Media Rakyat 3

Sep 2nd, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Terima kasih diatas semua komen dan cadangan yang diberikan.

Ketika Perakexpress dilancarkan semula pada penghujung April 2009, kami menetapkan tiga sasaran utama yang perlu direalisasikan menjelang hujung tahun 2009.

1. Merakyatkan Perakexpress.

2. Universiti Terbuka Perak.

3. Akademi Seni Rakyat.

1. Merakyatkan Perakexpress.

Idea untuk merakyatkan Perakexpress datang dari webmaster, Sam Ahmad. Pertama kali dia bercakap tentang idea ini ialah pada tahun lepas, apabila blog Matsamankati digantung oleh Bloggers.com. Pada masa itu, aku dah malas nak berblog. Lebih baik aku bela kambing dari menghabiskan masa depan komputer, tanpa pulangan pendapatan. Anak bini nak makan apa?

Aku tak pernah berjumpa Sam Ahmad sebelum itu, dan apabila dia mencadangkan untuk mewujudkan blog rakyat, aku buat pertemuan dengannya. Dan apabila aku berjumpa dengannya, aku rasa terlalu kecil, walaupun nama aku tengah top masa tu.

Sam merupakan pelajar UiTM tetapi terpaksa menghentikan pengajian kerana diserang stroke. Dua tahun dia terlantar, baru boleh bergerak. Selepas menjalani terapi selama hampir dua tahun, dia kini boleh berjalan. Tetapi hanya tangan kiri yang boleh digunakan, manakala tangan kanan masih lemah.

Apabila aku melihat dia membina laman web Perakex dengan hanya menggunakan dua jari kiri, aku rasa malu sebab aku yang segar bugar tak tau nak buat laman web. Dan dia menjadi pendorong kepada Perakex.

Setiap orang mempunyai kelebihan. Setiap orang mempunyai kemampuan dan kebolehan. Tetapi kadang-kadang, kebolehan dan kemampuan itu tidak dicungkil atau diberi ruang untuk diasah bakat mereka. Tidak banyak ruang disediakan untuk mencungkil kreativiti seseorang itu.

Media dinegara ini dicengkam dengan pelbagai peraturan. Hanya yang sesuai dengan pemerintah sahaja yang dibenarkan, manakala yang bercanggah dengan pendapat pemerintah, akan dianggap sebagai mengkhianat.

Bukan Barisan Nasional sahaja yang berfikiran demikian. Ramai yang didalam pembangkang juga bersikap demikian. Siapa yang mengkritik Pas akan dianggap menentang Islam, siapa yang mengkritik PKR akan dianggap ejen Umno atau SB, dan siapa yang mengkritik DAP akan dianggap rasis. Masing-masing hanya mahu mendengar kata-kata bodek dan ampu.

Media perlu bebas. Dan itu jugalah salah satu manifesto yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum menang.

PR mahukan media perdana lebih telus, terbuka dan liberal. Mana mungkin perkara ini berlaku, kerana Utusan, NST, RTM dan TV3 adalah milik parti Umno dan Barisan Nasional. Sama juga dengan Harakah, Rocket dan Suara Keadilan..juga milik parti.

Harakah tidak mungkin akan menyiarkan berita yang menghentam Pas. Begitu juga Rocket dan SK. ketiga-tiga akhbar parti PR ini akan hanya menceritakan tentang kebaikan parti masing-masing dan keburukan Umno. Dan ini tidak ada bezanya diantara mereka dengan Utusan atau TV3.

Kebenaran adalah persepsi. Dan persepsi bergantung kepada kredibiliti.

Dalam posting Media Rakyat 2, ada yang memberi komen supaya kita jangan menghentam parti kawan. Masalah PKR, biar orang PKR yang jawab. Masalah Pas, biar Pas yang jawab.Kalau macam tu, masalah Umno, biar orang Umno yang jawab. Dan orang yang tak berparti…duduk diam-diam. Sokong saja.

Secara peribadi, aku tak peduli tentang parti. Yang penting..sistem yang adil untuk semua. Yang salah, tetap salah..tak kira parti mana pun. Dan aku tak setuju, kalau UBN buat salah, kita hentam..PR buat salah kita diam. Parti politik tidak penting, ahli politik tidak penting. Yang penting rakyat.

Mengapa Malaysiakini menjadi rujukan? Kerana berita yang disiarkan tidak berat sebelah. Mereka bebas dari cengkaman parti atau ideologi. Mereka melaporkan apa yang berlaku tanpa sikap berat sebelah atau prejudis.

