Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan?
Oct 19th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaKita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.
Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.
(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















cantek lah msk…kene print dan edarkan kat orang ramai…baru semua tau apa cerita yang sebenanrnya…
Teman setuju sangat weh!!!!!
PASAI APA JADI MACAM TUUU…………………
bnyk jugak permintaan sultan nih… yg puteri sultan jd pengarah tu dah lama kita tau.. sbb ada kluar dlm majalah ttg bisnes..(tak ingat lak tajuk majalah tu).. biasa la.. gamuda kan dpt projek landasan berkembar..bila smp di penang, konon ada masalah (sbb PR pegang)… kat perak lagi la luas kawasannya…
meletupla blog msk ni,ada link dari malaysia today
Melayu Perak kantoi angkara Sultannya.
Kata Sultan ‘protector of the malays’ tapi macam Umno jugak, guna lesen ‘melayu’ dapat harta rakyat.
Kantoi melayu Perak. Kalau betul cerita ni, siapa pi sokong Umno, memang bodoh hidupnya.
The People Republic of Malaysia
Republik Rakyat Malaysia…
Selotan selotan…. bila lah nak insaf gamaknya…..??
semoga dibukakan hati keluarga diraja keseluruhannya bahawa azab kubur itu BENAR
Hahaha
Financial Policies Must Benefit The People, Says Raja Nazrin
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27921/84/
semoga kaum kerabat sultan sedar yang harta dan wang tidak dapat dibawa ke alam kematian
salam tuan tanah…
mike buat awok ngeligih dgn artical ni…dah dkat 2 bulan onar sultan ni…rakyat dh makin lupa…skali keluor artical ni..teman udah ngeligih huhuhu
Puyoiii.. kalu dapat pun makan cahaya neon yang berjuta rm di keluarkan dari duit rakyat untuk menyambut setiap hari jadinya….. hingga kini ke angka 86 …..dah.!
….umur tara ini tak payah ingat harta pun …………paling tidak …. pie jumpa… al tan sri mufti … harta bertimbun duk ada pun tak cukup nak makan tambah dengan penyakit tua …setakat roti canai sekeping boleh telan dah berbaloi………….wow.
PATUTLE SULTAN TAK BOLEH DIPISAHKAN DARI UBN…..
Sultan Derih lagi baguih dari depa ni…..
memangpun betui apa yang shertork tulis tu…..
Perak dengan Kelantan 2 x 5….siapa yang sapu tanah kerajaan, siapa sapu projek kerajaan….semua orang tahu. Tetapi kerana kekebalan tembok yang mereka bina dan demi menjaga ‘kerusi’ maka kerajaan Pas Kelantan terpaksa melayan kehendak pihak di sebalik tembok kebal itu.
Inilah PENINGGALAN penjajah England…kita dijajah oleh Inggeris yang berMUKA MELAYU….iaitu Sulte2 dan Rajo2 bersama PARTI UMNGOK…duo2 …2 x 5 dan 5 x 2…JADI jauh lagilah DEMOKERASI tu…siapa yang menjerit2 Malaysia Negara Demokerasi….inilah faktanya…itu pun PASAL ….PR menang pilihanraya lalu…kalau TIDAK…kedua2 PUAK itu…akan bawak MASUK KUBUR segala harta rakyat jelata…
semua orang boleh tuduh. i tak percaya. ada dokumen tak utk support accusation nih?
kalau lah benar apa yang di pena…. memang dah jatuh tapak kaki lah respect ku pada keluarga diraja yang selama ini kuanggap berpendirian dan berpelajaran ini …. hipokrit rupanya semuanya….
