Merakyatkan Wakil Rakyat
Nov 4th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, labu-labiOleh: Labu Labi
Bilakah wakil rakyat, seolah olah menjadi Pembesar Raja, Zaman Kesultanan berkuasa penuh.
Bagaimanakah boleh terjadi begitu. Sedangkan mereka adalah dari kalangan kita juga. Sebahagiannya. Taraf pendidikannya lebeh rendah dari kita.
Tapi mengapa mereka di agungkan sebegitu rupa. Bila terpilih sahaja sebagai Wakil Rakyat. Mereka seolah hidup terasing dari masyarakat. Masyarakat seolah mengiktiraf mereka sebagai orang yang terbaik dan tinggi kedudukannya dalam masyarakat.
Kalau ada sesiapa yang cuba meminta bantuan itu dan ini, maka orang tersebut dianggap biadap terhadap kedudukan wakil rakyat itu. Mereka begitu dihormati. Bila bercakap pun perlu dihormati, dengan menyebut yang berhormat. Kalau tidak dianggap biadap dimata masyarakat.
Dari segi dihormati. Aku akui. Tetapi bila sampai terasing dari masyarakat. Sampai mendewakan mereka. Tu yang peliknya. Seolah olah mereka pembesar.
Bukan maksud aku supaya dibiarkan sahaja wakil rakyat tu, begitu sahaja. Budaya melayu halus dan lembut. Penuh sopan santun. Tapi bila terlebeh. Tu yang menyebabkan wakil rakyat besar kepala. Seolah olah mereka pandai dalam serba serbinya. Mereka tinggi dalam serba serbinya. Kalau majlis tu rasmi dan perlu wakil rakyat tu dihormati, maka berikan lah penghormatan tu, mengikut kesesuaian semasa. Kalu masa kematian pun, masih lagi diminta ruang atau laluan daripada orang lain, untuk memberi hormat kepada wakil rakyat. Disambut dan diraikan seolah olah majlis rasmi. Tu apa cerita.
Budaya mendewakan wakil rakyat perlu dihapuskan. Mereka adalah “Wakil Rakyat”, bukan “Tuan Rakyat”. Wakil Rakyat adalah orang yang perlu menanggung bebanan yang dipikulkan keatas bahu mereka untuk kepentingan rakyat yang diwakili. Sebarang masalah, dari sekecil kecilnya hingga yang besar perlu di selesaikan melalui wakil rakyat.
Wakil rakyat perlu diajak berbincang. Demi pembangunan setempat. Mereka perlu ditetapkan bila perlu berbincang dengan penduduk setempat. Jangan biar mereka dengan dunia mereka. Mengumpul harta sebanyak mungkin. Harta tersebut akan menjadi bebanan kepada mereka bila mati kelak. Ditakuti, harta itu juga akan menjadi bebanan kepada kita juga. Kerana tidak menghalang mereka. Juga tidak mengingatkan mereka.
Diharap kejayaan perakex memulakan temubual dengan pemimpin akan menjadi tradisi berterusan. Diharap akan di panjangkan kesetiap ceruk rantau. Seluruh negeri perak.
Supaya negara kenal. Siapa sebenarnya “Wakil Rakyat”. Mereka bukan “Tuan Rakyat”. Boleh berbuat sesuka hati. Bila telah terpilih sebagai wakil rakyat.
Rancangan teratur perlu dilakukan. Harapan merakyatkan wakil rakyat semoga tercapai.
Semoga mereka benar benar melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. Bukan sebagai pembelot hak rakyat. Sekiranya mereka merasakan beban terlalu berat. Peringatkan. Itulah wakil rakyat. Kome bukan dilantik oleh sultan ketika zaman kesultanan dahulu, yang berkuasa penuh ikut suka hati. Tapi kome dilantik melalui, sokongan dan harapan serta tanggungjawab.
Ingatkan berulang kali. Agar mereka tidak lupa diri. Hanya menjaga kelaparan perut dan dibawah perut mereka sahaja. Rakyat yang kelaparan tidak dipedulikan. Apabila rakyat yang kelaparan berdemo. Dicop sebagai pengkhianat. Kome wakil rakyat kenyang dan senang lenang. Sapu harta rakyat.
