Teoh Beng Hock: SPRM kuda BN dan kuasa rakyat
Jul 18th, 2009 | By Admin | Category: Arif Abdull, Penulis Tamuoleh Arifabdull
Apabila pertama kali membaca berita kematian saudara Teoh Beng Hock kelmarin, aku tidak terperanjat namun sedih. Aku tidaklah terperanjat kerana kes melibatkan kematian adalah perkara lumrah dalam sesebuah perang. Aku melihat pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang terus saja berlanjutan ini sebagai perang yang tidak berpenghujung. Ya, kita sekarang sedang berada di dalam kanca peperangan. Zon peperangan politik?
Semua maklum bahawa kematian atau pembunuhan adalah suatu lumrah dalam mana-mana peperangan. Peperangan politik juga tidak terkecuali. Peperangan politik di Indonesia, umpamanya telah membunuh ramai korban. Antaranya, saudara Munir diracun ketika menaiki kapal terbang dan Widji Thukul si penyair rakyat telah hilang menjelang Reformasi 2008 masih belum ditemui sehingga kini. Korban yang terbunuh dan hilang di Indonesia mungkin sukar untuk dikira lagi. Begitu juga di Filipina dan Thailand (sengaja mengambil contoh-contoh negara jiran yang dekat di hati kita).
Namun, kematian akibat peperangan politik di negara ini juga bukanlah sesuatu yang baru dan sangat memeranjatkan. Sejarah negara banyak tercalar dan akan sentiasa busuk dengan darah rakyatnya sendiri. Tragedi Memali adalah contoh paling jelas dan nyata. 14 orang anggota Parti Islam Semalaysia (PAS) dibunuh secara kejam itu.
Tragedi Memali boleh dikatakan hampir dengan aku (berbanding tragedi 13 Mei 1969 atau pembunuhan Tok Janggut) kerana kejadian tersebut telah berlaku ketika aku masih di bangku sekolah rendah lagi. Namun, secara diam-diam berita kematian 14 orang di Kedah yang aku lihat di televisyen pada petang itu membuatkan aku terus tertanya-tanya kenapa kerajaan tergamak menggunakan kekerasan tahap tertinggi kepada rakyatnya sendiri? Alasan kerajaan yang mengatakan bahawa mereka adalah ajaran sesat sampai sekarang tidak dapat aku terima. Jika benar mereka adalah orang sesat, carilah jalan untuk membantu mereka dari kesesatan itu.
Pangalaman ketika di bangku sekolah juga telah banyak mendorong perasaan ingin tahuku sehingga mampu meneroka dan memahami hakikat peperangan politik di negara ini. Sebagai pelajar sekolah seperti anda juga, momok ‘jahat dan ganas’ yang kerajaan sengaja letakkan kepada insan seperti Rashid Maidin, Samseah Fakeh, Chin Peng dan lain-lain memang telah berjaya mempengaruhiku pada masa itu.
Kepercayaan karut yang dipaksakan oleh kerajaan melalui sistem pendidikan itu hanya berjaya dibersihkan dari pemikiranku apabila pada suatu ketika dahulu aku berpeluang berjabat tangan dengan sosok tubuh Samseah Fakeh itu. Persepsi jahat dan ganas hilang serta-merta. Mata kepala aku sendiri menyaksikan bahawa dia bukanlah pengganas. Naluriku mengakui bahawa dia adalah contoh manusia yang berani. Berani mempertahankan tanahairnya. Proses membersihkan persepsi ‘jahat dan ganas’ itu aku teruskan melalui pembacaan dan diskusi di kalangan sahabat handai.
Begitulah kesan peperangan politik terhadap diri kita. Anda sendiri pasti turut mengalaminya.
Sebab itulah aku tidaklah terkejut sangat dengan berita kematian di bangunan SPRM itu. Namun, yang penting adalah bagaimanakah kemampuan kita untuk menanggapi (memahami) dan menyikapi kejadian ini secara tepat dari sudut politiknya (politically correct).
Walaupun aku bukan anggota mana-mana parti politik samada Pakatan Rakyat, apalagi Barisan Nasional tetapi aku tetap beranggapan dan percaya bahawa tindakan SPRM itu adalah sesuatu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor. SPRM secara terang-terangan sedang diperkudakan oleh kerajaan persekutuan sebagai alat Barisan Nasional. Akibat daripada tanggapan dan kepercayaan inilah yang membawa aku kepada sikap menentang kejahatan kerajaan Barisan Nasional.
