Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat

Aug 22nd, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.

Tags: , , , ,

Afiat

43 comments
Leave a comment »

  1. pemimpin yg kejam pada keluarga sendiri x layak jd pemimpin utk masyarakat..

  2. tak boleh pakai..loyar burok. Memang sah jenis islam PLASTIK!

  3. perghh!!! giler panas!!! dah la pose pagi karang,,,,,, huargh!

  4. Mari kita layan citer Gila Selsema Babi I Dunia untuk pengetahuan..bersama. ..seram dan menakutkan..!!!

    “Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian”

    Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

    Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi ini adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

    “I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

    Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1

    Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

    “Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”

    Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;

    “New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”

    Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;

    “For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccines”

    “Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;

    “During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”

    (Kiri) Prof. Elizabeth Miller (Tengah) Dr. Rustam Al-Shahi Salman (Kanan) Dr. Richard Halvorsen

    (Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas).

    August 19th, 2009 · 18 Comments · Politik dan Konspirasi, Rancangan Rahsia Dajjal, Uncategorized
    oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

  5. artikel ini kan menjahanamkan calon UMNO di Permatang Pasir… Mat Saman Kati kene sedia denge bukti2… mukin pihak UNMO BN akan saman Mat Saman Kati ,kerana pendedahan yang brani ni… teruskan berjuang..
    Tahniah atas pendedahan ni… artikel ni akan jadi panas esok… dan mukin masuk dlm Malaysiakini

  6. UMNO, start ats smpai bwh, sumanya kaki penipu n songlap..

  7. Sapa-sapa yang undi Rohaizat termasuk dalam golongan baghal dan kaldai.

  8. Tanggungjawab seseorang lelaki adalah pertamanya kepada dirinya sendiri, keduanya kepada keluarganya - ibu bapa, isteri dan anak-anaknya - dan kemudian baru kepada orang lain.

    Jika tidak mampu hendak memikul tanggungjawab pada keluarga sendiri, bagaimana hendak bertanggungjawab pada orang lain? Angan-angan mat jenin ni….

  9. Yong bukan feminist. Tapi Yong paling menyampah manusia yang perangai tak macam manusia. Kebanyakan binatang sayang anak, termasuklah singa dan harimau jantan yang ganas. Tak tahu kategori binatang ape yang bunuh anak sendiri (digugurkan). Kot budak belasan tahun kita tak heran. Dia mungkin takut, tak reti agama dan sebagainaya. Tapi ni orang dewasa, konon nak jadi pemimpin pulak.

    Entah ape bodoh ameno pilih dia ni. Tapi, pekerjaan Allah siapapun tak tahu. Kita rancang, Allah tentukan. Allah akan tunjukkan balasan. Allah gelapkan akal dan pancaindera mereka. Insaflah. Tinggalkan amno tu.

  10. Rohaizat.Selamat Hari raya !

  11. Mmm … ringkasan aku pasal Hafizah ni.

    1. Bekas kakitangan di pejabat Rohaizat.
    2. Seorang kakitangan yang rajin dan tekun.
    3. Kerajinannya berjaya memulihkan syarikat guaman Rohaizat daripada kejatuhan akibat skandal koperasi pekebun getah.
    4. Digoda dengan pujuk rayu Rohaizat lalu jatuh cinta padanya.
    5. Bapa Hafizah pernah menyuruhnya berkahwin dengan Rohaizat kerana mendapati perhubungan mereka semakin menjadi luar batasan (zina???) tapi Rohaizat menolak.
    6. Dua bulan kemudian, Rohaizat berubah fikiran lalu bersetuju untuk mengawini Hafizah. (mungkin akibat terlanjur)
    7. Perkahwinan dibuat secara sembunyi-sembunyi malah tidak didaftarkan. Hanya satu surat perjanjian sahaja menjadi bukti.
    8. Ibubapa Hafizah pergi kerumah ibubapa Rohaizat untuk memaklumkan tentang perkahwinan Hafizah-Rohaizat; tetapi telah dihalau keluar oleh ibu dan abang Rohaizat.
    9. Kecewa dengan tindakan itu, ibubapa Hafizah kembali ke Pahang membawa Hafizah bersama.
    10. Tidak lama selepas itu, Hafizah melarikan diri untuk kembali kepangkuan Rohaizat.
    11. Hafizah mengandung. Rohaizat tidak mahu mengakui kandungan itu miliknya lalu menyuruh Hafizah menggugurkan kandungan itu.
    12. Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan itu.
    13. Rohaizat pergi ke Pahang untuk memujuk Hafizah kembali bersamanya ke Pulau Pinang.
    14. Hafizah sekali lagi termakan pujuk rayu Rohaizat lalu pulang ke Pulau Pinang.
    15. Hafizah rasa tertipu dan dipergunakan oleh Rohaizat. Beliau ambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat lalu membawa diri ke KL.

