UG: Nik Aziz suruh Nasa keluar Pas

Jun 17th, 2009 | By Admin | Category: Isi II, Pemecah Berita, utama

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno-BN.

Nik Aziz juga merupakan Mursyidul Am PAS. - MStar

—————————————————————————

kemaskini MKini

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.”

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.

Tags: ,

Afiat

41 comments
Leave a comment »

  1. gud idea. selamat datang ke arah perpaduan umah.

  2. Support 100%. Nasha, get lost from PAS…u r liability to PAS and rubbish as ALAM FLORA….

  3. Ini macam Ust Nasa bolehlah pecah rekod Ust Nakhaei…
    Ust. Nakhaei cuma Naib Presiden PAS bila join UMNO dulu…
    Ust. Nasa Timb. Presiden..

    Alf mabrook ya Nasharuddin….

    Good Luck to you…

  4. kan dah kena….selamat berjuang en nash di tempat baru…kakakkaakakakaaaa

  5. Nash, dari penyokong PAS keluar beramai-ramai, lebih baik u keluar seorang….

    ambil keputusan dgn segera…awak memang tak layak lagi dlm PAS…

    NO EFFECT AT ALL, ONLY SAMPAH

  6. sabar semua…abg MSK, kalau benar…dedahkan bukti pertemuangn sulit geng2 UG dgn puak2 UMNO, jumpa d sg sumun nanti bro…

  7. Itu dia jawapan yang kita tunggu
    Satu tindakan cepat dan tepat dari Mursyidul kita
    Takbir…nyah kan mereka ini dari PAS , pengkhianat , pembelit penipu amanah rakyat

  8. Che Gu Pa next!!

  9. inilah kualiti pemimpin yang dicari2. TEGAS dan BERANI. Hidup Tuan Guru. sy sokong.

  10. KAN LEBIH ELOK TOK GURU PANGGIL SI NASHA DATANG KE KOTA BARU…..

    BINCANG ELOK-ELOK…..

    KITA ORANG PUAK PAS KENE BINCANG DULU BARU BUAT KEPUTUSAN….

    MAAF YE……

    TANG NI AKU TAK SETUJU…….

    kah…kah…kah…… politik…politik…..

  11. maaf blues…
    Tok Guru dah panggil berbincang. Depan Tok Guru angguk, belakang Tok Guru dia serang hendap. Betul cakap Tok Guru, kalau kebulur sangat, pergi lah bersama-sama kapal yang tunggu saat dan ketika sahaja untuk karam itu. Tok Guru orang yang berhemah. Beliau bukan main cakap lepas sahaja. Bila dah lepas tu, bermakna sudah tidak ada cara lagi untuk beliau menasihati sang timbalan presiden yang rasa hebat itu.

  12. wala tak wala belakang kira, ..kalau pemimpin tak betul dia ikut syok sendiri….kita kita ramai-ramai sepak dia keluar , ramai lagi org yg bagus boleh kita ambil jadi pemimpin .kalau kita wala sekalipun sampai parti tonggang langgang pun tak guna….(senderi pikir)…..kalau tegur cara baik tak mahu dengar ..masih lagi menggatal….cara apa lagi yg kita boleh guna…..(senderi pikir)….suruh dia letak jawatan sajalah cara nya…….

  13. BETUL TU ZAMAN….

    CUMA MAKSUD AKU…..

    PERBINCANGAN LAST KOPEK…. YANG TERAKHIR……

    KAN NIK AJIS ADA BAGI AMARAN KERAS HARI TU….

    APA NAMA…. BONEKA UMNO….

    MASA TU LA SEPATUT NYE NIK AJIS PANGGIL NASHA BINCANG ….

    ( MARAH..MARAH…. MAKI HAMUN… BLA…BLA….BLA…BLA…BLA…. AMARAN TERAKHIR…. )

    SO KALAU DIA BUAT LAGI….. BARU LA BUAT KENYATAAN MACAM NI…..

    itu pendapat aku je……

    SALAM….

  14. Saya menyokong pendirianTGNA. Sebagai seorang yang berfikiran waras janji didalam PR adalah satu amanah.Perkara Tim. Presiden PAS (Nasha) saya cadangkan agar Badan Tertinggi Party memanggil satu sidang tergempar agar Nasha di singkirkan dari party. Pemimpin yang tidak mengenang budi, kemenangan beliau sebagai MP adalah ihsan TGNA membenarkan beliau bertanding di Bachok serta undinya datang penyokong Pas bukan UMNO. Tapi kalau inging bersekongkol dengan UMNO saya menyeru beliau keluar party PAS dan masuk UMNO.

