Hasan Ali patut belajar dari Hassan cucu Nabi
Aug 13th, 2009 | By Admin | Category: Pemecah Berita, RencanaOleh: Huzaifah Ahmad Yamani
Apabila saya menulis mengenai pemimpin PR, tidak kiralah siapa sekali pun – Hj Hadi, Anwar Ibrahim, Kit Siang ataupun Hasan Ali – itu bukanlah bermakna saya membenci mereka, mahu mereka dijatuhkan dan mahu menjahanamkan mereka. Takkan kita lupa pepatah Melayu, sayang isteri tingal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Saya tambah: sayang pemimpin, tegur-tegurkan!
Anda mungkin menganggap saya anti-Hasan Ali. Hey, come on…saya adalah pendokong kuat Hasan Ali. Bahkan, saya sanggup bertekak dan berhujah mempertahankan beliau. Semuanya saya lakukan, kerana keyakinan saya terhadap beliau. Bahkan, saya masih ingat betapa Hasan Ali mendakwa, kemasukannya ke dalam PAS tidaklah membawa untung peribadi. Dia lebih untung sebagai pakar motivasi. Ini saya salute, saya tabik spring berkali-kali.
Namun, sebagai pengikut yang baik, saya tidak mahu menjadi seperti Umno. Pemimpin salah dibiarkan, akhirnya kepimpinan salah membawa rebah. Dalam Islam, anda pasti pernah terdengar kisah Umar al-Khattab ditegur seorang pemuda, namun Umar tidak marah bahkan baginda berterima kasih. Anda juga pasti pernah terdengar pesanan Abu Bakar r.a saat baginda dipilih menjadi khalifah, jika betul ikut, jika salah tegurlah.
Maknanya, ini adalah tanda aras atau bench mark kepimpinan dalam Islam. Jika teguran dianggap salah, maka apalah hebatnya institusi kepimpinan dalam Islam.
Bahkan anda mesti tahu, Imam sebagai pemimpin dalam solat juga wajib ditegur jika melakukan kesalahan. Kita diberitahu cara menegurnya, yakni adab-adabnya. Andai kata teguran demi teguran diberi dan si imam masih buat tak reti, kita boleh mufaraqah. Lain kali, tak payah ambik dia imam lagi, sebab dia jahil hokum, melainkan dia nak belajar, admit kesalahan dan berubah. Nak jadi imam, kena tahu hokum-hakam, buka setakat ilmu tajwid tetapi juga hokum fekah mengenai soal solat berjemaah.
Baiklah, Hasan Ali bagi saya adalah imam atau pemimpin. Apabila dia tersilap, pada mulanya saya berbaik sangka. Mungkin kerana dia tak sengaja, maklumlah diakan manusia biasa. Masa dia menang PRU 1999 di Parit Buntar dan Sg. Burong, saya sudah terdengar desas-desus perihal ada segelintir sikapnya yang kurang disenangi. Pun saya buat-buat pejam mata, kerana saya hanya dengar. Namun, PRU 2008 dia menang di Gombak Setia. Saya adalah antara tukang kempen dan tukang undi dia. Jadi, jika dia buat silap, maka kali ini saya boleh lihat depan mata. Jika dia buat silap, saya sebagai makmum kena menegurnya! Ini kewajipan saya.
Antara kesilapan Hasan Ali, dia tidak merujuk kepada syura dalam beberapa keputusan utama di peringkat negeri. Anda tak payah pergi jauh, anda lihat pemilihan exco negeri, mengikut maklumat yang saya dapati, ia tidak pun dirujuk kepada syura negeri. Maksud saya, dimasukkan ke dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Selangor dan mendapatkan pandangan ahli-ahli mesyuarat dari seluruh kawasan. Kemudian, isu pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib, adakah anda rasa ia juga dibuat berdasarkan mesyuarat yang melibatkan semua kepimpinan negeri? Saya rasa tidak, kerana bukan semua kepimpinan PAS Selangor merestuinya. Khalid Samad bukan ‘kecik anak’ dalam PAS. Saari Sungib pun bukan orang lekeh. Mereka berdua sudah lama berjuang. Sudah teruji luar dan dalamnya. Kemudian, beberapa siri tindakan Hasan Ali, misalnya dalam ‘menegur’ MB (Isu Cow and Cars), pun tidak melalui mesyuarat negeri bahkan dilihat seolah-olah suatu ‘signal’ negatif PAS kepada Pakatan. Maka saya yakin, semuanya datang dari segelintir pemikiran manusia di dalam PAS namun akhirnya dipersembahkan sebagai Suara PAS Selangor! Adakah ini adil?
