Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah dan banyak lagi…
Oct 7th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaTerjemahan oleh: MSK
Syarikat tersebut bernama Carpet Raya Sdn. Bhd (492434-H). Modal berbayar syarikat tersebut ialah RM8.7 juta. Syarikat itu mempunyai lima pengarah yang juga merupakan pemegang saham, setiap seorang mempunyai jumlah saham yang sama banyak.
Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.
Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.
Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.
Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.
Syarikat tersebut sepatutnya menjalankan perniagaan menjual karpet. Adakah perniagaan karpet benar-benar lumayan sehinggakan seseorang itu boleh mendapat ratusan juta ringgit? RM122 juta ringgit merupakan jumlah yang begitu banyak untuk perniagaan karpet.
Tetapi itu bukanlah urusan sebenarnya yang dilakukan oleh syarikat ini. Perniagaan karpet hanyalah sebagai pengabur mata. Sudah tentu, mereka menjual karpet, tetapi wang yang diperolehi bukanlah dengan menjual karpet. Perniagaan sebenarnya ialah menjadi Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor.
Saya bertemu dengan Penjual Karpet ini lebih setahun lalu. Dia meminta berjumpa saya melalui seorang rakan kerana dia risau bahawa saya akan mendedahkan bahawa Penjual Karpet ini merupakan Tukang Bawa beg Rosmah Mansor. Tetapi bukan itu sahaja yang dirisaukannya. Apa yang merisaukannya ialah saya juga akan mendedahkan bahawa dia bukan sahaja Penjual Karpet, tetapi merupakan juga Pemuas Nafsu Rosmah Mansor.
“Saya hanya berniaga dengan Rosmah.” kata Penjual Karpet. “Hubungan saya dengan Rosmah hanyalah mengenai perniagaan. Saya tidak tidur dengan Rosmah.” Dia merayu. “Tolong jangan beritahu kepada umum, saya merupakan Pemuas Nafsu Rosmah.”
Dia cuba meyakinkan bahawa hubungannya dengan Rosmah hanyalah berlegar dengan perniaagaan dan tidak sampai kedalam bilik tidur.
Tetapi…itu bukan apa yang dikatakan oleh Mumtaz Jaafar! Dan siapa Mumtaz Jaafar? Hey!! Kalau saya bercakap tentang Mumtaz Jaafar, maka saya terpaksa menyebut tentang hubungannya dengan Saiful, orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan kalau saya mula bercakap tentang hal tersebut, sudah tentu ia akan meleret kepada kes Liwat 2. Jadi, lebih baik kita kembali kepada kisah Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor yang juga merupakan Pemuas Nafsunya.
Seluruh negara tertumpu kepada kisah hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Sudah tentu…setiap rakyat Malaysia mengetahuinya. Dan setiap rakyat Malaysia juga tahu tentang bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan Ziana Zain.
Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).
Seperti yang saya katakan, setiap rakyat Malaysia mengetahui tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa Rosmah juga mempunyai nafsu..terutamanya dengan mereka yang menyerupai aktor Bollywod? Hey..dia juga akan mengaturkan supaya mereka ini diberi gelaran Datuk, sekiranya mereka sanggup melayan beliau dengan baik….anda tahu apa maksud saya. Dan Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu ini jauh lebih segak dari Shah Rukh Khan. (Datuk Shah Rukh Khan?)…malah jauh lebih muda.
Ya. Saya telah menyimpan cerita ini lebih dari setahun yang lalu. Tetapi sekarang, saya merasakan ianya patut didedahkan. Ada banyak lagi!! Deepak a.k.a Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa beg a.k.a Pemuas Nafsu ini cukup nakal. Dan semua kenakalan ini dilakukan bagi pihak Rosmah.
Dalam jangka masa terdekat ini, banyak lagi akan didedahkan tentang peranan Penjual Karpet ini dan bagaimana dia ‘berkhidmat’ untuk Rosmah. Hari ini bukan masa yang sesuai. Oleh itu…tunggu episod seterusnya tentang Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu kepada dia yang bergelar Wanita Pertama Malaysia.
