Kisah dan Tauladan
Jul 10th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, RencanaSebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.
Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.
Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.
Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?
Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.
Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.
Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.
Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.
Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.
Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.
Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.
Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?
Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.
Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.
Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?
Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.
Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.
Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”
Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.
Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?
Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?
Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?
Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?
Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.
Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.
Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.
Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.
Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















PAKATAN RAKYAT LAYAK JADI PEMBANGKANG SAHAJA.
BILA DAH JADI KERAJAAN MACAM DI KEDAH, SELANGOR DSB, TAK UBAH SEPERTI BN 2X5.
HARAP PRU 13 SEMUA KERAJAAN NEGERI DIPERINTAH BN TAPI TANPA 2/3.
BEGITU JUGA KERAJAAN PUSAT TANPA 2/3.
MALAYSIA HANYA PERLU PEMBANGKANG YANG KUAT DAN BUKANNYA SEBUAH KERAJAAN BARU!
kepada PembangkangForever…..
aku best jer duduk selangor… bil air dah tak yah bayar… hidup aman jer… adik aku masuk U, InsyaAllah…dapat RM 1,000.00…… walupun lambat sikit…
masa UMNO dulu, aku apply ZAKAT sbb nak tanggung yuran U pun tak diluluskan… atas asnaf fisabilillah… bila diselidik, sbb ayah aku bukan ahli UMNO…. dia bukan gak ahli PAS… aku dapat tau, borang zakat aku dibuang oleh salah seorang ahlijawatankuasa UMNO tempat aku yang bekerja kat pusat zakat tu…. aku tak nampak lagi sekarang BN dan PR 2 x 5….
aku tengok kontraktor senang jer dapat projek kat selangor ni…. kontraktor UMNO pun tak ada yang tak dapat projek…kalau tak dapat tu, yang memang tak layak… aku cakap camtu sbb aku dalam bidang construction… bos aku orang umno… kalau dulu, nak kena suap dulu kat UMNO baru boleh buat projek… jadi sama ke PR dengan UMNO?
Dan InsyaAllah, aku tak fikir kerajaan Selangor akan berubah pada PRU akan datang…. selangor Negeri MAJU dan kaya…. itu adalah punca kejayaan selangor…
ni nak komen pasal bro MSK tulis…. kalau kat selangor pun, yang ramai kat pejabat MB orang PKR yang control…. kesimpulannya sama jer…. hang dok kata orang pemimpin PAS sahaja yang cam tu…. tapi jangan lupa sebutkan juga PKR…. DAP di penang….
sbnrnya aku lebih bersetuju jika bro MSK menulis artikel yang dapat mengukuhkan pakatan rakyat…. biarlah orang lain nak tuduh PKR cam ni, PAS cam tu, DAP cam ni….. yang penting bro MSK tulis agar pakatan rakyat semakin kukuh…. tulisan bro ni sbnrnya buat orang yang baca artikel ni benci kat PR…. so, ape yang MSK dapat? bila orang benci PR, BN akan naik… sapa yang rugi? rakyat gak… aku berani cakap, kalau bro MSK jadi YB pun, atau MB, aku tak rasa MSK mampu lakukan dan control kerajaan sebaik pemimpin yang sedia ada… kalau MSK tak suka BN, jangan robohkan PR…. aku lebih nampak bro MSK menulis untuk membalas dendam terhadap artikel dan tomahan terhadap pemimpin PKR…. sebaiknya Bro MSK mengimbangi tuduhan tersebut bukan dengan cara menulis artikel yang menghentam PR… sebaliknya tulis la artikel yang dapat menambahkan sokongan orang ramai kepada pr disamping teguran yang membina… bukan sokongan yang membawa rebah PR…..
ikhwan86,
nampak sangat hang biul bin quyub…masih tak paham…
bukak minda…buka hati bagi terang skit…baru buat penilaian…
salah ka kalau msk nak kutuk pas? sebab mmg dari dulu msk dok kutuk pas..hang tak tau ka?
msk yee org PKR..so hangpa nak kata dia kutuk PAS so takpa la..
aku bukan ahli mana2 parti…tapi aku sokong PR>…
kita semua nak PR memerintah…nak lagi negara ni lagi baik dari pentadbiran UBN..
hang cuba pi cek tengok sapa yg takmo berubah? org UBN je…
yang lain semua nak berubah/…
so kalau MSK kutuk terima je la…bak kata cikgu aku…
check your S.W.O.T analysis, then you will be happy what u doing…
thatguy…..
aku setuju…baik kita pikir mcm mana nak kukuhkan PR dari hentam sesama sendiri…
Negeri2 yg diperintah oleh PKR masih lagi setahun jagung, banyak masalah perlu diselesaikan.
masalah rumahtangga, curang, main kayu tiga, gejala luar, semuanya mereka terpaksa hadapi.