Berbalik isu arak, maka saya fikir anda silap memahami maksud penulisan saya sebelum ini. Arak adalah haram – jelas dan ia qatie di dalam al-Quran. Namun, apa yang saya pertikaikan ialah kaedah – uslub, method dan pendekatan – Hasan Ali nampak gelojoh di sini. Gelojoh justeru ia mendahului PAS Negeri (bagaimana nak kata suara PAS Selangor jika ada kepimpinan negeri yang tak bersetuju dengan CARA itu?), membelakangkan MB (MB Selangor pun tak diberitahu) dan gelojoh kerana mengusulkan pemecatan ‘rakan’ dakam Pakatan (sedangkan, cara terbaik ialah ‘Sindir anak tegur menantu.’) – Yakni Hasan Ali patut lebih bijak berpolitik dengan mengelakkan pertembungan terbuka sesama sendiri. Ini yang saya tegur – The Approach is WRONG!
Anda mungkin suka jika Hasan Ali bertegang leher dengan isu ini, namun saya nak bagi tahu, UMNO JUGA SUKA….maka apakah yang berlaku di sini…ya, seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Apabila berita HASAN ALI SANGGUP DILUCUTKAN JAWATAN dipaparkan di muka hadapan dan menjadi head line news di radio…ada sesuatu yang tak kena di sini. Kenapa berita lain tidak keluar dan anda harus ingat, kita tidak mahu semua ini menjadi modal UBN – sehinggalah akhirnya mereka berkempen: Sokong Hasan Ali haramkan arak – sedang dahulu mereka yang memberi lessen ‘menghalalkannya.’
Akhirnya, anda tidak perlu menunding jari kepada orang jika takdir Pakatan gagal mempertahan kemenangannya. Ini kerana, anda patut bertanya, adakah anda sudah menjalankan kerja mempertahankan kemenangan. Saya sudah berusaha ke arah itu. Saya sayangkan Hasan Ali, tapi saya lebih sayangkan kemenangan ini dan paling utama saya sayangkan Islam. Maka, saya tidak sanggup kemenangan dan Islam difitnah hanya kerana kelemahan segelintir manusia yang gagal memahami kondisi dan bertindak melulu sesuka hati. Wallahua’lam.
P/S: “Hasan Ali patut belajar betapa bijaksananya cucu Nabi Muhammad SAW, Hassan dan Hussein dalam membetulkan kesalahan seorang kakek, sehingga si tua tidak terasa dirinya dihina…itu lebih mulia dan lebih terpuji bagi seorang pemimpin sepertinya.”



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














ya sy setuju dgn saudara…
polemik politik maa……..
lihat kenyataan maa……
muhdorat kecil atau muhdorat besar?
jangan kopek maaa……
umpama aQ dgn laut Huzaifah…..
kepada Allah kita kembali.
*peminat
Dr. Hasan Ali pernah jadi Ahli Parlimen Parit Buntar dan aku pernah jadi jentera terus dibawah dia. Apa pendapat peribadi aku pada dia secara peribadi? Dia memang hebat tapi kadang² idea yang ideal tak sesuai untuk jamaah PAS yang memang nyata belum sampai tahap ideal. Satu kelemahan dia, dia takdak pengalaman jadi jentera PAS peringkat akar umbi.
