Cubaan menjatuhkan kerajaan PR Kedah
Jul 9th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utamaMinggu lepas adalah minggu yang menggemparkan. Semuanya kerana dua ekor katak…Jamal dan Osman. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih dimainkan dengan berita terbaru tentang kenyataan Misbahul Munir.
Aku bukanlah orang yang pertama mendapat maklumat tersebut…tapi aku boleh kata bahawa aku diantara orang yang awal mendapat berita itu. Tidak timbul soal Jamal mahu meyertai PKR semula…aku tak tulis pun benda tu. Yang tulis benda tu ialah Albanjari.
Bila cerita ini meletup, ada pemimpin Pas yang melatah. Ketua Penerangan Pas membuat kenyataan media menafikan perkara tersebut. Semalam Misbah pula membuat kenyataan menafikan cerita itu. Tetapi mengapa tidak ada pemimpin PKR membuat sebarang kenyataan? Baik di Perak ataupun Pusat? Sedangkan cerita ini membabitkan PKR?
Kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku…dan berita kehilangan Jamal dan Osman hanyalah ‘diversion’ kepada satu gelora yang lebih besar. Riuh rendah di Perak tetapi yang bergelora adalah di Kedah.
Sekurang-kurangnya, ada pemimpin Umno yang kelamkabut manakala akhbar dan TV mempunyai cerita untuk disiarkan.
Jamal tidak pernah menyatakan kepada sesiapa bahawa dia akan kembali kepda PKR. Anwar sendiri tidak mahu berjumpa dengannya lagi…dan Misbah tidak perlu membuat kenyataan bagi pihak PKR..”Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas.”
Apa yang aku dapat tahu, Jamal bukan sahaja tidak akan kembali kepada PKR..malah akan bertindak lebih teruk lagi. Dia sudah jadi seperti Ezam Mohd. Nor.
Ramai orang Umno tak suka kat Jamal…seperti mereka tak suka kat Ezam. Tetapi Jamal berguna untuk individu tertentu dalam Umno…sama seperti Ezam berguna untuk Khairy dan Pak Lah. Dan Jamal berguna untuk Najib..untuk melakukan kerja-kerja kotor Najib. Jamal bersedia melakukannya…demi duit. Macam Ezam dulu.
Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.
Satu ADUN DAP sudah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.
Apakah ini mustahil dilakukan? Tidak. Malah operasi ini sudah berjalan sejak lama. Tetapi masalah ini dipandang ringan oleh kepimpinan Pas Kedah. Ustaz Azizan masih dengan keras kepalanya.
Isu kandang babi bukan lah isu yang besar, tetapi hanya merupakan jerami yang mematahkan belakang unta. Ustaz Azizan tidak sedar tentang permainan Umno melalui kakitangan kerajaan dibawahnya. Sama seperti di Perak…kita leka dengan perebutan jawatan, pasir dan balak….sehingga tidak sedar permainan Setiausaha Kerajaan Negeri. Di Kedah…operasi ini dilakukan melalui Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).
Di Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini. Dan dialah yang menjadi dalang dibelakang konspirasi untuk menjatuhkan PR Kedah.
Langkah awal yang dilakukan oleh Umno ialah memainkan isu perkauman. 50% kuota Bumiputra dalam dasar perumahan negeri…penolakan pelan bangunan Persatuan Buddhist Kedah, cadangan untuk merobohkan kuil Hindu, dan terakhirnya ialah merobohkan tempat sembelihan babi.
Semua perancangan ini dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang terdiri dari orang Umno…dan dipersetujui oleh Pas. Dan ini menyebabkan kemarahan kepada bukan Melayu. Sudah pasti ADUN-ADUN bukan Melayu merasa terancam. Kalau orang-orang bukan Melayu marah…masa depan mereka juga terancam. Dan ADUN DAP sudah termasuk dalam perangkap ini.
Dikalangan ADUN-ADUN PKR….hanya seorang sahaja Melayu, itu pun tak boleh harap. Yang lainya terdiri dari 3 Cina dan seorang India. Maka tidak susah bagi Umno menjalankan konspirasinya. Bagaimana kalau satu Melayu, satu India dan dua Cina menyertai Bebas? Sudah cukup untuk meruntuhkan PR Kedah!!
Dan ini lah yang cuba dilakukan oleh Umno dimana Jamal adalah diantara balaci-balaci Najib untuk meruntuhkan PR Kedah.Tetapi Ustaz Azizan masih tak sedar.
