Dilema PAS: Pintu UG tutup tak berkunci?
Nov 5th, 2009 | By Admin | Category: Akhbar OnLine, Rencana
Ketika PKR disindir dengan gelaran bateri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin), dibincangkan peranan tiga anak Ibrahim (Anwar, Khalid dan Zaid), PAS yang tidak ketinggalan dengan tiga anak Ali-nya (Hasan, Mustaffa dan Ibrahim) pula dihantui dengan 3U (UMNO, Utusan Malaysia dan Unity Government).
Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) terus diajukan terhadap PAS melalui media cetak arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, walaupun Presiden Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PAS telah menutup pintu rundingannya dengan UMNO.
Misalnya, dalam satu rencana berjudul Pas sedia korban prinsip perjuangan demi pakatan (m/s19, Berita Harian, 3 November2009), diakhiri dengan memetik hujah “seorang pemimpin PAS” yang berbunyi, “Bagi saya, walaupun dikatakan pintu rundingan dengan UMNO sudah tutup, tapi ia masih ‘belum dikunci’. Kami tahu, persoalan yang bermain di fikiran pengikut setia Pas hari ini ialah apa akan berlaku jika Nik Aziz ‘tidak ada’ lagi nanti.”
Muktamar Khas Luar Biasa
PAS mungkin keberatan untuk mengangguk kepada cadangan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa, setelah melihat pengalaman MCA yang tidak habis-habis bergelut dalam kemelut sehingga hari ini.
Namun demikian, EGM mahupun kemelut MCA hari ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan situasi PAS. Kemelut MCA berpunca daripada kekurangan sumber selepas parti itu dibadai tsunami pada 8 Mac 2008. Perselisihan antara pemimpin bukan kerana pertembungan idea, tetapi pertentangan kepentingan. Buktinya, dua pemimpin tertinggi yang saling berbalah itu sanggup berganding setelah menyedari bahawa diri mereka saling memerlukan untuk meneruskan survival politik masing-masing.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














udah2 ler tu…geli geleman nak baca artikel macam ni
sikap tak mahu menerima pandangan luar akan merugikan pas. sikap tidak mahu keluar dari bawah tempurung akan mengundang kecelakaan kepada pas. apa yang diperlihatkan, pas yang memperjuangkan islam tidak mampu memisahkan ‘melayu’ dengan islam. seolah2 islam hanya untuk ;melayu’?
‘melayu’ ni perjuangan siapa? umno. kegagalan pas untuk memisahkan ‘melayu’ dengan islam menunjukkan bahawa pas ada hubungan dengan umno. pas termakan dengan idea ‘melayu’. ada perbincangan di antara pas dengan umno. pil “wala’” yang dimakan tidak mengikut prescription doktor telah membunuh kecekapan berfikir ramai ahli2 pas. sejak dari “kepimpinan ulama tercabar” sampai kini, komen2 yang dapat dibaca menjuruskan ke situ.