Dakwaan di atas perlu disiasat pihak berkuasa. tapi saya yakin dan percaya, RPK serta penulis blog di atas akan disiasat mengikut akta hasutan kerana ‘menghina institusi raja’ di mana raja berhak berbuat apa saja yang mereka suka.
hakhak… sikit-sikit kena ada dokumen… sikit-sikit kena ada dokumen…
padahal yang perlu ada… OTAK!!!
cerita anak tak leh ganti takhta… itu memang bukan rahsia… dah memang pakai sistem giliran… tup tup… anakkkk dapat….
cerita kontrak tender segala… itu… rahsia… tapi… ramai yang tahu… kecuali yang taksub gila dan yang baru keluar gua… dan… takde otak…
cerita gamuda rugi besar… tup tup… dapat kontrak jalan tu…. tu… bukan rahsia…
Kome org PR bodo bebenor…demokrasi ada bermacam belajo ler dulu jgn dok ikut cakap org.Bodo bebenor rasenya yang mengomen di sini.Demokrasi biasanya yg org tau tiangnya 3. Eksekutif,Kehakiman, Legislatif. TAPI, Malaysiani demokrasi ada 4 Tiang. Institusi Raja, dan tiga yang td tu.Jadi Raja ada le juga kuasanya.Yg bodo bebenor Nizar pegi Jumpa Sultan lepas tahu dah ada katak 3 ekor pehal?Bodo ler kamu Nizar…Bila kamu jumpa Sultan,makanya kamu dah serah kuasa untuk bubar atau tidak pada Institusi Raja.Hak dia la nak bubar atau tidak.PERSOALANNYA ngapa kamu bebal benor tak ikut undang2?Bila undang? ikut kehendak kamu Demalah Sultan dan Raja Mude yang terhormat. Tp bila buat keptusan taksebalah kamu, ******* ler deme yee?Kamu yang bebal dak habis.. yang kamu buat keputusan bodoh bebenor tu pehal?Dak pikir habis2 ke?Bodo tak boleh diajor
Sultan Perak adalah satu sultan yang saya amat hormati. Tetapi apa yang berlaku di Perak telah menukar pandangan saya terhadap tuan. Adakah benar atau tidak bahawa Sultan berpakat dengan kerajaan BN? Adakah salah bagi seorang Sultan mementingkan hak-hak keluarga sendiri? Mengapa hak-hak Perak di tentukan oleh seorang? Mana Keadilan?
Macam mana boleh Raja Petra boleh bukti dakwaan ini? Masih ingat PKRZ dokumen yang di post oleh Petra? Ingat lagi statement Private Investigator tentang atlantuya?
itu pasei aku sampai sekarang tak pernah angkat tangan ketika khatib baca doa kesejahteraan untuk sultan…. tak ingin aku..
Dengar kata siapa yang hadir ke Majlis Perlancaran 1Malaysia di Stadium Perak dapat saguh hati RM30.
Ramai pelajar sekitar Ipoh juga dipaksa untuk menghadiri Majlis itu, terutama sekolah cina kerana mahukan peruntukkan daripada kerajaan Perak Tidak Sah!!!
Bubar DUN Perak!!!
Kembalikan HAK RAKYAT!!!
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
Kalau benar cerita diatas mengapa RPK hilang. Takut kerana salah … itu yg benar… Orang bohong selalu takut.
Alamak … bekas Ketua Hakim Negara kononnya…
Setakat tulis fitnah mcm nih, sesapa pon boleh… lebih² lagi RPK yg suka tabur fitnah…
kalau betul, sediakan bukti lah…
Alamak Syukri(Komen No. 29), Pergi la cek betul ke tidak. Posting atas tu ada disebut no hakmilik hartanah. Cuma nya sekarang nak tahu bawah Pendaftar atau bawah pejabat tanah. Tapi selalunya kalau tanah baru lulus ni bawah pejabat pendaftar kat Ipoh tu. Buat land search(carian), nanti tahu la sama ada RPK tu bohong atau tak.