Minggu lepas…operasi ini sudah hampir kekemuncak dan gagal ditangani oleh kepimpinan PR negeri sehingga memaksa Anwar sendiri turun untuk menyelesaikan keadaan.Hari Ahad petang, semasa dalam perjalan ke Manek Urai, aku mendapat tahu Anwar bertemu dengan kepimpinan PKR Kedah untuk meredakan keadaan. (laporan tentang apa yang berlaku hingga menyebabkan Anwar terpaksa turun ada disini)
Dan semalam, Ustaz Azizan bertemu Lim Kit Siang di Kuala Lumpur. (Disini) Hasilnya…positif. Kerana Ustaz Azizan tidak mempunyai pilihan. Sama ada terus keras kepala dan membiarkan Kedah menjadi seperti Perak..atau mencari jalan penyelesaian.
Keadaan kembali menjadi normal untuk seketika. Tetapi berapa lama ia akan bertahan?
Pilihanraya DUN Perak bukan lagi fokus penting. Ia akan diadakan..cuma menunggu masa yang sesuai. BN tidak akan membubarkan DUN Perak kalau dia tahu dia akan kalah. Maka, jalan perlu dicari untuk melemahkan Pakatan Rakyat. BN semakin berjaya….dengan isu Kerajaan Perpaduan, Isu Kedah…dan apabila PR lemah..baru lah DUN Perak akan dibubarkan.
Terpulanglah kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk berfikir secara matang. Tak ada guna kita mengaku lebih cerdik…tetapi sentiasa kena tipu. Tak ada guna menepuk dada mengatakan kita lebih bermoral…tetapi sentiasa diputarbelit oleh mereka yang dikatakan lebih rendah moralnya.
Dimanakah kecerdikan kita dan dimanakah tingginya moral kita…kalau perkara-perkara remeh pun tidak mampu diselesaikan?
Krisis Perak sepatutnya mematangkan pemikiran kita…terutamanya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Bagi pemimpin Pas…banyak lagi yang perlu dipelajari dari Nik Aziz.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















salam MSK
Entah lerr deme tak abis2 melatah bile ke nak belajar dari tok guru politik malaysia ni tok guru nik aziz, tak tahu le kot deme gian nak berpadu kasih dengan UMNO
loteh melayan sejak2 akhir nih
Depa nak tunggu Kedah jatuh tangan BN baru nak sedaq!…
lepaih ni kalau Anwar masuk dalam balik…..nampak gaya…Kedah, Perak ,Selangoq dapat balik kat depa la….
Anwart buat apa? Baru jadi Ketua parti tetapi parti sendiri ada masalah
Inilah yg menjadi masalah kepada penyokong PAS sebenarnya untuk menyokong PKR ni, kebanyakannya kurang berkualiti
Disebabkan kurang berkualiti inilah yg menjejaskan sedikit sokongan kepada PKR sekarang ni
Takkan nak salahkan MB KEDAH kalau yg buat masalah tu dr pihak ANWAR?
Jadi, semata2 untuk menjatuhkan UMNO, letak sahaja calon lebih kurang UMNO
isu ini memang nampak besar, tetapi dr 5 wakil dr PKR, calon yg baru menang aritu pon ada hajat nak sokong UMNO, tahulah nasib dia
yg lain2 tu tak apa la, sebab naik jadi Adun pon atas sebab ramai yg tolak UMNO/BN, tetapi calon di Bukit Selambau itu menunjukkan sokongan rakyat dan apa yg rakyat hendak sebenarnya
kalau betullah juga ini berlaku, tak kisah ler kerajaan KEDAH tumbang, tetapi ingatlah tunggulah masa PRU-13 nanti, nasib korang
kepada PKR dan DAP jaga wakil rakyat masing2 dengan elok, di PERAK yg buat hal pon PKR dan DAP
jangan ulang perkara yg sama, jika ini berlaku…… yg jatuh nama PKR dan DAP juga
rakyat akan terus menolak parti ini
lebih baik PAS sahaja berjuang bersendirian
Salam MSK,
Saya setuju bebenor dengan apa yang Msk nukilkan. Memang kerja2 menjatuhkan kerajaan Pakatan Kedah sedang giat dijalankan. Jamal katak ada berjumpa Adun Lunas melalui pengkianat2 PKR di Sg Petani baru2 ini. Saya juga dah letih membongkar hal2 tersebut dari mula lagi. Nanti baca artikel terbaru saya di kedahlanie. Kedah dan Penang…macam2 ada…Gerombolan tak akan senang selagi Kerajaan Kedah tidak dijatuhkan. Bila kita cakap Pimpinan tak percaya. Nak tunggu jatuh baru nak kelam kabut…..
