DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat

Jul 1st, 2009 | By Admin | Category: Pemecah Berita, Rencana

DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Seterusnya di Malaysiakini.

Tags: ,

Afiat

37 comments
Leave a comment »

  1. malu lah weii.. pasai nak potong Babipun nak gaduhh.. memaglah tengah pekan!! elok robohpun.. Kerajaan Kedah ni Proaktif la sikit.. dari MB sampai Exco senyap je.. Jangan sampai Umno main isu, kat Perak boleh bertahan lagi… risau kat Kedah esok MB ngan Exco balik tanam Padi je..

    kalau ada isu cuba buat statement atau selesaikan secara gentleman.. ini tak!! org kata ap pun senyapp.. kat kedah yg berbunyi ,itupun kadang kadang.. yang lain senyappp sunyi..

  2. dap kedah bukan tahu apa2 pun,,,,aku dengar kerajaan negeri kedah nak pindahkan je pusat sembelih babi tu…..elok laa tu…bukannya pengerusi dap kedah tak boleh makan babi lagi….boleh lagi maaa….. kalau kat penang dap nak buka pusat sembelih babi aku cadangkan kat ngan bangunan umno yg tinggi tu….situ byk lagi floor2 yg kosong…..aku rasa dap kedah pun bleh syorkan kat situ laaa…ha3

  3. aku setuju st kata2 dikau wahai karen…negeri kedah bawah PAS ni lah paling senyapppp, dari MB sampailah exco2 nye..x penah ku dgr apa2 cite ke, statement ke..harap2 senyap2 tu bukan sebab malas x buat keje, tapi sebab xde isu n xde masalah..wakakakaka…

  4. ni soheh berita dalam tv3 1/4 ni
    or berita heran
    leh caya ke

  5. Azizan, you can still save this situation. If already destroyed, build another one quick. Sack those town councillors come to decision. Make decisive public statement. Elect more non malays in MPAS. By the way, elect a non malay speaker. From Dap

  6. apadia dap kedah ni…..keluar pakatan join ngan umno laa.a…

  7. babi kn haram!

  8. Dap adalah parti berpegang kepada prinsip & amanah. Di Kedah, hanya satu2nya pusat penyembilehan. Ini pun dirobohkan. Tanpa notis, press conference. Ini memang tak baik. Azizan kenna guna budi bicara yang bijak. Saya pasti Nizar ataupun Nik Aziz tak buat perkara. Pasti marahlah! Kampung Buah Pala punya orang boleh tempat lain. Seluruh Kedah, hanya satu pusat.

  9. Kalaulah Azizan lantik wakil rakyat tunggal DAP jadi Exco di Kedah……..dan Lim Guan Eng pula melantik wakil rakyat tunggal PAS jadi Exco di Pulau Pinang, sudah tentu tidak berlaku selisih faham.

    Dalam mesyuarat Exco di Pulau Pinang tiada wakil PAS….di Kedah tiada wakil DAP !

    Fikir-fikirkanlah……..

  10. Negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa maka segala polisi yang dilakukan perlulah bersesuaian dengan situasi negara.

    Kami memilih Pakatan Rakyat kerana dasarnya yang berbeza dengan BN yang hanya mempermainkan perkauman.

    Harap Pakatan Rakyat faham apa sebab mereka diundi oleh Rakyat

    Regards,
    Malaysian Come First
    http://gomalaysian.blogspot.com/

  11. Babi ohh babi..dah la haram tapi kerana kau babi bleh jadi macam-macam .. bleh jadi selsema, bleh jadi demam JE.. bleh jadi kuar pakatan… hai la babi.. babi punya pasal manusia pon jadi perangai babi…

    Aku rasa tindakan DAP Kedah ni terburu buru sangat …bukan ka Kjaan Kedah dah nak bagi tpt lain… ahh nnt dia masuk balik la tu…

  12. Harap MB Kedah jangan diperalatkan oleh MBAS…….kerana memang diketahui yang dok dalam MBAS tu majoriti orang UMNO.Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memalukan pimpinan kerajaan negeri dan melaga-lagakan sesama pakatan.
    Ingat…itu adalah salah satu dari perang saraf yang UMNO akui telah dan akan lakukan sehinggalah mereka dapat semula merampas negeri dibawah PAKATAN.

