Antara babi dan penjahat yang nak mati
Jul 3rd, 2009 | By Admin | Category: Matkeri, Penulis Tamu, utamaOleh Matkeri
Dalam seronok ameno berkompang melalui medianya akan perihal “kerajaan perpaduan” dengan PAS, kita mungkin terlupa suatu perkara.
Ya, mereka mungkin betul tentang keresahan rakyat dan ketidaksenangan rakyat dengan inisiatif itu. Dalam masa yang sama, ia telah diterjemahkan dalam bentuk tidak puas hati dalam blog2 dan media2 alternatif. Dan secara kasarnya, ia dilihat seperti PAS menerima kesan dan tamparan yang teruk daripada mainan media ini. Pakatan Rakyat (PR) juga terkena tempias yang boleh tahan bedengungnya.
Tetapi, secara mereka sedar atau tidak, tindakan itu juga sebenarnya telah menjadikan rakyat lebih meluat dan benci kepada ameno itu sendiri. Ia tidak akan menguatkan ameno, tetapi ia menguatkan tekad rakyat untuk memberitahu PAS bahawa ia tidak memerlukan ameno. Isu “kerajaan perpaduan” walaupun sedikit sebanyak menggoncang rumah tangga PR, tetapi rakyat nampaknya begitu kuat bersatu untuk menolak gagasan tersebut!
“Kerajaan Perpaduan” menjadikan rakyat bertambah benci dan meluat terhadap spin media massa yang dikawal ameno. Yang akhirnya menjadikan PR semakin kuat persefahaman mereka dalam usaha menenangkan rakyat. Isu ini, kalaupun dibiarkan, tidak akan mengalih sokongan semula kepada BN. BN, pada pandangan rakyat, dah “beyond repairable”. Bagi rakyat, mereka telah bulatkan tekat untuk menghapuskan BN secara total. Ia bukan tekad PKR, bukan tekad PAS, dan bukan tekad DAP. Tetapi adalah tekad rakyat! Negara Malaysia ini perlu dimerdekakan dari penjajahan BN! Itu yang rakyat mahu!
Semalam pula terpampang besaq di depan akhbar Utusan, “DAP Keluar Pakatan”. Ia menceritakan betapa kelam kabutnya PR sekarang. Betapa goyah dan goyangnya pakatan ini. Betapa mereka akan ranap dan hancur. Kemudian dipetik pula pandangan2 seketul dua menteri dan YB untuk membenarkan ulasan mereka. Pendek kata, semalam, Pakatan Rakyat dah nak bubar! Kalau diikut daripada spin laporan media mereka lah.
Isu sebenarnya pula ialah berkaitan perobohan sebuah rumah sembelihan babi yang memang beroperasi secara haram setelah sekian lama sejak dari zaman penjajahan BN di Kedah lagi. Selepas Kedah dimerdekakan oleh PAS, kerajaan PR dah mintak kandang babi haram tersebut untuk berpindah, mencadangkan tempat yang sesuai, dan bersetuju dengan cadangan pengusaha kandang babi itu untuk diberi notis sebulan berpindah. Selepas sebulan, pengusaha serta tempat sembelihan itu masih belum juga mahu berpindah, dan perlu diingatkan bahawa tempoh sebulan itu datangnya dari persetujuan kedua2 belah pihak. Salah PAS kah di sini?
Media malam tadi spin isu ni sampai berpinau sekali lagi. Lim Kedah dan Lim Penang pun dah tatau mana satu sampai tivitiga salah letak gambaq. Punya kalut nak main isu “perpecahan PR” ni. Bunyinya macam DAP seluruh Malaysia nak keluar PR. Bukan lagi sekadar isu DAP Kedah. Bagi rakyat pulak, tindakan itu PAS adil dan bijak. Problem tempat sembelih tu tak mampu ditangani oleh penjajah BN sebelum ni, dan mungkin ameno Kedah pada masa itu takut dengan Gerakan dan MCA, maka kandang itu dibiarkan. Tetapi PAS tidak! Objektifnya clear, dan perlaksanaannya pun adil. Tidak takut mereka dengan akibat, sebab objektif akhirnya ialah untuk kebaikan rakyat. Ada ameno-BN berani buat itu macam? Heh.
DAP Kedah, atau lebih tepat, beberapa ketul pimpinan mangkaq yang secara kebetulan mendapat tempat menjadi pimpinan DAP Kedah, tidak melihat perkara ini dengan lebih luas. Mungkin sebab tidak berkomunikasi, ataupun seketul dua pimpinan tu tadi ditaja oleh rumah sembelihan babi itu sendiri, wallahualam. Penyokong akar umbi DAP sendiri resah dengan perangai seketul dua ni. Mereka juga tinggal berdekatan rumah sembelihan tu, dan mereka juga tau azab yang terpaksa ditanggung sekian lama!