Ramai juga wakil rakyat yang merakyat. Antara Wakil rakyat yang dulu dulu, yang merakyat. ‘Selain pemimpin besar besar parti’. Lee Lam Thye – Kuala Lumpur bandar. Setiap derita rakyat pasti dia mendahului badan NGO atau kerajaan. Dia sampai dahulu. Dia juga menjadi jurutaip dan menjadi pengarang bagi sebarang permohonan rakyat. Setakat yang aku tau. Kini mengetuai PLKN.
Satu lagi wakil rakyat bebas – tak silap aku – sungai besar, selangor. Aku lupa dah nama dia. Dia cikgu. Menang beturut turut. Beberapa tahun lamanya. Dia juga lebeh kurang Lee Lam Thye. Setiap kesusahan rakyat pasti dia bersama.
Pemimpin besar parti, Yang tu tak masuk kira. Mereka berjiwa besar.
Macam ustaz Fadhil (beliau ustaz / Pensyarah aku kat UTM – he’s, very low profile – I’m proud of him). Lim Kit Siang (melibas, sebarang isu nasional – juara dalam parlimen – BN memang kantoi dengan data dan maklumat yang dia hujahkan – back up ‘thinkers’ kuat). Anwar (pemidato, zaman aku remaja).
Yang lain lain tu. Kebanyakannya “kepala mereka” dibesarkan oleh rakyat sendiri. walaupun mungkin ramai yang merakyat. Tapi rasa perlu dihormati tu tetap ada dan bersarang dijiwa mereka.
Perjumpaan dengan rakyat setempat perlu diatur. Mereka tidak boleh mungkir janji pada tarikh tersebut. Dengan alasan ‘bermain silap mata’. Sebarang Masalah rakyat perlu ditangani dengan baik dan tepat.
Aku berani membuat cadangan inipun. Pase aku tengok MSK dan perakex punya cita cita yang menyeluruh untuk kebajikan rakyat. Tidak untuk parti. Baju parti ditanggalkan.
Semoga harapan tidak hanya tinggal harapan.
Wakil Rakyat ……. adalah rakyat…sama sperti kita…mereka bukan dilahirkan dikalangan dewa atau ‘bangsa diawan’…!!!!!!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Aku teringin bebenor nak nengok suatu hari nanti panggilan YB, YAB dan segala panggilan karut ini dihapuskan. Begitu juga dengan gelaran Dato’, Dato’ Seri, Tan Sri dan segala lagi yang di anugerah oleh Sultan dan Ketua Menteri. Semua benda2 ni langsung takde pekdah. Hanya amalan feudal yang menjarakkan sesama manusia. Untuk Wakil Rakyat cukuplah dengan panggilan ADUN Sauk, ADUN Chandan atau untuk panggilan penuh boleh disebut sebagai contoh Encik Mat ADUN Batang Berjuntai atau Encik Labu ADUN Ghaban. Kan ok bunyinyer!
Orang Melayu terlalu mudah mendewakan wakil rakyat. Ini adalah tradisi UMNO yang telah ditanam dalam-dalam…….., dalam minda orang Melayu.
Ni pengalaman aku di negeri lubuk UMNO.
YB nak datang kampung, kena buat acara besar-besaran. Lagi besar pangkat YB, lagi besar modal digunakan untuk persiapan majlis. Kalau YB berpangkat Menteri, hah! Sampai tak tidur malam ketua kampung dibuatnya, berpanas dan berhujan di balai raya, menyiapkan pentas yang cantik bak balairung seri.
Pulak tu, YB verpangkat menteri ni, demand la pulak! Taknak cenderamata kecik. Nak hadiah besar-besar aje!
Hari yang YB dikatakan nak datang, berbaris orang-orang kampung menyambut ketibaannya, kiri kanan jalan. Pastu bila berucap, hentam PAS, hentam PKR. DAP tak hentam. Tak ada idea kot…
Selang beberapa bulan, PRU-12. Secara tak sengaja, aku tertengok kat TV3, media talibarut bini najib memukul canang, PKR menggadai nasib bangsa Melayu, apabila meletakkan beberapa calon bukan Melayu di kawasan yang majoritinya Melayu, yang telah turun-temurun disandang UMNO.
Aik… yang UMNO pi letak calon MCA dan MIC berlambak-lambak kat kawasan majoriti Melayu dalam negeri lubuk UMNO ni, tak ada bising pulak. Kalau dah kawasan majoriti Melayu, yang mencabar UMNO bukan Melayu, apa nak takut?