  13. Hamba, that’s why Azizan should have sacked the town councillors who made the decision. But look at what Azizan. First, he said dap bohong. Then, he move on to say he’s given one month’s grace. Hey, in the whole kedah, only one abattoir leh. Any court order forcing the abattoir to close. Then, what’s the problem? Next, Azizan said Pas talk about UG with UMNO kenna kacau. Hello, not only dap buat kacau, TGNA NAIK MARAH. KATA TALIBARUT2 UMNO DI PAS, QUIT PAS JOIN UMNO. Tak bertanggungjawab. Tak beramanah. Langsung tak pakai otak. Lebih baik, Mahfuz jadi MB. TGNA must do something

  14. loose74
    babi punya pasai pun sanggup keluaq PR? i dont know how you justify such move in the name of ‘principle n intergrity’.
    on the other hand, baguih jugak jadi camni. so people wont say PAS boneka DAP. cina takpa, depa ramai dah pandai. nanti depa undi PR jugak. melayu yg susah nak diajaq.

    maybe another wayang kulit. we dont know whos behind the scene.

  15. kalau majlis bandaran yang buat.. tu kena la tanya yang dipertua majlis..

    apehal nak ugut ugut keluar .. hahahha

    bodos.. kalau MB bertindak.. itu salah guna kuasa….

  16. haiya.. ini isu babi pon mau ugut keluar keluar party….

    Kalau sudah kena roboh.. itu DAP kena mau tanya ada tempat baru mau ganti tak?
    Bukan mau keluar-keluar… itu merajuk-merajuk stail tak laku la..

    Atau sembelih di KL dan tak boleh makan babi di Alor Star kah?

  17. Issue BABI DAP keluar PR Kedah. Ingatlah Babi menyebabkan merebaknya penyakit HINI seluruh dunia. Saya menyokong penuh tindakan Kerajaan Kedah.Sudah diberi betis hendak peha. Jika tidak dibendung dari sekarang akhirnya orang MELAYU akan tinggal dihutan. Tanah Air kita Bangsa kita dan Agama kita demi ALLAH pertahankanlah wahai PERWIRA TANAH AIR. Pejuang Nasrul Haq bersatu demi ikrar kita bersama.

  18. Tahniah kepimpinan PR Kedah. DAP Keluar PR. Keluhuran Undang Undang MESTI ditegakan demi kehormatan Negara. Mereka kurang memahami sensetiviti orang Islam. Jika tidak dicegah akan menimbul banyak masaalah. Contoh yang terbaik cuba renongkan apa jadi di Sg.Tuang Melaka. Pemindahan ternakan babi cuba diselesaikan oleh BN/UMNO pampasan dibayar tetapi pemeliharaan tetap bermaharajalela sehingga UMNO Kuala Sg.Baru membantah menunjuk perasaan masih tidak menjadi kenyataan untuk dihapuskan dikawasan tersebut.

  19. alaa mcm anak lari rumah merajuk ngan mak bapak je….nnt balik le tuuu….insyaallah

  20. Jangan ambil hairan dengan geledak sampah yang selalu mengotorkan lagi suasana,teruskan apa yang terbaik untuk masyarakat majmuk,benda yang kita lihat ta’kena ta’berapa bagus untuk masyarakat umum harus dihapuska atau ditempat pada tempat yang sesuai,Untuk nama dan maruah pemerintah PAS yang diamanahkan oleh majoriti rakyat Islam.

  21. PAS Kedah akan jadi bertambah kuat akibat dari tindakan ini. Walaupun sokongan dari bukan Melayu akan terjejas sedikit … tetapi sokongan orang Melayu akan bertambah2 meningkat. Ramai penyokong2 UMNO akan lari dan memberi sokongan kepada PAS kerana tertarik dgn keberanian PAS ini. Peluang UMNO kembali memerintah di Kedah menjadi semakin nipis …..