Dan ini yang cuba kami lakukan. Tetapi kami tidak mungkin menjadi Malaysiakini, kerana sikap kami yang partisan. Dan ini terjadi kerana kebencian terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Kami menyokong Pakatan Rakyat kerana PR memberikan harapan kepada perubahan yang lebih baik dari Barisan Nasional. Tetapi menyokong tidak bererti menurut membuta tuli. Menyokong tidak bererti tidak boleh mengkritik dan hanya perlu menceritakan yang baik-baik saja. Kalau definasi menyokong itu bererti tidak boleh mengkritik atau menegur, maka PR juga sama dengan BN.

Malaysiakini bersikap non-partisan tetapi Perakexpress akan menumpukan kepada Pakatan Rakyat. Yang bagus kita siarkan, yang tak bagus kita tegurkan. Umno dan Barisan Nasional…mampuih pi.

Dan ketika kerajaan bercakap tentang nasionalisasi dan pensawastaan, Perakexpress bercakap tentang merakyatkan. Rakyat perlu mengambil bahagian dalam proses perubahan ini, bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada ‘pemimpin’. Kita telah melihat, bagaimana ‘pemimpin’ yang dipilih, mengkhianati amanah yang diberikan. Kita juga telah melihat, bagaimana ‘pemimpin’ yang diberi kuasa, tidak tahu menggunakan kuasa.

Kuasa ditangan rakyat. Dan gunalah kuasa yang ada untuk melakukan sesuatu, bukan dengan hanya menjadi penonton.

Blogger merupakan ejen perubahan. Sama ada setuju atau tidak, itulah realitinya. Tetapi ia bergantung kepada niat dan pelaksanaan. Mungkin niatnya baik, tapi bila pelaksaannya tidak sesuai, maka hasrat tidak akan kesampaian. Maka jadilah kita blogger tirutampal. Mengejar hits dan mengejar glamer. Tetapi jangan salahkan mereka!

Siapa yang mahu membimbing dan memimpin mereka? Siapa yang mahu melatih mereka? Siapa yang mahu membantu mereka?

Ini yang cuba kami lakukan di Perakexpress.

Ramai yang mahu menjadi blogger, tapi tak tau macam mana nak menulis. Ramai yang mahu menjadi wartawan, tapi tak tau macam mana nak menulis berita. Ramai yang mahu memberikan pendapat, tapi tak tau macam mana nak menulis rencana.

Ini masalah yang kami fikirkan dan memikirkan bagaimana untuk memulakannya. Dan dengan bantuan beberapa rakan, Insyaallah, kita akan memulakannya selepas Hari Raya Puasa.

dsc00571

Sebelum ini, Perakex beroperasi dari bilik tidur masing-masing. Sejak beberapa hari lalu, kami mula bekerja dari sebuah rumah kedai yang telah kami sewa dan akan dijadikan sebagai pejabat utama Perakexpress.

Pengubahsuaian sudah pun dimulakan, dan apabila siap nanti akan menjadikan ruang rumah kedai ini sebagai pejabat Perakex, Akademi Seni Rakyat dan Universiti Terbuka Perak.

Akademi Seni Rakyat akan diterajui oleh Hariry dan Lantera Jiwa. Posting akan datang, aku akan ceritakan.

Universiti Terbuka Perak adalah sebahagian dari projek Perakex. Kami akan menjemput pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk berdailog disini, dan akan dibuat secara live menerusi Perakex. Pembaca boleh berinteraksi, menguji pemimpin-pemimpin.

Sementara itu, Perakexpress akan mengubahsuai lamanweb, dengan memuatkan berita-berita terutamanya dari seluruh Perak. Bukan berita tentang berapa ramai yang masuk PKR, berapa ramai yang keluar Umno. Tetapi tentang permasalahan rakyat, tentang kelemahan kerajaan ataupun kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat.Mana-mana yang kebaikan yang dilakukan, perlu juga dimaklumkan.

Kita mahu Perakexpress menjadi penyambung suara rakyat.

Siapa yang akan melakukan semua ini?

Sesiapa saja yang berminat untuk menjadi ejen perubahan boleh menyertai Perakexpress.

Kita akan adakan bimbingan dan latihan, tentang penulisan berita dan rencana. Kita boleh mendapatkan khidmat para videographer berpengalaman untuk membuat laporan video. Kita akan panggil jurugambar professional untuk melatih mereka yang berminat dalam fotografi.