    ————————————————————–

    Aku nak tegur sikit dengan cara kamu orang buat cerita ini. Mula2 kamu “up” si Hafizah ni, konon2nya dia pekerja rajin & tekun. Company tgh teruk pun boleh “turnaround” dengan kerajinan si Hafizah ni. Hebat!

    Kemudian kamu kata dia duduk serumah dengan Rohaizat. (Hafizah menyewa disini, Rohaizat hanya datang jika perlu) Kamu kata Hafizah & Rohaizat ni melakukan zina! (hubungan yang sudah di luar batasan). Sampai kena tegur dengan bapak Hafizah sendiri!

    Akibat keterlanjuran (zina?) Hafizah & Rohaizat terpaksa kahwin. Kahwin pulak senyap2 & tidak didaftar. Hanya buat surat perjanjian. Bapak Hafizah sendiri yang jadi juru nikah. Mana punya law boleh kawen senyap2 tak payah register ni aku pun tak tau la.

    Aku nak tanya laa….. mahu ka Hafizah ni mengaku yang dia berzina dengan Rohaizat ni? Mahu ka bapak Hafizah ni mengaku yang dia tahu anak dia berzina dengan Rohaizat? Mahu ka bapak Hafizah ni mengaku yang dia jadi jurunikah kahwin anak dia tapi tak register kat Jabatan Agama?

    Hafizah pulak pernah buat pengguguran kandungan. Ini ikut undang2 salah besar ni. Boleh masuk jel! Mahuka.. dia buat pengakuan yang dia pernah buat jenayah??? Masuk jel yob! Ingat sikit.

    Hangpa dok kata si Rohaizat ni jahat sangat. Sebab apa? Sebab dia orang UMNO ka? Macammana pulak dengan Hafizah? Mangsa keadaan? Perempuan yang sanggup berzina dengan laki orang. Perempuan yang sanggup menggugurkan kandungan sendiri…. apa jenis moral & maruah yang dia ada? Jangan dok chong la kata dia termakan pujuk rayu, pujuk cinta asmara. Kalau dah tahu Rohaizat tu laki orang, dia nak masuk daun jugak pasai apa? Nak kesian apa pada dia? Apasai hangpa nak simpati pada dia? Apasai hangpa takmau kutuk perbuatan dia? Oooo … sebab politik, hangpa boleh jadi konda-kondi. Jadi kong kali kong. Punya la hangpa nak kondem si Rohaizat ni, sampai mak dia dengan abang dia pun hangpa kondem kata depa halau orang keluaq rumah.

    Apara yob ….

    Malu la kempen politik macam ni.

    Silap haribulan boleh makan diri.

    Ataupun memang hangpa saja….. buat lagu ni sebab nak pedajai PAS kat Penang. Aku tengok Mujahid pun dok kalut nak clear nama dia pasal kes songlap duit SM. Heran jugak sebab blog yg start bawak cerita tu blog geng sendiri. Blog UMNO makan umpan saja.

    Politik … politik …

  12. Adalah menjadi kewajipan kepada orang-orang yang beriman untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.. PEx teruskan usaha meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Mohd Ali yang teraniaya dan terperangkap dalam kehidupan, ringankanlah bebanan mereka. Amat berat untuk mendedahkan kebenaran dizaman ini, namun mistinya ada pihak yang sanggup berkorban menegakkanya.

  13. alibaba, amalmakruf nahimungkar.