  15. Hello bro,
    Takkan sorang aje yg kena sound ,yg lainnya bila lagi nak kena……..dah cakap tak mahu dengar,….ahaa aaa… kan dah kena….apa mac am ??? …..itu baru sikit tu…belum lagi seluruh ahli pas yg sound…..meleleh tahi telinga keluar kang..!!! so pada siapa siapa yg masih menggatal tu .., jaga-jaga lah…batalkan saja niat tu..!!!
    Haribaaa handeleeee

  16. kalao perangai macam ni..bagaimana nak bawak masuk org bukan Islam setai Kelab Penyokong?????????

  17. pasbaru said,

    “Beringatlah wahai Tok Guruku…janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwwah dan mahabbah sesama jamaah dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya”

    nik aziz jangan “gadaikan prinsip ukhuwah dan mahabbah sesama jemaah.” natang apa ukhuwah dan mahabbah ni,? untuk nik aziz sorang je ke? baguslah anda tegur nik aziz, hj hadi, nasha, stopa ali, harun taib, harun din, nas tantawi dan yang sealiran patut ditegur juga. berlaku adillah. nampak sangat pasbaru ni berat sebelah. bedah siasatlah punca ‘penyakit’ yang sedang menyerang pas. jangan gajah depan mata tak nampak. jangan bangkai gajah nak dibawahkarpetkan. jangan ukhuwah dan mahabbah sesama jemaah diabaikan dengan ‘mementingkan ukhuwah dan mahabbah dengan yang nyata ‘bermusuhan’ dengan pas.

    “menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya”. umno yang mengislamkan negara ini, yang ramai ulamanya, yang serupa akidahnya, perlu didakwah lagi? dah lebih 50 tahun mereka menentang pas, kerana pas musuh nombor wahid umno. siapakah yang lebih perlukan dakwah, non-musli yang sudah mula berjinak dengan pas atau umno? adillah kepada diri anda sendiri.

  18. aikkk…mana pegi ulasan pasbaru pasal TGNA bermuqabalah dgn Lee kuan Yew tadi.
    baru nak ulas dah hilang
    takkanlah perakexpress dah jadi pekakexpress kot.
    bagilah kebebasan kitorang nak bedal balik

  19. sulaim,

    kami tak censor mana-mana komen…jangan mencarut sudah. Dan kami juga bagi kebebasan kalau tukang komen nak tarik balik komen depa. kalau hang tak tau macam mana nak delete komen hang sendiri..pi belajaq dulu sebelum marah kami.

  20. Sy 100% menyokong n berdiri di belakang TGNA. Penyokong kuat Nasha skrg hanya la org2 UMNO. So, Nasha, dgn terhormatnya, sila langkah keluar. Perbuatan anda mmg memecah belahkan PAS. Malah anda dgn tidak rs berslh nya membuat kenyataan melulu. Tindakan Nasha yg membelakangi Majlis Syura Ulama mmg tidak boleh di terima lsg!!!

  21. Dipersilakan En Nasya dgn segala hormatnya..jgn lupa bawa geng sekali ye.

  22. memang Tok Guru Sound tu aku rasa keras sikit.. Tapi Nasha ni memang tak makan saman, bukannya tak tau Unity perkara sensitif, ku terkejut tengok Tv semalan dia kata dia alu alukan kenyataan Najib.. bila kena Bab nIzar muka dia ngan muka Najib sama sama terkejut..

    tahun lepas , lepas perjumpaan dia dalam gelap terbongkar.. yang aku heran kat stadium majoi dia ceramah boleh dok pertahan lagi tindakan dia jumpa geng Umno..
    pi jumpa umno, tapi tak bagi tau kat majlis syura dan Ulama’.. apa punya orang,, lepas tu bila terdedah bukan dari mulut dia.. tapi mulut Paklah.. itu dah kira penipuan..

    yang perwakilan Pas pun satu pilih dia ni buat apa.. dah lah aku tengok gaya pakaian tak macam ulama’.. smart semacam, lepas menang timbalan tak pernah pakai kopiah..cover macho.. krisis perak tak turun..
    tak turun padang… terlampau eksklusif.. tu sebab muktamar baru ni aku nak timbalan macam mat sabu.. jenis turun padang.. tak payah cover macho.. tu jenis berangan nak jadi menteri.. yang ralat hari tu Husam pi kacau pi bertanding sama..

