Menaruh harapan

May 15th, 2009 | By Admin | Category: Isi I, Mat Saman Kati, Rencana

Semasa kawan-kawan mengajak aku ke Maahkamah Tinggi semalam, berat aku nak pergi. Tak ada apa yang aku harapkan dari mahkamah..melainkan kekecewaan.

Tapi bila kami sampai dimahkamah Jalan Duta..perasaan itu sedikit berubah. Pertama kerana dapat berjumpa ramai anak-anak muda dari Institusi Pengajian Tinggi yang mengenali aku. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya anak-anak muda ini dapat membebaskan diri program penjajahan minda yang dilakukan oleh UBN di IPTA/IPTS.

Antara jam 2.00-2.30 petang…kami menyaksikan ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak ada keistimewaannya. Bagi aku ini perkara biasa.

Ketika pemberita dan jurugambar bergelut untuk mendapatkan berita dan gambar..aku duduk disatu sudut memerhatikan. Ketika rakan-rakan cuba mendapatkan pas untuk masuk ke bilik mahkamah..aku malas nak masuk. Akhirnya kami berikan pas itu kepada Cyberboron. Aku masih lagi tidak menaruh kepercayaan kepada mahkamah. Dan aku tak mau mendengar berita kecewa.

Tetapi apabila mahkamah mula bersidang dan hakim mula membacakan kertas penghakiman…ada sesuatu yang luar biasa. Tidak ada penyokong Umno/BN dan tidak ada seorang pun pemimpin mereka!!

Bagi aku…ini satu petanda positif. Dah banyak kali aku tengok…Umno/BN selalunya mengetahui lebih awal dari kita…sebab mereka menguasai semuanya…termasuk mahkamah.

Sebelum keputusan pilihanraya Bukit gantang hari tu..pemimpin-pemimpin Umno sudah mula meninggalkan Bukit Gantang seawal jam 6 petang!!. Pukul 7 malam…mereka dah tahu mereka kalah!!! Sedangkan kebanyakan kita hanya mengetahui sekitar jam 8 malam.

Dan ketiadaan mereka di Mahkamah Tinggi semalam memberikan persepsi awal…mereka sudah tahu apa yang akan diputuskan.

Sekitar jam 3.20 petang..kami yang menunggu di lobby mahkamah mendapat sms awal…hujah-hujah Gani Patail ditolak oleh Hakim.

Dan sekitar jam 3.50…kami mendapat sms…”Nizar still MB”. Tapi kami masih belum mendapat kepastian…walaupun Dugong sudah menjerit kegembiraan. Semua mata tertumpu kearah Dugong bila dia menjerit “Yes!!!!”

Jam 3.55 petang..tiba-tiba kami dijeritkan dengan laungan takbir. “Allahu Akbar!!” dan jeritan..”kita menang!!” Dan masa itu…aku masih duduk diatas lantai mahkamah. Aku menunggu mesej dari Cyberboron yang masuk kedalam bilik penghakiman tapi tak tiba-tiba.

Pemberita dan jurugambar sudah mula mengerumuni lif…menunggu Nizar turun.

Tiba-tiba Cyberboron keluar dari lif…dan bila dia jumpa aku…dia kata, “minta maap, bang Mat. aku tak tau nak buat apa!! ”

Tok sah kata dia…aku pun tak tau nak buat apa-apa bila dapat keputusan yang memeranjatkan…walaupun kita tahu kita dipihak benar.

Memang kita seronok…tapi bila tak ada penyokong Umno yang datang untuk mendengar penghakiman…aku masih tertanya-tanya. Sudah bebas kah mahkamah? Macam mana depa dapat tahu lebih awal dari kita?

Kami terus balik ke Ipoh selepas itu. Dan selepas mengemaskini apa yang patut…aku ambil ubat kaki tiga…secawan kopi O. Baru dapat lena. kalau tidak …aku asyik memikirkan…macam mana kalau Raja Nazrin tidak bersetuju membubarkan DUN? Macam mana kalau UBN merayu kemahkamah Rayuan dan rayuan mereka diterima?