  14. Bro,

    What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

    In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

    He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.

    Semoga dia mendapat balasan dan azab yang setimpal di dunia ini dan di akhirat. Semoga Allah melaknat dirinya, keluarganya serta keturunannya.

  15. Salam…
    Walau banyak mana bukti sekali pun, kuasa yang bernama UBN tetap tidak bersalah. Jangan terkejut kalau sumber bukti yang dimaksudkan itu akan dibeli bila-bila masa dan menukarkan pengakuannya 360 darjah lebih-lebih lagi sumber itu berada di Pahang, negeri yang dipercayai tempat 2 ekor katak hilang.

  16. mintak maaf bang mat, nak promo skit…

    sapa2 yg rasa nak buat side income leh contact aku..kelebihan pada org gomen sebab senang nak wat loan..aku dah tgk benda nie dah yg pastinya insyaallah senang..dan yg pasti halal…
    aku ada tempat kosong utk BUKAK PUASA kat penang pada 28hb ni(tempat terhad)..sapa2 nak mai dengaq buleh ..aku tak paksa..buleh contact aku kat thatguy886@gmail.com atau contact je 017-4573469

  17. Hmm.. aku rasa tak payah la cerita masalah peribadi Rohaizat atau Hafizah sbg taktik nak pertikai kredibiliti dia sbg calon wakil rakyat… aku rasa kenyataan dari Majlis Peguam dan bekas rakan kongsi dia pon dah cukup parah dah dia kena.. Tapi cerita ni lebih kepada cerita dalam majalah Mastika ja..

    I believe Pakatan Rakyat would have better ways to catch more voters..rather than this sadistic ROH-FIZAH story
    anyway..if this is a fake story…so what about BN fake RM100 notes circulate around Permatang Pasir..?
    Dah lapor kat polis?? dah lapor ka kat Bank Negara???

  18. Friday, August 21, 2009
    Bukti calon Bn bohong dan aniaya isteri ke dua
    Secara peribadi ‘politik peribadi’ adalah bukan pilihan kegemaran. Namun apabila terbaca kenyataan calon Bn di Malaysiakini yang menafikan kewujudan isteri keduanya dan bukti yang disiarkan di sebuah blog amat bertentangan.

    Jika benar pendedahan dalam blog seorang aktivis reformasi ini, maka satu penilaian serius harus difikirkan oleh pengundi khususnya penyokong Bn. Jika benar maka beliau yang mampu menganiaya seorang yang terlalu rapat denganya (isteri) bagaimana nak diharap beliau mampu membela rakyat terbanyak ? Apa salahnya dia bercakap benar punya isteri kedua , tidak ada salahnya……

    Belum reda lagi ’serangan’ mengenai salah laku beliau sebagai peguam kini beliau punya diserang dengan isu ‘isteri simpananya’ pula…..yang kononya bekas kakitanganya yang dinikahi secara ’sulit’ pada 2005 dan kemudian baru didaftarkan penikahan beberapa tahun selepas itu dengan membayar denda di Mahkamah Syariah….namun sehingga kini digantung tidak bertali….. Wanita Umno digesa menuntut keadilan bagi pihak wanita itu jika benar ia berlaku….

    Maka benarlah ‘teori’ yang mengatakan calon ini sengaja dipilih untuk mensabotaj Umno dari dalam sebagai isyarat protes gaya pimpinan utama Umno.

    Pendedahan klip boleh dilayari dalam http://nnora75reform.blogspot.com/ yang dikatakan punya perbagai bentuk bukti seperti dokumen, klip video dan klip audio . Nilaikan sendiri dan jika ia benar pengundi dan jentera Bn sendiri harus membuat keputusan.

  19. Mahayuddin ,Zahid dan Sharizat membela Rohaizat.jadi elok benarlah MSK mengeluarkan cerita ni utk mengalih simpati kalau pun tidak kepada Hafizah,sekurang-kurangnya kepada keluarga Hafizah yg nampaknya terpaksa menanggung malu dan kesusahan.Kalau bukan sekarang bila lagi keluarga Hafizah ini akan mendapat pembelaan.Cerita MSK ni pun berdasarkan temubual dgn individu terbabit,bukan rekaan seperti utusan meloya.

