Siapa aku? 4
Jul 13th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, News, Pemecah Berita, Rencana, Siapa aku?, utama, videosSebelum tahun 99, aku tak pernah masuk mana-mana parti politik atau terlibat dengan kegiatan politik, kecuali menjadi ejen politik untuk Gerakan pada tahun 92-93. Aku tak pernah mengundi, malah tak pernah mendaftar sebagai pengundi.
Aku tak percaya kepada parti-parti politik yang ada kerana BN terlalu kuat, manakala pembangkang terlalu lemah. DAP dengan Cina..Cina..Cina, manakala Pas dengan Islam..Islam..Islam. Semangat 46 pula hanyalah parti yang tercipta selepas perbalahan Mahathir dengan Ku Li. Ketika S46 ditubuhkan, yang ada hanya pemimpin Umno..rakyat bawahan tak terasa.
Tetapi apa yang berlaku pada tahun 98, mencipta gelombang perubahan dan pada masa itu baru aku nampak akan kemungkinan UBN ditumbangkan. Tapi aku terlewat..tak dapat mengundi kerana tak sempat. Aku mendaftar sebagai pengundi semasa di Cameron Highlands tetapi tak dapat mengundi pada tahun 99.
Aku tolong buat kerja pilihanraya…menyebarkan risalah dari rumah kerumah disekitar Gelugor, Minden Heights dan juga Jelutong. Kami cuba meminta pertolongan dari Pas, tapi negatif. Sebaliknya depa pulak kempen kat aku…”Salma orang kepala kerbau… sosialis…anti Islam.” Sebabnya Salma dikenali sebagai orang PRM tetapi bertanding atas tiket Keadilan.
Kat markas Pas Jelutong juga aku kena perli.” Mati esok…suruh Karpal Singh baca talkin”.
Karpal kalah, Salma kalah, Mohideen Kadeer juga kalah. Semua orang yang berilmu, tapi tewas dikalangan orang BN. Dan aku marah kat orang Pas sebab tak tau adat berkawan. Dalam pilihanraya tersebut, Pas menang besar. Kelantan hampir ditawan keseluruhanya, manakala Terengganu dapat ditawan. Dari hanya 4 kerusi DUN, Pas menang 28 kerusi DUN dan Hj. Hadi menjadi MB Terengganu dan Ketua Pembangkang. DAP kehilangan banyak kerusi manakala Keadilan secara keseluruhannya berjaya menapak.
Hj. Hadi mempunyai peluang untuk memperkuatkan barisan pembangkang, tetapi dia keras kepala. Tak boleh ditegur. Cepat memberikan label kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya. Kit Siang dipanggil “ubat tamat tempoh” dan Keadilan dipandang sebelah mata. Keputusan-keputusan dibuat secara unilateral, tanpa berbincang dengan rakan-rakan dalan Barisan Alternatif.
Akibatnya DAP menarik diri dari BA. Manakala Keadilan, terutamanya di Terengganu menyimpan dendam. Walaupun dalam pilihanraya tersebut, PAS, Dap dan Keadilan bertanding sebagai Barisan Alternatif, tetapi apabila memerintah, Terengganu dikenali sebagai Kerajaan Pas Terengganu dan Kelantan dikenali sebagai Kerajaan Pas Kelantan. DAP dan Keadilan…mampuih pi.
Lepas tu aku tak mau ambil tau pasal parti atau pasal politik.
Tahun 2000, aku berhenti dari CPS…tak boleh tahan. Dalam istilah saikologi..”burn-out”. Sebabnya kerana ingin membuat terlalu banyak kerja dalam satu masa.
Aku merasakan.. menyelamatkan kanak-kanak terbiar atau didera hanyalah satu usaha yang kecil. Masalah utama adalah keluarga yang pincang. Aku cuba menyelesaikan masalah keluarga, tetapi itu juga bukan masalah utama. Masalah utama adalah keadaan. Aku cuba menyelesaikan keadaan tetapi itu juga bukan masalah utama. Masalah utama ialah sistem.
Sistem pentadbiran yang terlalu korup. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sepatutnya diberikan kepada yang miskin tidak sampai, sebaliknya hanya lepas kepada sanak saudara orang-orang Umno.
Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih banyak menghabiskan masa mengumpul statistik bukan turun kelapangan. Birokrasi dalam JKM menyakitkan hati.
Pernah dalam satu kes, seorang guru berbangsa Cina datang meminta bantuan aku tentang pelajarnya yang berbangsa Melayu dirogol oleh keluarganya. mula-mula dirogol oleh bapanya sendiri. Akhirnya ibu bapa nya bercerai dan budak itu menumpang dirumah datuknya. Bapa saudaranya pula buat perangai. Emaknya kemudian berkahwin dengan seorang Bangla, tapi Bangla ini pulak pakai dua-dua.
