Manik Urai: ADUN Umno masuk Pas.
Jul 13th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaMalam tadi aku mendapat bermacam-macam info sensasi. Serba salah juga…nanti disiarkan, kalau tak jadi orang kata aku fitnah. Tapi kalau jadi..aku rasa bersalah sebab tak siarkan walaupun diminta.
Sekitar jam 11.55 malam tadi, aku mendapat sms dari team Perakexpress yang berada di Manik Urai. Seorang ADUN Umno akan menyertai Pas dan pengumumannya akan dibuat hari ini.
Kalau ini benar-benar berlaku, maka Umno boleh mula bungkus barang dan balik kesarang masing-masing.
Itu berita gembira bagi Pakatan Rakyat. Tapi jangan seronok sangat.
Hari ini Najib akan ke Kedah. Dua hari sudah, Ezam berada di Sungai Petani untuk memulakan gerak kerja dia. Dalam keghairahan Manik Urai, Najib mencuba melakukan sesuatu di Kedah.
Hari Jumaat lepas, satu pertemuan diadakan di Taiping diantara Zambry Kader dengan beberapa orang tertentu. Satu perancangan sedang dilakukan dan pada 14 July, pada hari pembuangan undi di Manik Urai, Najib akan datang ke Perak. Apakah Najib akan membuat pengumuman yang mengejutkan?
Tolong perhatikan wakil rakyat anda.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Salam MSK .. salam semua
Patutler teman ghase segor semacam jer. ADUN UMNO masuk PAS? Tapi kalo ada lagi ADUN PR di Perak yang lompat ke BN, memang dia mangkuk ..
Bro MSK,
Ada Yahoo Messenger tak?
[...] Manik Urai: ADUN Umno masuk Pas. [...]
[...] Umno masuk Pas ? Posted on July 12, 2009 by pemudasarawak Berikut adalah laporan dari PerakExpress [...]
MSK,
Saya harap bagi Pihak Pakatan Rakyat kenna teliti dulu tentang kemungkinan kemasukan ADUN UMNO dalam PAS. Saya harap dia bukan macam Nasa, Masuk sekejap, lepas itu keluar. Kenna lah teliti niat & matlamat dia. Saya masih berpegang kepada prinsip bahawa kenna ada pilihanraya kechik. Suka tak suka ini process demokrasi
Kenna jaga2…….Perak kena tumbang macam itu jugak. Kalau pasal itu ADUN UMNO join itu UG punya team, ini memang bahay. Saya masih percaya kepada Husam & Rakan sepejuangan dia. Mahfuz di antara lieutenant. Dia lebih baik daripada Azizan
Salam Mat,
Ezam di Kedah?? Hai, buat kursus katak melompat ke atau buat persiapan untuk satu lagi rampasan kuasa? Jaga wakil rakyat anda? Ooo… suspense tu Mat!!
Aku rasa itu umpan Najib untuk menghalalkan lompatan katak pihak PR nanti
MSK,
Saya setuju dengan Loose. Setiap berita wajar diteliti dan difikirkan kesannay. Tak tak disiarkan dahulupun berita ini, tak rugi. Bayangkan kalau berita ini disebarkan oleh SB untuk menjatuhkan semangat dan moral petugas dan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah banyak kali terjadi, disebarkan kononnya Datuk Harun Din menang tanpa bertanding lah, tapi rupanya masuk bertanding pun tidak. Akhirnya semangat kita luntur. Penyebaran dan menyiarkan sesuatu berita bukan kerana nak jaga hati kawan, tetapi nak jaga kepentingan perjuangan yang lebih besar. Lebih-lebih lagi di saat akhir di mana Umno akan menipu dengan pelbagai cara.
Saya tak kata berita itu sah salah atau tak betul. Tapi ada kebijaksanaannya ia ditangguh seketika. Biarlah pemimpin yang umumkan dan bukannya kita. Saya harap MSK lebih matang di dalam soal editorial selepas ini dan moga Perakexpress menjadi media rakyat dengan penuh wibawa, amin.