Secara prinsipnya aku tidak menyokong apa saja dasar pemerintah yang bersifat menindas rakyat, tidak kiralah samada kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Buktinya, apabila Khalid Ibrahim mengumumkan untuk mengenakan levi terhadap pekerja asing ketika mula menjadi menteri besar Selangor pada Mac 2008, aku tidak bersetuju dan ada menulis beberapa posting di dalam blog aku berkaitan perkara ini.
Bagaimanapun, sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional di negara ini, sebagai rakyat biasa kita telah melihat dan merasakan sendiri perit dan sakit akibat perlaksanaan begitu banyak dasar yang sering tidak berpihak kepada rakyat biasa (baca, miskin atau marhaen).
Makanya, walaupun aku tidak semestinya bersetuju sepenuhnya dengan Pakatan Rakyat dan gaya kepimpinannya, namun untuk menentang kekejaman pemerintahan dan dasar Barisan Nasional laksanakan selama ini, kita tetap masih memerlukan Pakatan Rakyat untuk melakukannya bersama kita. Setidak-tidaknya, untuk buat sementara. Selagi tahap kesedaran politik di kalangan rakyat tidak meningkat dan menyeluruh. Selagi sudut pandang politik rakyat masih mampu dikelabui dan dirabunkan oleh sekadar isu-isu sempit, umpamanya perjuangan kaum dan sebagainya.
Melainkan rakyat sendiri mampu berdiri dan menggunakan kuasa demi menentukan dasar yang baik belaka untuk diri mereka, tidak ada jaminan samada Pakatan Rakyat akan sentiasa membawa dasar yang bagus atau sebaliknya Barisan Nasional akan mampu berubah dan bertaubat lalu secara sukarela melakukan perubahan hari ini atau esok. Kerana, kedua-dua harapan di atas adalah hampir mustahil.Kecuali rakyat dari bawah teguh mengasak dan mendesak apa yang hak.
Dalam keadaan majoriti rakyat belum celik ilmu politik dan mampu berfikir serta bertindak secara kritikal, golongan rakyat minoriti yang sudah berkemampuan untuk menggunakan kelebihan pemikiran kritikal dan kecelikan politik merekalah sahaja harapan kita buat masa ini. Mereka inilah sebenarnya yang telah dan akan terus memainkan peranan besar untuk membawa agenda perubahan di negara ini.
Mereka ini tentu saja tidak memiliki nama besar dalam arena politik, namun mereka adalah para aktivis dan penggiat yang berkeliaran membawa obor kesedaran di pelusuk negara. Mereka ini tentu saja bukan para editor surat khabar besar, tapi tentu saja ada di kalangan mereka adalah para penulis dan karyawan gigih walau tanpa nama yang gah.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














SPRM memang jelas kuda dan orang suruhan kerajaan. SPRM = Suruhanjaya Penganiaya Rakyat Malaysia. Jerung-jerung besar yang memiliki rumah beribu-ribu juta ringgit tidak disiasat. Mereka hanya tumpu kepada pembangkang kerajaan dan menganiaya mereka. Apa bezanya mereka dengan syaitan?
bezanya syaitan da terang2 jahat..
y nih…
kotor tp bersmbunyi dbawah keadilan kononnya
Boon Hock my classmate ketika ti UKM biology.
I yakin la dia dibunuh bukan oleh SPRM tapi oleh kongsi gelap yang takut kepada pendedahan yang boon hock lakukan. you know la selangor sekarang mmg dikuasai oleh gangster. Sprm dan polis maybe dah tahu banyak tentang corruption dan kongsi gelap.
I know boon hock better then you all sbb 3 years I kawan dia start dari minggu mesra mahasiswa. dia berbudi bahasa dan lurus dan dia memang org baik.
I yakin mmg gangster yang bunuh bagi menutup bukti. biar polis yang siasat. jangan politikkan isu ini. bukan semua org BN jahat dan bukan semua org pembangkang baik. Be wise man…
Macam mana itu gangster atau orang luar boleh masuk ke pejabat SPRM sesuka hati? Kalau berlaku pergaduhan di dalam SPRM, kenapa orang-orang disekelilingnya tidak tahu? Ini jelas kerja SPRM. Mungkin dalam proses mencungkil maklumat, orang-orang SPRM menggunakan kekerasan dan tidak sengaja membunuh lalu mjencampak beliau keluar bagi menutup bukti. Kunci kereta dan telefon beliau dipegang oleh orang SPRM pada masa itu. Terdapat kesan lembam pada perut Beng Hock dan tangan belau masih menggengam ketika dijumpai padahal beliau mati dalam posisi mengiring. Apa maksudnya? Pihak gangster mengupah SPRM membunuhnya?