Antara realiti dan ketidak lojikkan dalam filem

Nov 4th, 2009 | By Admin | Category: Berita, Non Politics

Oleh Zulfikar Samsuri

“When you enjoy something, you must never let logic get too much in the way. Like the villains in all the James Bond movies. Whenever Bond breaks into the complex: ‘Ah, Mr. Bond, welcome, come in. Let me show you my entire evil plan and then put you in a death machine that doesn’t work’.”
- Jerry Seinfeld, “Sein Language” (www.moviecliches.com)

Ok Aku rasa tak perlu untuk aku kemukakan seribu macam contoh tentang ketidak loikan yang dipaparkan dalam sesebuah filem. Baik dalam filem Melayu mahupun filem Inggeris.

Hishammudin Rais dalam kolumnya Analog suatu ketika dulu, berkata, “filem seram sering bergerak di atas lantai melanggar lojik manusia dalam naratifnya. Filem seram memaksa penonton masuk ke dalam lojik filem”

Beliau memberikan contoh yang klasik tentang “bagaimana watak seorang wanita yang tinggal dalam sebuah rumah besar tiba-tiba diganggu watak jahat. Jika ini berlaku di alam nyata, wanita ini akan menelefon polis tetapi dalam logik filem wanita ini akan cuba mencari siapa yang cuba mengganggu beliau. ”

Ya, memang benar, sering kita lihat wanita yang digaggui watak jahat akan dengan mengada-ngada mencari watak jahat itu Kononnya seakan mahu jadi wira, tapi sebaliknya, terperangkap dengan helah watak jahat itu ataupun terperangkap dengan kebodohan diri sendiri.

Pernah sekali aku duduk berbual dengan seorang kawan. Kami berbual tentang filem Embun. Dia menyanggah tindakan Embun yang datang balik ke kem tempat dia(Embun) pernah kena rogol. Tidak lojik bagi orang yang telah dirogol datang semula ke tempat dia kena rogol tanpa ada rasa trauma.

Aku pertahankan filem Embun. Aku kata, itu naratif filemnya kenapa mahu dipertikai, kita tak boleh masukkan logik di alam nyata ke dalam logik filem.

Berbalik semula dengan situasi yang dikembangkan oleh Hishamudin Rais tadi, tentang wanita yang tercari-cari watak jahat. Tulis Isham lagi, “[d]isini, berlaku pertembungan dua logik dan dua realiti. Penonton menjadi gelisah kerana mengikut logik penonton polis harus dipanggil untuk menyelamatkan keadaan.”

Mungkin aku dengan Isham sependapat, ya adalah lebih baik kita kutuk kesilapan sesebuah filem daripada kita terus mengutuk filem tersebut dari angel lojiknya.

Pendapat Isham itu diambil daripada artikelnya yang berjudul Realiti dan Logik Filem yang tersiar dalam kolumnya di Berita Minggu, pada 12 April 1998.

Hmm… mengapa kita (aku dan kau yang berbagsa Melayu) jarang mahu tengok filem Melayu?

Ya, filem Melayu memang teruk; plot yang melankolia, ending yang boleh diagak dan pengaruh hindi yang kuat.

Kawan aku kata, salah satu sebabnya adalah kerana filem Melayu tahyul, tidak benar, tiada kaitan dengan dunia nyata pendek kata, filem-filem Melayu tidak lojik!

Ini aku jawab kawan aku, mana ada filem yang tidak tahyul. Bariskanlah filem dari pengarah terkenal seluruh dunia. Quentin Tarantino, Akira Kurosawa, Steven Spielburg, Michael Moore, Peter Jackson dan James Cameron. Cuma filem dokumentari sahaja bukan tahyul.

Filem Dari Jemapoh Ke Manchestee arahan Hishammudin Rais menampilkan ketidak logikan yang nyata dalam filem tersebut. Mengapa kita tidak persoalkan motorsikal yang digunakan dalam filem tersebut.

Dalam filem tersebut motorsikal baru (RXZ, Suzuki 110, Honda EX5 dan lain-lain lagi – nyaris tak guna motorsikal skuter) digunakan sedangkan suasana dalam filem tersebut suasana 70an - George Best, polis dengan seragam lama dan sebuah kereta lama.

Ini kerana filem tersebut bukannya filem period. Bukannya filem yang meletakkan sesuatu zaman sebagai latar yang bergerak seiringan dengan naratif sesebuah filem.

Merupakan sesuatu yang tidak logik untuk kita mengembara dengan pedang samurai. Pasti akan ada (Pihak Bekuasa Tempatan) PBT yang menahan anda. Kill Bill (volume 1) arahan Quentin Tarantino menampilkan filem yang sebegini tidak lojik.

Dan perempuan yang koma hanya memerlukan masa berbelas jam untuk pulih dan jalan seperti biasa. Kalau ikutkan, kita perlu menjalani sessi terapi untuk pulih seperti sedia kala.

Satu lagi ada pihak yang menyatakan bahawa filem yang baik menampilkan realiti masyarakat. Filem Ada Apa Dengan Cinta menampilkan realiti kehidupan pelajar-pelajar sekolah menengah di Indonesia. Ya betul, Ada Apa Dengan Cinta menerobos ruang hidup anak muda di Indonesia.

Begitu juga dengan filem Andai Ia Tahu (menampilkan realiti seorang penulis), Biola Tidak Berdawai (mungkin menampilkan realiti orang yang menjaga kanak-kanak cacat), Jelangkung (menampilkan ‘perbahasan’ tentang metafizik dengan alam tahyul), Tusuk Jelangkung (sama seperti Jelangkung) dan Daun Di Atas Bantal (mungkin menampilkan realiti anak-anak gelandangan).

Tetapi mana kita tahu bahawa apa yang ditampilkan adalah realiti masyarakat setempat. Mana kita tahu realiti KL ditampilkan dalam Berlari Ke Langit - arahan Bade Hj Azmi - adalah realiti KL, melainkan kita tinggal di KL.

Begitu juga dengan filem KL Menjerit – arahan pengarah yang sama, mana kita tahu filem itu tidak menampilkan realiti mat rempit di KL. Kebetulan, aku ada seorang kawan mat rempit.

Dan dia tinggal di KL, dia kata tidak logik filem KL Menjerit pakai mat-mat rempit lumba haram pakai TZM. Sepatutnya mereka memakai motorsikal Honda EX5, Yamaha RXZ, Suzuki 110 atau motorsikal-motorsikal yang lain lagi.

Padahal ada anak-anak muda golongan kaya, yang merempit pakai TZM. Tiada sapa yang boleh berkata, reality nyata adalah miliknya mutlak.

Realiti sesebuah masyarakat hanya diketahui oleh masyarakat tersebut dan orang-orang yang terlibat dengannya. Lain tempat-lain realitinya.

*artikel lama yang ditamilkan semula dengan memasukkan elemen moden seperti motor RXZ yang dimasukkan ke dalam zaman 70 an — Hishammudin Rais.

** artikel ini adalah bersumberkan artkel yang p ernah tersiar di Jalantelawi.com sekitar 2005 dengan judul Ketidak Lojikan.

Tags:

Afiat

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.