Bezanya, Selangor beruntung sebab memperolehi MB yg memang dah berpengalaman dalam bidang management.
Bagi negeri lain, MBnye kurang atau tidak ada knowledge dalam Management… tup tup jadi MB.
Management dan berpolitik adalah dua bidang yg sangat berbeza..
Bila mereka berdiri diatas platform parti, mereka kena pandai berpolitik. tapi bila berdiri diatas platform Kerajaan, mereka perlu mempunyai ilmu management.
Masalahnye sekarang, dalam urusan kerajaan pun nak berpolitik so apa bezanya dengan BN.
Bagi pendapat saya, lebih baik semua ADUN jangan pegang apa2 jawatan dalam kerajaan. ADUN kerjanya berkhidmat utk DUN dan exco adalah org yg dilantik dari kalangan org yg neutral dan berkelayakkan utk membantu ADUN dan kerajaan tempatan seperti YDP, ahli majlis.
So ada check and balance.. ADUN tak buat kerja, Exco tegur, exco tak buat kerja, ADUN tegur.. Last sekali rakyat juga untung.
aku sokong hang mrasyidi
tp ramai lagi dokpikiaq depa hebat..
Nak bagi semua orang sependapat dengan kita memanglah mustahil. Nak bagi semua orang bersetuju dengan kita tidak mungkin. Kita boleh bersetuju diatas apa yang kita ada persamaan. Manusia tidak maksum, ulamak tidak maksum, malah Imam al-Ghazali yang dicari oleh Pak Lah juga tidak maksum. Boleh berbeza pendapat tapi bukan sampai meruntuh perpaduan apalagi silaturrahim sesama muslim.
MSK tulis : persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.
Aku teringat tahun 1985, PAS menubuhkan CCC (Majlis Perwakilan Cina) atas nama dakwah tapi untuk meraih undi masyarakat Cina di Malaysia. PAS tidak akan kemana tanpa undi dari kaum nombor dua terbesar di Malaysia.
Idea berkarat itu dijelmakan oleh Ustaz Nakhaie Ahmad. Penubuhan CCC bukan dengan niat ikhlas, niat nak undi semata-mata, maka ditubuhlah CCC disetiap negeri dan CCC berketuakan Cina termasuklah di Perak. Oleh kerana niat berdakwah berada di belakang ‘undi’ maka akhirnya CCC berkubur dengan berlalunya pilihanraya umum dan Ustaz Nakhie menyertai Umno bersama beberapa pemimpin pelajar waktu itu antaranya Saifudin Nasution, Che Johan Che Pa, Puad Zarkashi dan yang sewaktu denganya. Harap-harap Kelab Penyokong PAS tidak menjadi seperti CCC.
Di Perak, CCC bermarkaz di Ipoh. Sebuah banglo betul-betul berhadapan dengan kediaman rasmi Menteri Besar Perak diwakafkan oleh CCC Perak dijadikan pusat kegiatan PAS yang baru. Semua program PAS Ipoh yang sebelumnya diadakan di bangunan kedai 3 tingkat di Jalan Bendahara di pindahkan ke markaz baru depan rumah MB itu. Bila buat ceramah adapan rumah MB penuh sesak ramai orang datang. Tapi apa yang PAS dapat ?
Tujuan asal dakwah dan nak menarik kaum Cina menyokong PAS tidak menjadi apabila program keagamaan difokuskan di markaz yang diwakafkan oleh CCC itu, dengan Ustaz Hashim Jasin (kini Pesuruhjaya PAS Perlis) antara nadi penggerak kuliah utama. Ketika itu beliau masih penjawat awam bertugas di pejabat FELDA Negeri Perak.