Woit Buyung (Komen No. 27):
RPK hilangkan diri kerana institusi penghakiman adalah milik UMNO yang tidak boleh diharapkan, dah tak adil lagi dah sejak zaman Firaun Mahathir…. silap silap RPK kena ISA tanpa sebab
Hahaha
Financial Policies Must Benefit The People, Says Raja Nazrin
http://mt.m2day.org/2008/content/view/27921/84/
kalian dah baca ke belum ucapan Rajah Nazrim tu…sekiranya tak baca dan faham, pi baca dulu..
Saya dah baca….Kesimpulan nya lebih kurang begini…Rajah Nazrim kononnya menyeru kepada pihak pemerintah atau pembuat dasar supaya tidak terlalu memihak kepada golongan elite atau pelabur semasa mendraf sesuatu polisi mengenainya tetapi lebih memihak kepada RAKYAT JELATA di mana RAKYAT JELATA la yang menentukan siapa yang akan diberi kuasa memerintah negara ini… lebih kurang la macam tu maksudnya…tapi peliknya depa dah jadi kaya raya, lebih dari yang melimpah, RAKYATnya sedang mengalami keseksaan akbita perbuatan BeEnd, tak kan Rajah segala Raja tidak faham apa yang dibuatnya selamanya (memihak kepada umno la..) menyalahi undang-undang RAKYAT. Keputusan mengisytiharkan MB Perak yang sah masih tangguh sehingga sekarang diperingkat mahkamah persekutuan, tapi macam mana Si Mamak Zam gelar diri sebagai MB yang sah?????????????
Pembuat dasar tidak boleh memenuhi keperluan golongan elit & mengetepikan orang biasa yang bersusah payah mencari rezeki -titah Raja Nazrin
DASAR KEWANGAN PERLU MANAFAAT RAKYAT : RAJA NAZRIN – berita hairan
Dasar kewangan yang diwujudkan perlu memberi tumpuan kepada rakyat dan tidak sewajarnya disediakan untuk pelabur dan pengurus wang saja, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini.
Baginda bertitah, pada permulaan krisis kewangan global semasa, terdapat perbezaan antara kepentingan golongan pelabur dan orang biasa, tetapi Asia tidak boleh mempunyai dua versi berkenaan.
“Pembuat dasar tidak boleh memenuhi keperluan golongan elit dan mengetepikan orang biasa yang bersusah payah mencari rezeki,” titah Raja Nazrin, yang juga duta kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
SEDARLAH MELAYU!!!!
Mak ooi…harta wang berjuta pun, mau letak mana nak telan. Apakah benar Rakyat Perak sungguh bodoh dan tidak mampu berbuat apa2? Ada rakyat Perak yang tak cukup makan lagi tau.
Alo En. Sultan, teman raser la kan, sepatutnya rakyat semua perlu dibuat macam pokok bonsai saja. Setiap keluarga dalam setiap negeri beraja, hanya layak diberikan elaun sebanyak RM30 ringgit saja sebulan. Lain semua tu, raja dan kerabat dia lah yang empunya. Baru fair, Menteri Besar dan kuncu2nya pun dapat elaun RM30 sama macam rakyat jelata yang haprak atau tak haprak jer.
Ataupun sebagai pilihan, PR perlu menang next PRU dan harta melabon yang sepatutnya milik rakyat ini, dirampas kembali untuk rakyat Perak. Harta ni, bila dah kat tangan orang, jangan harap la nak dapat balik.
Kerajaan Nijar Boneka DAP Perak semasa 11 bulan memerintah dah agih-agih konsesi balak seluruh Perak pada tokey Cina DAP. Ngeh & Nga dah agih2 dah pun semua plot balak di Perak semua pada tokey Cina DAP. Saman kalau tak betul! Itu yang mereka meroyan tuh!
Apa la sangat kalau benarlah seperti ditohmah bahawa Sultan Perak dapat konsesi. Sultan Perak kan tuan punya tanah di seluruh Perak dan jajahan takluknya. Bukankah begitu yang dilafazkan oleh semua rakyat Perak? Itulah namanya Ketuanan Melayu. Sultan menjadi tuan di negerinya. Ke Ngeh & Nga nak jadi tuan? Kalau ikut sejarah pun memang Sultan berhak penuh pada negeri dia. Kalau bagi kepada Cina DAP orang Pakatan happy la kot? Itu yang meroyan sampai berbaring atas jalan tuh. Yang bodoh puak2 Pas la.