    Mana ada babi kena sembelih. Cari tengkuk pun tak jumpa.

  22. DAp janganlah terlalu angkuh sangat na’tunjukkan jagoh kerana ianya proses pentadbiran Negeri Kedah kerana rakyat Kedah Majoritinya Islam menghormati cara bangsa dari keturunan lain adalah juga penting jangan sampai ianya mengugat kestabilan majoriti yang lain yang menganut agama Islam yang mana sensitivitinya amat penting dijauhkan.PAS tidak sekejam yang difikirkan, bukan matalamat PAs untuk mendera masyarakat lain tolong fahami sensitiviti agama kami,dan kami tidak menolak perbincangan yang boleh dibaik pulih demi kerjasama gabungan PAKATAN Rakyat.KAMI PAS akur dengan perbicangan yang membawa kebaikkan bukan kehancuran.

  23. Jangan main-main ngan babi.. pasai babi bleh gaduh satu Malaysia wooo… hahahahha…

    Bukan senang nak tadbir negeri ni..
    orang Melayu komplen.. kena dengaq..
    orang Cina komplen.. kena dengaq..
    orang India komplen… kena dengaq..
    orang lain-lain komplen.. kena dengaq..

    pastu bila amik action mesti salah satu puak akan merasa kegembiraan dan ada pihak pasti ada berduka… yang pasti mesti ada kos melepasnya…

    lepas dirobohkan pasti akan ada gantinya… dan aku harap Kerajaan PAS Kedah tidak meluluskannya di kampung orang Melayu (kalo ikut cadangan di Kg Jabi)..

  24. babi lagi…

  25. Aku penduduk kampung berjaya.Kisah babi ni bukan kisah kecik.Benda ni dah puluhan tahun,dari kecik lagi aku dah terdedah dengan bau busuk pusat sembelihan babi ni.bukan saja dikalangan orang melayu yang cina dan india pun tak tahan dengan keadaan ni.Korang tak duduk kat sini,aku merasai sendiri betapa teruknya keadaan tu jadi tempoh 30 tahun mereka beroperasi adalah tempoh yang sangat azab dan tempoh sebulan yang diberikan oleh kerajaan untuk mereka berpindah aku kira sangat baik hati.Sungai kedah dah teruk tercemar,bau busuk sangat teruk.Aku tak tau Thomas Su dok mana,tapi kalau dia dok berdekatan dengan pusat sembelihan tu,aku yakin dia pun tak tahan.Kami penduduk sekitar berasa sangat bersyukur dengan robohnya pusat sembelihan ini.Ini bagi aku adalah isu alam sekitar,DAP kena bincang dengan kerajaan Kedah balik…

  26. dah tapak tu tapak haram, 13 tahun (dari zaman UMNO) depa dok berniaga secara haram. Bila PAS memerintah, yg mana HARAM akan dihapuskan.. So bila DAP membantah, jadinya DAP pun sama dengan UMNO.. sokong benda HARAM.
    Memang patut pun DAP keluar dari pakatan, kata nak menegak keadilan dan patuh pada undang2.. ni baru kes tapak potong babi HARAM, depa dah melompat.

  27. chin peng melayu punya cadangan penang get one pas exco n kedah get one dap exco
    boleh dpakai …..
    takkan lawan ubn je kita pandai
    mengurus negeri dan permasalahan n perbezaan kena pandai gak ….
    entahlah masyarakat mcm masih bodo ….
    pimpinan PR plak tak memberansang untuk more improve …
    tu yang bikin politik subjek boring ……..

  28. Teman kat Kedah kata dah bosan dengan PAS-led kerajaan PR ni.

    Tak reti nak tadbir kata teman. Ramai peniaga serta orang Melayu tempatan dah mulai rasa lemas dengan PAS yg tak tau nak rancang ekonomi dan pentadbiran negri. Tak seperti Perak dibawah Datuk Nizar.

