Komen Pilihan: Pilihan raya kecil parlimen Bachok?!

Jul 8th, 2009 | By Admin | Category: Rencana

Oleh DAP Melayu

Betulkah Nashar akan mengosongkan kerusi Parlimen Bachok? Itu sedang diperkatakan dan dipertanyakan di Manek Urai (MU), di Guchil, di gerai makan depan Stesen KTM Krai, di Macahng, di Kota Bharu, di Bachok dan di seluruh pelusuk Kelantan.

Nashar tidak bukan sekadar tidak turun ke MU, malah sudah malu untuk muncul di khalayak ramai di Kelantan. Ini bukan aku cakap, tapi Fatah Harun (Pengarah Pilhanraya PAS Kelantan) yang cakap. Nashar tidak disenaraikan dalam apa-apa program PAS Kelantan. Blacklist ker ? Itu kena tanya Fatah dan YB Zaki Ibrahim, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan yang baru.

Rata-rata dah tahu Nashar tidak ‘ngam’ dengan Badan Perhubungan PAS Negeri. Kalau sudah tidak ngam… kalau sudah ‘malu’… buat apa lagi ?

Walaupun TGNA sudah tarik balik ucapan beliau terhadap Nashar, tetapi ’sumpah keramat’ TGNA itu menjadi Nashar kepanasan dan ‘kemaluan’ yang besar… Malu nak turun ke Kelantan apa lagi untuk berjumpa pengundi di Beris Kubur Besar, Pengkalan Chengal, Pengakalan Baru, Kedai Bachok, Kg Nipah… dan dan dan…

PRK Bachok ?

Tags:

Afiat

11 comments
Leave a comment »

  1. uiikss….bior bebenor? bestnye…

  2. hahaha

  3. kalau kat jepon dah harakiri sebab muka nak letak kat mana.. lebih-lebih lagi dengan orang kelantan.

  4. Kalau marah marah begitu-begitu udah lah,dan kalu mug sayang pon sayang sayang gitu gitu udah ler….

    Jangan di tambah minyak petrol dalam bara api.,kelak membakar diri..

    gua cume kasi ingat saja.,

    jgn maree!!!!!!

  5. Salam,

    Sakura

    Seni mempertahan diri Karate berasal dari Kelantan semasa zaman Jepon memerintah Tanah Melayu
    hehehe……. …..

  6. Setuju dengan alfaberlian.

    Karate, kungfu, taichi dikatakan berasal dari kelantan. Malah banyak perkataan Inggeris berasal dari Kelantan. Itu yang kawan aku bagitahu.

    Contohnya …ayat ni :

    ” Kalu awak nak ‘gi’ Manek Urai, ’stat’ sini awak ‘gi’ ’seterik’……lepas ‘kona’ kiri……hingga jumpa ‘postopih’………bla…bla….bla…..

    Kelantan Ingeris

    gi go
    stat start
    seterik straight
    kona corner
    postopih post office

    Bukti Mat Salleh meminjam bahasa Kelantan jadi bahasa Inggeris…….. betul atau tidak….kena tanya kawan aku yang cerita tu…..

  7. Ketidakhadziran Ust Nasha dihari penamaan calon DUN Manek Urai amat mendukacitakan. Sebagai seorang Timbalan Presiden Pas dan MP Bachok beliau sepatutnya hadzir memberi sokongan moral kepada calon Pas. Alasan beliau malu untuk bertemu rakyat tidak boleh dipakai.

    Berita mengenai Ust Nasha mungkin akan meletakkan jawatan sebagai MP Bachok memang tersebar luas di Kelantan. Samada benar atau tidak tak dapat disahkan. Sama sama kita tunggu dari mulut Ust Nasha yang dapat mengesahkan ya atau tidak. Kalau Ust Nasha meletakan jawatan sudah pasti Umno/BN tidak akan meletakan calon kerana tidak mahu membazir wang rakyat. Di Manek Urai pemegangnya telah meninggal dunia maka bolehlah BN meletakan calon manakala di Bachok (jika jadi) Ust Nasha suka suka letak jawatan.

    Sejak akhir akhir ini pemimpin Umno telah memuji secara terbuka kepada Ust Nasha manakala mengutuk keras Tuan Guru Nik Aziz kerana memgagalkan Kerajaan Perpaduan. Dengar cerita Ust Nasha berada di Kuala Lumpur dan tidak berani/malu untuk bertemu dengan rakyat dikawasan Parlimen Bachok. Jika tak berani bersua muka dengan pengundi saya rasa lebih baik Ust Nasha meletak jawatan MP Bachok dan Timbalan Presiden Pas.

  8. lebih baek dia masuk umno jer.. tp letak jawatan dulu

  9. Elok sangat la kalau Nasha ni letak jawatan ahli parlimen Bachok.
    Ada dia sebagai ahli parlimen pun tidak banyak membantu PAS.
    Bagi lagi haru ada la. Yang dia buat pun hanya sebok membantu hayat UBN.
    Dia tak ada langsung sikap nak turun padang bersusah payah bersama rakyat…
    bersesak2 mengiringi calun PAS. Dia lebih selesa duduk berehat dirumah, walau pun
    TGNA yang lebih uzur tu pun boleh hadir sama berjuang untuk kemenangan PAS.

    Kelmarin pun dia buat statement bodoh… menyoal Najib mengenai nasib orang
    Islam di Negara Cina. Apa punya bodoh timbalan presiden PAS ni… rakyat di negara
    sendiri yang ditangkap, dianiaya, dipukul; ditahan tanpa bicara bertahun2… tak da pun
    dia bersuara nak menyoal Najib, alih2 bila hal orang luar, sibok pulak dia bertanya.
    Macam tak ada isu yang lebih penting untuk dibangkitkan. Kalau takat nak soal Najib tu
    hanya untuk menarik perhatian Najib… baik kau isi borang UMNO terus la Nasha…..
    Apa punya turrr la mentaliti timbalan presiden ni.

  10. ” Saya dah maafkan dia, tapi dia tidak datang berjumpa saya. Mungkin dendam dan kepanasan dia masih ada…..” itu kata TGNA ketika menjawab pertanyaan pemberita dan disiarkan di Buletin Utama TV3 malam ini.

    Betullah yang aku tuliskan sebelum ini, walaupun TGNA sudah menarik balik kata-kata beliau terhadap Timbalan Presiden PAS itu, namun ’sumpah keramat’ TGNA itu menyebabkan Nasharuddin kepanasan dan malu besar.

  11. Tahun 1999 Nasha bertanding diParlimen Yan,Kedah.Banyak karenah berlaku disana.Pilihanraya 2004 PAS Kawasan Yan sudah tidak mau dia bertanding lagi disitu.Malah PAS Negeri Kedah juga tidak mau menerima dia.Maka terpaksalah dia berhijrah ke Kuala Trengganu.Tersungkurlah dia…!!

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.