Huzaifah,
That’s the kinda leaders we need either in PAS, PKR or DAP. It does not mean to give in. Hey, you think TGNA give in whenever he comments. TGNA invites DAP to come to Kelantan to learn about Islam way of handling things. There must be some consensus between three parties. It just like The Allies in WWII. The ties between GB & USA in fighting against Nazi Germany
However, I still felt that education is the best way. Better still, treat it as a social problem just like what Solonti says. Try not to turn into a religious thingy. Muslims & non muslims are reasonable people. Use Reason lah
memang la cenangau - kita ni memang tak tolak pemimpin-pemimpin kita yang melayu Islam
dalam pakatan rakyat ni baik haji hadi atau mustafa ali atau hasan ali atau anwar ibrahim atau
zaid ibrahim dll walaupun kadang ada banyak benda kita tak puas hati dengan dema - dema
tetap pemimipin kita juga ………
kerana uslub yang tak kena langsung ini , uslub yang boleh buat orang merasa keraguan atau
merasa ada udang disebalik mee kari dan diragui keikhlasan hatta orang pas sendri macam kata
penarik beca , maka kita membuang masa dan menurunkan suhu sokongan dan memberi point
free kepada umno sehingga malikul sembab membuat lawak pada nik aziz ……………………………. ,
satu berkenaan arak ni , ianya satu-satu hukum yang melalui step yang banyak dalam
pengharamannya malah dinyatakan ada kebaikan bersama keburukannya yang lebih banyak ,
ianya masih diminum orang Islam ketika di Madinah (yang merupakan budaya dari jahiliyah)
yang mana telah kukuh akidah umat Islam , telah pergi berperang jihad , telah melaksanakan
ibadat pelbagai dan hukum pelbagai , telah ada hukuman zina walaupun pada awalnya bukan sebat ,
diminum dan kemudian pergi bersolat sehingga tunggang terbalik bacaan baru bdiharamkan untuk
solat (yang mana menyebabkan tinggal waktu malam lepas isya baru minum) dan kemudian
orang Islam bergaduh berbalah lepas minum baru Allah kata : tak cukup dan tak puas puas ke
korang dengan arak tu ? adakah kamu akan berhenti minum? barulah total dan barulah ada hukum
zaman nabi dan abu bakar 40 , zaman umar 80 , zaman ali 40 balik , yang masih ada khilaf dalam
memperkiranya sebagai hudud , dan ketika jahiliyah hanya abu bakar dan usman saja yang tak
minum arak , ali walaupun Islam sejak umur 5 tahun juga minum , arak ni macam rokok atau mcm
dadah yang lain - jenis yang payah buang , sebab tu non muslim memang tak dapat terima
berhenti minum arak , sedang melayu Islam sendiri banyak yang minum , orang umno usah cakap,
budaya sejak tunku , malah dr. mahathir pernah cakap : ingat tun abdul razak akan hapus budaya
tunggang ni dalam majlis umno tetapi malah makin rancak , kurang2 geng-geng umno ni akan
minum seminggu sekali ke pub-pub sambil relex enjoy layan muzik dan joget …………….
dan dalam isu selangor ini mcm petra cakap - apa isunya yang sebenar ? semua tau ,
cuma kalau betul-betul memang mau “dilarang” dalam kaw.majoriti melayu dgn “sendri sedar”
kalau betul-betul orang melayu Islam praktikkannya - bagus …………..
tetapi melayu ni mcm biasa la hanya banyak cakap ………………. je …………
Ana setuju ngan teguran anta..harap Datuk Dr Hassan membacanya….
jangan ia dijadikan bahan UBN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat…….
Ana mempertahankan Arak adalah HARAM…tetapi Method Penyampaiannya mesti Al-Hikmah…..dengan kesedaran…bukan kekerasan….Dengan ini Baru Slow2 Arak akan lenyap…..
Bukan macam Pembangkang kat NEGERI SELANGOR..masa pegang kerajaan……SENYAP seribu BAHASA…
bila jadi PEMBANGKANG…Menyalak macam Anjing tak cukup bulu……
MAS pun masih dilayan dengan ARAK…..banyak Anak Orang ISLAm…..memberi ARAK dalam Kapal Terbang MALAYSIA…..TAHNIAH buat DATO’ SERI NAJIB …..Arak masih berleluasa di peringkat Persekutuan….
Astagfitullah Hal Azim….
RPK say :
“In short, we should see a two-party system emerge where the ruling party and the opposition have 55%-45% of the seats respectively. And maybe every two or three elections we switch parties so that the opposition can try its hand as the ruling party while the ruling party is sent into the opposition aisle for two or three terms to learn what it is like to be the opposition.”
“I am just shooting the breeze here of course, on the Fifth Anniversary of Malaysia Today’s ‘founding’ on 13 August 2004, Friday the 13th. Much water has passed under the bridge since. But my objectives remain the same. My mission and vision have not changed. I still want to see Malaysians transform into an informed voting population who may vote for either Barisan Nasional or Pakatan Rakyat, I don’t really care which, but they do so fully aware of why they are doing so.