Aku tak mahu diperbodohkan lagi…dan kalau ini benar-benar terjadi…aku percaya, rakyat Perak tidak akan berdiam diri lagi.

Semasa posting ini dibuat..Nizar sedang berada di istana Iskandariah, Kuala Kangsar..manakala beberapa pegawai khas Nizar sedang berada di istana Kinta untuk menghantar surat rasmi memohon pembubaran DUN.

Tags: ,

Afiat

36 comments
Leave a comment »

  1. salam bang mat,

    susah la nak cakap ..mmg puak2 nu akan buat macam2 benda. tu yg ada sy jumpa sampai cakap nak bakaq suk tu…..sy ada baca gak kat dugung darat..dia kata umno ada wat meeting kat casuarina..? apa citer?

    tp takpela ..bukan bermakna patah semangat cuma….kita dah buat yg terbaik…selebihnya kita berserah kat DIA je..sebab apa2 pun semua yg berlaku atas kehendak-Nya….

    insyaallah…

  2. tu ler ..aku secara peribadi konfius juga….kata adanya sistem konspirasi utk tentukan keputusan mahkamah….tp camne nizar boleh menang..sama jugak dlm pilihanraya…kata ada pengundi hantu…tp kenapa pakatan rakyat boleh menang…lagiler kat pilihanraya kecil…konfius2..ker semua tohmahan sebelum ni fitnah belaka…masalah besar kalau termakan fitnah ni.sapa yg patut tanggung dosa kalau semua tohmahan sebelum ni fitnah belaka ?

  3. Alhamdulillah, lepas ni jika semua selesai, jika prk negeri diadakn, dan jika pakatan menang lagi, kita harap akan menang dgn lebih besar. saya nak mencadangkn kita adakan perhimpunan rakyat secara aman di stadium ipoh, kita panggil bekas ss yg kena gantung tu, suruh dia berucap, dia mesti mohon maaf pada ds nizar dan seluruh rakyat perak atas kebiadapannya.

  4. amin….

  5. Halau semua ulaq-ulaq kat SUK tu!!

    http://amkbukitgantang.blogspot.com/

  6. nak suruh SS tu mintak maap? susah beb.. mamat tu keras kepala.. sedangkan depan raja nazrun pun dia nak jerkah nizar, ni kan pulak nak suruh berucap.. kecut telor lagi ada le dia…menyusup je ilang tah ke mana

  7. Yong pun terpikior perkara yang same. Deme dah tahu awal2 lagi ape keputusan mahkamah. Macam deme tahu dah kalah kat Selangor, Perak, P.Pinang dan Kedah dulu. Jadi deme tak payah datang ke mahkamah. Takut nanti muka terpampang kat akhbar luar negara. Kot diserbu wartawan, tergagap2 nak jawab. Fenomina tahu sebelum berita rasmi keluar ini amat mendukacitakan. Jika benar deme dah tahu awal, siapa yang bocorkan keputusan itu?? Bilakah negeri kita ni akan jadi benar2 telus?

  8. Salam,
    Alhamdulillah diatas kemenangan. Tapi ingat saudara pejuang sekelian, di pihak sana ada seribu satu macam muslihat yang tersembunyi. Jangan terlalu gembira diatas kemenangan ini.
    Mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu termasuk dalam keadaan tertentu yang kita tidak jangka.
    Saya sarankan supaya kita sentiasa meletakkan syak wasangka diatas apa saja yang berlaku sekarang ini.
    Dengan berbuat demikian kita akan sentiasa berwaspada dan tidak leka keatas momokan mereka.
    Sama2 lah kita berdoa semoga Allah membimbing kita kejalan yang lurus dan membuka pintu hati mereka kearah nurNya seterusnya menyokong perjuangan dunia dan akhirat.
    Allah hu akbar

  9. Deme bukan sahaja tahu lebih awal tapi dah siap pelan setrusnya.Rayuan nya pun akan berjalan pada hari juga di Putrajaya.
    Jangan sampai terkejut Berok kerana UMNO ni adalah BAPAK kepada segala putar belit.