Tak ada yuran dan tak ada bayaran. Semuanya percuma. Yang perlu hanyalah menjadi sebahagian dari Team Perakexpress. Tamat kursus, anda akan menjadi wakil Perakexpress didaerah anda untuk melaporkan perkembangan ditempat anda.

Dan yang penting…TAK ADA GAJI. Apa yang dilakukan hanyalah untuk rakyat.

Berminat? hubungi matsamankati@gmail.com. ataupun 013-5935721.

Tags: ,

Afiat

32 comments
Leave a comment »

  1. syarat2 nye?

  2. cadangan yg menarik tu.. tapi kalau ada yg nak memberi sumbangan kewangan, boleh jugak diterima, kan? hehehe

  3. Tak ada syarat. Yang perlu ada hanyalah kemahuan. Aku mahu mencuba ‘kebebasan’. Aku tak mahu menetapkan syarat, biarlah syarat-syarat itu terjadi secara evolusi. Mungkin ada perkara yang tidak kita persetujui, dari situ kita berbincang, dan tentukan. Mungkin ada konflik, dari konflik kita cari penyelesaian.

  4. Neo,

    Sumbangan kewangan memang diperlukan, tapi yang itu tunggu dulu, perlu diperhalusi tentang kaedahnya. Bukan senang nak mengurus duit sedekah.

  5. setuju ngan Neo, yg berkemampuan boleh menghulur wang ringgit …buat keje ni walau tak beri gaji tapi overhead cost tetap ade jugak..

  6. saya berminat .. dah send email kat hang dah pun…
    dlm otak memang banyak idea , tapi apa kah daya , takda orang pun hargai kita

  7. Memang betul tres,

    Sesekali nak buat live coverage, dengan tiga team member, kurang-kurang pun empat lima ratus habis juga. Tu pasai, bila orang lain ciplak, tak bagi kredit…sakit hati juga. Apa pun..kita latih dulu mereka yang nak jadi blogger rakyat. Jangan fikirkan sangat tentang habuan. The more you give, the more you get back.

  8. msk
    kat mane pejabat tu?

    kalu ade kesempatan nak juga aku meghayo nengoknye

    aku sebeno duduk jauh daghi kuale
    tapi sekali sekala tu balik juge, nengok sedaghe maghe
    boleh meghayo kejap - ke pejabat perakexpress

    Insyaallah teman akan anto soghat kat email yang dibeghi dalam rencana diataih tu
    teman kalu buleh nak nengok perubahan dipeghak berlaku

    lama dah teman nunggu benda ni
    sebab selama ni - kalu tak letak sape sape pun - hanya perlu letak lambang kati - pastu lawan le ngan sape pun - phd ke prof. ke jurutera ke - mesti kati juge menang - walaupun kati tu hanya lambang tanpa wakil - cukup ngan gambo kati udah.
    berpuluh tahun itu le ghopenya - kini aku seghonok dah ade oghang yang boleh mengubah otak oghang peghak supaya berfikir sebelum pangkah
    HIDUP RAKYAT !!!!!!!

  9. labu-labi,

    Save no hp tu, bila balik kuala…call aku. Buat sementara ni, aku tak boleh bagi tau lokasi secara umum. mungkin bulan depan, aku boleh publish.

  10. masuk kan nama teman abang mat….insyallah akan tolong mana yang mampu

  11. Bagus sangat MSK. Projek dilancarkan bulan puasa…pahala berganda !

  12. duit gua tarak!! anak-anak ramai bersekolah tapi kalu perlu tulang 4 kerat just call will come……

  13. Salam saudara webmaster. Wah! Hebat hang skarang. Aku cuma dpt support dr jauh. Moga terus sukses..

  14. budaksauk,

    Terima kasih.

    DAP Melayu, lepas ni, ada member di KL yang akan membantu.

    F3M,

    Nak mintak tolong sembelih kambing lepas raya ni boleh?.

  15. MSK

    Jangan lupa nama aku…..aku dah lama berminat.

  16. Webmaster Sam,

    Mmm..Sorry la hari tu aku suruh ko update result permatang pasir tu semua..aku tak tahu situation ko..lepas terbaca berita bang mat ni baru faham…ada apa2 bantuan teknikal ke yang boleh disumbangkan ke perakexpress dalam projek terbaru korang ni?…network infra/solution ke?database setup & administration ke?..insyallah sy boleh terlibat dan membantu kalian semua..

    Bro mat,

    Sy masih simpan lagi dalam HDD kepala sy ni cadangan yang penah sy offer pasal Wifi dan ada a few things dulu..kalau tak silap projek apa tah yang bro mat mention tuh….and pasal projek terbaru perakex ni …count me in.