Nak tarik kaum Cina tetapi DAPpun tidak berapa nak mendekati PAS, walaupun ketika itu dua orang kuat DAP Perak berbangsa Melayu, iaitu Mohd Asri Osman seorang peguam dan YB Fadlan Yahya wakil rakyat DAP di DUN Pasir Bedamar. PAS lebih sibuk merai dan memanjakan Ustaz Buniamin Yaakob, pemidato PAS Kelantan (sekarang Allahyarham) yang ketika itu dibuang daerah di Ipoh sedangkan tujuan CCC ialah untuk berdakwah melangkaui warna kulit dan agama.
Fikir-fikirkanlah………..
Jing ka jing kaley,minah kencing dalam koley
SAMBUNG SIKIT LAGI !
Kalaulah Mohd Asri Osman dan Fadlan Yahya masih dalam DAP dan menang dalah pilihanraya umum yang lalu, adakah Nizar juga yang jadi Menteri Besar ? (sekadar pertanyaan untuk diskusi)
Fikir-fikirkanlah………….
ikhwan86,
Sat lagi aku cerita pasai apa aku lebih suka melihat kelemahan sendiri dari melihat kelemahan orang lain. Aku katakan kelemahan sendiri sebab aku merasakan aku sebahagian dari Pas sebab Pas sebahagian dari Pakatan rakyat. Kalau Pas keluar Pakatan dan join BN…aku tak kacau dah.
Aku kempen untuk Pas dan aku mahu Pas menang. Tapi tak semestinya bila dah menang, semuanya betul. Aku lebih suka membetulkan Pas dari membetulkan Umno.Cuba tengok balik posting yang lama-lama, berapa kali aku hentam PKR. Tapi bila aku kritik PKR, hangpa seronok. Hangpa sokong aku. Bila aku kritik Pas, hangpa kata aku nak menjatuhkan PR.
DAP melayu,
Satu lagi persoalan. Sekiranya DUN Perak dibubarkan, pilihanraya DUN diadakan dan Pakatan Rakyat menang…dan Pesuruhjaya Pas Perak yang baru, Abu Bakar Husin juga menang…apakah Nizar akan menjadi Menteri Besar?
Bang Mat!
Bab Ust Bakar Husin jadi PJ ni aku pernah tanya ramai pinpinan peringkat pertengahan PAS, hampir semua gelak bersama aku bila aku tanya soalan “Maksudnya lepas ni mungkin Ust Bakar Husin jadi MB?” Yang bestnya ada yang gelak lagi kuat dari aku.
Tapi ada jugak yang maki aku, bila aku gelak, biasa laa..
Salam MSK,
Bila keluar isi hati ni, nak komen la sikit. Kami hanya nak sentuh tentang Kedah je. Kami tahu apa dalam kelambu kami, setahu kami ‘Batu 9′ tiada apa-apa kuasa pun sehinggakan ada yang merasakan ‘Batu 9′ umpama ‘Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’. Sehinggakan ada yang dah merajuk tapi bila dipujuk kami sedar siapa ‘Batu 9′, maka kami teruskan kerja yang >< 97% tiada sebarang bayaran, keluar dari dalam poket lagi ada. Maaf, ini cerita dalam kelambu tapi bila difitnah sebegini kami agak terkilan dan terpaksa diperjelaskan agar tidak menuduh sebarangan.
Maaf atas sebarang terkasar bahasa… Wallahhua’lam.
salam..
ikhwan86
Aku sokong 100% i
untuk persoalan MSK jika DUN Perak bubar, PR menang dan Ust Bakaq pon menang…adakah Nizar akan jd MB lagi?
saya rasa perkara itu tiada masalah…yg pertama, PR akan bincang tentang siapa bakal jadi MB. Keduanya, jika ditakdirkan sebulat suara wakil dari Pas jadi MB, Nizar akan dilantik kembali. Ketiganya, mengenali personaliti Ust Bakaq, insya Allah beliau dgn rela hati tak ingin menjadi MB.
Jadi…itu adalah soalan cepu mas.