    Teman kata ramai dah lost confident dan tak mau support PAS bila pilihanraya umum nanti. Kecuali kalau PAS buat perubahan.

    Sedar lah PAS oiii!

  29. Jenin,
    Still remember me! The discussion that we have in Dango Mamamat. Anyway, Mahfuz Omar has admitted there are problems in PR Kedah management. Nobisha has complained Azizan’s style of management. If Azizan doesn’t resign, not sure how to resolve the problem

    Jenin,
    There is a long list of problems. But DAP Kedah has been tolerant so far till today.

    Jenin,
    Fact 1, there is only one pig abattoir in Kedah, serving entire non muslim Kedahans.

    Fact 2, no reminder or press statement has been given by Azizan. Public statement. I am not asking
    Azizan to talk to DAP Kedah. Public statement.

    Fact 3 , there is no special task force exco commitee set up to look at this issue by Azizan

    Fact 4, Azizan said in public that it’s beyond his control in handling issues specifically for MBAS. MBAS
    council president has the absolute authority

    Fact 5, Azizan alluded that DAP has lied about this issue

    Fact 6, Azizan has insinuated that DAP has disturbed PAS on UG issue although the Erdogan factions
    & TGNA are deadly against it

    Jenin,
    Since Azizan is the leader of the Kedahan Government, DAP has no choice but to make a stand. It’s
    unislamic of denying human rights even though there are non muslims. The Abattoir has been there
    for ages, if there is an environmental issue, it would close down long time ago.

    Azizan could have simply built the new abattoir first before closing the old one. Azizan is insensitive,
    aloof & arrogant.

    Jenin,
    Thomas Su is one of the key leaders protested for preservation of Nizar as Perak MB. A true comrade
    who stuck to his principle & promises. Is it Islamic to treat your comrade like that? I am dishearten by
    this. Azizan must resign. I would prefer Mahfuz who is far better

  30. hampeh betul… Menyampah aku si DAP ni…. Si babi pun nak di bela… Tu baru dpt satu kerusi kat Kedah. Dah tunjuk kuasa…. Tak fikir pasal org benatang2 lain, asyik pikir perut depa je….. Bagus jugak pi keluar pakatan rakyat…. depa ingat bole memerintah tanpa sokongan lembu2 dan kambing….

  31. Isu BABI Kedah.Tempat penyembelihan babi diKampung Berjaya Alor Setar terlalu dekat dengar pasar jual ikan serta sayor sayoran.Dikeliling nya penoh dengan warong warong dan penjaja kecil..Tdak jauh dari situ ialah perkampongan melayu..ia itu Kampung Berjaya.Tempat penyembelihan babi ini memberi banyak pencemaran kepada penduduk dan peniaga.Darah darah babi mengalir kesungai berdekatan.Tempat ini sudah ujud berpuluh tahun.Sejak 14 tahun yang lalu Kerajaan BN ketika itu telah memberi notis pindah tempat.Pampasan berupa wang ringgit telah pun diberi kepada jawatankuasa mereka.Katanya jumlah nya besar juga..ADUN Bakar Baka dulu dan sekarang ini banyak main peranan.Tempat penyembelih ini tiada lesen..mereka beroperasi secara haram.Tanah bangunan tempat penyembelihan kepunyaan Majlis Perbandaran Alor Setar(kini Majlis Bandaraya).Jalan yang terbaik bagi Dato MB ialah membuat lapuran rasmi kepada Badan Pencegah Rasuah…biar siasatan terpeinci dilakukan..siapakah dalang yang sabenarnya dalam kes ini.Kes yang sama dan ADUN yang sama juga lah terlibat dalam pengambilan tanah olih TESCO..dimana penduduk tidak berpuas hati…melayu jual melayu.Salam to MSK…blog anda diminati ramai.Lawan Tetap Lawan.Kita Lawan sampai menang.Regards to all…

  32. Lembu,
    Kalau itu satu2 nya Pusat Penyembelihan Lembu, dirobohkan tanpa membina baru punya. Then, apa macam. Pakai Otak lah…..Itu Azizan punya pasal.
    Awak ada dengar Azizan cakap tentang UG. Dia kata ini bukan pasal aku…..Bincang2 tak boleh….Merepek…..Karut……..
    Then, apa itu Nasarudin Tantawi cakap tentang Nabi Musa & Wacana……Apa macam?????

