Pentas Kita, Suara Rakyat

Jun 29th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana, utama

Selesai sudah..satu percubaan untuk merakyatkan seni. Alhamdulillah..bagi aku, satu kejayaan. Tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan Pentas Kita..Karya Kita.

Ramai yang call dan sms bertanya macam mana dengan program malam tu. Aku tak sempat nak tulis…macam-macam alasan. Balik dari Sungai Sumun, sebelum sampai Batu Gajah, ada sekumpulan kerbau tengah lari lintang pukang memenuhi jalanraya. Aku tak sempat nak buat apa-apa…seekor anak kerbau berlari menghala kekereta aku…pangggg!!! melambung anak kerbau tersebut ke bonet kereta dan terpelanting kebawah. Bangun dan cabut lari. Bonet kereta aku remuk..tapi nasib baik boleh jalan lagi.

So..hari Sabtu masa dihabiskan dibengkel. Hari Ahad..Aku, Sam dan Hariry pi makan tengahari, nasi daun pisang sebelah Sekolah Ghandi, Kuala Kangsar. Menilai persembahaan Pentas Kita…dan merancang tentang apa yang boleh dilakukan selepas ini.

Manusia perlukan hiburan. Kata lah apapun..manusia tetap mencari hiburan.

Walaupun harga getah jatuh menjunam…tapi bila ada pertunjukan…manusia tetapi pergi.

Walaupun ada yang mengatakan muzik itu haram… bila tiba musim kahwin, kugiran tetap menjadi tumpuan.

Walaupun Mufti memfatwakan haram..tapi manusia tetap mencari hiburan. Tanya kat TV3, berapa untuk depa dapat dari Jom Heboh?

Tetapi…sejak persaingan politik untuk menjadi siapa yang lebih Islamik..seni menjadi mangsa. Satu persatu cabang seni menjadi mangsa pengharaman oleh mereka-mereka yang kononnya lebih arif tentang ugama.

Seni reka (sculpture), hampir pupus. Kalau masa kecil dulu, aku belajar dari guru-guru Maktab Perguruan Sultan Idris bagaimana untuk menghasilkan sesuatu karya, tapi bila besar…kesemuanya terpaksa dihumban keluar tingkap kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Lukisan-lukisan abstrak juga menjadi mangsa. Malah lukisan-lukisan yang melambangkan watak-watak Ramayana dan Mahabbarata juga hilang dari dinding-dinding rumah. Yang boleh hanya ayat-ayat Quran.

Kalau dulu…karya seni untuk dihias..ayat Quran untuk dihafal. Sekarang..ayat Quran untuk dihias…lagu Hindustan untuk dihafal.

Ketika idea untuk mengadakan persembahan ini dilontarkan kepada Meor Lantera Jiwa dulu, aku tak tau apa yang akan dipersembahkan oleh seniman-seniman jalanan ini. Apakah Meor Pesta Jiwa akan menunjukkan punggung? Apakah Air Mas akan membukan baju? Apakah Kulup Sakah akan membuka seluar? Aku tak ada idea…sebab aku tak pernah tengok depa membuat persembahan. Yang aku tau, depa ni menongkah arus.

Begitu juga dengan orang-orang kampung. Orang kampung sudah disuap dengan hiburan-hiburan yang stereotype. Hiburan yang sudah di’luluskan’ oleh Umno-Barisan Nasional. Hiburan-hiburan yang melekakan. Hiburan yang jiwang, tak cool. Kalau menyanyi kena pakai baju kilat-kilat…kalau menari mesti ada gerudi.

Semuanya persembahan yang tidak melambangkan isihati rakyat. Tapi apa alternatifnya? Dan apabila Meor bersedia untuk mengambil risiko…aku turut hulur kepala. Tak ada modal…kita cari. Minta sedekah…berhutang…janji buat.

