Konvensyen (Pakatan) Rakyat 2

Nov 5th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Oleh: MSK

sambungan...

7. Akan melaburkan lebih RM500juta untuk menarik pelabur asing.

Yang ni terlalu umum. Nak panggil kilang baja ka? Nak panggil Levi’s suruh bukak kilang kat sini ka? Nak tau jugak…apakah dasar investment kerajaan Pakatan Rakyat?

8. Untuk mengurangkan beban kepada peniaga, PR akan mengamalkan polisi lesen tiga tahun percuma untuk semua peniaga dan enam bulan pengecualian sewa untuk gerai dari kerajaan tempatan.

Manifesto kelapan ni jangan harus dikempen kat Kuala Kangsar. Silap-silap kena lempar kasut.

Masa baru-baru berkuasa diPerak dulu, perkara pertama yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat di Kuala Kangsar ialah menaikkan sewa tapak untuk peniaga Pasar Tani. Puluh tahun BN memerintah, sewa tapak cuma seringgit. Tup-tup bila memerintah, naik dua ringgit. Yang mencadang dan meluluskan kenaikan …Ahli Majlis Pakatan rakyat jugak. Bila tak ada kuasa…janji macam-macam tapi bila ada kuasa…buat lain macam.

9. Selain itu Kerajaan PR juga akan antara lain memberikan taraf pegangan bebas dengan 80% diskaun keatas premium untuk semua 369 kampung tersusun dan 134 kampung baru, taraf 99 tahun kepada tanah industri,

Yang ni kan dah buat?

10. Air percuma untuk golongan miskin tegar

Selangor, Perak, Penang, Kedah semua tak mau bagi air percuma. Jangan la buat dalam manifesto saja, tapi bila nak dilaksana..cuma 20M3 saja. Bila sebut percuma…ia memberikan persepsi pengguna tak payah bayar. Cakap betul-betul…berapa banyak nak bagi free? Data base golongan miskin tegar dah ada ka? Kalau tidak, yang dapat semua puak-puak Umno saja.

11.Memperbaiki sistem pengangkutan awam melalui pengubahsuaian lapangan terbang, sistem letak kereta “satu negeri satu kupon”, untuk semua 15 kerajaan tempatan di Perak.

Yang ni bagus. Tapi boleh buat ka…terutamanya tentang pengubahsuaian lapangan terbang?

12. Pilihanraya ketua kampung di semua 817 kampung Melayu dan 134 kampung baru.

Kat kampung Melayu tak ada masalah..tinggal lagi…calonkan la orang yang ok sikit. ramai Ketua Kampung yang dipilih lalu..tak reti nak buat kerja. Tapi tak pa…mungkin lepas ni orang akan buka mata sikit. Kat kampung baru, kena selesai betul-betul. Nanti PKR nak pilihanraya, DAP nak lantikan.

13. Peruntukan tetap 1,000ha tanah untuk sekolah agama.

Fuiyo..banyak ooooo!! Ada berapa sekolah ugama di Perak?

Komen-komen aku:

Secara keseluruhannya, aku rasa manifesto ini macam dihasilkan oleh Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak Surau Kampung Changkat Ibol.

Kalau lah manifesto ini diterima pakai, aku nak kempen kat sapa?

Dalam pilihanraya yang lalu, kemenangan Pakatan Rakyat dihasilkan menerusi undi-undi saluran 3 dan 4. Saluran orang muda. Saluran satu..rendam dengan Clorox pun tak putih dah.

Tapi bila menang…yang diutamakan ialah pengundi saluran satu. Bantuan kepada warga emas, bantuan ibu tunggal..yang kebanyakannya saluran satu. Tetapi bagi saluran orang muda yang banyak memberikan undi kepada Pakatan Rakyat…langsung tak ada.

Apa manifesto Pakatan Rakyat untuk golongan seniman, artis jalanan, rockers, geng undergound? Yang ada…setiap kali nak buat konsert, buat demo. Seburuk-buruk bajet Najib yang lalu, ada RM5 juta untuk golongan seni. Tapi dalam manifesto Pakatan Rakyat..habuk pun tarak.

Artis-artis ni banyak pengikut. Toksah kata artis top…Rahmat Haron pun ada peminat tegar. Dan kalau golongan ini dipinggirkan..mampuih pi la.

Dari 13 manifesto yang dicanangkan, tak ada satu pun program untuk anak muda.

Bagaimana dengan program sukan? Tak teringin ka nak buat liga daerah, liga kampung. Tak ada siapa yang teringatkan tentang padang bola atau padang permainan yang semakin hari semakin pupus diPerak?

Tak ada sapa ka dari kalangan kepimpinan PR yang hadir konvensyen tu bercakap tentang alam sekitar? Macam mana sungai-sungai semakin lama menjadi semakin kotor?

Tak ada sapa ka yang bercakap tentang pengurusan hutan lestari?