  20. Ali Baba Oi,
    Hang tanya ” Hangpa dok kata si Rohaizat ni jahat sangat. Sebab apa? Sebab dia orang UMNO ka? Macammana pulak dengan Hafizah? Mangsa keadaan?”
    Aku nak cakap kat hang. Hang sedaq tak bahawa Hafizah tu tak bertanding PRK, Yang bertanding ialah Rohaizat. Yang terhingin nak jadi YB ialah Rohaizat. Hang suka ka orang jahat macam dia tu jadi Wakil Rakyat. Atau hang pun sama jahat macam dia. Tu pasai nampak dia macam baek sangat. Porah!

  21. Inilah calon wakil rakyat produk ubn….memang ubn dajal…

  22. Fatimah Zyuhri,

    I understand your concern. But…have you given any thought that it might be Hafizah herself who approached Nash Tantawi asking him to publicized her story. The fact that the details here are sourced from Hafizah and her family shows that they want the public esp permatang Pasir voters to know who the real Rohaizad is.

    That woman and her family are craving for justice because of the irresponsible attitude of Rohaizad towards them. Don’t you think that God had answered their prayers now. Now is pay back time for them. They have and are demanding that Rohaizad meet them and ask for their forgiveness for the things that Rohaizad had done to Hafizah. Until now Rohaizad’s attitude had been, ‘ to hell with you people and I’am not going to apologize’.

    Don’t blame Tantawi for all this. En Ali’s prayers has been answered by God Almighty.

  23. ni bmakna ubn betul2 ketandusan calon berlatarbelakang yg baik. mungkin mereka tau mereka akan kalah sbb tu letak calon tangkap muat.

  24. taiping sini

    hang nak bantai Rohaizad … hang bantai la. Aku nak heran apa. Tapi bila hang bantai dia guna alasan zina. Hang jgn lupa nak bantai “partner” dia sekali. Sebab zina ni libatkan 2 pihak. Kalau hang bantai Rohaizad saja tapi bila tang partner dia, hang tunjuk simpati pulak … itu orang cakap tak adil, memilih-milih, bias dan main politiking. Hangpa tulis cerita nak tunjuk kata si Rohaizad ni orang jahat aniaya si Hafizah ni. Tapi mintak maaf cakap la…. bila aku baca cerita hangpa ni, bukan kata Rohaizad ni saja yang jahat tapi si Hafizah ni pun 2×5 jugak. Patut kita balun depa ni cukup2. Sama rata sama rasa.

    kalau betui cerita ni semua datang dari Hafizah … dia kena tampil ke depan kemukakan bukti. Tapi aku sangsi la dia berani buat pengakuan .. sebab kalau dia mengaku yang dia pernah gugurkan kandungan dia, dia boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh! Aku tak tahu la dengan orang lain. Kalau hang tanya aku mana satu yang lebih jahat. Berzina dengan laki orang ka atau gugurkan kandungan secara haram … aku kata gugur kandungan tu lagi jahat sejahat perbuatan. Apa jenis perempuan yang sanggup gugurkan kandungan sendiri ni? Hang kata … takpalaa… dia bukan orang UMNO, dia bukan masuk bertanding. Jadi tak payah la nak hukum dia. Janji kita balun Rohaizad ni cukup2.

    Otak hang letak mana oi? Walaupun Hafizah ni tak masuk bertanding tapi orang/pengundi dok menilai cara hangpa ni berkempen! Hang faham tak benda ni? Hang jangan ingat semua orang boleh terima cara kempen bantai membantai ni. Tambah2 lagi bila hangpa dok bantai tapi bukti habuk pun tarak atau bukti longgar dan boleh dipertikai. Hang dah lupa ka dengan kes Anwar dulu? Pengundi tak suka cara kempen bantai orang macam ni. Orang muak. Orang meluat hang tahu tak. Benda ni akan backfire balik.