Alhamdulillah…kalau Meor sendiri mengatakan kehadiran malam itu jauh lebih baik dari persembahan yang dibuat di Yayasan Kesenian Perak di Ipoh…bagi aku itu satu kejayaan. Tinggal lagi, masih ramai yang takut-takut nak datang. Ramai yang duduk dalam gelap, bawah pokok kelapa…bawah pokok mempelam. Sedangkan dihadapan pentas masih banyak ruang. Mungkin ramai yang malu…takut dilihat oleh orang lain…”dah tua-tua tapi masih nak tengok konsert.”

Diawal persembahan…penonton yang duduk dikerusi yang disediakan boleh bilang dengan jari. Tetapi apabila satu persatu persembahan dibuat…baru ramai yang berani datang kedepan. Dan bila habis…baru ramai yang menyerbu kedepan. Punya la ramai yang duduk dalam gelap memerhati dari jauh. Pasai apa?

Aprehensif. Itulah yang dapat aku rasakan. Bila tengok seniman yang datang macam rockers…mungkin ada yang beranggapan…mereka ini akan mendendangkan lagu-lagu rock yang gila-gila. Mungkin ada yang beranggapan…persembahan malam itu akan ada yang tunjuk punggung.

Tapi bila mendengar lagu-lagu Nik tentang keamanan..tentang derita rakyat..tentang isihati rakyat, ramai yang terpegun.

Bila mendengar lagu-lagu Air Mas tentang derita rakyat Palestin..ada yang terharu.

Dan bila persembahan dihentikan sekejap…bukan untuk mengutip derma…tetapi menyampaikan sumbangan beras kepada yang memerlukan….ramai yang tercengang.

Dan bila kesemuanya mendendangkan lagu I.S.A…masing-masing mahukan lagi…dan lagi.

Terima kasih semua. Terima kasih kepada penduduk Sungai Sumun yang datang pada malam tersebut. Terima kasih kepada keluarga Pak Karamu yang menjadi host persembahan malam itu. Terima kasih kepada petugas-petugas dari AMK Bagan Datoh yang menjaga lalulintas…kepada anak-anak muda yang membantu persiapan pentas dan audio.

Terima kasih semua..jumpa di Kajang pada 4 Julai 2009.

Tags:

Afiat

8 comments
Leave a comment »

  1. MSK, jalan Tg tualang ke Bt Gajah memang banyak lembu dan kerbau,itu pentas depa la..Aku cadangkan MSK, buat road show kat seluruh Perak join dgn Bubar Dun..

  2. syabas bang mat..tahniah untuk semua..

  3. phuuuih ….nasib baik kena bonet aje yang lain selamat…kat sana bila malam lembu dan kerbau duk atas jalan bagi panas badan….bukan senang nak mula sesuatu yang baru jalan penuh lembu dan kerbau.

    Aku low profile duk dalam gelap takut hang panggil aku naik ke pentas , tapi last show aku tak boleh tahan terpaksa serbu kedepan….persembahan alternatif yang menarik pernah aku lihat.

  4. bila nak buat kat p 059?

  5. Salam tuan tanah…

    Teman rasa bebal smpai harini, sebabkan nak elak dari satu masaalah kita dapat masaalah lain…
    syukur bro MSK dan rakan2 selamat dari kemalangan tu…

  6. Abg Mat

    Berapa TV3 dapat dari Jom Heboh? Kebetulan aku ada dlm meeting Sure Heboh di Perak dulu (dulu-dulu!). Wakil TV3 bentang facilities yg diperlukan mcm khemah, kipas, dll kpd Kerajaan Negeri. Kemudian bagi kata dua kpd TV3 - nak sediakan semua itu atau bagi shj (+/- RM 90K). Kata depa, itu kira murah kalau nak dibandingkan bayaran kpd artis yg terlibat (Dato Siti, Senario, dll) yg TV3 akan kawtim (ada yg kata artis tu dpt bilik shj!).

    Kesimpulannya dari Kerajaan Negeri shj depa dah dpt hampir RM 100K.

    KTG

  7. bag MSK, wa terkilan tak dapat join itu malam

  8. hah mujur tak apa2 bang mat..lembu bukan ada akai otak ada le..
    yg tunjuk pungung tu geng teman juga tp dah insaf dah smua..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.