Nasib Rakyat Malaysia
Jul 17th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencanaoleh Raja Petra
Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.
Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik
SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.
Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.
SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.
Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.
Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.
Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.
Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.
Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Begitulah banyak lagi yang telah mati dalam tahanan polis (SPRM tu polis jugak) seperti Kugan. Mereka dipaksa mengaku ke atas jenayah yang mungkin tidak mereka lakukan. Mereka sebenarnya hanya masih ’suspect’. Habis macam nama nak dapatkan maklumat yang mungkin tak ada dari suspect? Dera, seksa, paksa. Akhirnya….melayang nyawa. Apa nak buat? Senang saja. “Dia bunuh diri”. Itulah jawapannya. Mudahkan?
Selagi UMNOI masih berkuasa, perkara begini tak akan selesai. Kalau mahu perkara begini tak berulang maka jawapannya hanya satu. TUMBANGKAN UMNO DAN BN.
Salam,
tima kaseh Tuan MSK kerana terjemahan ini pagi pagi lagi dah baca dalam Malaysia Today tapi tak berapa clear sebab RPK pakai bahasa Queen
SPRM pembunuh! Pembunuh hukum bunuh! Jangan lepaskan!
SPRM = SURUHANJAYA PEMBUNUHAN RAKYAT MALAYSIA
“Selamat, aman dan makmur”.
Firstly, many thanks for taking the time to do the translation and I’m sure the duly departed would express the same sentiment in appreciation MSK - if only he could.
This is a very suspicious turn of events and doubly tragic when we consider today was the day he registers his marriage, the day he begins a new chapter in life but fate can be cruel when UMNO dictate terms to us all.
I take this opportunity and implore all like minds to ensure that the death of Teoh does not pass without us doing our part to vote UMNO out. Don’t let this death escape us and be in vain. Lastly, heartfelt condolences to Mr & Mrs Teoh who have both fulfilled their obligation raising Teoh Jr, 30 years in age and well on his way to propagating another generation, possibly making grandparents out of mum and dad.
Again, heartfelt thanks for your time and effort MSK.
Balik sembayang Jumaat di Masjid Kota Damansara yg.bersebelahan rumah.,mendengar khutbah diantara inti pati nya yg menyebut betapa besar nya fadilat mengamalkan ayat 1000 dinar.,dari awal ayat singga ke akhirnya mengenai janji Allah sakira nya kita beramal dan bertaqwa dgn nya.
Tiba tiba terbaca artikel nie….
Dada jadi sebak…tak sedar aku nie lelaki pon bole mengalirkan air mata..sdy….mengenagkan nasib pemuda itu i.e Toh Beng Hock yg.dizalimi sedemikian rupa.
Betul kata khatib tadi yg menyebut kita telah kehilangan nilai nilai Agama kerana membiarkan maksiat berleluasa.
Akhirnya manusia bole jadi pembunoh,perasuah, dan berbagai bagai
Kemudian ia di biarkan berlaku berulang ulang sahingga mereka tidak lagi merasa bersalah melakukannya.
Ini lah realiti kehidupan hari ini yg.perlu kita hadapi.
Condolence 2 family Toh Beng Hock.
[...] http://perakexpress.com [...]
apa saja boleh jd kerana mereka berkuasa…smoga semua yg terlibat akan di LAKNAT..!!!!!!!!!!!!
Bro MSK…amacam ngan khutbah kat masjid sauk tadi…bhgn intro menarik…..
Teman ada nampak mike tadi….
Kes Teo ni memang banyak keraguan….siasatan pun sampai kul 3.45 pagi? Kerja gila…..
Apapun let us see what will happen next…. who’s going to be next scapegoat…..
Minta izin copy & paste.
Umno@BN & Rosmah@Najib makin terdesak.
Desas-desus di sidang NAM di Mesir beliau cuba ‘lari’ dari wartawan yg cuba mendapatkan jawapan dari beliau. isu Manohara pun tidak mampu beliau jawab semasa di Indonesia.
Amat malang bagi Malaysia mempunyai seorang pemimpin seperti ini.
Hukuman rakyat melalui peti undi tidak dapat memberi pengajaran kepada manusia yg bernama Rosmah dan Najib.
‘Kerja gila’ @ konspirasi terhadap Anwar juga satu tindakan terdesak untuk mematikan demokrasi di Malaysia.
Lengkaplah sudah jentera kerajaan digunakan untuk memuaskan hati dan ’sifat binatang’ mereka.