Aku bawa budak ni ke hostel yang kami sediakan…tetapi setiap kes kena lapor ke JKM. Dan pegawai JKM tidak membenarkan budak ini diletakkan di hostel kami kerana CPS mengambil semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa. Dalam hostel kami ada orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
JKM mengambil budak ini dan diletakkan di Rumah Anak-Anak Yatim. Budak ni bukan anak yatim!! Tak sampai sebulan, dia dipindahkan ke Rumah Bakti Kepala Batas. Aku cuma sempat melawatnya sekali..lepas tu aku dapat tau, dia diambil kembali oleh bapa saudaranya. Ceh!!! Kita selamatkan budak ni dari mulut buaya, JKM pi hantar balik kat buaya!
Kerana tak tahan dengan birokrasi, aku mula buat kerja diluar batasan yang dibenarkan sebagai Pentadbir CPS. Aku kena warning…dan hantar surat berhenti kerja.
Tapi ada satu peristiwa yang aku rasa aku patut dikongsi dengan semua.
“Pernah satu hari, ada seorang pelawat berbangsa Cina…dah tua, pakai baju Pagoda dan seluar pendek. Pakai selipar dan berjalan kaki datang ketempat aku bekerja. Dia bertanya macam-macam soalan..apa yang kami buat, berapa belanja. Aku layan macam orang lain.
Sebelum dia balik, dia keluar buku cek. Bagi sumbangan RM10,000.00. kemudian dia bagi business card dia…Dato’ Oh Bak Kim, salah seorang Pengarah dari Kuok Foundation. Lepas tu dia call driver dia, yang datang dengan Merc S320E.”
Jangan pandang rendah orang yang selekeh.
Seorang kawan yang bertugas sebagai Organic Consultant meminta aku bekerja dengan dia. Leceh la bekerja dibawah kawan sendiri..lalu dia mengambil aku sebagai partner. Aku pun jadi Consultant!!! Itu dalam ‘business card’ tapi aku sebenarnya lebih banya membuat database tentang Pertanian Organik di Malaysia.
Dan pada tahun tersebut juga, Kementerian Pertanian baru nak mula mengambil berat tentang Pertanian Organik. Dan kami diminta oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian masa itu, David William, untuk membantu menyediakan draf tentang Sijil Organik Malaysia (SOM).
Aku boleh berlagak masa tu, sebab kami merupakan satu-satunya firma konsultan yang diiktiraf oleh IFOAM (International Federation of Organic Movement).
Selain daripada membuat research tentang pertanian organik di Malaysia, aku juga membuat “field work.” Kami membuat kerja-kerja ‘inspection and certification’ bagi petani-petani organik yang ingin mendapatkan pengesahan sijil “KRAV”, iaitu satu sijil organik yang diterima diseluruh dunia.Prosedur untuk mendapatkannya cukup ketat tetapi produk yang berlabelkan KRAV mendapat pengiktirafan. Salah seorang pengguna hasil organik yang terkenal di Malaysia ialah Yang Di Pertuan Agong sekarang, Tuanku Mizan. Seminggu sekali, sayuran organik yang berlabelkan KRAV dihantar dari Subang Jaya ke Istana Kuala Terengganu.
Bila Jabatan Pertanian mengeluarkan sijil SOM, kami tak boleh cari makan. Tapi sijil SOM tak laku di Eropah sebab sijilnya boleh dibeli.
Dalam jangka masa aku membuat kerja-kerja berkaitan pertanian organik, seorang aktivis sosial yang juga seorang pensyarah di USM, Dr. Latif Kamaluddin, berbincang dengan aku tentang satu projek komuniti.
Kepala kami lebih kurang..cuba membuat sesuatu yang orang lain tak buat. Dr. Latif pernah mengusahakan satu program untuk Mak Nyah-Mak Nyah di Pulau Pinang. Aku pernah ikut dia..jumpa Mak Nyah di Pulau Pinang. Aaauww! tak boleh cerita. Nak tau apa yang kami buat…kena belanja Ais Kacang kat Swatow Lane.
Dr. Latif mahu aku menyambung apa yang aku buat semasa di CPS. Di CPS, aku lebih menumpukan kepada penyediaan tempat berlindung kepada kanak-kanak, tetapi seperti yang aku katakan, itu bukan masalah utama. Masalah utama ialah keluarga. Dan kami berbincang tentang bagaimana hendak melakukan sesuatu untuk memulihkan keluarga. Sebab kami percaya, kalau keluarga itu stabil, mereka boleh menjaga anak-anak mereka dengan baik. tak perlu kita tolong jaga anak mereka.
Dan lahirlah idea Community Farm.Dia cari sponsor, aku tukang laksanakan.