Kalau kita nak memrintah malaysia ni kita kena masuk politik…dan kalau nak masuk politik kita kena jadi sebagai parti politik….bila kita masuk parti politik …mau tak mau…kita kena bersama dalam semua parti politik…bukan sekadar gabungan tiga politik yang besar ini saja..tetapi kita kena menjangkau lebih jauh lagi…oleh itu sekira nya 3 gabungan pakatan ini pun kita tak boleh nak bekerjasama dan bertolak ansur dalam banyak hal..jangan kita mimpikan hendak memrentah dimalaysia ni..PAS,PKR,DAP dalam semua negeri kena saling hormat menghormati,,,,,kalau benarlah apa yang disebut abg mat tadi mengenai PAS batu 9…nampak nya memang kita bernasib malang selepas PRU13…masih ada 3 tahun ni ustaz Azizian kena ubah segala yang ada….lapangkan dada.banyaklah bertakkaruf kepada ALLAH …insyaalah akan dapat jawapan dan jalan penyelesaian nya.
Kesimpulan nya…penganalisa politik membuat analisa …kejayaan pakatan pada PRU12 bukan atas dasar kekuatan yang ada pada pakatan..tapi ia bersandar atas kelemahan BN…fikir2 kan lah wahai Pemimpin Pakatan Rakyat…Hj hadi?…Anwar? dan Lim Kit Siang?…
DMPNK,
Seperti yang aku tuliskan…”Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian.”
Dalam politik, kebenaran adalah persepsi. Semasa pilihanraya, aku jual kambing untuk menanggung kempen pilihanraya. Aku jadi tukang angkut PA system, setup projector, jadi Pengerusi ceramah. Dan bila penceramah tak datang, aku jadi penceramah. Bila habis pilihanraya, sapa pun tak peduli kat aku. Dan aku pun tak kisah. tapi bila PR menang di Perak, orang kata aku dapat balak. sedangkan aku mengganggur tak ada kerja.
kemudian aku tulis…”Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?”.
Ini masalah utama…kerana tidak ada komunikasi didalam Pakatan Rakyat. Pas buat cara depa, PKR buat cara depa, DAP buat cara depa. Dan masing-masing menaruh curiga antara satu sama lain.
Aku mengalami sendiri di Perak. Dan apabila cerita yang hampir serupa dikatakan berlaku di Kedah…walaupun ianya fitnah…tapi mudah bagi aku untuk percaya. Sebab aku sendiri merasakannya.
MSK
tamban tergeliat,
Kalau Ust. Bakar menolak untuk menjadi PjP Perak, aku percaya cakap hang. tapi manusia…tak payah cakap la. Sebelum berkuasa…cakap pasai Umar Ibn Aziz tanggung beras…bila menang…cari Merc mata belalang dulu.
MSK
MSK…aku rasa Ust.Bakaq ni insyaalah boleh ko pergi dekatlah dengan dia…kalau boleh interview lah dengan dia …soalan2 yang power punya….tengok respon dia..macammana..aku kenal sangat lah dengan Ust.bakaq ni..insyaallah orangnya mudah diberi pandangan….sebab dia dulu bertanding kawasan aku…
Sdr.MSK .tahniah dan terima kasih kerana anda berani tegor para pemimpin PR.Kita tegor pemimpin kita secara ikhlas.Ia tidak berarti kita benci ataupun mau sabotaj Party.Kita mau para pemimpin kita menuju kejalan yang benar.Dengan itulah PR akan dapat bertahan lama.Dengan adanya tegoran dan kritik terhadap pemimpin, mereka akan berwaspada.Kita ta’mau pemimpin kita mewarisi perangai pemimpin umNO/BN.Rakyat mau pemimpin hidup sederhana.Rakyat mau negara tenteram.Kini pemikiran rakyat Malaysia sudah berubah.Party politik perkauman sudah tiada tempat lagi.Pemimpin PR kena jaga tingkah laku mereka. Mengenai Bt.9..ia juga dikenali sebagai Bukit Uhud….tidak dinafikan Bukit ini banyak memain peranan dalam urusan pentadbiran…Samoga Kedah Sejahtera…akan terus kekal sahingga PRU ke 13.Salam.