Saya dah bagi tahu, ust azizan kena belajar BAAAANYAAAAK benda daripada Tuan Guru Nik Aziz…tak tahu la dia ambik perhatian ke tidak…
People,
That’s why some PAS folks busying gunning down DAP…..They should focus of gunning down those top civil servant folks in Kedah. No point defending them just because they are muslim. Who gave the order to do a Memali….UMNO & some civil servants…..They are muslims
To PAS people, it’s time to reflect upon yourself. Admitting that you guys are human susceptible to failures……Be a good partner & equal partner within PR……….Start by gunning the right people….Leave the pigs, non muslim communities, Thomas Su & DAP alone
masa untuk kejatuhan umno dah hampir, pr harus bersedia berlawan dalam ‘ the final battle’ sebelum pru13 diadakan. kena telaah sun tzu the art of war. semua jenis perang sedang berlangsung sekarang.
Assalammualaikum para Islamis semue,
Bismimillahirahmanirrahim,
Demi Islam yg universal(untuk semue), kukuhkanlah pakatan RAKYAT, berbincanglah dlm setiap tindakan, bersatu hati dan suara pada keputusan yg diambil, sentiasa berwaspada dgn musuh dlm selimut dari ape jenis pun bentuknye, dan sentiasalah ingatkan ALLAH, kerana ALLAH sentiasa bersama hambaNYA yang mengingatiNYA.
Salam,
Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh semua kepimpinan PR. Apa yang Tuan MSK tulis ini aku percaya 100%. Flash back balik sebelum PRK Permatang Pauh Tuan MSK ada tulis tentang Konspirasi UMNO BN tak salah aku selepas DS Wan Azizah meletak jawatan sebagai AP P.Pauh dalam blognya Matsamankati.
Dalam artikel tersebut beliau memberi teguran kepada kepimpinan PR di Perak tapi dalam masa seminggu tiada tindakan dari kepimpinan PR dan beliau berjumpa 2 ekor katak ni dan bagi tau tapi katak katak ni buat dono je. Perangkap dah dipasang tunggu rusa masuk perangkap PKR tengah sibuk nak berkempen di P.Pauh tup tup 2 ekor katak kena cekop dengan BPR (masa itu). Dalam press confrence keluar dalam berita Pengarah BPR cakap 2 ekor katak ni kena cekop di hotel tapi sebenarnya katak ni kena cekop di kedai kopi tepi jalan. Ini menunjukkan perancangan telah dibuat dan Pengarah BPR baca skrip tapi tak tau hal sebenarnya.Pada masa tu aku percaya ramai orang baca dan komen apa yang ditulis oleh beliau depa anggap apa yang di tulis semuanya tak betoi. bila perkara dah jadi barulah OOoooo….. terlopong mulut nnggg… lalat masuk baru ada akai.
Kita dah tahu media arus perdana cekap memainkan peranan dalam membongkar dan menutup sesuatu isu, buat cerita babi di Kedah untuk menutup isu katak melompat di Perak. Ada cerita 2 ekor katak ni hilang tak dapat dihubungi, tak datang mesyuarat BN negeri dan UBN nak bubar DUN Perak keluar dalam surat kabar atau berita TV ? balik balik cerita babi di Kedah, cerita PR nak robohkan kuil, DAP keluar Pakatan dan Manik Urai yang memangkan UBN. Manakala blogers menyokong PR pula yang keluarkan cerita sensasi macam ni sebab bloger ni la yang penaikkan imej PR membersihkan nama PR. Terpulang hangpa nak percaya yang mana.