Tempat yang aku suka untuk melaksanakan idea ini ialah Baling. Pertama kerana tempat ini mempunyai sejarah pada tahun 1974, dan keduanya kerana Ahli Parlimen pada masa itu iala Ust. Taib Azamudin. Aku tau, Ust. Taib Azamudin memang seorang yang lurus dan banyak membantu rakyat.
Aku pergi ke pejabat Ust Taib Azamudin di Baling. Tapi mungkin pasai aku pakai selekeh…pakai T-Shirt Pagoda, jeans dan berselipar…sapa nak percaya kalau aku cakap tentang projek ratusan ribu. Aku tak jumpa Ust. Taib tapi aku tinggalkan business card aku kat salah seorang pembantunya. Sebulan aku tunggu tak ada respons, aku beralih ke Kuala Kangsar.
Di Kuala Kangsar, ada seorang nak jual tanah seluas 16 ekar. Bagi aku, cukup untuk memulakan projek Community Farm. Dr. Latif bersetuju dan kami membeli tanah tersebut.
Pada 11 September 2001, World Trade Center di New York runtuh akibat serangan dua kapalterbang yang dikatakan dilakukan oleh Osama bin Laden. Keesokan harinya, aku berpindah ke Kuala Kangsar untuk memulakan satu experimen tentang Reconstructing Troubled Families thru Community Farm.
Dalam kepala dok pasang angan-angan…sepuluh tahun lagi…aku boleh menang Nobel Peace Prize. ha..ha.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh














MSK, hah macam ni la baru betul! Tak payah terbitkan berita sebab sensasi, lainlah kalah dah sah dan memang saudara pasti kebenarannya. Tahniah! Ayuh kita sama-sama memperkuat perjuangan dengan penuh bijaksana san berhati-hati. Inshaalah saya akan terus membaca dan memantau Perakexpress.
Bang Mat, aku kena berguru dengan hang ni!
Aisey, bang mat, strawberry naik harga oooooo - http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/13/nation/4307436&sec=nation
Teringin nak belajar teknik menulis dari Bro..
Tapi umoq dah tua..boleh ka lagi..?
Boleh kot letak petua2nya kat sini..buat satu kolum..
Boleh juga melahirkan satu generasi penulis yang mempuyai tulisan yg menarik utk. di baca..tak boring..!
Apa-apa pun semoga Bro selamat dan apa yang di lakukan berkesudahan baik….
Taniah En.mat saya seronok juga membaca cerita encik Mat kata orang banyak berjalan banyak pegalaman Taniah saya ucapkan atas usaha encik mat untuk memamankan raykat malaysia ini, Hanya tuhan saja yang mengatahui akan usaha yang murni ini.
saya banga dgn usaha Encik Mat ini.
satu lagi bang mat. awat amoi tu dah tak tulih cite dah? Aisey….. pujuk la die mana tau ada ’stori’ baguih abang mat ngan die ka…muakakakak
kompom kene berguru ngn bro nih bab organik.
Wa baru jek siapkan cd interektif psl organik n natural farming.Tolong kawan2 kat pertanian lenggong.
“Reconstructing Troubled Families thru Community Farm.”.idea sgt gempak bro.Kalu bleh wat la satu posting special psl nih.
saudara MSK, lain kali kalo mai penang hang email aku, aku belanja hang ais kacang swatow lane, then boleh cerita pasai masa ko di soon2 oilmill dan strawberry kat cameron tu , ichigo ke?…..take care bro!
bro mat….
sampai bila nak PAGODA je…..
meeting PAGODA…..
mintak sokongan PAGODA
mintak penaja PAGODA
mintak pinjaman PAGODA
buat even PAGODA
cuba sekali sekala pakai KEMEJA POLO pulak…..
baru la syok orang nak ajak berbincang…..
kah…kah…kah…..
sori bro…. melawak je…..
Sahabat lama,
Kalau nak tunggu berita yang dah sah, sapa nak mengesahkanya? Bernama? utusan?. Dan macam mana nak pasti kebenaran sesuatu berita itu? Aku tulis betul pun orang tak percaya. utusan tulis tipu…orang percaya!.
Amin,
Kena bawa limau purut tujuh biji, garam janta segenggam.
Megat Kedah,
Aku pun tak reti nak menulis. Tapi kena cuba.
Mangchik,
Semalam aku tulis..Amoi tu ada kat New Zealand…bukan amoi la…dah jadi nyonya anak dua.
xenan,
Macam aku kata, aku buat ‘inspection and certification’. Kalau nak tau tentang Organic Standards dan links dengan organic farmers, no problem. Apa yang aku boleh bagi..tak dak hal.
Tentang Natural Farming…aku cukup minat dengan benda tu. And I believe that will be the agriculture of the future. Bukan hydroponoc, aeroponic etc.
storm62,
Ichigo tempat aku smuggle benih strawberry. Nak masuk kebun dia tak boleh…jadi aku bayar kat staff MARDI.
blues,
Tu kira dah baguih la. 100% cotton, La ni pun dah 12 ringgit bro.
