Kerajaan Pakatan Pulau Pinang goyah?
Jun 8th, 2009 | By Admin | Category: Isi II, Penulis Tamu, chegu bard, utamaOleh: CheGuBard
Sekali lagi Pulau Pinang menjadi perhatian kerana kononya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang goyah dan tidak punya persefahaman.
Bermula dari episod Amizuddin Ahmat, seorang ahli Majlis yang juga seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas pada sekitar bulan Febuari lalu telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai beliau ada maklumat ‘korupsi’ kerajaan Pulau Pinang.
Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Din Binjai membuat pendedahan awal tersebut dalam ucapannya yang terakhir sebagai ahli Majlis MPSP sebelum beliau digugurkan. Ramai terkejut dengan tindakan susulan Din Binjai yang terus dilihat menyerang ‘watak tertentu’ dalam isu korupsi dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Din Binjai telah sampai ke pengetahuan cheGuBard selaku MPT sekitar bulan Disember 2008 lagi. Ia berkenaan dengan penyelewengan yang melibatkan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim BN dahulu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana kecekapan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim ini bertindak menjadi sumpah – sumpah maka ia amat susah dikesan. Lebih lagi ada pula yang terpedaya kononya pegawai – pegawai inilah yang sama menyokong sehingga dibela dengan perbagai alasan mengarut seperti telah kenal lama dan kawan sekolah.
Sebaliknya pegawai tersebut bersama beberapa anasir yang baru bersalin kulit (dari Umno ke keADILan) telah membuat ‘counter attack’ ke atas Din Binjai setelah sedar dia mula mengumpul bukti dan menghantar laporan ke banyak pihak. Masih ingat lagi ketika bertemu Din Binjai sekitar Januari 2009 di mana dia menyerahkan beberapa laporan penyelewengan. Dia mengatakan “kalau saya ikut sahaja saya akan selamat sebagai ahli Majlis tetapi nampaknya kalau saya lawan saya akan dipandang serong melawan kerajaan Pakatan Rakyat, namun bukankah kita di didik lawan tetap lawan…maka saya akan terus dedahkan hilang jawatan ahli majlis bukan benda besar pun…” itu kata Din pada saya.
Saya janji akan bantu dia dedahkan penyelewengan tersebut. Dia telah jumpa pimpinan tertinggi parti, dia telah jumpa pimpinan tertinggi kerajaan negeri juga berkenaan dengan isu ini.
Namun oleh kerana prosedur gangguan kerajaan pusat seperti kewujudan pegawai lantikan kerajaan pusat dan seumpamanya terus menyusahkan proses pembersihan.
Menjelang Febuari, Din mula diserang dengan perbagai tohmahan, sah dia tidak akan disambung sebagai ahli Majlis dan dia nekad menggunakan peluang terkahir berucap sebagai ahli majlis untuk menyerang ‘kemungkaran yang wujud’…akhirnya serangan melalui ucapan dalam dewan itu telah diambil perhatian besar oleh media regim….
Ramai pula terkeliru dengan serangan Din Binjai dengan serangan terhadap prestasi bekas wakil rakyat Penanti. Din menyerang isu kuari, yang melibatkan pegawai kerajaan yang dipaksa diwarisi dari rejim BN. Namun jika ada yang terasa pedas sudah tentu ada yang termakan cilinya.
Akhirnya kerana ‘pemberontakan Din Binjai’ hasilnya secara peribadi dia hilang jawatan, dia disalah ertikan menjadi agen Bn menyerang kerajaan Pakatan Rakyat namun tidak ramai yang tahu. Pemberontakan Din Binjai telah mengembalikan pendapatan kerajaan negeri yang dihilangkan sebanyak RM 6.7 juta.
Mungkin pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai imbuhan tunai terhadap pendedahan rasuah dalam Pulau Pinang boleh menjadi milik Din Binjai.
