangat nak dengo deraf manifesto tu, dah pukul 8.00 mlm hari Jumaat tu suruh kawan tanya Ustaz Zul untuk dapatkan tempat. Pukul 11.00 mlm baru dapat tahu kata boleh datang bawa 6 orang. Dah lewat malam nak cari sapa. Nasiblah isteri Yop dan seorang kawan yang dapat Yop cari. Esoknya pepagi Yop drive dari Behrang sampai Ipoh pukul 8.15 pagi. Pendaftaran bayo sendiri. Makan tengah hari kat Ipoh Parade. Sekali sekala, tak apalah guna duit pencen berbelanja sendiri. Mujo dapat parking kat hotel. Ada kawan parking kat luo dapat soghat saman. Entahlah macam mana dia nak bayo.
Pase deraf manifesto tu Yop tak faham pulak ia satu doktrin rahsia. Masa YB Nga Kor Ming bentang tu Yop terdengo katanya ia mengandungi 25 perkara (kalau tak salah pendengoran Yop ler). Yop cuba nak catat tapi YB Nga Kor Ming bentang terlalu laju, tak sempat nak catat. Kertas deraf manifesto tu tak ada pulak diedarkan kepada peserta. Kata deraf ni nak dibincangkan lagi di peringkat cabang, patutnya adalah derafnya diedarkan untuk dibawa balik oleh peserta untuk dibelek-belek dan dipikiokan semula. Lepas ni Yop kena tengok blog Cenangau.
salam bro….
aku nak perbetulkan perkara2 yang kurang berapa betol…yang ni aku kena perbetolkan nanti orang lain pulak yang dok bagi kita betol2 sampai kita dikatakan tak betol….bayaran yang dikenakan sebanyak rm25-00 tunai bukan parti yang bayar…kami sendiri kena bayar dengan duit titik peluh hasil ambik upah kait sawit…tak pecaye ke…lagi satu tentang manifesto tu hanya cadangan yang akan dibincangkan dan dibahaskan olih semua wakil2 cabang..manifesto dibentangkan untuk memberi ruang pada wakil2 yang hadir untuk mengemukakan idea sama da untuk menambah atau sebaliknya…sebenarnya manifesto itu masih dalam proses penetasan…kalau dah menetas nanti boleh la sama2 kita tengok sama ada boleh dijual ke tak…atau nak buat penggredan…ape-ape pun boleh…ikut suka hangpa laaa…belum ape2 pun dah macam2 ayat keluar…buat la ape yang baguih pada hangpa…yang buat keje tak nampak kesilapan mereka yang tengok orang buat keje jer yang nampak semua….hangpa betuikan laa…
Benor yopsgbatu teman setuju patut2 nya bawa benda alah tu ke cabang boleh di fikir kan besama deraf ke atau sebaliknya…? ini edak dah baca laju nak mampos…..masing2 perwakilan nganga eja sebab tak sempat nak fikir……atau tulis…..tu pun yang bawa alat tulis kalu tak ikut nganga juga?
Semacam tak ikhlas je………..nak di terjemahkan kut2…… banyak sangat komen nanti. .!
BIOR SIKIT TAPI SARAT DAN PADAT - BANYAK SANGAT SINI BERLUBANG SANA CICIR KAT DEPAN TAK SEMPAT NAK BERDEPAN..LAGI HARU BIRU..!
Yeop sg batu dan ejan Tapah,
Ini masalah cabang. Kalau kena bayor duit sendiri, ini masalah cabang, Cabang-cabang lain, parti tolong bayorkan.Mana deme dapat duit, yang tu aku tak tau. Tapi macam kata Yeop sg. Batu, hari jumaat baru dapat tempat…ada sesuatu yang tak kena sedangkan tempat lain dah berminggu deme dapat tau.
Kalau pimpinan parti peringkat cabang pun tak tau apa yang dibincangkan, resolusi dan manifesto tu sapa yang buat? Pernah hangpa bincang, apa usul yang nak dibawa, atau dicadangkan dalam konvensyen tu? Kalau hangpa pun tak tau…teruk la.
Bro MSK,
Bukan sesuatu yang tak kena, tetapi macam-macam yang tak kena.
salamm..
malam tu masa dialog Ureka tu.. kan ada sorang mamat tu
tanya kut2 blogger boleh ada peranan dalam konvensyenu tu,,
kan Nizar cakap, kalau perlu dia akan panggey..
maknanya dema tak perlukan blogger ler tu..
jadi sedor ler diri tu yang blogger ni tak di perlukan..
salammm…
memang la blogger tak diperlukan
itu cakap orang yang paling kita bole pakai - nizar
mamat politician PR yang lain _ di kencing lu orang je lar
so blogger buat parti sendiri la
tak yah menulis perihaL PR
biar mampuih PR yang takleh diharap
yes … welcome to …
GELOMBANG KETIGA POLITIK
LU ORANG BN DAN PR PIERGI MAMPUS LA …
kalamsyah,
Betoi betoi. Teman pun ada malam tu, tapi teman bukanlah dalam team blogger. Adanya ketua sebab adanya anggota-anggota. Jadi bukan saja cakap ketua aja yang perlu diengo, cakap-cakap/pandangan anggota-anggota pun perlu juga diambik-kira. Sabo kalamshah.
kalamsyah,
Memang aku sedor blogger ini tak diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Cuma diperlukan bila pilihanraya. Tapi macam kata Abe, kita cuba membantu, tapi kalau tidak diperlukan…Mampuih pi la.
Hari ini aku dapat satu jemputan. hangpa nak tengok? Pasai apa depa jemput aku?
JEMPUTAN MEDIA
Tarikh: 06 November 2009
Kepada: Ketua Pengarang, Wartawan & Wakil Media
SIDANG AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PERAK
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Negeri, Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak akan mengadakan satu sidang media seperti maklumat di bawah:
Tarikh : 07 November 2009 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat: Pejabat Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak,
No. 10, Wisma Keadilan,
Medan Istana 5, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Syarikat tuan adalah dijemput untuk menghantar wartawan atau wakil ke sidang media tersebut.
Diharap pihak tuan dapat hadir ke Sidang Media ini untuk membuat liputan, KECUALI Utusan Malaysia.
Sebarang pertanyaan hubungi Sdra Anuar di talian 012-5162685 atau ditalian Pejabat, 05-2551994.
Sekian, terima kasih.
###
Pejabat Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak,
Mampuih pi la.