(Klik pada gambar untuk pembesaran)
(Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal tulisan Raja Petra The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more dalam Malaysia Today)











Klik Imej Untuk Senarai Penuh














cantek lah…biar 1malaysia baca siapa rosmah sebenarnya…
Boss aku dulu seorang berPHD pernah jadi tukang bawa duit Najib berjuta-juta USD menyeberangi Tambak Johor masuk ke Malaysia dalam tahun 1998 dulu…. tapi sayang si Najib tak kenang budi dia… Konsortium German yang di ketuai oleh company x boss aku ni tak dapat tender kapal selam, sebaliknya yang dapat Konsortium Peranchis…. kesian x boss aku tuh….
salam semua , ni dah masuk cerita box office ni , gilo weiii , takut aku baca , apa2 pon hanya allah yg lebih mengetahui , pecaya ke idak terpulang la ,aku tengah2 walaupon aku meluat ngan diaorg , adoiss
BIAR BETOL
hati khamis 8 pagi jgn lupe ke FAMA port dikson, lebih 100 peserta projek ladang berkelompok dari seluruh negara akan kesana, cuba2 lah tgk apa yg berlaku, mereka yg dtg adalah petani2 muda dari seluruh malaysia.
Salam,
Dah sebulan puasa kumpul pahala, abis puasa terus topup dosa balik..
Jgn kat pdg masyar nanti jalan muka sodok tanah..
Jgn pula neraca mirzan pun xterlarat nk timbang dosa ko..
Bila lalu titian mustaqim lak asyik terjatuh sebab apa, sebab artikel ini..
“Celaka ini semua tipu…FITNAH.. BUHUNG .. dasar puak anwar ..memang penfitnah!!.. Fitnah terbesar 1Malaysia”….
aku rasa ni la gamaknya patah-patah pertama akan di luahkan oleh puak-puak dacing senget (PDS).. bila membaca artikel sebegini…
So puak-puak dacing senget apa lagi .. inilah masa korang saman MSK!!! … print dan saman .. .. ya saman 1 Malaysia .. heheheh
Good Job… MSK
masalah besar ni..fuuuuh! aku dah kata dahh..kalau jd ahli UBN pun lari
sbb dua lakibini main kondakondi..jom ramai ramai keluark UBN
wahai kaum melayuku .. kamu diberi akal yang waras oleh Allah SWT. kebenaran telah jelas dan kebatilan telas jelas… namun kamu yang memilih kehancuran… berubahlah.. letakkanlah diri kamu bersama-sama orang-orang yang dipilih oleh Allah dan orang-orang yang berikan hidayah oleh Nya. ubn ini benar-benar sesat lagi menyesatkan dan bertunjangkan nafsu serakah dan syaitan… ingatlah nanti di hadapan Allah kita akan dipertanggungjawabkan semuanya termansuk undi yang telah kita berikan kepada mereka yang sesat ini sedangkan pilihan yang terbaik terbentang didepan mata.
MSK,
Tahniah. Salute kat hang. RPK memang banyak tahu cerita dibelakang tabir. Harap-harap hang dapat terjemahkan cerita dari blog yang lain juga agar yang kurang English akan lebih faham.
Apa cerita anak perempuan Onn yang ada skandal di KL ari tu?
Hebat sungguh rupanya PEREMPUAN PUAKA ni…patut ler habis di gomol NYA balak Datuk Shah Rukh Khan? …ehhh laki bini..sama jijik lagi memualkan isi perut qua…
Bro MSK banyak nya rahsia yang anda simpan no…….? Hidup perak express.com…semoga membuka mata rakyat 1 Malaysia bertapa seharamjadahnya pembesar2 UBN Dajjal tak ada tara NYA…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
sahih ke????
peh……
Sokong Chin Peng, ghazali sumantri, najib 1 malaysia, pak lah islam hari-hari nak pengundi Tentera kat Bagan Pinang?
tapi rosmah kalau tgk btl2 pun mmg cun…..!!!