Tetapi, sekali lagi tetapi, isu “DAP keluar Pakatan” ini menunjukkan betapa rakyat prihatin tentang isu baru ini. Rakan2 DAP yang faham dengan tindakan kerajaan PAS Kedah tidak melihat rumah sembelihan itu sebagai isu, sebaliknya mula mengerut kening cuba memahamkan motif seketul dua pimpinan DAP Kedah yang bertindak tanpa merujuk pusat. Lebih obvious lagi bilamana media massa kawalan ameno cuba sekali lagi untuk spin. Ameno mungkin masih belum belajar satu perkara yang besar yang telah menyebabkan mereka rebah tersungkur pada PRU12 - media yang terover spin! Rakyat sekarang lebih cekap dalam membezakan antara laporan berita dan spin cerita. Mereka dah ada CNN dan telah banyak belajar perihal spin Amerika terhadap negara2 yang dijajahnya, dan yang bakal dijajahnya. Teknik yang sama.
Bagi rakyat, isu2 yang dimainkan oleh media massa kawalan ameno sekarang ini tak ubah macam ending filem hindustan. Takkala geng jahat telahpun ditembak mati berkaparan, penonton masih lagi saspen bila melihat ketua jahatnya, dalam terbatuk2 darah menunggu ajal, sempat lagi menggagau pistol kecik dari celah stokin untuk dihalakan ke arah hero yang sibuk meraikan kemenangan.
Ya, mungkin penjahat yang nak nazak dan nak mampos tu tadi berjaya menembak salah seorang geng baik sebelum dia mampos. Mungkin yang ditembak tu awek hero. Atau mungkin hero sendiri. Tapi yang penting bagi penonton ialah di akhir cerita, orang jahat tu mati.
Kerana apa yang lebih penting ialah kepuasan penonton itu sendiri. Bukan kepuasan penerbit dan pengarah yang syok sendiri.
Selamat berkempen di Manik Urai!



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















[...] ..baca selanjutnya di Perakexpress.com [...]
bagi saya , DAP kedah tak salah, begitu jugak ngan PAS kedah .
Yg menjadi masalahnya ialah , tiada komunikasi dan follow up. Apa tak boleh kan , MBAS pii tanya depa 1 minggu sblm tempoh tamat , tanya camna dah status pemindahan. Tak bolehkan pejabat MB pii tanya kat MBAS , kat pihah pusat penyembelihan tuu , 1 minggu sblm tamat tempoh , tak lah huru hara cam laa nii. Ini yg dipanggil inisiatif utk menyelesaikan masalah rakyat.
Takkan tak leh nak tubuh j/kuasa utk cari kawasan baru utk depa , beri lagi 1 bulan , tubuh j.kuasa khas. Pastu dlm 2 minggu , cari tempat bina pusat penyembelihan , sampai masa , roboh yg haram tuu.. Tutup cerita , semua gembira.
Jangan lah semua perkara pun ikut 100% rel keretapi , lurus bendul. Patut ada sikap amanah dan tanggungjawab;buat follow up , inisiatif . bak kata mat salleh , wear a big cap …
. Spt guru menghukum murid bukan sebab nak pukul depa , tapi nak menyedarkan depa.
Salam,
Aku cuma boleh katakan, kurang bijaknya kerajaan/org bawahan MB kedah nie. Pasal mmg org sekeliling MB kedah skrg nie, sengal2 belaka. Mereka ingat dah pandai, tapi rupa2 bodo. Aku malas nak ulas pjg, kalu kita bagitau kesilapan dan apa yg perlu, kita akan dikatakan pro UBN. Padahal start dari blh mengundi sampai le akan dtg aku ngan bini aku ttp ngan PAS. terus terang aku katakan, MB kedah kena tipu je ngan org sekeliling nye. Dia betul2 tak buat duit, tapi org kelilingnye, perabis dan kaut keuntungan. Kami perati je dari jauh. Dah penah tegur tapi mereka2 nie masih je buat tak tau. Apa2 pun jgn biarkan perkara nie berterusan.