Ezam mmg lahanat! Perak jatuh tu dia la punya angkara. Shaiful menyusup dlm office DSAI pun dia punya angkara gak…… Rupa-rupanya si lahanat Ezam ni cari rezeki dengan cara mcm nih agaknya!???? Dia tak ada kerja pape, tapi kaya. Kereta besar!!!! Nak kata niaga pun tak ada niaga pape!!!? Kalau harap duit NGO Gerak, berapa sen sgt…. Itupun sbb Norza kasi sbb pengarah GERAK lani adalah anak penakan Norza. Norza mana? Ala Norza yang dituduh rasuah masa nak pemilihan UMNO ari tu la….. Sbb tu mana ada GERAK berani nak buat report pasai Norza, sbb GERAK tuh sendiri pun dibiayai oleh bapak perasuah!!!!! Ooooo, sekrg aku dah leh agak, pasai apa Ezam tak perlu kerja!!!!? Hehehehe
Hoiiiii Jin, cilakak hang! Dulu hang jugaklah yg dok sokong si Ezam. Jadikan mentor la kunun……. Samalah mcm WARAN TANGKAP tu. Nak tunjuk berani lebih, tapi buduh!!!! Tu pun ada ati nak jadi MPT!!!! Ka lepas nak nak go no 1 AMK????? Porahhhhhh
Silap laa kalo orang kata Mahfuz lagik baguih dari Ustaz Zizan. Aku akui Ustaz Zizan, orang tua yang slow.. tapi dalam slow tu menyengat jugak.. Mahfuz mmg terkenal dgn kelantangannya.. kalo tak krn kelantangan dia mengkritik MBAS .. takkan laa orang Pokok Sena dok lunggok sampah kat umah dia dulu…
Sbb apa aku kata Ustaz Zizan lagik baguih?? sbb Ustaz Zizan ni strategist orangnya.. kalo tak, xkan dia gunakan sepenuhnya Ketua Pemuda UMNO Kedah yang gila glamer tu dalam perancangan menyingkirkan wakil rakyat tangkap muat PKR di Kedah. Bagaimana dia menyingkirkan Arumugam.. dan skrg berusaha utk menyingkirkan Radzi? Ingat lagik kes surat layang dan claim ribu riban tu? Tapi UMNO yang kena tuduh.. standard laa kan.. tambah plak dgn penglibatan Mat Rawi yang gila glam tu.. amboi.. amboi… amboi…
Sbb apa Manikumar dipilih walaupun dibantah sepenuhnya oleh PKR SP / Kedah? Sbb Manikumar dari Kelab Penyokong PAS !! dan dia juga menyediakan list ahli-ahli PKR yang dikatakan agen UMNO/ MIC. Hahaha… Yang dok bantah kuat dulu walaupun bertahun2 dlm PKR dituduh barua MIC.. kesian.. Manikumar akan ambil alih portfolio Pelanconngan bila Radzi disingkirkan…
Apa kaitan ngan lawatan Najib plak? Najib melalui Ezam sedang berusaha menghulurkan ‘talian hayat’ kpd wakil PKR di Kedah ni… Ada wakil PKR sedang dirisik2 oleh Ezam… Tapi ada jugak yang kata wakil tunggal DAP akan melompat.. tapi aku rasa tak… sbb sptmana PAS, DAP jugak kuat baiahnya… tapi xmustahil laaa kan… bukan tak besa jadik…
Dan yang paling penting, ada orang UMNO dok berangan jadik MB… hahahahahha….
tau takpe…jgn kite gembira adun umno masuk pas kat manik urai nanti satu kedah dpt kat najib…aahahaha…
tak leh tido la org kedah…haha..ape ler..cepat la wat keje..smue asik nak bg pendapat je..ngadu sane ngadu sini…kerja tak jln jgk…ni la masalah nye…ape ler…kalo jatuh lg kerajaan PR kali ni..kite pakat mai buat parti baru lak la…hahhahahahaah….
sahabat lama,
Aku duduk dirumah..yang buat kerja untuk lompat melompat ni bukan kerja aku. itu kerja pemimpin. Kalau ADUN Umno nak masuk Pas, depa jumpa aku ka…jumpa pemimpin Pas?
Kalau tak mau aku tulis…bagi tau kat pemimpin Pas..jangan pukui canang. Depa bukan tak tau aku mulut capui, tapi pasai apa depa bagi tau juga? Tunggu berita dari Fatah Haron.
20sen,
kebanyakan masa aku on the road. Aku tak ada YM. Nak buka Gmail pun aku takut. Asal aku online saja..tiga empat orang ajak chat. mati oooo nak melayan semua. Email saja la…matsamankati@gmail.com
bubar dun perak la tu msk……
Bhai…
Tak kira kemana ADUN atau Ahli Parlimen nie lompat dan dari mana dia lompat… dia kena letak jawatan dulu.. baru boleh lompat…. baru adil dan bermaruah…
PR tak sepatutnya terima mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat tanpa meletakkan jawatan mereka.
mngkn sesutau akan berlaku di Perak…so sbb tu Nizar x gi Manek Urai…standby
ESOK NAJIB KAT PERAK PASAI PI RASMI TILAWAH QURAN KAT UNIVERSITI PETRONAS… JAM 8MLM 14HB, BUKAN DATANG NAK BUBAR DUN… APE PUN MSK… AJAKLAH SEMUA GENG PKR,PAS, DAP SERANG UTP ESOK KITA GEGARKAN DEWAN UTP MINTAK BUBAR DUN…!!
BUBARR.. BUBARR…. BUBARR DUN PERAK!!
Salam MSK…..
Memang betul ezam d Kedah 2 hari lepas tapi beliau menziarahi allayarham sdr Mokhtar Mansur bekas ketua Pemuda PKN kedah masa itu,bekas Ketua PKR kedah dan bekas calun yang melawan Tun Daim Zainuddin d Parlimen Merbuk yang meninggal dunia di Kelang dan di semadikan di Sg Petani pd malam itu juga. Tapi Ezam tak berani nak berdepan dengan rakyat yang hadir kerumah arwah di Taman Peruda sebuah kubu kuat PR pada malam itu. Beliau cuma ke surau dan selepas itu mengadakan perjumpaan dengan pengkianat PKR di Restoren Syifa Taman Ria Jaya. Bersama beliau adalah Abd.Ghani Haron, Zamil Ibrahim,Khairul Anuar, termasuk Kak Min bekas calun bebas Penanti dan beberapa lagi malaun2 pengkianat bekas2 ahli PKR Kedah. Seperti biasa agendanya adalah membalun DSAI dan berbincang cara nak menjatuhkan kerajaan Kedah………..!!!!!!
bang MSK diharap jadi mata dan telinga rakyat supaya politik lebih transparent…take care, bro…
najib tak datang ke tilawah al quran peringkat kebangsaan hari ni… takut bini dia panas gamaknyer dengar ayat-ayat suci.. TPM yang datang..
bang Mat, no followup stori ka? Mana tau kot ada stori pasai apa tak jadi
Aku tunggu DAP Melayu cerita, dia ada kat sana masa tu.