Isa Samad, icon sebenar “Robin Hood” Melayu?

Oct 13th, 2009 | By Admin | Category: Matkeri, Rencana

Apa pandangan aku pasai keputusan PRK BP hari Ahad lepas?

Pandangan aku untuk masa depan Malaysia agak kabur. Pertama, sebab signal “biar rasuah, janji baik” dah berjaya dihantar oleh ameno kepada semua rakyat. Sekurang2nya rakyat di BP.

Ini adalah susulan kepada manifesto mereka yang lebih besar iaitu “biar jahat, asal Melayu” yang selama ini dipertahankan “demi Negara, Bangsa, dan Agama” mereka.

Signal “orang jahat boleh jadi pemimpin” ini cukup aku tak bekenan. Aku tak kata Isa Samad tu seluruhannya jahat. Sebab tu dalam blog dan twitter, aku tak pernah serang peribadi Isa Samad. Aku cuma gusarkan mesej yang ameno nak sampaikan. Dan mesej itu telah sampai dan diterima secara majoriti oleh penduduk berbilang kaum di BP.

Kedua, sebab bloggers sendiri tidak faham dengan isu induk yang ingin dibicarakan sehingga terbawa2 kepada serangan peribadi. Termasuk aku sendiri. :)

Kenapa PAS kalah teruk dalam election BP?

Attack individu. Sebagai sebuah organisasi, individu bukan matlamat kita, tetapi sistem. Di Permatang Pasir ituhari, aku dah tegur pimpinan jangan serang peribadi calon pembangkang (ameno adalah pembangkang di Penang), tapi highlightkan pada mesej berkenaan “menghalalkan kejahatan demi kemenangan”. Aku bantah bila kita serang isu bini nombor dua beliau. Biar apa saja alasan yang diberikan, dalam kelambu tetap dalam kelambu!

Ketika aku di Jakarta memantau proses pilihanraya di sana, rata2 media massanya yang terbuka membuat ulasan berkenaan sistem yang dikritik, dan penyelesaian ke atas sistem oleh parti2 yang bertanding. Jarang ada serangan peribadi di media massa ke atas parti, ataupun individu.

Mereka hidup dalam demokrasi baru 10 tahun, tetapi kematangan mereka melebihi kita di sini!

Biarkan bloggers membuat serangan mengikut firasat mereka, tetapi kamu sebagai organisasi, jangan terlibat. Kerana bukan bloggers ini yang ingin diundi, tetapi organisasi kamu. Dan terkadang, bloggers ini dipandu oleh strategi umum kamu.

Bagi aku, PAS tak pernah attack peribadi calon untuk tujuan memalukannya. Tetapi ianya selalu disalaheksploit oleh sesetengah pihak yang tidak faham mesej sebenar. Akhirnya mesej asal tenggelam dalam kegalakan menyerang di salah tempat.

Apa yang perlu PR buat?

Buat bodoh. Seriously. BP is not worth mentioning in public. Kubu kuat ameno. Isa memang mereka sayang. Dan harus diakui kita sekadar mencuba beberapa formula baru di BP sebab kita tahu kita tidak rugi apa2.

Admit it. Kita kalah sebab kita belum bersedia untuk menang di sana. Apakah kita boleh menang? Ya. Tapi bukan hari Ahad lepas.

PR tidak akan berjaya memenangi mana2 kawasan yang dikawal oleh perasuah yang dilihat sebagai “Robin Hood” oleh rakyat di kawasan mereka. Perasuah ini dihalalkan kegiatan mereka hanya kerana telah dikelabui oleh kebaikan yang sedikit.

Dan selagi Melayu itu masih kuat berpegang kepada motto “biar bodoh, asal Melayu“, semua perkara2 yang tak masuk dek akal yang dilakukan oleh ameno akan di”ya”kan oleh penyokong mereka atas nama “Melayu – Negara, Bangsa, dan Agama”.

Keputusan PRK BP bukan salah PR. Bukan juga salah BN. Tetapi salah aku yang kerdil ini, yang gagal menjadikan kegiatan “Robin Hood” itu sebagai satu jenayah.

Aku sebagai blogger kecik ini gagal memberi isyarat dan pengajaran yang jelas kepada pembaca bahawa jenayah, tetap jenayah, biarpun niatnya semurni “Robin Hood”.

