One Malaysia = One Israel

Aug 11th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, chegu bard

Oleh Chegu Bard

Najib begitu bangga dengan konsep kononya idea aslinya ‘1Malaysia’.

Namun semua ini ialah hasil pemikiran agensi upahan perunding imej yang punya kaitan rapat denganZionis. Semenangnya pemimpin BN punya kaitan rapat dengan Perunding Imej dan pelobi yang berfahaman Zionis.

Dr. Mahathir dahulu pernah menggunakan Saatchi & Saatchi sebagai perunding imej dan perunding bagi kempen Bn. Syarikat tersebut ialah syarikat kaitan rapat Israel. Kemudian menggunakan pelobi Yahudi , Jack Abramoff dengan bayaran yang tinggi semata - mata untuk mendapatkan janji temu beberapa minit dengan Presiden Amerika.

Begitu juga tradisi ini diteruskan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Dia juga menggunakan perunding imej kaitan rapat zionis untuk melobi imejnya sebagai pemimpin Islam Liberal.

Terbaru Najib juga tidak lari, dia menggunakan Apco Worldwide yang juga syarikat kaitan Zionis Israel. Dikhabarkan melibatkan bayaran RM20 juta.sila klik sini untuk baca lanjut.

Patutlah konsep atau terma kempen 1 Malaysia seperti tidak lari jauh dari terma kempen 1 Israel yang pernah digunakan oleh Ehud Barak bagi kempen mengukuhkan pengaruh parti Buruh Israel pimpinannya.sila klik sini untuk membaca lanjut atau klik sini.

Maka siapa yer agen Amerika Zionis Israel ???

Tags: ,

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. Antara tugasan pelobi ini ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN, sebagaimana Rosmah yang telah mendapat liputan meluas agensi berita tempatan. Sampai naik meluat tengok muka Rosmah setiap hari setiap malam kat surat khabar dan TV.

  2. kerana yahudi menguasai dunia maka segala penjahat akan mendapatkan pertolongan yahudi
    tapi kita belum lagi jadi negara yang guna askar & kekerasan seperti negara lain
    tapi juga tak mustahil akan berlaku … bersiap sedialah chegu bard , kamu target pertama
    haha jgn mare - perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

  3. Berbagai slogan dan idealisme dicipta oleh manusia. Teringat slogan “Bersih Cekap Amanah” dulu. Itu slogan. Realitinya? Apa yang terjadi ? Bukan tujuan aku nak menuduh, tuan-tuan tengok sendiri ketika itu (bahkan sampai sekarang !). Semua orang tahu. Satu dunia tahu..KITA MEMPUNYAI SATU PENTADBIRAN YANG PENUH DENGAN MANUSIA-MANUSIA YANG KORUP; tak cekap dan tak amanah !

    Aku sering berkata..itulah sebenarnya musuh kita yang sebenar, bukan mana-mana individu tertentu. Di samping korup dan tiada integriti dan akauntabiliti, pelbagai penyakit lagi membiak di negara kita. Antaranya:

    i) Ketidakadilan / kezaliman*
    ii) Kemungkaran
    iii) Penyelewengan
    iv) Kemaksiatan
    v) Salahguna kuasa
    v) Haloba kepada duniawi - kedudukan, wang ringgit, harta (punca UTAMA)
    vi) Kejahilan agama dan ilmu
    vii) Penipuan / pembohongan oleh media/ pemimpin
    viii) Tiada transparensi/ penggelapan
    iX) Meminggirkan Islam (BAHAYA terbesar umat. Ia strategi/senjata Yahudi, kafirun, munagiqun dan
    kumpulan yang sewaktu dengannya).

    Dan segala mak nenek lagi. Itulah musuh kita. Tanggungjawab kita memeranginya habis-habisan.

    Jadi, kalau slogan BUKAN untuk melawan kebejatan/ kebobrokan tersebut, bukankah ia akan tersasar lagi dan tidak akan mengena sasaran ? Kita (Melayu) masih terbelenggu dalam kepompong politik kita yang belum menjamin kejayaan - kejayaan membebaskan ummah dari kemusnahan. Masalahnya..the problem is..we should have the right vision..but that might not be on our leaders agenda..because to them those ‘kebejatan’ is NOT a problem; not an issue. Maksud saya, if we abandon Islamic values/ teaching for secularism, that would be a definite catastrophe for the ummah in the future tapi our leaders do not think so ! They have their own vision instead. To them, tak pa, janji negara kita “maju”. Ertinya..asalkan kita KAYA. Bila kaya matlamat matlamat kita sudah tercapai ?? So, you see..it is a clash of interest/ vision.
    Jadi..depa mahu mebawa ke arah mana negara kita ini ? I hope depa yang bijak pandai membantu pemimpin kita sebelem terlambat. Wallahu a’llam.