    Sekarang pengundi dok tunggu hangpa bagi bukti. Tunggu saksi buat pengakuan. Tapi kalau hangpa tak boleh bagi bukti atau saksi gagal buat pengakuan … pengundi akan buat kesimpulan bahawa hangpa buat tuduhan palsu. Buat fitnah! Depa akan kata orang PR ni kemaruk nak menang pilihanraya sampai sanggup buat fitnah dalam bulan Ramadhan! Pemerhati/rakyat satu Malaysia pun dok perati benda ni. Kalaupun Rohaizad tu kalah dan PAS menang … orang still akan menilai cara hangpa ni berkempen. Kalau depa tak suka cara hangpa ni berkempen … jawabnya… hang fikir la sendiri.

    Aku ni bagi pendapat dan nasihat saja. Terpulang la kalau hang nak terima ka tak. Kalau ia pun hang tak sependapat dengan aku, tak payah la nak tuduh aku buat kerja jahat macam dalam cerita Rohaizad ni. Buat fitnah ni benda tak elok. Jangan diamalkan.

  25. Well done MSK for this excellent piece of investigative reporting as compared to main stream journo’s who are all mere parrot’s writing without an ounce of integrity(or any thought for that matter).

    Regards as always dan salam seperti biasa kpd semua sempena bulan yg mulia( dan tolong usahakan jihad bersama memampuskan UMNO).

  26. Alibaba woii, hang kalau nak nasihat tentang fitnah-fitnah ni kan, adalah lebih elok hang pi nasihat dengan pemimpin UMNO yang hang sanjungi sangat tu dulu…..

  27. betul la cakap jack tu, cube la ali baba tu nasihat kat pemimpin umno tentang fitnah….
    kesian aku negok anwar dan nik aziz, slalu kene fitnah jahat pemimpin umno….
    ade ke ke boleh putar belit kan kate nik aziz…
    nik aziz cakap umno amalkan islam plastik tapi media yg pro umno ni boleh plak cakap umni amalkan islam palestin….
    haha..
    x ke kelakar bunyinye tu…
    plastik ngan palestin same ke sebutannya…
    kesian tok guru…

  28. pasal la ali baba ni bebal sgt ah….
    bangang x abes2….
    wat ali baba pesan aku kt dia…
    WAT BODOH CIKIT2 SUDAH LAA….
    cian aku tgk kt hang…

  29. Alibaba,

    Kalau cerita ni tak betul, sue kat mahkamahlah, sebagai orang islam bolehlah guna mahkamah syariah sebab mahkamah ni belum disbarred kawan baik ko tu.

  30. Wahai Jack-O-Lantern

    Biarkan

    Biarkan

    Biarkan

    Alibaba

    TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.

  31. Dedah jangan tak dedah, jangan fitnah sudah. tapi aku lihat si mat Rohaizat ni memang ada skandal kalau di lihat dari raut wajahnya. bak kata pepatah ’sekilas air di kolam sudah tahu jantan ke betina”.

    Apa boleh buat si calon ni cuma nak ambil kesempatan nak jadi popular atau bertujuan meraih keuntungan peribadi sekiranya terpilih. mereka ingat dengan ada kuasa dan duit boleh tutup kemungkaran yang mereka lakukan, sorrylah dunia dah berubah cuma melayu umno saja masih di takuk lama.

  32. Wah!! best artikal ni.. pinjam ya…

  33. Bila tengok kempen pilihanraya ni rasa ngeri la pulak. Serangan UMNO, bla bla bla. Serangan PR pun sama naik, bla bla bla. Habih aib semua orang terbuka. Siap mak ayah masuk TV defend anak depa. Yang belah PR pulak mak ayah mertua pulak tuntut keadilan. macam macam. tapi pendirian saya dok PRO-PR situ la. Hubby pulak dok PRO-UMNO situ la. rasanya macam tak terkesan la kempen kedua2 pihak.

  34. ali baba
    betul la zina melibatkan 2 org, tp dlm konteks skang ni si jahanam rohaizat tu tak nak bertanggunjawab mcm pemimpin umno yg lain tp duk berangan nk jadi pemimpin nak pegang jawatan tinggi2. kt cuma nk sedarkn msyrkt bagaimana kredebiliti yg diperlukan utk menjadi wakil rakyat umno!!!