Kemeja POLO aku pakai bawak pi kebun…jaga kambing.
mSK..seronok baca…
Memang tahun 98..ramai orang kelaur UMNO kerana Kezaliman Mahathir bukan kerana Anwar..tapi harus di ingat..tahun 98 juga tahun pemilihan Agung UMNO jadi Che Det tidak ada pilihan selain pukul Anwar sampai TKO, kalau tak Anwar akan lawan Che Det dalam pemilihan Aggung UMNO dan pengaruh serta pengikutnya mungkin boleh menumbangkan Che Det. Itu yang Che Det takut..
Tetapi, sikap Che Det yang membuat keputusan yang Gelojoh menyebabkan UMNO di benci sampai sekarang…
Anyhow..tak sabar nak tunggu kenapa MSK suka PAS..he he he he he …
Boleh le tolong aku buat organic farm kat sewai!
Orang PAS taknak berkawan dengan kapir tapi pakai kereta buatan kapir! apakebende!
…..
……….
“Megat Kedah,
Aku pun tak reti nak menulis. Tapi kena cuba.”
Terima kasih Bro… ini pun kira salah satu petua gak nie..!
cantek…..
bang mat, ada episod 5 ke?x sabor nak nunggunye….
Harap2 ada lah part lima..
juga cerita2 camner boleh masok dunia blog..hehe
Salam Bro Msk……
Banyak sungguh pengalaman bro….seronok juga membacanya. Walau pun kita jumpa beberapa kali tapi tak sempat nak bersembang panjang. Saya ada jumpa bro di Prk Kuala Terengganu dan Penanti. Teruskan bro……
Salam bro, penulisan yg dtg dari hati….jujur & tulus…tak cemuih baca
part 5 (2001-2004) - community farm/ PRU
part 6 (2005-2008) - Aktivis/ outdoor act/ blogging/ MSK/ cari garam bkt/ malaysia today?
part 7 (2009- ? ) - pemandu rombongan merisik…dll
Abg MSK… Allayarham Tuan Guru Mat Saman Kati tu Tok Guru Abg ke, atau Idola?
minta maaf saya x tau asal usul nama MSK….
Johnny,
mungkin part 5 atau 6. Aku cerita macam mana lekat nama MSK.
salam bang mat ,
ada member cakap bang mat bikin bio
sbb nak jadi calon pkr …….. kahkahkah yeke ?
sbb anwar memang dok cari mamat sincere dari setan merupe manusia ,
macam-macam dema ni ye
tapi bang mat ni mamat kerja kemasyarakatan
tak leh jadi mamat poltik yang penuh evil ….. kahkahkah
but you are very humble man
walaupun saya sempat mengenalimu dalam tempoh sekejap ……….
abg MSK adalah jawapan kepada ‘kenakalan’ MSO…bravo bang….ini penulisan jujur bertaraf bintang di langit…
Please include me if you are going for Swatow Lane’s ais kacang with storm62. Me too are interested to know more about your “Reconstructing Troubled Families thru Community Farm”. BTW, when will you be back from Manik Urai?
Cantek bang Mat punya liku-liku hidup.
Yang menarik perhatian saya (personally) ialah tentang penglibatan abang Mat dalam Organic farming tu. Saya juga percaya natural farming adalah the future of agriculture. La ni sedang study dan buat experiments di ataih kebun saya yang bersaiz sekangkang kera ni. Sambil tu dapat beri anak-anak makan hasil yang bersih dari sebarang racun merbahaya.
Xenanhu,
bagaimana boleh dapat CD interactive tu?
howie,
Nope, I didnt go to Manik urai, still a lot of things to be done in KK. Only Perakex team are there.
Taiping,
macam mana kalau dibuat jaringan pengusaha organic farm. Xenan dah ada, tadi ada sorang call aku bagi tau dia dah buat kebun seluas 2.5 ekar di PArit Buntar. Aku pasti, kalau dibuat jaringan banyak maklumat boleh dikongsi.
taiping,
wa kat taiping juga.hehe.lu kat ne?
CD kne tunggu jap sbb content tuh hak milik sorg pegawai pertanian lenggong.wa wat intektif cd jek. Boleh kot kite usaha kan jaring menjaring nih.
Networking? Boleh insya-Allah. Xenan, My house di Kg. Boyan. Kerja di Bukit Gantang. Kebun aka. research plot…. tu part time. Jadi belum mampu buat skala besar. Where to start?
Sorang kena start. Kat mana nak jumpa, bila, pukul berapa. Atau pun, 26 hb ni aku pergi Teluk intan, tengok kebun CERIA Mamamat.