Polis, SPR, Iabatan Pendaftaran, Imigresen (rekod Altantunya), SPRM, Kehakiman, Peguam Negara, Hospital (kes Kugan) dan Tentera (Manek Urai).
Mungkin rakyat di Bandar Tun Razak akan memberi satu lagi signal kepada Umno@BN dalam masa terdekat.
Rakyat tidak akan lupa peristiwa ini. Rakyat tidak akan membiarkan kejadian ini berulang lagi. Dan rakyat tidak akan memaafkannya.
Apakah pilihan rakyat selepas ini?
Pilihanraya, jalanraya (demonstrasi) atau………..??????
Terharu saya membaca hujah indraputra dan IbnAbdHalim dan dari kematian Teoh Beng Hock, sudah nyata tidak ada jalan lain bagi kita semua melainkan berusaha bersama tenggelamkan kapal UMNO.
Saya tak Muslim tetapi dgn adanya puak puaka UMNO memerintah dengan sikap berleluasa, apa saja yg tak betul segalanya menyerlah terhadap puak-puak yg bersekutu dgn UMNO. Kematian anak muda Teoh sedikit sebanyak bukti menunjukkan betapa bodoh dan kejam kerajaan UMNO memerintah.
Last ni nak cakap sikit(jangan marah). Perlu saya menegaskan tidak ada apa pun yg patut dibanggakan, tiada inti yg boleh disanjung megah dan mulia dikalangan umat Islam selagi UMNO menakluk minda Melayu.
Perlu kita tinjau, kematian saudara Teoh Beng Hock tidak akan terjadi jikalau kematian Altantuya, Kugan dan ramai lagi anak India dan Melayu yang tak ternama(muka tak keluar paper) disiasat dgn telus tetapi hakikat menonjol UMNO dan segala yg bersekutu dgn UMNO sanggup menindas dan membunuh siapa saja utk terus berkuasa.
Kini sudah menjadi kebiasaan rakyat berbilang kaum menjadi mangsa kezaliman pihak UMNO.
Salam buat semua.
teori kematian Teo Beng Hock
1. Terjatuh tanpa sengaja
2. Bunuh diri
3. Hilang akal kerana tekanan perasaan akibat sesi soal siatan yang panjang.
4. SPRM hilang akal main bunuh orang ikut suka hati.
5. Terbunuh secara tidak sengaja semasa disoal siasat SPRM. Mayat dihumban keluar bangunan untuk mengelak dari SPRM dipersalahkan
6. Dibunuh kerana enggan bekerjasama untuk “mengenakan” rakan2 politik yang lain.
7. Dibunuh oleh ahli kongsi gelap bagi mengelak kebocoran rahsia kaitan kegiatan mereka dengan pemimpin2 yang sedang disoal-siasat
8. Dibunuh oleh “kenalan” sendiri untuk “cover-up” dan memutuskan bukti dari melibatkan pemimpin yang lebih tinggi.
9. kena samun/rompak sebelum dibunuh dan mayat dihumban keluar bangunan oleh perompak
10. tertekan kerana takut rahsia peribadi bocor akibat tindakan SPRM merampas laptop/notebook beliau.
OK… ini ada 10 teori yang aku boleh fikirkan. Aku bukan nak buat spekulasi atau nak tuduh sapa2 baik SPRM, BN, Polis, DAP ataupun gang2 kongsi gelap. Cuma aku mahu kita lebih terbuka fikiran dan jangan cepat buat keputusan sendiri. Benda ni memang dah jadi “lain macam” dan banyak persoalan yang belum terjawab. Aku harap keadilan dan kebenaran akan timbul dan yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal.
.
Itu yg kluar berita, yg tak kluar tak tau berapa ramai lg yg mati kena belasah. Ingat hutang nyawa dibalas nyawa juga. Dunia korang lepas, akhirat jwblah. Siksa kubur teramat perit buat kalian yg zalim. Sedih mengenangkan anak muda ini walaupun bukan seagamaku. Berdoalah agar Allah permudahkan hidup kita semua. amin……
salam tuan tanah…
Buat semua warga malaysia, bersedialah dengan tindakan yg lebih kejamdan ganas dari jentera2 kerajaan lepas ni, kematian dan pembohongan yang lebih dasyat, sebab tak pernah terjadi dalam sejarah, pertukaran kerajaan tanpa melibatkan nyawa atau penbunuhan…sekurang2nya 1000 lagi marhaen akan terbunuh dalam proses pertukaran kerajaan hingga 2013 nanti
sad but true…i’m malay n muslim….for casper…we are brother in humanity!…gandakan usaha kita, let’s fight together, no matter who you are!!!