Tanah Kg Baru & Kg Tersusun di Perak yang diberi kepada majoriti Cina pun depa tak nampak lagi. 74125 geran diberi pada Cina. 19146 diberi pada India. Melayu cuma 35663 geran aje. Majoriti tanah dah dapat pada Cina DAP! Melayu cuma dapat gula-gula Ngeh & Nga. Melayu bukan ke paling ramai di Perak? Saman la!
Yang selama ni Sultan2 & kerajaan korban tanah dengan buka FELDA yang lebih 2,000,000 ekar di seluruh Malaysia tak nampak ke pengorbanan Sultan Melayu? Nak buka Felda ni pun satu cerita gak. Cina2 DAP nilah yang teroka tanah secara haram. Bila Sultan lulus tanah nak buka Felda, puak2 nilah yang memberontak sampai ada kejadian jaga yang ditembak mati masa dulu disebabkan kerajaan rampas semula tanah yang diteroka secara haram ni. Siapa yang dapat manfaat dgn pembukaan tanah Felda? Siapa pula yg membangkang sampai tembak jaga yang jaga alatan memberisihkan hutan tu? Apa yang DAP buat? Marah pada kerajaan sebab ambil semula tanah yang diceroboh.
Apa yang DAP buat di Penang utk angkat nasib orang Melayu? Apa yang DAP buat di parlimen dan dun yang dikuasai oleh mereka? Habis Melayu dihalau secara strategik dengan pelan letak harga rumah yang mahal. Sewa bangunan dinaikkan sewenangnya. Sampai peniaga Melayu akhirnya berpindah ke kawasan Melayu. Apa Pas buat? Jadi balaci DAP je lah! Piraahhhhh!
-NizarBonekaDAP!-
Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
Raja Ashman ni sheikh tariqat nasqbandi… apa cerita sheikh…
i wanted to believe…but this statement
“dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka”
hotel tu nazrin yang beli sebelum nih and before this nama dia Casuarina Parkroyal, pas Nazrin took over, dia jadi Impiana … Read moreCasuarina…so it’s actually dah jadi milik Kerabat dia la..wayyyy back in 2007..aku ingat lagi..time tu ade programming competition kat utp… and mengikut cerita bapak aku la..
adieputra October 20th, 2009 08:12 :
itu pasei aku sampai sekarang tak pernah angkat tangan ketika khatib baca doa kesejahteraan untuk sultan…. tak ingin aku..
————————————————————————-
SETUJU…AKU PUN SAMA HEHEHE
UMNO menjahanam kan org melayu
UMNO pengganas bangsa
UMNO pengkianat bangsa
UMNO menyesatkan agama
RPK lari kerana dia dah takut.
Kalu xtipu, bukannya Cina
Kalu xbelit, bukannya Indu
Kalu xbodoh, bukannya Melayu
tapi ada satu puak Melayu tu selain bodoh jadi baghal plak, berguling-guling atas jalan
saya dah agak dah dari dulu.ada kebenarannya.Raja Petra kan keturunan raja jugak kan??
raja petrA keturunan raja selangor..tapi dia sendiri dibuang keluarga sebab terlampau lantang mengkritik sultan
AKU nak jawab no 35 NizarBonekaDAP…SIAPA yang banyakkan kawasan pilihanraya MCA MCA MCA.di PERAK dan PULAU PINANG..aku taip 3 kali…sebab MCA tu teman SENERAKA UMNO…kalaulah DAP tak menang PRU12 dulu…Cina ke Melayu yang akan menang kawasan itu…ohh kalau DAP menang…kau kata CINA perentah…habis kalau MCA menang…siapa pulak perentah…MCA tu Melayu KE bangang…Janganlah bagi hujah nak putar ALAM…dulu Pulau Pinang ada 20 kerusi UMNO…mana pegi kerusi tu semua…masa tu NIZAR pun belum lahir agaknya….