  17. ohhh lupa lak satu lagi..kalau di izinkan oleh bro msk..sy ingat nak design logo perakexpress..kalau boleh la..utk official nanti…boleh ka?

  18. webmaster semua terutama saudara msk

    bantuan nampaknya semakin mencurah - walaupun dari segi realitinya masih kabur.
    masing masing ingin manabur bakti - semoga ianya menjadi satu anjakan bagi negeri perak khasnya dan malaysia am nya.
    tapi teman harap, semuanya dapat diselaraskan dan berjalan dalam keadaan baik dan diberkati Allah, segala usaha ini
    semoga usaha ini benar benar berjaya
    juga semoga semua tenaga yang akan disumbangkan, termasuk “ongkos” dapat dimanafaatkan sepenuhnya

    diucapkan selamat berjaya - dari jauh jeee
    Semoga
    HIDUP RAKYAT!!!!!!!!!

  19. tabik hormat yob..!!syabas mat….idea itu yang aku nanti-nantikan..MERAKYATKAN..bukan. KEPARTIAN..!!ucapan pendik dari aku !!SELAMAT MAJU JAYA!!

  20. 20cent,

    Memang dialu-alukan. Aku masukkan nama hang dalam team perakex. Selepas ini, semua akan dimaklumkan melalui email. Senang banyak la aku.

  21. 20cent,

    Tentang logo tu, tolong hantar kat Sam.

  22. 20cent…

    ajeyang baguih tu…
    teman jenuh crack pala nak buat logo…
    lagi cepat lagi baguih…
    bleh teman buat mic flag untuk perakexpress TV tu…

    Kénari udah banyak kene wat interview…
    Ader saper-saper nak jadi awek teman untuk wat interview…
    hehehehehe

  23. SYABAS YOP…
    KALAU KATI BN MUNGKIN SENGET…
    TAPI KALAU MAT SAMAN KATI…HE..HE..
    LU FIKIR LA SENDIRI…
    TERIMASIH KERANA SUDI DATANG BERBUKA PUASA DI RUMAH…
    TERUSKAN PERJUANGAN..

  24. Sangat berminat nak terjun dlm bidang kewartawanan politik nih…..tp aku di Seromban laa… Apa yang boleh aku bantu??

  25. Kat Seromban pun tak apa Pak Hashim, boleh jadi wakil kita kat Seremban. Orang pun nak tau cerita-cerita dari Seremban.

  26. di hilir perak ni siape wakil Perak express nye?

  27. Kan aku dah kato!!! Dah ado ADUN meninggal plak kat Batang Pinang Nogori 9……Bleh laa aku buat coverage kek sano. haaa…haaa. Kita berporang laei yoo…

  28. Pak Hashim,

    Tolong tengok email

    Tetamu, Kat hilir Perak belum ada…

  29. Salam bro MSK…

    Ramainya peminat2…..! Bukan kecil anak rupanya Perak Express ni…syabas dan tahniah buat bro MSK walau halus dan kering - kontang badannya tak nya pulak di bulan ramadhan ni…InysaAllah pasti berjaya..

  30. Salam! Bro Mat! Sedutan artikel Bro Mat dibawah ini amat mempengaruhi prinsip saya..tahniah!!
    Secara peribadi, aku tak peduli tentang parti. Yang penting..sistem yang adil untuk semua. Yang salah, tetap salah..tak kira parti mana pun. Dan aku tak setuju, kalau UBN buat salah, kita hentam..PR buat salah kita diam. Parti politik tidak penting, ahli politik tidak penting. Yang penting rakyat.

  31. Betul tu Mafiaboss….Rakyat atau INSAN tu yang diutamakan…jangan jadi haiwan manusia ekonomi, haiwan manusia politik atau haiwan manusia sosial…kalau betul2 haiwan tak ape….tak masuk neraka pun…HAIWAN MANUSIA…lu pikirlah sendiri…khususnya untuk politikus yang tengah berkuasa…

  32. AWAL-AWAL LAGI KITA DAH LIHAT PUAK-PUAK UMNO BERCAKARAN PASAL CALON PRK BAGAN PINANG.NAMPAKNYA MENTALITI MEREKA TIDAK PERNAH BERUBAH DAN TIDAK PERNAH INSAF,SEMOGA PENGUNDI-PENGUNDI PRK BAGAN PINANG AKAN BERTINDAK BIJAK DALAM MEMBUAT PILIHAN MEREKA.

    http://mafiaboss2u.blogspot.com

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.