Kerana kalau sikap “Robin Hood” ini terus dijadikan teladan yang baik oleh ameno selepas ini, percayalah, negara Malaysia ini akan terus terjajah oleh mereka yang mencuri dan merampas harta negara hanya dengan tujuan “membantu orang Melayu yang susah”.

Dan Melayu akan terus susah. Jika tidak, Robin Hood tidak relevan lagi!

Tags:

Afiat

5 comments
Leave a comment »

  1. Setaraf lah dengan Botak Chin….

  2. betul, org memilih Isa bukan UBN. cuma kemenangan Isa adalah kemenangan UBN. sebagai contoh, Parlimen Gua Musang, dah 20 tahun PAS memerintah, tidak pernah 1 kali pun PAS menang di sana. org di sana memilih Ku Li, bukan UBN. same goes to BP.
    Saya ingin memuji geng2 bloggers, sepanjang PRK kali ni, ada sedikit kelainan & kesinambungan. lebih sistematik. setiap org di bahagikn tugas & commitment. tahniah.

  3. sokong man tiger, bior camner jentera gov najis ini digunakan utk prk di permatang pauh, namun dsai masih unggul kerana faktor pemimpin itu mengatasi parti itu sendiri…jadi redha je lah…

  4. kita sepatutnya telah bergerak kearah pembaharuan
    diharap perakex akan meninggalkan sejarah silam negeri perak

    asalkan ‘kalau kapal layar - sekarang timbang’ - tak letak calon pun tak pa - cukup sekadar lambang saja - boleh menang
    itu sejarah dulu - negeri perak

    sejarah itu telah diubah dalam pilihan raya 2008

    perubahan itu perlu diteruskan - dengan Perakex sebagai wadah perjuangan
    untuk permulaan sejarah baru

    tiada lambang yang akan menjadi tunggak kemenangan

    sebaliknya rakyat yang akan menang melalui calon pilihan meraka
    calon itu pulak yang benar benar - ‘merakyat’

    bukan ‘tuan’ kepada rakyat - selepas menang

    aku join perakex ni pun - sebab - aku tengok perakex menuju kearah itu
    selogan yang mudah dan mantap

    ‘KITA TIDAK HANYA MAHU MENUKAR PARTI KEPADA PARTI - TAPI MENUKAR SISTEM DENGAN SISTEM’
    slogon ini lah yang manarik aku - walaupun jauh dihujung negara.

  5. matkeri ,
    nice . beautiful . dan komen dol , man , tres dan labu-labi pun bagus .
    inilah bagusnya bloggers 2 ni dan web mereka …
    kerana mereka mcm petra kata political activist searh truth while politician seek power .
    smartnya boggers daripada pemimpin pakatan rakyat .
    dan mcm matkeri cakap - cuma bloggers kadang2 terikut rentak dan frame politician
    yang kadang banyak mengarutnya - so bloggers should have independent thought .
    kita pun kadang bingung juga - kalau di permatang pasir yg confirm menang pakatan
    dan serangan peribadi calon yg tak berapa dikenal then :
    orang akan kata - o cam ni rupanya jahat org ni , jangan kita calon dia .
    menambahkan majoriti pakatan …
    sebaliknya di bagan pinang yg confirm bn menang maka serangan peribadi
    menambahkan majoriti pada calon yang popular yang orang akan kata :
    kami tau la sapa isa cakap hampa tu semua tak leh pakai ..
    macam tu la kat sabah : wakil rakyat dia pegang duit banyak yang rakyat
    dia bila sesak akan minta duit kat dia hatta tengah malam buta maka dia pegang mereka ..
    DAN UNDI ORANG YANG KITA KATA BODOH DAN KENA GULAI DENGAN ROBIN HOOD
    ADALAH SAMA NILAI DENGAN KITA YANG KATA PENILAI BIJAK .. HEHEHE
    tetapi aku sangat setuju dengan matkeri : serangan peribadi tak beretika
    aku yakin juga pimpinan pas framekan prinsip - jangan serang peribadi
    tapi bila gelumang dalam politik - attack mengattack biasalah bro manusia
    malah mungkin kemdian jadi ‘habitat’ maka terpacul lah orang ameno mengata
    pimpinan pas guna Islam untuk mengata orang
    gitulah ………..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.