Sekarang nak salahkan DAP pulak…aku tak lah suka sangat DAP tu..TAPI aku lebih benci ORANG berhujah tiada FAKTA sejarah BUTA SEJARAH…tapi aku rasa kau pandai..CUMA kau ORANG UPAHAN UMNO…yang memang SANGAT pandai buat fitnah dan buat lawak membodohkan rakyat..
Pendek ceritalah senang…UMNO ROGOL anak dara orang…bila dah BUNTING mulalah melalak nak cari PAK SANGGUP…
UMNO akan bagi semuanya Hak Milik Rakyat kepada sesiapa saja asalkan ia dapat terus berkuasa.
Sebab itu Yahudi Amerika tidak heran dengan UMNO kerana jika setiap perwakilan dipersidangan agong UMNO disoggokkan dengan RM 100,000.00 seorang, Amerika hanya perlu kurang dari USD 60 juta untuk membeli sebuah Negara bernama Malaysia. Itu nilai ketua-ketua UMNO pada mata politik Amerika. Ketika itu mungkin jawatan PM pun Mat Salleh, apa UMNO boleh buat. Yang sedihnya PECACAI-PECACAI, BARUAH-BARUAH, PENJILAT-PENJILAT ni telah sebati dengan budaya RM, RM,RM…..
Saya bawa 2 contoh penyelewengan UMNO:
13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Seperti kata mantan PM Tun Pak Lah (kesian dia, beliau dilucutkan jawatan oleh ahli-ahli UMNO/pengkhianat secara halus) didalam Perhimpunan Agong UMNO bahawa projek-projek yang diberikan oleh kerajaan kepada konterktor bumiputra yang 99% nya ahli UMNO telah berlaku ketirisan sebanyak 85.37%. Kontrektor-kontrektor ini telah sub-kan projek-projek ini kepada bukan bumiputra untuk menjadi jutawan segera.
Pengkhianat bangsa ini telah sub-kan DEB kepada bukan bumiputra. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Saya mempunyai banyak contoh lagi dan kalau setiap pembaca memberi 1 contoh, tak kuasa kita nak membacanya kerana terlalu banyak.
minunalif
[...] MALAY TRANSLATION: Mengapa Pakatan Rakyat Perak [...]
Hmmm….
How bout thinking the other way… what if all this story was another way to convince the people that Pakatan Rakyat is the best…. Ye see, all this while, they blame Barisan Nasional for all the wrongdoings, now it’s the sultan’s….
Give it some time, they’ll blame the PUBLIC FOR NOT VOTING FOR THEM… put the blame all the way to others…
Has it ever occured to anyone… if any of this article which is so called pro-Pakatan, be it by RPK or even other bloggers, been tailored just to demolish the Barisan Nasional government? have they ever taken the blame for themselves. Has RPK hammered the Pakatan Government?… I wanna see the Pakatan Rakyat government apologising publicly, of their wrongdoings… firstly… the so called PKR leader for promising and not keeping up his promises in creating a new government. That itself is CBT!! Apologise and stop pointing fingers…
Kerajaan BN tak de tanggungjawab nak memudahkan pembangkang nak memerintah. Peraturan-peraturan berpolitik yg dibuat adalah ciptaan kerajaan yg memberi advantage kapada umno supaya terus memerintah.
Untuk PR berpeluang memerintah, PR mesti tidak terjerat didalam sistem berpolitik dimana peraturannya ditetapkan oleh UMNO/kerajaan.
PR kene cari formula lain tetapi tidak menyalahi peraturan sedia ada, umpamanya mengujudkan tempat2 mencari pendapatan yg lebih banyak dan pelbagaikaum terutama untuk remaja2 dan mereka yang berpendapatan rendah. Apabila kita berpeluang bersama-sama mencari makan, dn makan bersama kita tidak rasa terancam dan dapat saling mengenali, pemaufkatan mudah dibina, tidak seperti sekarang, setiap kaum ada persekitaran sendiri-sendiri.