  10. BRO MSK….

    KALAU JADI BUBAR DUN NANTI…

    BRO PASTI JADI CALON PUNYE KAN….

    LEPAS TU MENANG JADI EXCO PULAK…..

    BILA DA JADI EXCO……

    JANGAN LUPA BUAT PROJEK…..

    ” KAMPONG INVESTMENT”

    K……

    KAH…KAH…KAH…KAH……

  11. Khamis lepas masa peguam2 Nizar & peguam2 Zambry sibuk berhujah di mahkamah, Hakim minta rehat sebentar sebab beliau nak bersolat…

    Bila tengok Hakim minta tangguh sebab nak solat…geng2 Cina awal2 lagi dah cakap, ini satu petanda baik bagi Nizar …kami tanya kenapa?…geng2 Cina tu balas..ini Hakim ada ingat Tuhan..semayang punya orang…takkan mau tipu jugak…

  12. Najib suami Rosmah kata, dia bersetuju berkerjasama dengan pembangkang di Perak tanpa membentuk kerajaan campuran.

    Sekarang buktikan ! Berikan kerjasama sama kepada Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN. Jangan berhelah lagi……berikan kerjasama. Bukan untuk membentuk kerajaan campuran, tapi untuk membubarkan DUN.

    Jangan sampai Satu Malaysia kata……suami Rosmah hanya main sedap cakap !

  13. Barisan Nasional (BN) sememangnya berhak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, namun hal itu hanya akan lebih memanjangkan kemelut politik yang melanda negeri Perak. Rakyat Perak memerlukan kepada sebuah kerajaan yang dapat berfungsi dengan baik.

    Jadi, kembalikan hak itu kepada rakyat untuk menentukan siapa yang lebih berhak dengan cara pembubaran DUN. Ini selaras dengan konsep demokrasi iaitu kerajaan yang dibentuk oleh rakyat, untuk rakyat dan kembali kepada rakyat.

    Kepada suami Rosmah……fikir-fikirkanlah ! Berikan kerjasama anda untuk membubar DUN Perak.

  14. MSK….

    Bukan apa …Yeop..Najib kecut pasal kalau Kes MB Perak UMNO menang..nanti Anak Pak Berahim boleh buat camtu gak kat Najib…jadi lebih baik korbankan Zombie (Lagi pun Zombie bukan calon MB Najib) hu hu hu… tak gitu…

    Salammmm…

  15. (DIPETIKCURI dari mstar.com.my)

    IPOH: Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang digantung serta-merta.

    Turut digantung tugas ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal M. Shahid.

    Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kedua-dua mereka digantung tugas sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

    Nizar menyatakan demikian dalam notis pekeliling yang ditampal dalam bangunan SUK hari ini.

    Notis bertarikh hari ini iaitu 12 Mei dikeluarkan sehari selepas Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah.

    Dalam notis itu, Nizar berkata, Abdul Rahman tidak dibenarkan sama sekali memasuki Pejabat SUK dan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat SUK, Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

  16. Yang susah nak ramal nombor ekor…..Dan berita yang boleh PASTI SAH BENAR DAN 100% BETUL keputusan nombor ekor….

  17. DIPETIKCURI bermaksud dicopy dan paste

    Hehehehe

  18. BN xleh nk menang mahkamah dgn pilihanraya kecil skrg sebab sudah ramai pemerhati dan rakyat ramai yg sudah celik undang2! inilah betapa sgt pentingnya internet kepada rakyat malaysia.. diminta org2 kwsn kampung pasang internet di setiap rumah masing2.. biar ahli keluarga semua celik IT

  19. TERKINI TERKINI TERKINI !

    Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

    Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

    Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

    Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

    Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

    Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

    Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

    Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

    Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

    Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

  20. Pagi masuk permohonan tengahari dah dapat keputusan.Najib buat sidang akhbar sebelah petang besoknya Tuanku perkenan mengadap.Nizar macam mana……..pikir2 lah sendiri.