Antara YB UMNO yang dicabar calon bukan Melayu ialah YB UMNO bertaraf menteri yang datang ke kampung aku dulu.
Masa berucap kat kampung aku dulu, tak cukup hentam PKR, PAS pun dihentamnya juga. Kat negeri lubuk UMNO ni, ada sorang calon Kelab Penyokong PAS, berbangsa India, mencabar calon UMNO Melayu dengan tiket PAS. Yang membantu calon ni berkempen, seorang ahli PAS berpangkat ustaz.
Kalau aku pengundi kat kawasan calon Kelab Penyokong PAS tu, aku pun sokong dia. Bukannya aku tak tau, calon UMNO tu kaki rasuah. Yang calon PAS tu walaupun dia bukan Islam, aku tau dia seorang yang berintegriti dan bersih, tak main rasuah. Orang kafir macam ni jauh lebih bermaruah daripada orang Islam yang makan rasuah.
Berbalik pada cerita YB UMNO bertaraf menteri tadi. Mamat ni bertanding di kawasan utara. Tup tap, tup tap, bila keputusan di umumkan, bungkus Yop! Kah….kah….kah…. Kelakar kan? Padan muka hang! Sombong sangat……
Surat Buat Wakil Rakyat – Iwan Fals (Album Wakil Rakyat 1987)
Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR
Wakil rakyat kumpulan orang hebat
Bukan kumpulan teman teman dekat
Apalagi sanak famili
Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam
Di kantong safarimu kami titipkan
Masa depan kami dan negeri ini
Dari Sabang sampai Merauke
Saudara dipilih bukan dilotere
Meski kami tak kenal siapa saudara
Kami tak sudi memilih para juara
Juara diam juara he eh juara hahaha
Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR
Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam
Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”
Chor… Encik tak best. Sdr lagi best. Sdr Mat Saman Kati, Adun Batang Berjuntai atau Sdr Labu Labi Adun Ghaban. Pergh….
Sam Ahmad
Sam Ahmad
Amacam kalau guna “bro” sahaja?
Ada juga bunyi-bunyi mcm “Father” saja!
KTG
Aku setuju pandangan ikutceramah…
Lebih 52 tahun Bangsa Melayu telah diajar oleh UMNO bagaimana membezakan Wakil Rakyat ini yang mungkin pada asalnya guru pencen yang sebaris dengan rakyat.
Sehinggalah kalau tak silap aku ada filem Melayu kisah YB nie…pelawak terkenal berlakun Hamid Gurka..hahahaa
Bila saja diangkat menjadi Wakil Rakyat kehidupan terus berubah…dulu yang hutangnya bertimbun timbun kini hartanya pula yang bertimbun timbun…
Sehingga tokwan dan nenek di kampung2 mengatakan mereka kaya sebab kerja besar….jadi wakil rakyat…..kerja dengan menteri……inilah minda pada orang Melayu UMNO……
Sebab itulah PAS pada awalnya meletakkan guru2 agama sebagai calon kerana jika mereka menjadi wakil rakyat pun masih memenuhi majlis kuliah dan ceramah…
Didalam kerajaan PR sekarang nie pun memang terdapat YB yang gagal beraksi mungkin tak ada pengalaman tapi kita berilah mereka peluang belajar dari mereka yang berpengalaman…yang penting mereka amanah dan tak terlibat dengan perangai rasuah UMNO…..
Sam,
Jangan deme nambah Saudara Labu ADUN Ghaban Teben udah! atau berita yang berbunyi “berikutan dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh UMNO, Saudara Mat Saman Kati ADUN Batang Berjuntai dalam keadaan tegang!” Kah Kah Kah! Sori Yob Labu n Yob MSK!
ai chor
baghu tego sikit - adun adun kome
kome dah ghase macam kena ‘nyengat’ jeee
sampe ngelo (baca dengan bunyi e tande - kalu baca e tak ada tande - lain jadinya pulak) teman.
pastu ‘nambah’ pulak - lagi sakan ‘ghaban teben’
tabik hormat yop;;!! teringat aku pada media rakyat yg msk tuliskan tu…”.asalkan kita sehaluan, kita jadikan ianya satu media rakyat yang bukan memperjuangkan kepentingan pemimpin, tapi memperjuangkan kepentingan rakyat……”
Teringat kata - kata hamid ghurka
YB = Yang Berkhidmat bukan yang berhormat
Isyhh mike yob labu! teman ajenyer nyakat ajer!