Tunggu respon MSK kes hot sehari dua nih…mungkin ada sambungan MUSIM KAHWIN 2…
tapi.. ending cerita hang macam filem hindustan tuh memang buat aku ketawa besaq.. tq lah bro.. kurang sikit tension keje
Hero Hindustan memang macho…tapi hero tamil lagi power, gaduh mesti menang, tumbuk orang sampai melayang-layang, bila melompat macam terbang…tapi, aiseh…salah landing dalam dalam rimau punya kadang…kena ngap lah! Alakullihal, MB Kedah kena belajao dari MB Kelantan…memang dia cerdik, tapi mungkin kurang hemah…
The Thinker,
Thanks for being reasonable……You see I am very disappointed with Azizan’s way of handling things. You see in the Kampung Pala issue, Penang state government set up special task commitee, helping villagers to get things settled. It’s the federal court order that empowers the developer to move in their next step. Even then, the penang government is working
In Kedah, we are not talking about one PKR councillor. Or one village. This is the only abattoir in Kedah you know. I know muslims don’t eat pork. But there are 25% non muslims, you know. Even some clown claim that some non muslims agree to the demolition. Azizan is not just PAS MB, you know. He is Kedah MB, for muslims & non muslims. How do you feel if the only source of providing the meat is destroyed.
Guys,
Would you be up at arms if the only mosque in your area? Kenna destroyed. No reminder! No discussion. Communcation is ambiquious. No clear commitee task force looking into the matter. In short, no coordination. Ok, even if one place is found, heard need to get approval from various departments before proceeding with the new abattoir
Before new one built, old one demolished. This is bad leadership. Better appoint Mahfuz Omar as MB. He’s far better
blogger ubn dah main peranan cakap orang pendang akan bantah pembinaan rumah sembelihan didirikan di tempat mereka. tokeh rumah sembilan haram tu dengarnya tak cukup modal nak pindah ke tempat baru, tapi malu nak beritahu pada mbas. sekarang zaman meleset, untung kurang!
maaf..
1.-thethinker : hang tau mana MBAS x p tanya sminggu sblm roboh ? utk pengetahuan hang..dua minggu sblm roboh wakil MBAS buat pemantauan dan pada 3 hari terakhir BABI dah x ada dan manusia pun dah x ada di pusat sembelihan HARAM tersebut.. makna kata depa senighi dah stuju ROBOH > atas alasan MBAS tuntut balik HAK MBAS..
tanah tesebut hak milik penuh majlis daerah kerajaan tempatan pada tahun 1972 dan betukar milik kepada majlis perbandaran kota setar pada 1978..dan pada tahun tersebut juga MPKS telah meroboh dan mengarahkan kawasan penternakan BABI berdekatan pusat sembelihan iaitu di depan PASAR BORONG sekarang tapak FAMA kota setar dan masih memberikan peluang kepada pusat sembelihan kg berjaya untuk beroperasi dengan kadar sewaan tapak yang berpatutan memandangkan kepentingan kaum. tetapi setelah dibuat kajian teliti berkaitan kesesuaian dan sebagainya..tapak tersebut didapati TIDAK SESUAI lagi beroperasi kerana ianya adalah berdekatan dengan PASAR KAMPUNG BERJAYA dan juga kampung melayu teluk yan, kampung berjaya. jadi pada tahun 1985 pihak MPKS memutuskan menamatkan perjanjian sewa dan menuntut tanah tersebut dikosongkan pada tahun tersebut.. dan ianya ketika itu dibawah PIMPINAN UMNO BARISAN NASIONAL YANG KORUP..jadi tidak lah berhasil.. dan pada disember 2003 sekali lagi tanah tersebut bertukar nama kepada hak milik MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR.. dan MBAS pula masih menuntuk hak milik mereka dan masih tidak berjaya kerana permainan politik UMNO BARISAN NASIONAL BERSAMA MCA DAN GERAKAN negeri KEDAH.
dan pada ketika PAS memulakan pemerintahan pada 9 Mac 2008..isu pertama dalam mesyuarat setiap cawangan PAS berhampiran pusat sembelihan HARAM tersebut adalah kerana pencemaran/bau busuk dan bilakah ianya akan dipindahkan ?? ini jadi isu utama cawangan dan PAS KAWASAN KOTA SETAR..
jadi memandangkan ianya adalah tapak yang tidak bersesuaian..maka diputuskan dalam mesyuarat exco (termasuk india dan cina) dan mesyuarat ahli majlis MBAS (termasuk india dan cina) maka keputusan sebulat suara TELAH BERSETUJU..
maka ianya adalah harus dirobohkan..kerana makin dibiar maka akan makin buruk lah jadinya..