  21. hmm…macam sy cakap la bang mat,,,,…dah agak dah!!!

  22. weyy seluruh orang pakatan pegi halang zambry masuk SUK.. umno dan mereka masih tidak belajar dan tidak serik2.. semua pegi lawan secara JANTANNN!!

  23. mahkamah cuma tangguh je..so maknanya perak takdak mb…

    dgn ni…mai kita pakat2 calonkan bang mat jadi MB…kekekkekekekk..jom pi istana skang…

  24. mgkn ini lah yg dimaksudkan oleh Tuanku Sultan Perak bila baginda menyatakan”innallah hamaassobirin” kpd Nizar.Tuanku yg begitu arif dlm bidang perundangan mgkn rasa yakin akan kebenaran akn muncul di kemudian hari dan tindakan merelakan BN merampas Perak dari PR sekadar ingin mengambil hati Najib wlupun berdpn dgn kekalutan & ketidaktentuan keadan politik di negerinya.Nampaknya Tuanku berfikiran jauh dlm masalah perundangan.
    kebanyakan kita yg tidak arif dlm kes ini begitu cepat melatah & menuduh yg bkn2.wlupun menang di mahkamah kedudukan PR di Perak blm selamat lg.kita x tau apa akan berlaku seterusnya.apakah ini sebahgian dr wayang dr pihak lwn.wallahu’alam

  25. Salam …

    Kalu tak dibubarkan DUN pun aku tetap akan tentang BN n sekutu-kutunya habis-habisan . Peasan arwah bapak aku , pastikan islam naik sebelum nko turun ke dalam tanah ( kubur le tu )

  26. sila layari blog saya..Jika sudi sahabat semua dipersilakan cilok artikel saya.

    http://tintahitammy.blogspot.com/

  27. dah kata semalam…depa tak kan duk diam punya..jadi teman tak terkejut cepat sungguh Mah Rayuan buat keputusan..tapi…kemarin dah tolak kpd Mah Tinggi untuk putuskan hal ini..tapi pasai bila mah tinggi buat keputusan tak hormat keputusan mah tinggi…

    abih camno???

  28. Bila kita menang, jangan lah kita RIAK. dan TAKBUR. Memang aku sokong Nizar tapi aku amat kecewa bila dia singkir insan insan yang dia tidak suka. Sepatutnya dia BERSABAR dan TUNGGU dahulu. Yang dia singkir
    itu adalah manusia biasa yang juga mempunyai perasaan. Panggilah dahulu orang itu dan beritahu . Kita ini ada ADAB. KEMANA PERGINYA KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
    Itu lah jadinya kalau berkawan dengan K@##@. Walau pun aku sokong tapi aku tidak akan sokong kalau bersengkokol dengan K@#&# .

    Horas tondi ma dingin
    Sayur matua bulung.

  29. Memang puak puak UBN gerombolan ni tahu lebih awal segala berita sebab depa yg arahkan semua tu.

    Depa bagi la Nizar menang sat untuk tunjuk depa adil (mahkamah) tapi depa ada perancangan lain. Ni puak pembelit ni bukan nak duduk diam. Banyak tipu muslihat. Apa yg pasti kita sebagai rakyat kena pasang telinga dan bongkar segalanya.

    Kalau kat Selangor depa boleh rancang program tawan segala dengan libatkan jabatan kerajaan seperti SPR dll…kat Perak lagi la.

    Yg penting berwaspada selalu…dan jangan terlalu yakin.