  35. Abg Mat,
    Dah dekat pilihanraya ni. tup2 PKR pdg serai bubar pulak dah. betoi ka desas desus selangor dengan kedah nak jatuh ke BN balik? betoi ka ada DUN missing in action lagi. meluat la puak2 ni. kalau mcm ni sorak sakan la hubby saya. dua tiga hari lepas selamba rock jer dia kata Anwar pengkhianat bangsa. saya tanya dia balik, abang tengok sendiri ka dia khianat bangsa? macam mana dia buat khianat tu? ada bukti ka? define pengkhianat bangsa tu lagu mana. last2 sekali kami pakat dok diam dlm suasana suam suam panas.

  36. satu lagi,
    saya kesian kat isteri2 calon tsb. yang 1st tu pensyarah. mesti dia malu giler. bukan setakat staf jer tau, dengan student sekali tau skandal hubby nyer. mana nak letak muka? yang 2nd pulak, ceritanya berliku2. tak pepasal dituduh perampas suami org, penzina, pembunuh… kesian. mana nak letak muka? apa nak jadi dengan manusia zaman la ni… tak payah la nak exposed benda2 aib ni. satu family malu. lepas tu, kita yang melayu dan islam ni tak malu ka. tapi walaupun mcm ni, lagi tak boleh nak biar orang zalim jadi pemimpin. sapa nak jawab di akhirat nanti beb.

  37. Nak dedahkan keburukan bakal pemimpin, mungkin ada sebabnya - supaya rakyat tak tertipu. Tapi kena berhati-hati mendedahkan aib manusia. Aib kita, Allah pegang, jangan lupa. Kalau hari ni belum ada aib, esok belum tahu. Lagi satu, kalau nak dedah pun, tuduhan zina adalah sesuatu yang sangat berat dalam Islam. Kalau tak ada empat saksi yang nampak zinanya berlaku seperti masuknya batang celak ke botol celak, jangan sesekali mencadangkan ada zina - walaupun sebut bayangan je. Amar ma’ruf nahi mungkar… tapi tak bermaksud sehingga melanggar hukum (menuduh zina tanpa saksi). Sanggup ke nak pi minta maaf kat Rohaizat? Kalau betul dia buat pun, tak ada saksi, jangan tuduh… sebab didalam shari’ah, beban pembuktian terletak ditangan penuduh, bukan yang dituduh. WAllahu a’lam.

  38. assalamualaikum w.b.t .. selamat bersahur.. untuk semua umat islam.. berdoa lah semoga kemenangan di pihak yang benar .

  39. di sini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada yb Rohaizat…..kahkahkahkahkahkahkahkah….

  40. Selamat berpuasa,

    Kata Bapak Nikah kan, saksi takda ka? apa ka bodo punya ustad PAS ..cek dulu la sapa saksi nikah dia ada ka? Sapa? cuba bagi nama? kalo berani suruh org tu bersumpah demi Allah.. ada berani ka? hehehehe

    Kalo ko kena saman mesti best punya kan hahahaha tapi sian kat anak bini hang sebab hang tak berapa pandai ni, taruk cerita tanpa siasat kebenaran diorg yg tak cukup makan … apa2 pun Allah tu adil cuma manusia ni je yg sibuk nak take over keje dia, semoga anda ditempatkan dikalangan org2 beriman…amin

  41. Di mana dapat cerita-cerita ini dan ada bukti ke ianya benar?

  42. aku terpanggil nak bagi komen walaupun dah terlambat…dah lama dah aku dok perati komen-komen engkorang nih…aku kesian dekat engkorang yang termakan tipu daya puak yang mengaku islamik tapi tak habih-habih dok mengaibkan orang….berenti-berenti lah fitnah orang…mana ada bukti pun…tin kosong jerrrr…

  43. Hah! Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa “isteri kedua” Rohaizat, di sini penerangannya…

    Erotomania: also known as De Clerambaults’ syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

    that Rafizah is one crazy woman….apa orang Melayu cakap…’GILA BAYANG’…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat…mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah… rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua…happiness is the best revenge for the haters! yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

    Abdullah Penegak Kebenaran

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.