  23. nasha,,,, dipersilakan dgn segala hormatnye….atau nak kena halau ala UMNO kat DUN Perak??????/

  24. Kalau Mursyid dah meluat, amalan jadi tak berkat, hasil muamalat tak mendapat, akhirnya terkulat-kulat, sia -sia dunia dan akhirat..Cepat-cepat le lompat,baru parti selamat….

  25. aku dari dulu memang tak berkenan dengan mamat sekor ni.. bravo TGNA

  26. aku sokong penuh TGNA dgn keikhlasan dan kejujuran beliau!!!

    dipersilakan Nash, Mustafa Ali, Hassan Ali dan Harun Taib….eiks, terlupa sekor lagi yg mempergunakan tiket PAS dari Pasir Mas…Ibrahim Ali….eikssss…banyak dari keluarga Ali baba nie?

    H I D U P TOK GURU NIK AZIZ….HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

  27. bang mat,

    betul ker depa blogger ni org kita…. lain macam jer tulisan….. moderator pls check

  28. Kadang-kadang saya agak pelik dan hairan dengan sikap dan pandangan Tok Guru Nik Aziz akhir-akhir ini. Beliau kelihatan tidak begitu konsisten dengan pandangannya. Pengamatannya tidak setajam dulu. Pembacaan politiknya semakin mendatar. Kritikannya semakin terbabas. Beliau seperti hilang kawalan. Sedih melihat Tok Guru hari ini tidak sama dengan Tok Guru dahulu.

    Tidakkah Tok Guru sedar siapakah sebenarnya Lee Kuan Yew. Tidakkah Tok Guru membaca sejarah, apa yang telah Lee Kuan Yew lakukan terhadap umat Islam di Singapura? Tidakkah pembantu-pembantu Tok Guru menceritakan kepada Tok Guru tentang nasib umat Islam di Singapura kesan daripada dasar pemerintahan Lee Kuan Yew.

    Sedih melihat umat Islam di Singapura. Seolah-olah dilakukan “ethnic cleansing” terhadap mereka. Orang Islam dipinggirkan. Hak mereka diabaikan. Suara mereka ditumpulkan. Mereka dianak tirikan. Mereka tidak berpeluang berpolitik secara sama rata. Kelibat mereka tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Pergerakan mereka sentiasa dipantau.

    Akhirnya cara hidup kebanyakan umat Islam Singapura tidak ada bezanya dengan kaum dan penganut agama lain. Itulah hasil kerja keras dan dasar pemerintahan Lee Kuan Yew yang ingin melihat umat Islam di sana hidup mengikut acuan mereka. Tidak keterlaluan jika kita labelkan Lee Kuan Yew sebagai agen yahudi/zionis di Asia Tenggara yang sentiasa memantau pergerakan gerakan Islan di rantau ini. Lee Kuan Yew juga menyokong secara terbuka kerajaan Israel/Yahudi di Palestin dan beliau sentiasa memberi sokongan ke atas tindakan kejam tentera Israel ke atas umat Islam di sana.

    Kalaulah orang yang terang-terang menentang Islam dan menyokong Yahudi sebegini boleh dialu-alukan oleh Tok Guru Nik Aziz (sehingga sanggup menunjukkan isyarat tanda “bagus”), kenapa sikap yang sama tidak boleh dipakai ke atas UMNO? Kalaulah dengan Lee Kuan Yew Tok Guru boleh bermuqabalah, kenapa kalau dengan UMNO, sebut pun dah macam berdosa? Kenapa Tok Guru tak tunggu Lee Kuan Yew mengubah dasarnya kepada Islam dulu baru boleh jumpa?

    Beringatlah wahai Tok Guruku…janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwwah dan mahabbah sesama jamaah dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya.

    http://muktamarpas.blogspot.com/

  29. lankarim,

    yang mana satu?