This is a revolution. But it is a mental revolution. Free your minds. Remove the shackles. Break out of this mental bondage that you have been subjected to for more than 50 years. Become an informed voting population. And treat voting as not just your right but also your duty. Join us in achieving the aspirations of a ‘Free Malaysians Campaign’.”
– huzaifah , hasan ali ka , mustapa ali ka , anwar ibrahim ka , lim guan eng ka , malikul sembab ka , KJ ka,
hatta MSK yang nak jadi MB Perak rakyat marhaen ka …… , kita akan pastikan Malaysia Kita Yang Paling Wajar !
barangkali ramadan akan bermula Jumaat ini kut lagi best dari friday 13th jumaat .
Bagi aku perkara ini jelas. Dalam Al Quran ALLAH dah sebut bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku.
Orang bukan Islam bebas melaksanakan kepercayaan mereka, termasuklah minum arak kalau itu dibenarkan dalam agama mereka.
Bagi orang Islam arak itu memang jelas haram, soal jual arak kat kawasan melayu. Aku nak tanya, penaiga mana yang bodoh sangat nak berniaga dan rugi. Peniaga tidak akan jual sesuatu barang kalau tak ada permintaan. So kalau arak dijual dikawasan melayu, bermakna adalah orang yang membeli arak dikawasan tersebut. So tindakan yang patut diambil ialah hapuskan root cause, iaitu hapuskan orang yang minum arak (bukan suruh bunuh lak) tapi jalankan kempen mengenai bahaya arak, kenapa arak diharamkan dan kalau perlu hukum mereka. Bila dah tak de permintaan, maka tak adalah penawaran. Back to basiclah.
Aku bukan nak menentang hukum Islam, cuma kita kena ingat balik cara rasul berdakwah, bukankah ia dilakukan dengan penuh bijaksana dan hikmah. Malah kalau nak jatuh hukum pun kena ada syarat - syarat tertentu, bila dah cukup syarat baru boleh jatuh hukum, tak semua pencuri boleh dipotong tangannya, ada syarat dan perlu dibicarakan dulu. Bukan semua pembunuh boleh dihukum bunuh, kena buktikan dulu ada terdapat niat untuk membunuh. Sebab tu dalam satu peperiksaan pelajar ditanya mengikut hukum feqah adakah pengedar dadah boleh dihukum bunuh atau dengan perkataan lain jika seseorang menjual makanan yang mengandungi racun adakah ia layak untuk dihukum bunuh?
Ya memang benar teguran itu. aku setuju 100%. setiap teguran biarlah berhemah kerana disebaliknya tersembunyi 1000 hikmah.
Latest news, Hasan Ali kabarnya dah berbaik-baik dengan Ronnie Liu…but please, don’t repeat the same mistake again and again…rakyat banyak kerja lain la selain dok layan kerenah pemimpin…
huzaifah (bukan huzaifah peyimpan rahsia nabi ) ,
demikianlah orang politik main kita , ronnie ali dan hassan liu telah bersalaman dan berpelukan
dan kata setel dah masalah tu sambil anwar , khalid , sivarasa , stopa , teresakuk, hj hadi, kitsiang,
salahudin tumpang gelak ketawa (gelak ketawa besar kasitah sebelah syafie abdullah lagi best
sampai aku pakai sebagai wall paper laptop ku )
mcm nik aziz peluk nasarudin dan kata saya tarik balik dan tak timbul lagi soal tu ,
hmmm , hmmm , hmmm ,
ubn cuba main keretakan PR sedang mereka lebih parah hakikatnya …
hmmm , hmmmm hmmm , hmmmm ,
apapun aku hanya menaruh kepercayaan pada msk dgn universiti terbukanya ini
dan the godfather RPK malaysia today and tomorrow , happy birthday 5 years rpk ,
dan bro msk teruskan perak express rakyat ni nanti ulangtahun 1 tahun depan
bikin majlis doa selamat dan jangan lupe jemput aku cor ………..
Betul le kata anta tu kekadang pemimpin kita ni nampak sangat gila glamour sikit-sikit dedah kononnya hebat. le tu, ingat suka-suka ke press buat laporan kalau tiada muslihat kalau berita-berita macam tu bayar pun mereka sanggup. Janji berita yang boleh pecahkan pakatan rakyat. Belajarlah ilmu politik dan ilmu perang saraf agar tidak kecundang akibat kebodohan sendiri.