Kali kedua Pulau Pinang diberikan perhatian ialah kerana perletakan jawatan Fairus. Che’GuBard tidak mahu mengulas panjang bab Fairus kerana ia lebih kepada masalah prestasi peribadi beliau. Dan apa salahnya jika kerajaan menggugurkan seorang wakil yang dikenalpasti tidak kompitent untuk menjamin kelansungan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.
Episod terbaru yang bermula minggu lepas sekali lagi membawa Kerajaan Pulau Pinang dalam perhatian tinggi rakyat. Isunya kali ini ialah perlantikan YDP MPSP. 8 orang ahli Majlis yang dilantik melalui kuota Parti Keadilan Rakyat telah bertindak memboikot Majlis Angkat Sumpah YDP yang baru. Namun ada satu ahli majlis lantikan kuota Parti keadilan terus duduk dan bersam majlis angkat sumpah.
Isunya ialah kuota YDP itu telah dipersetujui awal sebagai kuota keAdilan. Maka Johari Kassim tidak berpuas hati dengan lantikan yang bukan dari Keadilan.
Johari yang telah menggunakan media menyatakan sikap mengugut mahu meletakkan jawatan. Kemudian menggunakan media juga pimpinan DAP telah membelasah Johari kassim dan kuncunya yang lain dengan mendesak untuk dipecat. Namun Johari yang mengugut untuk meletak jawatan tidak jadi meletakkan jawatan dan mengambil sikap pertahan jawatan setelah diugut akan dipecat.
Seperti episod drama ‘keanak–anakan’ . Pertama kenapa perlu pergi ke media ? Baik di pihak Johari Kassim ataupun segelintir pemimpin DAP? Pertikaian dalam kerajaan seharusnya diselesaikan dengan cara pakatan. Semuanya terlalu emosi?
Bagi cheGuBard ini semua membuktikan bahawa kehancuran yang berpunca dari kelewatan membawa kuasa demokrasi kepada rakyat. Dalam bab lantikan ahli Majlis ini sememangnya negeri Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari rejim BN kerana sekurang-kurangnya lantikan agak rencam - ada juga wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang kurang upaya yang bukan mewakili parti.
Namun itu bukan jawapannya. Ia tidak cukup. Masalah yang wujud ini diwarisi dari regim dan perlu ditamatkan. Kita seharusnya segera mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Baik segelintir pemimpin DAP mahupun Johari Kassim nada perebutan dan debatnya perlu matang dan tinggi, bukan emosi.
DAP pertahankan YDP baru kakitangan kerajaan, benar! Kakitangan kerajaan hampir majoriti menolak rejim BN sekarang ini namun masih ada sosok kakitangan pegawai yang diwariskan rejim BN itulah punca kekacauan (sila klik sinii untuk baca lanjut) , lupakah kita dengan Perak. Hujah Johari juga dangkal apakah perlu kuota parti. Bukan seharusnya dibicarakan hak rakyat. Kembalikan kepada rakyat pilihan raya kerajaan tempatan.
Hujah Johari sebenarnya merosakkan dirinya. Kini timbul pula cerita bahawa kononya Johari marah kerana dia yang mengidamkan kerusi YDP tersebut.
Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN dan rakyat menaruhkan bukan sedikit kepercayaan kepada Pakatan PAS – KEADILAN dan KEADILAN - DAP (Ingat semasa PRU 12 lalu DAP dan PAS tidak ada pakatan rasmi, Anwar Ibrahim telah menjadi orang tengah menggabungkan dan mengembeling kekuatan sehingga menjadi gelombang rakyat menolak BN). Apa yang kita ada ialah kepercayaan rakyat. Maka Keadilan juga tidak boleh sombong, PAS tidak boleh angkuh dan DAP tidak boleh dabik dada.
_____________________________________________________
Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat. Aktif dalam memperjuangkan rakyat marhaen dan merupakan peminat nombor satu perjuangan yang memperjuangkan rakyat. Untuk mengikuti lain-lain tulisan olehnya, boleh ke http://chegubard.blogspot.com/



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Tang ni aku setuju …..
” Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN”
Caya lu! Tolong check askar yg dah lama pencen tapi nama masih wujud di PD sbg pengundi pos. Patutlah susah nak menang. Mintak no pon aku kat msk utk keterangan lanjut.
radenjowo…aku lagi setuju …hehhee…
pi baca kat sini…
http://colourluna.blogspot.com/2009/05/pr-perlu-kuat-mental-dan-fizikal.html
Johari tu dah mula rasa yang dia akan dapat jawatan tu sjk YDP lame tu resign…Alih2, LGE lantik orang lain..tmbh pulak bkn LGE yang umumkan perlantikan YDP baru..Tapi Dr. Mansor…TKM 1..orang PKR lagi…
Tu psl die xpuas hati.. Yg lain2 yg ikot boitkot tu sume sbb takut dgn si Johari ne..slh satu sebabnya dia ni orang Dato’ Zaharain..ni la mslh Anwar…sll lantik slh orang..mcm kes kat Perak jugak la lbh kurang…
Masaalah PKR Pulau Pinang kerana di pimpin oleh Datok Zaharin Hashim. Darah UMNngOk nya masih menebal dan susah di cairkan. Macam sipenagih dadah.. perlu berubat.
Semasa beliau menjadi Pengerusi PPSB dulu, habis di peraitkan hartabenda pelabuhan pulau pinang dijadikan harta UMNngOk. Ibu Pejabat PPSB dijadikan Ibu Pejabat UMNngOk. Kemudian dilelongnya sekupang lima duit.
Anakbuahnya akan ikut acuan dia la… Macam si Johari tu… Jalan Masyukkkkkkkkkk.
ni la akibatnya klu berjuang kerana pangkat……berubah la wahai pemimpinku.klu x mampu memimpin relakan diri dipimpin.
berjuanglah kerana RAKYAT bkn berjuang kerana DUIT RAKYAT
johari kena letak jawatan…kata saja boikot dan nak letak jawatan,,,tapi bila org suruh letak jawatan..marah org pulak…memag sah ketua whip kaldai….
nak tau siapa johari kassim…
lawati diamjoedahmai.blogspot.com
Respect sama lu brader…lawan tetap lawan…
Tuan-tuan,
Inilah masalahnya jika kita ini pejuang yang memakai hanya ‘kasut pejuang’.
Kita rasakan atau selalu katakan pada orang lain yang kita ini pejuang tetapi hati dan akal kita tidak mengerti tentang perjuangan.
Kita masih berkarat dengan pemikiran tentang duit, projek dan kesenangan.
Akal dan nafsu kita berkata : “Inilah masanya…dulu aku teruk-teruk buat kerja…kena kutuk..kena pulau..inilah masanya! Aku patut ambil semula HAK aku.”
Ini pemikiran politik lama. Pemikiran sebegini hanya sesuai dalam politik gerombolan yang sudah kita tinggalkan itu.
Pemikiran ini adalah warisan UMNO.
Kita adalah pengamal politik baru! Cuba-cubalah fahaminya.Jika tidak baliklah kepada politik lama dan UMNO. Itu sahaja. Melayu akan hancur jika plitik lama ini masih ada dalam akal kita.
Kalau nak tulis cerita jgn dengar satu pihak saja. Kena lah jujur ,ni x tau apa dah komen mcm-mcm.
Hidup dgn fitnah untuk menjatuhkan orang tu perangai siapa??
maka berkatalah si pembakar jambatan - er kita bikin lagu tu marchy sikit tapi orang muda suka koir
jd kita masukkan koir
-hoi , org muda suka hiphop dan rap dan alternative uncle usin
+= satu malaysia tu lagu dan bendera malaysia kerat rupa no. 1
**= macamana malaysia boleh biarkan dipimpin begitu = bingung
masuk topik Cheguvara bard ni = tula chegubard jang weh takleh hanya ngadap laptop je
turun jang weh turun , cari jalan masukkan manusia baru
dan kerat lapan saki baki umno keparat dalam PKR tu
dan guan eng plak kalu tak betui kita bantai gak ……..
Hoi! Nak tulis ka setakat nak tayang muka!!!?