  30. baling je dengan kasut keparat yang gila nak kawin umno ,
    nasha nasha betapa bodo kau
    stopa stopa betapa haprak kau

  31. msk orang pkr patutle komen pas lebih2.busuk keadilan jarang sentuh .hasilnya orang pas yang buta perut pakat hilang respect kat pimpinan dia gahlah anuar

  32. orang pas dah fikir nak perpaduan dengan kerajaan, maka kita orang melayu dalam pkr juga harus melihat secara positif, adalah baik kiranya kita juga tidak tertinggal dalam perpaduan ini.

  33. tak payah cakap lembut lembut ngan Umno… Depa ni serupa orang yahudi, malah lebih teruk dari yahudi, sekurang kurangnya yahudi tak bunuh bangsa sendiri macam kat memali.. tak cuba rampas negeri orang sendiri macam umno sungguh sungguh nak rampas kelantan.. tak roboh masjid rumah ibadat agama sendiri macam roboh surau diselangor dan terengganu…

    kesimpulannnya Umno lagi teruk dari yahudiii…

  34. TGNA dah lupakan diri. Nasha telah dipilih oleh ahli baru-baru ini. Siapakah dia yang nak suruh Nasha letak jawatan timb. presiden. Dia ingat PAS tu dia punya ke?

  35. nasha tak dapat undi lebih 50%pun… benda bolehk ira umum jam 8, boleh .kira sampai 1pagi.. yang buat kerja belakang tabir Hassan ali, mustafa ali… benda kalau cerita heboh.. lagi tak elok…

    aku rasa Nasa kena hari ni pasai satu je.. menang cara kotor.. terimalah balasan cash dari tuhan..
    masa seblum pemilihan bila wartawan tanya bab kerajaan perpaduan dia tutup mulut.. katanya takde isu.. bila dah menang cadang cadang nak tunjuk belang.. mula buka mulut, sebelum pemilihan boleh pulak tutup mulut sampai sebulan, bila Najib bagi respon , tak sampai 5 minit dia dah menyambut.. Najib tu lebih teruk dari yahudi laknatullah..tapi kuasa tuhan.. sapa tahu..

  36. bang mat,

    ramai… saya tak fikir mereka ni org Pkr/Pas sebab cara tulisan mereka tidak membina ciontoh mahsar atau citra madani. Ni semua nama baru dalam blog Msk

  37. lankarim,

    betul…ada yang menyamar. Mahsar ni aku tak check lagi tapi citramadani ni salah sorang dari cybertrooper Umno. Dia ciplak nama Blog Ustaz Zul, Ketua Penerangan PKR Perak.

    Sekali lagi dia keluar, kita ajar dia.

  38. lan karim
    apakah dengan caci maki ini menunjukkan kita ahli pas.Kita sekadar nak jatuhkan ubn atau nak tegakkan Islam.Kalau setakat jatuh bn naik serupa je yg tak mau Islam buat pe.Islam kan agama akhlak .Caci maki pimpinan sendiri bukan akhlak berjamaah.macam ni mcmna nak islah masyarakat.

    msk
    betulkan niat perjuangan mu kearah nak tegakkan Islam bukan sekadar nak tegak pkr je. melayari blog ini menimbulkan prasangka negatif pd anda.lebih baik guna kelebihan anda sebagai pengerusi blogger utk menjernih keadaan bukan sebaliknya….

  39. mahsar,

    Aku tak pernah jadi Pengerusi Blogger. Pengerusi adalah jawatan untuk ketua Persatuan ka…atau pun yang ada AJK. Aku Pengerusi Persatuan mana?

    MSK

  40. passbaru,

    kita perlu akur pandangan ulama bukan bermakna kita bertaqliq pada TGNA, tapi bertaqliq pada ajaran yang dipegangnya. selagi tidak menyimpang..ade lah tu… maksud tersirat yang perlu diteliti.. kalu kita lihat semula sirah nabawiyah, banyak teladannya….

  41. Salam.. Kita slama ni dok skong PAS sbab xsuka dgn UMNO.. depa lak boleh rnding2 jwtan menteri.. hampeh!! UG adalah pngkhianatan kpd amanah & mndat rkyat.. Klau la sy jadi mufti, dh lama sy fatwa haramkan UG ni.. sbab UMNO parti zalim… Trlalu bnyak sejarah kezaliman UMNO… Klau dibukukan, x tau la brape jilid.. Ust hadi dan nasarudin prlu brhati2 tangani isu ini.. nnti dsbabkan isu ini org dh xprcaya dgn kpimpinan ulama..

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.