  30. Kredibiliti institusi kehakiman diragui rakyat terutamanya penyokong PR kerana Ketua Hakim Negara,Tan Sri Tun Zaki Azmi adalah bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib UMNO.

    Ada penyokong PR yang dah menjangkakan zambri akan diiaytiharkan MB Perak yang sah.Keputusan mahkamah tinggi semalam hujah mereka adalah untuk membuktikan institusi kehakiman bebas,adil dan telus.Sedikit-sebanyak ketegangan berhubung krisis politik di Perak reda sekejap.

    Apa pula selepas ini.Nizar dan barisan exconya hanya dapat berfungsi selama 7 jam sahaja.Jika Nizar masih lagi MB Perak yang sah tapi gagal dalam usahanya untuk mohon restu bubarkan Dun Perak,beliau akan berdepan dengan undi tak percaya di Dun Perak.Eloklah peguam PR bawak kes berkaitan status speaker Sivakumar ke mahkamah kerana ada kemungkinan Ganesan akan menjadi speaker ketika sidang Dun Perak bersidang kelak.

    Lawan tetap lawan.Kita semua tahu UMNO cukup penakut nak berdepan dengan pilihanraya.PRK Penantipun UMNO tak nak bertanding apatahlagi Pilihanraya seluruh Perak.

    Eloklah sesi penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia diadakan agar semua tahu tembelang One Malaysia yang berani merosakkan sistem demokrasi hanya untuk berkuasa

  31. SUHAKAM cadangkan adakan pilihanraya di Perak.One Malaysia tetap angkuh bila berkata pilihanraya tidak akan diadakan di Perak.
    Pelik bagi rakyat semua Mahkamah Rayuan tidak pula menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Zambri.
    Sekarang rakyat dah nampak belang tarung najib.selama ini one malaysian mengutamakan kepentingan orang ramai tapi kini terbukti temberang beliau sahaja.
    tak mustahil najib akan jadi PM paling sekejap dalam sejarah.
    Setakat ni najib dah lakukan 3 kesilapan.
    pertama,bila berkata negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan
    kedua,negara kita tidak akan terjejas ekonominya walaupun dunia mengalami kemelesetannya.
    ketiga,cacamarba di Perak yang dilakukannya akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai makhluk perosak demokrasi.
    tok juga mintak kerjasama TP dedahkan siapa sebenarnya Tan Sri Zaki Tun Azmi.
    Kemana halatuju negara selepas ini ini jika badan kehakimannya diketuai Tan Sri Zaki,Peguam Negara oleh Ghani Patail dan KPN oleh Musa Hassan.Itulah keluhan rakyat Malaysia ketika ini yang kedengaran di kedai-kedai kopi dan di mana-mana sahaja.
    One Malaysian yang dipelopori najib gagal membersihkan imejnya dan semakin hari rakyat semakin meragui wibawanya.sebulan jadi PM dah 100 orang kena tahan atau masuk lokap atas faktor politik.
    Selama mana UMNO yang tinggal nyawa-nyawa ikan sanggup berpaut di dahan yang rapuh.
    tunggulah akan tiba masanya…….tidak berapa lama lagi