Apa dasar pertanian Pakatan Rakyat? Nak bagi subsidi baja macam BN ka? Atau nak jadikan Perak pengeluar produk organik? Atau nak jadikan Perak pelopor pertanian high-tech?

Tak ada sapa ka yang bercakap tentang pelancungan? Untuk menjadikan Ipoh sebagai pelancungan waktu malam? Kelab malam, kelab dangdut, rumah urut dan rumah pelacuran dah sedia ada di Ipoh..tak ada sapa-sapa yang nak buat promosi untuk menjadikan Ipoh sebagai Hat Yai? Jalan Yang Kalsom boleh kita jadikan sebagai Patpong.

Cuba tengok berapa banyak hutan lipor yang terbiar. Belanja berjuta-juta untuk bangunkan kawasan..last-last jadi tempat budak-budak beromen. Apa nak buat?

Tak ada sapa ka yang bercakap tentang program kemasyarakatan? Kaki gam dan kaki stim yang semakin ramai tu nak buat apa? Sekurang-kurangnya cekup depa dan bagi makan buaya pun tak apa…tapi sekurang-kurangnya ada idea macam mana nak mengurus masyarakat.

Apa peranan NGO, persatuan-persatuan dalam kerajaan Pakatan Rakyat? Apa ruang yang disediakan untuk mereka terlibat dalam pemerintahan yang dikatakan pemerintahan rakyat?

Dan yang terpenting sekali..apakah manifesto yang ditawarkan ini mencerminkan kehendak rakyat atau kehendak parti? Pernah tanya ka kaki-kaki kedai kopi…apa yang depa mau? Pernah tanya ka Mat Mat Rempit apa yang depa nak? Pernah tanya ka peniaga-peniaga pasar malam apa yang depa perlukan?

Pernah ka buat dialog dengan rakyat? Pernah tanya ka apakah permasalahan rakyat? Berapa ramai yang nak geran dan berapa ramai yang mahukan peluang perniagaan?

Kadang-kadang naik fedup..setiap kali bagi bantuan…orang yang terima bantuan naik pentas pakai gelang cerai sampai kesiku. Bila tiba pilihanraya..Umno juga pilihan hatiku. Kalau tak ada Umno…kita makan ubi kayu. Bila PR menang…orang macam ni jugak yang dilayan sedangkan tukang gantung bendera, tukang tampal poster,tukang bentang tikar tengok dari jauh.

Aku rasa…sudah sampai masanya rakyat juga keluarkan manifesto. Rakyat juga kena buat konvensyen, draf manifesto sendiri dan bagi kat parti-parti yang bertanding. Kita bagi tau apa yang kita mau…bukan hanya mendengar apa yang depa nak bagi kat kita.

Sapa yang terima, kita sokong. Sapa yang keras kepala tak mau dengar cakap kita…sekeh kepala depa.

Tags:

Afiat

10 comments
Leave a comment »

  1. baguss!!gua sokong cadangan latuk!!

  2. sanagat setuju dgn manifesto dr rakyat sendiri….bro MSK, apa kata mulakan utk mendapat input utk draf yg pertama??

  3. macam sy cakap bang mat..seblum ni..

    malas nak pikiaq pasai org2 politik nie…terlalu bnyk politik sampai rakyat kat bawah pun dah mula persoal apa yg mereka buat…pi la dok kat kedai2 kopi..pi dok kat stesen2 bas..pi tanya pakcik makcik yg dok sapu sampah..dok cuci jamban…apa yg depa harap selalu tak penah sampai..

    yang sy paling sokong..jom pakat2 pi sekeh kepala depa ramai…geram betui rasa bila kita rakyat bawah nie cakap tp puak2 atas takmo amik perhatian langsung..

  4. 10. Air percuma untuk golongan miskin tegar

    bab ini aku dah bangkitkan dalam konvensyen tenpoh hari… rakyat yang berpendapatan RM750.00 akan dapat air percuma.. bagaimana dengan rakyat yang berpendapatan lebih RM750.00. Mereka juga pengundi. aku cadangkan supaya bil air dikira setiap bulan bukannya dua bulan sekali. sebagai contoh untuk penggunaan 100 m3 yang mana bil dikira 2 bulan sekali pengguna harus bayar sebanyak RM81.80 berdasarkan kiraan berikut 20m3 pertama X 0.30, 20m3 kedua X 0.70 dan bakinya 60m3 X 1.03.
    Kita ambil purata jika penggunaan sebulan adalah sebanyak 50m3 dan bil dihantar sebulan sekali… pengguna hanya bayar RM30.30 berdasarkan kiraan berikut 20m3 pertama X 0.30, 20m3 kedua X 0.70 dan bakinya 10m3 X 1.03. bermaksud dalam masa 2 bulan pengguna hanya bayar RM60.60 sahaja kurang RM21.20. aku ada bertanya kepada kawan-kawan yang bekerja sebagai meter reader, kata mereka staff kurang.. satu pusingan untuk sampai kembali kerumah pengguna memakan masa 2 bulan. Jadi aku cadangkan dalam konvensyen tempoh hari.. laksanakan bil sebulan sekali dan untuk melaksanakannya tambah pekerja. sekurang-kurangnya kita memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negeri perak ini.