  4. KEPADA CIKGU bARD….SUDAH SUDAH LAH KERJA MENFITNAH TU…CIKGU PUN BUKAN LAH BELAJAR SETINGGI MANA PUN..DEK KERANA ANWAR IBRAHIM SEKANG CIKGU TERBANG TINGGI….SATU KAMPUNG KENAL CIKGU NI SIAPA…..TAK YAH LAH CIKGU NAK TULEH CERITA MERAOU ,,ORG KAMPUNG CIKGU BOLEH LA BODOH BODOHKAN….CIKGU NI MEMANG LAYAK JADI STREET DEMO FIGHTER JER …. BANAYK ANAK BANGSA ROSAK DEK DPt cikgu pemalas mcm cikgu Bard ni….

  5. Umumnya orang sangat terguris bila tuhannya atau Tuhannya disanggah. Jika tuhannya itu selain Alah maka
    syiriklah ia (Quran 9:31). Dosa syirik tidak diampun Allah (Quran 4:48). Mengambil tuhan selain Allah bukan setakat sembah berhala dan objek2 lain, malah menuruti pemimpin dan golongan yang menghalalkan yg. diharam Allah dan sebaliknya, juga adalah syirik (Pengajaran Hadith dalam peristiwa penjelasan Rasulullah kpd Adi b. Hatim tentang ayat Q 4:48). Sayang sangat seseorang kepada pemimpin yg jahat(zalim menurut Quran) adalah tanda ia menyembah peminpin itu seperti menurut maksud ayat 9:31 di atas. Sekiranya ia cenderung sahaja pun kpd pemimpin zalim atau kezaliman, ia sudah di ancam akan disentuh oleh api neraka (Quran). Berani sungguh manusia ini memperjudi masa depan di akhirat?

  6. ADA JUGA MANUSIA DI MALAYSIA INI YANG BERPEMIKIRAN MACAM CHEGU BARD. NASIB BAIKLAH SAYA NI ORANG DI LUAR MALAYSIA! BUKAN DIA NAK MENYATU-PADUKAN BANGSA MELAYU, MALAH DIA NAK MENTELAGAHKAN KITA SESAMA KITA PULAK. SAYA SYORKAN CHEGU PI BUAT MUSABAHA DIRI ATAU CHEGU PILAH TINGGAL SERUMAH DENGAN ANWAR BRAHIM TU.

  7. MAAF YA, MUHASABAH, BUKAN MUSABAHA (ITU NAMA PAKCIK PENCEN DI KAMPUNG PERMATANG PAUH).

  8. RALAT - BUKAN MUSABAHA (ITU NAMA PAKCIK PENCEN DI KAMPUNG PERMATANG PAUH) TAPI MUHASABAH. MAAF, YA PAK.

  9. SAYA INGIN TAHU, SIAPALAH SI NASAEI AHMAD NI. BUNYINYA MACAM DIALAH ORANG YANG PALING PERFECT, SUCI LAGI MURNI DAN BOLEH DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS (AGAKNYA). DI MALAYSIA NI RAMAI LAGI PETUALANG-PETUALANG MELAYU YANG SEWAKTU DENGANNYA. CARA DIA BERCAKAP MACAMLAH DIA BOLEH MEWUJUDKAN SUATU NEGARA YANG PALING PERFECT. DIALAH YANG MEMPUNYAI FORMULA DAN RUMUSAN TERBAIK. MUNGKIN ANDA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DI MALAYSIA. TAPI KALAU ANDA BERADA DI NEGARA LAIN (YANG “TERDEKAT” ATAU TERJAUH DARI SEMPADAN MALAYSIA) BERANIKAH ANDA MENJADI SEORANG PEMBANGKANG DAN SEORANG YANG ANTI-ESTABLISHMENT MELUAP-LUAP BEGINI? MUNGKIN DI LOKAP TAHANANLAH TEMPAT ANDA.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.