di sini saya TEGASKAN sekali lagi..sudah ada rundingan dan pihak MBAS menyerahkan kepada pihak pusat sembelihan haram supaya mencari tapak yang dikira sesuai dan membuat permohonan untuk memulakan operasi ditapak tersebut. Ianya telah diputuskan pada April..jadi MBAS mengambil keputusan untuk merobohkannya pada 1 jun 2009..dan setelah persediaan rapi untuk merobohkan pusat sembelihan HARAM tersebut pada 1 jun 2009 yang menelan belanja yg boleh dikatakan agak besar kerana kos pakaian bertutup penuh, jentera, racun dan juga lain-lain kos..pihak pusat sembelihan memohon untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh selama sebulan sehingga 30 jun 2009.. dan pihak MBAS telah bersetuju memberikan tempoh tersebut dan menanggung kerugian pada 1 jun 2009 sepenuhnya. perlu diingat ianya adalah persetujuan bersama antara MBAS dan pihak pusat sembelihan HARAM. dan pada 1 julai 2009, sekali lagi pihak MBAS hadir bersama pekerja dan jentera untuk merobohkannya setelah mengikut perjanjian yang telah dipersetujui kedua-dua pihak sebelumnya. maka tidak dapat tidak ianya HARUS DIROBOHKAN SEGERA ! walaupun mendapat tentangan mana-mana pihak ..
PendudukKEDAH dan The Thinker,
Aku bukan orang Kedah, tapi aku tahu sangat dengan tempat sembelih babi di Kg Berjaya tu. Nama jer kampung tapi terletak ditengah bandar, tak sampai 1 km dari Pekan Rabu ! Sangat tidak sesuai……jangankan sembelih babi, sembelih ayampun tak sesuai !
Aku bukan orang Kedah, tapi aku tahu sangat dengan tempat sembelih babi di Kg Berjaya tu. Terletak kat seberang jalan Putra, jalan nak pi Mergong. Kg Berjaya majoriti Melayu penduduknya. Tempat sembelih babi Kg Berjaya bersebelahan dengan Kg Teluk Yan kat tepi sungai tu…kampung 100% orang Melayu, berkerja buat dodol jual kat Pekan Rabu. Bekalan air takdak, depa ambil air sungai buat mandi manda. Tempat sembelih babi cuma 200 meter dari sungai ….. mandi air babi !
Fikir-fikirkanlah……..
Masalah yang berlaku tidak menjadi besar…..sebesar ini sekiranya ADUN tunggal DAP dilantik menjadi exco Kedah.
YAB DS Azizan fikir-fikirkanlah……….
MATKERI,
pakatan dengan pkr pas dap baru nak belajar handling thing
yala - bila dapat kuasa , lepa gak la sikit sikit sampai lupa amanah
dan lupa yang massa di bawah dema tu bukan massa zaman bn kelentong kong kang
apa pun semua kena cepat belajar sebab semua lani bergerak ceepaat ya amat
(lagu jacklyn victor cepat)
berbagai perkara akan berubah dengan pantas dalam 2, 3 tahun ni
dan bila sampai 2020 - tarikh idaman tun marah orang makan babi yg idea dicilok drpd anwar
barangkali ada parti PR yang ada sekarang dah tak relevan
anak aku umur 4 tahun dah tau tentang parti pas umno keadilan
dengan pemimipin mereka
barangkali tak mustahil - mcm ko cakap le matkeri teknologi tolong bagi alasan
2020 nanti generasi ni ada parti mereka sendiri
menyampah dengan parti yang ada …………..
NAK SAMBUNG SIKIT !
Beberapa tahun dahulu ada kisah kanak-kanak perempuan 5 tahun mati kena rogol. Budak tu budak kampung setinggan, Kg Teluk Yan yang terletak 200 meter dari tempat sembelih babi Kg Berjaya.
Kebanyakan penduduk Kg Teluk Yan mencari makan dengan membuat dodol dan menjual sendiri di Pekan Rabu. Pondok tempat mengacau (memasak) dodol didirikan di tepi sungai…. sungai air babi ! Sungai ini kelihatan lesu….air tidak mengalir…..penuh dengan pokok kiambang (orang kampung aku panggil keladi bunting).
Mereka penduduk setinggan ! Zaman kerajaan BN mereka 3 kali menerima notis supaya berpindah ke flat kos rendah. Bukan free tapi kena beli ! Mereka berkeras tidak mahu pindah. Mereka menetang arahan kerajaan negeri ketika itu. Turut menentang ialah puak-puak Umno dan AJK mereka.
Mereka menetang kerana Kg Teluk Yan tempat merekja mencari sesuapo rezeki…tempat mereka mengacau dodol. Mereka tidak mahu berpindah walaupun dapat flat free….kerana di flat mereka tidak boleh lagi mengacau dodol…..hilang sumber rezeki.
Fikir-fikirkanlah UMno !