Pehak kerajaan PR hendaklah mengujudkan satu sistem setiap pengusha yg layak sahaja yg boleh mengunakan kemudahan yg disediakan oleh kerajaan.Umpamanya pemegang lesen gerai medan selera mestilah orang yang hari2 berniaga disitu dan pandai masak, pemilik teksi adalah pemandunya yang hari-hari memandu teksi dan mengangkut pasenger, begitu juga pemilik rumah murah adalah orang yg tinggal didalam rumah murah tersebut, bukan penyewa.Apabila syarat itu diseleweng, permit, lesen atau kebenaran mestilah dimansuhkan dan diberi kapada waris yg layak atau kapada orang lain yg bersedia mematuhi syarat tersebut.
Buat sementara waktu, saya ingin mencadangkan, orang2 yang faham undang-undang, menyimpan maklumat2 pegawai2 kerajaan yang menyalah guna kuasa, korup atau lain2 kesalahan, sama ada sultan, perdana menteri, menteri2, bekas2 menteri dan bekas perdana menteri, ketua polis negara dan atau siapa2 sahaja yang hampir dengan tuan didalam format yg boleh didakwa. Pendakwaan ini bolehlah dilapurkan dlam bentuk laporan polis kemudian diadu dan disimpan didalam satu laman web khas. Melalui pengaduan itu bolehlah pembaca-pembaca yang mengetahui kes sebenar mengposkan bukti2 saheh. Pemilik laman web bolehlah panggil bekas hakim ke, bekas pensyarah undang2 ke mintak pendapat mereka dan jatuhkan hukuman yg adil dari segi perlembagaan dan direkodkan dalam laman web juga.
Jika kerajaan PR memerintah besuk, bukak sahaja laman web ini, individu2 tersenarai didalam laman web tersebut sudah boleh diambil tindakkan sama ada menghukum atau membicara semula. Cara ini, pehak-pehak yg membuat kesalahan yg telah dibicarakan oleh rakyat ini akan lebih berhati2 didalam tidakkan2 seterusnya kerana rakyat tidak akan terlupa perbuatan2 salah yg telah mereka buat, dan hukuman telah menanti diatas kepala mereka. Beginilah cara bangsa barat telah membicarakan pesalah2 perang jerman dan jepon tanpa pesalah hadzir ketika bicara, pakai shadow court sahaja.
[...] Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-…. – dari [...]
[...] Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-…. – dari [...]
[...] MALAY TRANSLATION: Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan? [...]
Yang penting tanah tu dapat kat Raja Melayu dan membawa keuntungan pada bangsa Melayu.
Lebih baik bagi kat Sultan dari bagi pada kaum pewaris komunis.
Kalau korang tak suka ada Sultan, lebih baik jadi warganegara lain dan keluar dari Malaysia ini !
DAULAT TUANKU
politik2x…
kome sumer cakap ni memang boleh kalahkan prof sejarah @ penganalisis politik seperti ramlah adam ataupun khoo kay kim ataupun kua kia soong(Dap) terutamanya JEBAT MENGKUDA , shetork n piasbi bin m nadi (piesby)……. apagi buat le tesis korang n publish.. ak akan beli sbab ak suka baca buku2x mcam ni… buku korang x kena block pun jangan risau…. setakat tulis dalam blog.. anak ak yang tadika pon boleh.. BARUA pnya orang…. BUTA SEJARAH KONON… cuba hayati sejarah itu sendiri dan sedar sendiri…
” People always seemed to know half of history, and to get it confused with the other half ”
-Jane Haddam
Ampun Tuanku !
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada Baginda Sultan dan kerabat agar mengembalikan hak rakyat PERAK DARUL RIDZUAN. aminnnnnnnnnnn.