Kepada pembaca semua sila ambil serius artikal Tuan MSK yang ini.
tau nak dakwah tapi taktau nak tengok bawah…
tau nak menang tapi taktau nak jaga hati orang lain..
tau nak suruh orang sokong tapi masih lagi rasa depa kuat..
tau nak jaga orang pasa saja tapi taktau nak rasa orang lain yang dok sokong depa./..
ini la masalah pimpinan pas…
bila ust nasa buat kenyataan ..”itu pandangan peribadi tok guru, tapi kita kena ikut suara parti”..
sapa yang lompat dulu? org pas ka orang PR…?
pi cuba cari tengok..
tau nak dakwah tapi taktau nak tengok bawah…
tau nak menang tapi taktau nak jaga hati orang lain..
tau nak suruh orang sokong tapi masih lagi rasa depa kuat..
tau nak jaga orang pas saja tapi taktau nak rasa orang lain yang dok sokong depa./..
ini la masalah pimpinan pas…
bila ust nasa buat kenyataan ..”itu pandangan peribadi tok guru, tapi kita kena ikut suara parti”..
sapa yang lompat dulu? org pas ka orang PR…?
pi cuba cari tengok..
salam dtecconan……
ko ingat kalo PAS berjuamg sorang2 akan kuat mcm skrg ker? tepok dada tanya selera la woi….
patutnya kita ni kenalah kukuhkan PR bukan nak tunjuk ego sapa yang lg besor…
lepat,
biasa la…masih lagi tak paham…
1. isu babi di Kedah sudah selesai…tindakan bijak pimpinan PAS dan DAP segera selesaikan isu ini.
2. Ust Azizan keras kepala sesuai pada tempatnya di kedah…kalau buat lembek tengkok, jenuh la kena pemain dgn org2 tertentu…
3. Kenapa Najib percayakan Jamal utk menjadi balacinya? tiadakah org lain yg lebih bermoral sikit…
Salam
Menyalahkan Ust Azizan dan PAS Kedah saja dalam isu ni tak kena rasanya. Pemimpin PKR dan DAP buat apa? Goyang teloq saja ka? Tak kan hangpa tak tau perangai wakil rakyat hampa? Depa dok sibuk agenda peribadi saja. Depa dah lupa pada rakyat yang pilih depa. Memperkosa rakyat kemudian ugut kerajaan kata kerajaan tak buat itu tak buat ini. Awat kerajaan Kedah ni PAS saja ka yang perintah? Dah cemuih jadi kerajaan atau nak rasa jadi pembangkang pula?
Low class punya wakil rakyat……………..
Kalau isu tempat sembelih babi pun memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat…Aku pun boleh jadi MB.
ghebaikecik,
pada aku…serupa saja. Baik pemimpin PKR, DAP, PAS…serupa saja. Nanti…ada satu lagi.
ate yop muke baragas benor kot…itu yg deme ingat SB tu..kih kih kih..mike kene bagi muke jambu sikit abg mat..baghu deme cayor..misei janggut kasik trim..ghambut sikat tepi..abd mat jadik mat jambu le..teman pon cayor..kih kih kih..
alamak..teman silap posting komen pulak…patot dekat posting ‘manek urai : meletihkan’ ..mintak maap yek…
ghebakecik kata :
Tak kan hangpa tak tau perangai wakil rakyat hampa? Depa dok sibuk agenda peribadi saja. Depa dah lupa pada rakyat yang pilih depa
mat saman kati pula balas :
pada aku…serupa saja. Baik pemimpin PKR, DAP, PAS…serupa saja. Nanti…ada satu lagi.
dan
Kalau isu tempat sembelih babi pun memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat…Aku pun boleh jadi MB.
hahahaha……
1. apa yang satu lagi tu bang mat deepurple
jangan la simpan bagitau la … ni lagi hangat dari lagu billie jean
2. memang bang mat boleh jadi MB apahal tak leh , tu pemimpin yang kunun ada degree
master phd bekas ceo bekas pensyarah serupa je dengan bang mat @ RPK
walaupun depa mungkin kata , ishh mat blues mcm RPK hishamjelebu @ rupa penoreh getah MSK
mana layak jadi YB , MB , but what’s the difference ?
3. dulu kes kes babi ni sampoi je bn umno setel , alahai tu la depa ni cepat perasan
kalau masa berjuang dulu sama sama , sama taraf kununnya membanteras itu ini
maka bila dah dapat kuasa jangan perasan besar pandang yg lain bahlul , musibah jawabnya !