  32. Bila ada PRK automatik ada projek mee segera, dalam kes rayuan simamak nipun ada keputusan segera!! Syabas, DS Nizar

  33. Salam semua,

    Aku baru membaca komen dari Dato’ Mahfuz Omar kita. Komen beliau amat menarik untuk difikirkan bersama. Dia berkata, DUN akan dibubarkan juga tapi bila taklah dinyatakan oleh beliau tetapi aku menjangkakan dalam masa terdekat ini iaitu ketika Zambri masih lg menjadi MB Perak (Setelah dia berjaya menangguhkan keputusan mahkamah tinggi semalam).
    OK, mengapa DUN akan dibubarkan dalam masa terdekat ini dan ketika Zambri masih menjadi MB Perak? Jawapannya adalah umno/bn sendiri yang akan mengadap Sultan Azlan dan memohon DUN dibubarkan atas sebab2 yang sama dinyatakan oleh DS Nizar selama ini. Apabila Sultan Azlan memperkenankan pembubaran DUN Perak, mereka akan mencanangkan perkara ini ke seluruh pelosok negeri Perak bahawa mereka bukan tamakkan kuasa seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak PR. Mereka pun akan kata bahawa mereka juga mengharapkan DUN dibubarkan tetapi atas kapasiti usaha mereka dan bukan dari pihak PR. Merekalah hero rakyat yang mampu mengembalikan mandat kepada rakyat. Mereka tau, kemelut ini tak akan kemana melainkan dengan pembubaran DUN. Tekanan yang hebat dari pihak dalaman dan luaran BN tak mampu lagi mereka nak tepis. Jadi, mereka pun akur namun kerana ego yang tinggi pembubaran ini adalah kerana mereka.
    Pada pendapat aku, ini cukup terkesan kepada pengundi2 atas pagar. Pengundi2 ini hanya mendapat maklumat dari satu pihak saja iaitu media2 mereka di tv dan radio. Jika hari2 disogok cerita dan propaganda yang sama, memanglah terkesan akhirnya.
    Dan satu lagi, mereka mahu pembubaran DUN ini pada keadaan mereka menjadi care-taker pada kerajaan negeri Perak supaya mereka boleh mengawal instrumen2 kerajaan negeri. Ini sangat penting sebagai senjata mereka yang memang selama ini digunakan secara total.
    Mereka berpendapat, alang2 DUN negeri Perak ini perlu dibubarkan, mereka mahu mengawal keadaan dan mampu merancang dengan lebih berkesan berbanding jika PR yang berkuasa atau menjadi care-taker kepada kerajaan negeri Perak semasa tempoh pembubaran.
    Aku rasa, kita kena bersiap dari sekarang dan perlu gerakkan jentera2 parti diseluruh negeri Perak agar kita tidak lambat mengambil tindakan yang mampu menjerat kita pada pilihanraya negeri nanti. Pastikan kita mampu menawan pengundi2 atas pagar yang sentiasa perlu diberi maklumat2 yang tepat dan tidak mengelirukan.

  34. Najib ingatkan rakyat Perak jangan “teruja” dengan keputusan mahkamah….Pesanan tu ada makna…..Maknanya dia dah tahu keputuasan mahkamah “memenangkan ” DS Nizar dan tahu apa akan berlaku esoknya….Kemenangan DS Nizar dilihat supaya mahkamah nampak bebas….UMNO terima dengan hati terbuka…..Lepas tu ..keputusan rayuan Zambri….hangpa orang PR terima pulak terima dengan hati terbuka….

    Tu sebab di Mahkamah Tinggi mana ada penyokong UMNO….? Depa dah tahu awal awal lagi..

  35. memangla..sebab dorang nak sogok..tp hakim xnak terima..dats y dorg tau dorg kalah..

  36. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

    Melihat hujah nya, aku rasa Peguam Negara nak jadi calon pilihanraya…..atau sekurang-kuranya jadi ahli politik !

    Sebodoh-bodoh Mat Jenin, dia tahu jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri adalah jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri Perak. Cuma ‘makhluk’ yang menjawat jawatan tersebut ketika ini ‘makhluk’ lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dipinjamkan kepada Negeri Perak.

    Kerajaan Negeri Perak boleh MEMULANGKAN ‘makhluk’ itu kepada Pusat dan melantik orang lain menggantikan kekosongan tersebut. Itupun Peguam Negara tak faham !

    Macam di Selangor dulu……bagaimana Khir Toyo memulangkan Pegawai Kewangan Negeri ketika itu, Dato’ Zambrin Buang kepada Kerajaan Pusat.

    dap.melayu@rocketmail.com

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.