Bantah ISA, Tan Sri Mufti dan Permatang Pasir
Aug 1st, 2009 | By Admin | Category: Arif Abdull, Penulis Tamu, Rencana, utamaOleh Arif Abdull
Besok kita bantah ISA dulu, kemudian baru ke Permatang Pasir. Kenapa nak ke Permatang Pasir? Sebab Malaysiakini melaporkan bakal akan ada pilihanraya di sana.
Tapi buat sementara, biar kita tumpukan kepada himpunan aman dan besar esok sebagai kita membantah akta zalim ISA.
Bagaimanapun aku rasa sangat pelik apabila ASP Haslinda (pegawai penyiasat kes aku ditangkap masa vigil di PJ) tiba-tiba menghubungi aku melalui telefon, sebentar tadi. Apabila aku tanya kenapa dia telefon, katanya dia cuma nak mengingatkan tarikh bicara. Selain daripada tu dia juga bertanyakan siapakah peguam yang mewakiliku.
Eh! Bicara terdekat adalah pada bulan November 2009 la… apsal nak kena ingatkan sekarang plak? Pasal peguam tu pihak pendakwalah yang lebih maklum.
Aku tak tau samada aku seorang yang mendapat penggilan telefon sebegini menjelang himpunan membantah ISA besok. Nanti aku akan cuba tanya yang lain.
Melainkan, pihak polis memang sengaja bertujuan mahu mendatangkan rasa takut dengan menggunakan taktik ‘intimidasi’ (menakut-nakutkan), aku tidak nampak rasional di sebalik panggilan telefon tersebut.
Secara peribadi, aku bukan marah kat ASP Haslinda… beliau hanya menjalankan tugas yang diarahkan, itu kita fahamlah. Sebagai manusia biasa, ASP Haslinda memang bagus dan profesional. Tapi yang bermasalah dengan rakyat adalah para ‘gedebe’ polis tu. ‘Gedebe’ polis di negara kita nih dah dicucuk hidung oleh UMNO, sebab tu rakyat dah tak dapat nak bezakan di antara kepentingan cawangan UMNO atau sebuah IPD polis.
Jika tujuan panggilan tersebut adalah untuk intimidasi, sia-sia sajalah! Kami dah tak takutlah…
Taktik takutkan rakyat nih dah tak berkesanlah. Taktik main tipu saje lagi yang tinggal untuk menangkan BN. Maka, BN pun tipu rakyat dengan mengatakan bahawa pilihan jalanraya bukan budaya kita. Kalau tak puas hati dengan kerajaan, sila tunggu pilihanraya.
Kemudian, BN sanggup memperkuda mufti-mufti segala dewa keramat untuk keluarkan fatwa pembohong bahawa berhimpun menentang ISA adalah haram. Persoalannya, kenapakah para mufti nih sanggup jadi kuda tunggangan para ahli politik UMNO?
Sebenarnya para mufti nih lagi lemah iman, baru dapat gelaran Tan Sri dah sanggup memutar dan membelit rakyat.
ISA tu sendiri adalah haram di sisi semua agama kerana menahan orang tanpa bicara. Maknanya, ISA tu haram dan haram jadahlah kepada mereka yang menyokongnya.
Adakah tindakan rakyat menentang sesuatu yang haram dapat diharamkan hanya dengan satu fatwa seorang Tan Sri?
Jadi sekarang, apa beza di antara Tan Sri Harussani dengan Tan Sri S. M. Salim? Tak de beza pun, sebab kedua-duanya beriman tegar kepada BN…. wakakakaka!
Lain kali, kalau ketagih sangat nak keluarkan fatwa pun janganlah gelojoh sangat sampai tersasul.
Oleh kerana itu, kita tidak perlu takut dan tertipu lagi.
Besok adalah hari kita melakukan tanggungjawab kita dalam pilihan jalanraya, di Permatang Pasir nanti adalah untuk kita laksanakan tanggungjawab dalam pilihanraya.
Tidak lama lagi para mufti akan mendapat gelaran Tun dan mereka akan berfatwa bahawa pilihan jalan raya dan pilihanraya adalah budaya asing yang haram jadah.
Jom kita turun bantah ISA, Sebelum kita diISAkan!




Klik Imej Untuk Senarai Penuh














Mufti yang ada sekarang hanya untuk menjaga kepentingan UMNO maka fatwa nya untuk ahli2 UMNO sahaja bukan untuk rakyat jelata.Hanya orang2 UMNO sahaja yang percaya dengan fatwa yang dikeluarkan ni.
salam.. malam tadi unit udara dah ronda di lembah kelang.nak pantau kedatangan para peserta perhimpunan GMI kot
bila puak yang menetang UBN buat perhimpunan.
semua orang kata haram - termasuk polis-dan mufti pun tumpang sekaki.
tapi bila ibrahim ali ugut nak buat kecoh - PRDM (polis raja dimalaysia), senyap tak kata apa pun - mufti lagi le senyap, tak berketik.
Bila umno berarak di pulau pinang dulu tu - dapat kawalan diraja (PRDM bagi) - bukan saja tak haram malah dipuji sakan - tapi mufti tetap tak tak bebunyi
macam tu - malaysia - negara ku yang tercinta - ramai menjadi penjilat pemimpin semasa mereka berkuasa - tapi bila turun/ jatuh semua tumpang melanyak - “pokok kalu dah tumbang, kura kura pun panjat sama”
Mufti adalah ulamak cari makan, macam penjual durian jugak. Penjual durian akan pusing-pusing buah durian cari pangsa yang yang elok untuk ditebuk dan tunjukkan pada pembeli. Tapi bila dah beli bawa balik rumah, kopek durian, ha….. isi mangkaq… keras dan buruk….. tak boleh makan. Banyak Penjual durian penipu, mufti lagilah kuat menipu.
Apa nak jadi ngan Mufti aku ni..memalukan sungguh..letak jawatan lagi bagus
Webmaster, nama mu arif tapi kau bukannya serupa dengan nama yang diberi. Kau bukanlah yang boleh menentukan mufti atau sesiapa saja LEMAH IMAN. Setinggi mana iman kau yang kau boleh kata orang lain lemah iman? Setahu aku hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya.
jangan samakan sm salim dgn harunsani
apa kata kita lantik arif sbgi mufti
Oit Hamba Allah.
Apa maksud selemah2 iman? Paham dak?
SELEMAH-LEMAH IMAN HANYA BERANI TEGUR DALAM HATI.
Nak pakai tangan x berani..
Nak tegur pakai mulut..takut kena GAM..
So,selemah2 iman..tegur dalam hati je la..
Betul ke kalau webmaster cakap Harussani tu lemah iman.Tak ckp sepatah haram pum sejak dpt Tan Sri
wei.. tolong! Nama aku bukan Arif la…
Webmaster
Sam Ahmad
good work guys.. i think you all dah berjaya menjadi orang-orang yang berani. Berani melawan ketua agama you all. keep it up. Lepas ni orang-orang Israel nak datang ajar u all macam mana nak melawan dengan lebih berkesan lagi
dalam sebuah kitab hadis 40 peristiwa akhir zaman..dimana akan wujud dua golongan ulama. 1. ulama baik dan yang 2 ulama jahat.
1. ulama baik kita ketahui ulama yang memperjuangkan agama islam tanpa memikirkan pangkat dan kedudukan, nyawa dan badan sanggup di perjuangkan demi islam.
dan 2. ulama yang jahat, ulama yang mempergunakan agama dan sanggup menjual agama demi pangkat dan kedudukan dunia yang sementara ini.
kepada semua, fikir2 kan lah…