4. setuju dengan bang mat sama ja pkr , dap , pas - tanzim atau erdogan
satu kisah - dari petikan jejak kasih di manik urai zulkifli sulong di malaysia insider
mengenang kembali dato asri muda gerak pemuda buka felda - cucoh puteri manek urai blabala
(ada orang kata felda tu idea dato asri yang dirembat tun razak)
hingga jadi kubu pas sampai sekarang - tapi dimana cerita dato asri
gambarnya pun orang pas tak sudi sekalikan spt web manjung mari
sedang dato onn umno tak pernah lupakan , tunku , husin onn mati luar umno
lani hukum karma datang kat ahli pas balik
sedang gagah perkasa boleh pecah dan ada yang kemaruk umno
aku pun bingung perjuangan mereka ni sekali la juga mamat pkr dan dap
memang kita kena buat pakatan baru bang mat
rasanya masa mula menang pru 12 pun dah ada suara begitu
dan kalau pas kedah duk belagak juga , hampeh
tapi masih boleh boleh sangat diselamat pertahankan kalau insaf
teruskan bang mat kisah kisah begini
kami sokong 200%
Kau org percaya atau tak, ezam mat nor tu ada peranan jatuhkan pakatan rakyat perak. Sekarang di kedah pulak! Sbb tu walaupun aku ahli pkr, aku tak pernah percaya ketua amk yang dulu adalah balaci ezam. Juga beberapa yb yg dulu rapat dgn ezam. Sampai sekrang pun. Termasuk yb poyo balik pulau! Semua tu macai ezam dulu, kan?
Ranjit amat setuju dengan perkara perkara yang ditulis olih MSK..Ostaz Azizan memang jenis manusia keras kepala.Dia mentadbir Kedah dengan cara ehsan umNO/Bn.Dia ta’berani usik ADUN Adun umNO/Bn.Kes penyelewengan ADUN Kuala Nerang yang bagitu terang menyalah guna kuasa pun dibiar bagitu saja..Ostaz Azizan lagi ta’berani menyentuh semua sampah sampah umNO yang berada dalam Jabatan Kerajaan Negeri Kedah.Dia juga ta’berani menyentuh pehak Istana.Terlalu banyak sampah sampah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa ini.Ia bermula dari Pejabat SUK hinggalah kePejabat Majlis Bandaraya Alor Setar.Datuk Bandar tidak ngam dengan Setiausaha Majlis Bandaraya.Selagi MB Ostaz mendiam diri dan tunggu dan lihat Kerajaan PR Kedah akan jatuh dalam masa yang singkat.Ramai Pegawai Tadbir Kedah adalah orang orang umNO.Ini termasuklah Pegawai Daerah Kota Setar.!!
sokong apa ranjit cakap….kawan aku pun PTD gak kat kedah..
memang dia cakap ramai puak2 ubn dok pasang perangkap..tunggu masa je..
Assalamualaikum semua,
Buat apa hangpa dok bising2 kat sini. Mcm depa baca. P la buat surat kat Ust Azizan pasai ni. Biar dia sedaq sikit. Itu pun kalau hangpa semua sayangkan PR Kedah. Tolong menolonglah sesama kita. Jgn dok perlekeh sana-sini. tak tau la kalau hangpa semua suka kalau UBN dok kucar-kacirkan negeri KEdah. Yg jadi mangsa rakyat Kedah. Rakyat2 biasa tak tau semua ni. Depa dok sibuk cari rezeki. Ada ceramah depa p. Itu je la penerangan yg dapat. Kerajaan PR masih baru. Mari sama2 kita bagi info kalau benar bagai di kata. Jgn dok pung pang sana sini akhirnya menguntungkan UBN yg kita semua menyampah tu.
Hidup PAKATAN RAKYAT!
Salam..
1 aje yg aku nk tmbh. Sblm PRU12 lalu, kerajaan PAS Kelantan hy ‘bernyawa’ dgn 1 majoriti aje berbanding UMNO. Ms tu, mcm2 usaha UMNO lakukan utk beli ADUN PAS Kelantan. Smpai ade yg twrkan jadi timb menteri Besar jika lompat. Namun hasil didikan TGNA n prinsip beliau yg sgt2 di hormati di Kelantan, PAS Kelantan ttp teguh w’pn dgn perbezaan 1 kerusi.
Tu yg aku nk ckp dkt pemimpin2 negeri PR yg lain especially Kedah (coz PAS majoriti). Jgn jd bodoh sombong. Blajar dr org yg berpengalaman n tahu cmne nk handle. Jgn igt, br pegang kerajaan setahun lebih, dh rs pndai semua n jd keras kpla. Jd bodoh tk blh nk ajr. Ni bila aku dok tegur dlm blog2 yg lain, siap ckp lg PAS Kelantan jgn sombong sgt, nti jth. Aih, org nk tegur pn tk blh ka? tegur kerana benar n kenyataan.