Menuding PR Perak, atau PAS, atau menuding orang-orang yang menuding takkan bawa kita ke mana. Kalau kita mahu ke tempat yang sama-lah…
Cukuplah sekadar kita bersyukur di atas pemberian Allah kepada seluruh rakyat di Perak, kerana saya yakin teguran yang ingin disampaikan dalam entri kali ini sudah pun di-mengertikan sendiri dengan keputusan Nizar untuk tidak bertanding. Tindakan beliau itu sudah boleh ditafsirkan sebagai sudah mengaku ada kesilapan dan kelemahan dalam serba-serbi pentadbiran yg perlu diperbaiki. Lagipun teguran ini bersifat rambang. Menegur PR Perak (ataupun PAS merujuk kepada isu Kedah) bererti menegur kepimpinan PR Perak. Siapakah pemimpin dan ‘public figure’ yang mewakili PR di Perak? Jawabnya ialah Nizar. Jadi secara tidak langsung teguran ini kembali kepada Nizar.
Itu yang pertama. Yang keduanya… Memang silap Nizar kerana terlalu percayakan kepada sistem pengurusan yang masih mentah. Siapa kata Nizar handal? Siapa kata Nizar setaraf dengan Anwar? Siapa sebenarnya yang menilai Nizar? Nizar sendiri kah? Jawabnya KITA. Oleh itu, secara tak langsung, kita menegur diri sendiri.
Maaf kerana terpaksa menegur secara terbuka kerana saya menujukan komen ini bukan untuk ‘kamu’ tetapi untuk ‘kita’ yang membaca dan yang berkata, termasuk saya sendiri.
Adalah lebih afdhal jika kita terus tegur dan nasihat saudara Osman dan Jamal secara terbuka (kerana jelas mereka sukar dihubungi) dan mendidik rakyat dalam hal kedua mereka dengan cara yang berhikmah. Hakikatnya jelas, nasib rakyat Perak terletak di atas bahu kedua mereka pada hari ini.
Sama2 kita pohon agar diberikan petunjuk dan hidayah untuk melakukan kebaikan. Sebagai blogger-figures, kata-kata kita juga adalah ‘kenyataan akhbar’. Buat rakan-rakan di Kedah pula, teruskan usaha murni kalian dan sentiasa muhasabah diri.
Wallahu’alam.
Che Ahmad
Aku ucap tahniah, hang dah kata. Dari dulu aku dok kata.
MSK…
Tak pa la kalau hang berpandangan macam tu…hang pon dah lama terlibat dgn politik.
Bagi aku ust Bakaq terima PjP Perak sebab dia nak ‘berkorban’ utk jemaah. Aku rasa dia akan teruskan tugas PjP tanpa jawatan MB (jika menang di PRK/PRU nanti).
Mengenali sejarah dan latar belakang Ust.Bakaq lah yg membuatkan aku berpandangan begitu.
People,
It would be political suicidal for any PAS members to be Menteri Besar of Perak. Nizar shall be the one. I believe that is the consensus of all political parties. I am pretty shocked by such statements that Perak is runned like PAS army camp. Frankly, it does not look good. It should be Pakatan Rakyat government. I am sure that’s not Nizar’s intention. Never mind about that.
At times, I am questionable of leadership of Azizan through his actions & words. I am prepared to tolerate on this. However, the existence of Batu 9 irks me. Frankly, I would not mind Batu 9 can be directed at the some top echelon civil servants in Kedah. Please, do know who your enemies are
Azizan must start thinking himself as Kedah MB for all Kedahans. Plus, I am pretty hurt, believe plenty of people being hurt by comments of certain people especially some ignorant PAS folks commenting on pig rearing & plenty others
Oh come on! Never heard of Mad Cow disease….So if Mad Cow happens in Kedah, then what….Ban cow rearing……Halt all Cow abattoirs…..Come on!
MSK,
By the way, Jamal has created some sensations…..It’s all over China Press……Any comment……..
Bila ada orang PAS nak dating dengan umno, habeh PAS kena belasah, yang lucunya bila ada orang PKR jadi gila talak kat umno, PAS juga yang kena belasah. Apa cerita ni?
looes74,
Something is going on undergound…Last friday, Zamry had a meeting in Taipng about possible crossovers from PR. Stay tune.
ghebakecik,
Sapa orang PKR yang gila talak kat Umno? Kat Kedah..depa bukan nak masuk Umno, tapi keluar jadi calon bebas sebab tak suka perangai Pas Kedah. Macam kat Perak juga nanti. Kalau takut kena belasah..jangan masuk politik. jangan teringin nak jadi pemerintah. Jadi pembangkang saja…boleh kutuk orang.