    Azizan tak layak menjadi MB Kedah. Bagi lah Mahfuz Omar

  33. kesal dengar berita ni di luar!sedangkan aduan sampah merata di Alor Setar tak dihiraukan. lah ni Majlis Perbandaran sibuk merobohkan rumah sembelih babi kat sana dekat 20tahun dgn cara kilat pula…..
    sekarang sampai satu Kedah tak dapat daging babi, cam mana cina di kedah tak marah kah? cuba hentikan pusat penyembelihan lembu di kedah tengguk cam mana org melayu kedah buat kat hangpa…..

  34. bukan saja isu babi dihebohkan masyarakat cina di kedah. kami bukan Islam hormati Agama Islam tapi tanya saja org bukan Islam di Alor setar apa dah jadi dgn kelulusan plan bina bangunan baru persatuan agama Buddha dekat Wat Siam Teluk wanja, ditangguh sehingga kini dgn alasan2 tidak munasabah oleh golongan2 tertentu di Majlis perbandaran dan dlm kerajaan negeri….
    kalau kerajaan negeri kedah masih tak sedar perasaan isu agama & budaya org bukan Islam di Kedah,terima saje hakikatnya pilihanraya akan dtg bukan saja di Kedah….

  35. Kalau selsema babi pun orang yang memakan babi pun lebeh takut,apahal pula orang yang ta’makan,lagilah takut ,Apakah lagi perkataan yang boleh di ungkap untuk mengatakan seselma babi lebeh bahaya penularannya lebeh cepat meratah nyawa manusia yang ta’makan babi tapi kepentingan majoriti penganut Islam patut dihormati,apa lagi penyakit seselma babi ini dan banyak lagi penyakit dari binatang ni meragut nyawa manusia.

  36. Ha ha ha..Azizan tu slow..he he he…PAS Kedah dah kena main dengan Kakitangan Kerajaan Negeri yang Darah depa Chop UMNO..he he he…Sama macam Penang dan Selangor…yang ni depa dok tikam belakang Kerajaan Pakatan Rakyat…yang aku dak tahan tu..kenapalah MB PR boleh tahan…hantaq ja depa balik ke PutraJaya abih cerita….

  37. Korek,
    Saban hari yang lalu, ada orang mati kerana termakan rojak Mamak di Geylang Serai. Ada orang mampus ooii….

    Korek,
    Apa macam????Sekarang Engick Lim nak berbincang dengan MB Kedah….Harap ada keputusan yang munasabah bagi seluruh pihak daripada MB Kedah…..Nak tegas pun kenna tegas dengan segelintir pegawai2 kerajaan…..Satu2nya ialah CMCN.
    Azizan sepatutnya menjadi MB bagi seluruh Kedah….Bukan setengah pihak saja. Kenna proactive sikit….

    Kawan2 sekalian,
    Kenna ingat, siapa kawan, siapa lawan. Saya memang sedih kerana memaki DAP kah, babi, orang2 bukan islam (indirectly)…..tau tak siapa yang mempertahankan Nizar di Perak….Bukan saja PAS, PKR tapi DAP…..Itu Thomas kenna tangkap dalam protes untuk mempertahankan PR Perak……Beginikah orang2 Islam membalas setiakawan2 anda.
    Nasi sudah jadi bubur…..Pun sudah roboh….Tak apa lah……Tapi itu bangunan & kuil, tolong jaga…..kalau bukan Azizan yang akan buat, tolong jaga sikap2 pengawai2 kerajaan yang memang Pro BN……Yang menghalau keluar PAS & Nizar bukan DAP, itu UMNO, itu SU Perak, orang Islam…..Apa macam sekarang????

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.