I’m glad your respond for I didn’t want to come across or rub anybody the wrong way vivaloveyou.
In a little while, I’m off to Teoh’s wake and it is a small world when I was just informed that my little brother and Teoh’s elder brother sometimes go golfing together. I have heard rumours his fiancee is expecting and I’ll try confirm such speculation in the most diplomatic manner to get at the truth. If true, this tragic death just got even more sad.
With regards to Islam in the political context, my own opinion mirrors a lot with what MSK has to say. I believe there should be NO room for any get together between PAS and UMNO even when ‘they’ seem noble with their ‘demi bangsa dan agama’ shit when all that matters to UMNO is power in perpetuity and life on easy street.(hidup senang, mau kaya tak mau kerja).
No matter the overtures, the last thing PAS should do is to be seen going to bed with UMNO. Gotta go fulfill this evenings engagement. Regards all.
JIHAD melawan BN!! jihad kita adalah syahid.. kerana ingin membalas dendam terhadap penggantungan khir toyo.. seorang anak muda MATII!!!
adam…..seorang anak muda MATI!!! bakal isteri kehilangan suami, anak pula langsung tidak kenali bapa.
Saya rasa kalau nak canangkan script sebegini, memang payah walaupun di Hollywood ataupun Bollywood. Inilah kerja setan sekutu UMNO yg Hadi sama Nasha cuba nak berhemah atas nama Melayu dan Islam. Baik punya Muslim kawan-kawan UMNO ini.
ust hadi dgn nasha tu jd mangsa permainan umno.. 2 org tu xsedar yg mereka nk dipermainkan.. harap dgn kejadian ne membuka mata diaorg.. pilih antara perpaduan melayu atau perpaduan islam..
casper ,
jangan kaitkan umno dengan islam - tiada apa islamnya umno itu
terutama yang bising islam mcm zahid hamidi
serupa adakah kau ambil kira cina keparat sebagai cina ?
atau hindu durjana sebagai hindu
dan melayu celaka pun bukan melayu
jadi umno bukan islam langsung
nik aziz dah jelaskan dari dulu lagi
Memang betul pesan awang.
Kalau marah, jangan marah dan biarlah saya yg meminta lalu. Dalam cerita si keparat Cina, saya syorkan langsung saya tak bagi muka. Mereka bukan Cina tetapi binatang peliharaan UMNO.
Pernah saya halau Gan Boon Leong(Ketua MCA Melaka) dari restoran tahun 2002, kena maki hamun belum sudah pekena ‘pencuci mulut’(dessert), si gemuk bersama body guard cabut lari. Sama dgn Kepala Ikan Ling(bekas Presiden MCA). Suatu malam di Hotel Equitorial di KL, Ling terpaksa terpesong jalan(ikut jalan jauh) kearah restoran Golden Phoenix kerana saya berdiri tepat kat tengah lobi, tak bagi laluan. Muka Ling merah, tak tahu pasal marah ke malu - sampai hari ini saya tak tahu.
Salam awang dan semua.
UMNO yang takut kehilangan kuasa akan melakukan apa saja asalkan kuasa yang mereka pegang semenjak merdeka hingga sekarang terjamin. Mereka akan melakukan apa saja asalkan pengaruh Pakatan Rakyat hilang. UMNO sebenarnya ingin menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat itu lebih jahat dari mereka, lebih rasuah dari mereka dan lebih mementingkan diri sendiri dari mereka. Inilah sebenarnya motif dan strategi mereka. Dengan bantuan Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3 mereka akan mensensasikan apa juga cerita negatif jika melibatkan Pakatan Rakyat walaupun perkara itu kecil dan remeh. Berwaspadalah kita jika mendengar dan membaca berita-berita dari ‘khadam-khadam ini’. Bagi UMNO sekarang hanya ada seorang saja yang boleh mengganggu gugat kuasa mereka dan seterusnya menjatuhkan mereka dari memerintah Malaysia dan perkara ini sangat2 ditakuti oleh mereka kerana segala apa keburukan dan ‘rompakan2 harta rakyat’ yang mereka lakukan akan terdedah. Berbagai2 fitnah dilemparkan pada beliau. Hamba Allah itu adalah ANWAR IBRAHIM tokoh REFORMASI MALAYSIA.