  5. gelombang ketiga hampir nak datang ….
    you betul-betul mau bang mat
    boleh jadi punya
    apale mengharap pada pakatan rakyat
    menang pru 13 pun belum tentu lagi
    aziz bari kata kita bagi chan la kat PR
    hang tengok sendri la nanti aziz bari camne pas layan hang
    sori pakatan rakyat , korang dah loose
    now is the time for gelombang ketiga ti emerging
    byebye pakatan rakyat

  6. 10. Air percuma untuk golongan miskin tegar

    Tak mesra rakyat lar..nak asing2kan pulak, banyak kerja tuh.
    Contoh: RM750 - miskin, kalau gaji RM786 pulak ? Kena bayaq laa..
    Mcm Selangor 20m3 percuma ok jugak, semua pakat2 rasa. Apa yg penting utk kurangkan beban rakyat, turunkan tarif air lebih baik. Sapa guna lebih, bayar la lebih. Sapa guna sikit, bayaq sikit..!
    Aku kat Selangor, duk dgn anak bini hampir setiap bulan bil air RM0.00.
    Pandai2 berjimatlah sikit..

    Benda baik kita sokong, tak betoi kita tegur cukup2 !
    Jangan cakap saja..

  7. Tentang air ni..aku bayar dua ringgit sebulan. pakai la banyak mana pun. Tapi of course, kualiti dia tak menentu. jadi kena buat treatment sendiri.

    Konsep percuma ni ada macam-macam cara boleh dibuat…cuma kena duduk dan berbincang dengan pemikiran luar kotak macam mana nak buat. Lepas jumaat kita sembang lebih panjang.

  8. Bang Mat..

    Buat ape kepala pening fikir pasal orang politik nih…we should make them know what we want..We want a good govenence…kita mahu keadilan Rakyat…So be a good voter…

    Mereka sepatutnya jadi Wakil Rakyat bukan Wakil Parti..kalau setakat jadi wakil Parti letak Kambing Boer pun boleh…Bila dah jadi wakil rakyat, maka keutamaan ialah Rakyat, Rakyat No 1, Parti jadi No.2 baru betul..kalau tak boleh gak..biar kita bagi huru- hara..semusim bagi kat PR ..semusim bagi kat BN..macam kat USA..Dua penggal bagi kat Clinton, dua penggal kat Bush, Satu penggal kat Obama…Senat pun macam tu juga…Masa Clinton, senat parti Keledai, Masa Bush,, bagi kat parti gajah..masalah kita sebenarnya banyak YB PR yang ada sekarang nih benak sikit…mungkin terkejut Menang kot …ha ha ha ha

    Wasalammmmmmmmmmm

  9. Betol kata ha ha ha..
    Memang sepatutnya kat Malaysia jugak seperti negara lain yang maju dan moden. Parti pemerintah boleh bertukar2 macam AS, Britain, Australia dll kot.
    Tapi masalah di Malaysia, kebebasan bersuara disekat. Pembangkang takde saluran tv, radio, akhbar perdana dan sebagainya. Yg ada pun Harakah(aku dah mula boikot) 2x seminggu, itupun dikongkong oleh pihak atau kumpulan tertentu. So aku berenti beli dah, harakahdaily pun dah lama tak masuk !
    Rakyat bawahan perlu bangun dan lawan, tak kira UMNO, BN, PAS, atau PR..tak betul kita hentam. Betul dan baik kita pakat2 sokong.
    Satu hari nanti harap2 ada parti dari blogger pulak !

  10. ha ha ha,
    …. masalah kita sebenarnya banyak YB PR yang ada sekarang masih benak sikit….. (bukan banyak). Golongan ini, yang telah pun jadi YB - apa boleh buat - pengundi yang pilih. Tapi kita boleh sama-sama ‘tujah-tujah” dema. Harap dema berubahlah. Cuma yang Yop risaukan ada segelintir yang cuba nak lobi-lobi nak rebut jawatan kot-kot dapat pulak dipilih jadi calon YB, berperangai yang sama juga. Ikut kepala hotak dia aje. Dan yang paling mengecewakan, yang pun dah diberi jawatan, tak mahu pulak nak laksanakan tanggung jawab jawatan dan tak mahu pulak nak letak jawatan. Nanti kalau letak jawatan, tak dapat pulak peluang itu, tak dapat pulak peluang ini. Itu sebab Yop sokong bebeno hasrat geng MSK mengwujudkan UREKA tu. Rendam deme betoi-betoi dulu sebelum nak jadi YB.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.