Masih berharap?

May 15th, 2009 | By Admin | Category: Isi I, Mat Saman Kati, Rencana

Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema  aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.

Dalam aku dok kata…ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.

Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.

Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.

Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat  tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR…tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak…malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar.

Haji Hadi pun serupa. Takat  bersuara kat masjid Rusila.

Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?

Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?

Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?

Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu…pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?

dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk diKelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?

DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul…dia Menteri Besar..tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh..tapi kalau Ahmad Awang kata…”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.

PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?

sidangmediapr1

kot-kot la ada Hj. Mail kat belakang.  Tapi kalau takat Hj. Mail…lebih kurang aku jugak. Kurang-kurang pun..kemana aku pi…ada jugak peminat nak bergambar.

Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang..orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti..baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.

Sekurang-kurangnya..orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?

Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak…kalau lingkup pun memang patut.

Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.

Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.

Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.

Nak harap sapa lagi?

Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau  Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.

Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak..rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.

Jangan salahkan rakyat Perak..sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan..Anwar dan Hj. Hadi gagal.

Tags:

Afiat

79 comments
Leave a comment »

  1. sokong….

  2. Presiden pas dh bersuara, tgh hari nnt kita tggu ape kate tok guru nik aziz pulak, nk kekal jd tunggul tggu dan lihat, atau membujur lalu melintang patah, anwar bila lagi.

  3. pemimpin politik biasanya buat perbincangan tanpa menghebahkan pada umum. serupa lah che det yg nasihatkan Najib tapi siapa yg tahu apa yg dia nasihatkan…kecuali melihat dari tindakan Najib kita tahu dia bukan berseorangan dalam membuat percaturan. Begitu jugak lah saya percaya Anwar dan Hj hadi tentu sering bertemu , dan setahu saya jugak anwar sering ke Perak utk berceramah bersama Nizar..takkan lah anwar senyap saja ..hanya tak mau lah terang2 tunjuk anwar control perak pulak, nanti ada jugak orang PR yg marah kat dia…

  4. dalam keadaan politik perak sekarang ni..tak sepatutnya kita penyokong PR saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri..apa tah lagi pemimpin2 yg telah jelas perjuangan mereka selama ni..kalau berjuang sebab nak menang itu tanda perjuangan kita tak ikhlas..kita berjuang sbb kita yakin kita menentang kemungkaran..soal menang atau kalah itu kuasa Allah…teruskan berjuang!

  5. Ya pimpinan peringkat negeri dan pusat nampak tidak berfungsi dan tidak bertindak sebaik mungkin, Peringkat negeri memang dah lemah dari dulu . Tidak pandai bertindak mengikut keadaan. Lihat di PRK Bukit Gantanng saja pun dah nampak.

  6. hamtam abang mat,

    joyah…masalahnya rakyat tak nampak apa yang pemimpin lain buat….bukan saja buat.,..cakap pun tak dengo…

    abang mat, lagi lah hj osman marah mike dengan artikel ini….

  7. mat..ko ni pehal…..kejap tulis sokong PR..kejap kaki bangkang….ikut je le apa yg kepimpinan parti buat….ke ko ni salah seorang agen umno yg nak hancurkan parti kat perak ?

  8. sori, nak mencelah.. apapun, komen abg Mat kena diberi perhatian… bukan nak tuding jari, cuma nak bg ‘kejutan letrik’ sket..klu ada tindakan drpd pimpinan tp tak mau heboh2, kira ok lagi..tp klu takde tindakan, anggap la komen ni nak bg depa sedar yg depa kena amik tindakan…jgn tgu lama2… dah kena rancang strategi lain.. rakyat perak pun dah tak larat nak tengok krisis ni berlarutan.. yg UMNO pun satu hal, apa susah sangat ke nak bagi balik rakyat pilih kerajaan sendiri? pendokong demokrasi konon.. podahhh… respek kat Nizar, sbb kalau takde rayuan drpd Zambry pun, dia tetap nak mohon bubarkan DUN, ini bermakna beliau tak gila kuasa.. tak macam rakan sejawat ‘haram’ yang dok sibuk samakan diri dia mcm Mandela & Gandhi tuh!

  9. Saya setuju dengan joyah laser.. jika setiap intipati perbincangan pimpinan pusat disebarkan… dah tentu pihak musuh akan tahu strategi kita… Kenapa pada hari IR Nizar disahkan MB yg sah beliau tidak terus balik Perak? Dah tentu ada perbincangan dan rundingan dengan pimpinan pusat…

  10. Salam Mat,

    Teman nengok Hj Osman pun tak semiak jer….. Macam ada muslihat atau agenda jer dia ni. Nampak gaya nyer jenis yang suka tonjolkan diri jer tapi peranan nyer apah tak nampak. Dok menyeroghin jer buat aper. Teman idak ler tahu benor dia ni…. tapi dari apa yang dibaca dan dengor ceriter orang dan setetelah diperati dari jauh…. memang betoi apa yang komer cakap….. peranan dia tak menyerlah. Kesian Nizar dan Ngeh… terpaksa berhempas pulas mempertahankan Perak dan bersusah payah untuk mengembalikan semula kuasa kepada rakyat!! Salute demer berdua ni!! Betoi Mat , apa hang cakap…. PKR buat taik depa yang bersusah payah terpaksa menyucikan nyer…. haprak punya katak!!!

  11. Bagi saya, anwar dan Hj Hadi mempunyai perancangan mereka sendiri. Mereka berkerja dibelakang takbir. mungkin juga mereka adalah mastermind dalam kes ini.. dalam kes ini tidak perlu campur tangan dari banyak pihak.. ia akan menimbulkan lebih banyak kekeliruan atau gangguan kepada perbicaraan. saya pasti Nizar tidak keseorangan.
    sebab tu kalau nak berperang, selalunya “Unit rahsia” yg akan menjadi penentu kejayaan sesuatu peperangan itu. unit rahsia ini ialah pemimpin2 dikalangan pakatan rakyat.
    Tangan dibelakang takbir.

    Rileks.. jangan keruhkan lagi keadaan.. musuh jarang menunggu general buat silap.. tapi musuh akan mengambil kesempatan jika askar yg buat silap. kerana kesilapan askar, general juga akan terkubur.

  12. Salam pakcik Mat dan semua pengunjung

    Bagi saya tak perlu kita terlalu melatah dengan peristiwa 11 & 12 Mei…Just bawak bertenang…untuk sehari dua ni relax laa dulu jangan terlalu melayan rentak UMNO..kalau pemimpin PR ada perancangan buat dalam senyap tak perlu laaa buat press confrence ke apa..tengok UMNO diorang buat dalam senyap jer…

    Satu lagi saya tak fikir Anwar, Hadi dan semua peminpin tertinggi buat senyap…lebih baik diorang just belakang tabir . Jadi tak timbul salah faham sebab kalau diorang dok masing-masing kluar statement jadi celaru pula… yer laa kekdang terkeluar statement yang bersifat peribadi….nanti jadi sejata UMNo untuk counter atttack…pulak…

  13. Harap jangan putus harap…prosiding mahkamah perlu dihormati.

    Sokong benor JL, Pak Sheikh adalah pakar strategi . Apa yang berlaku memberi merit kepada PR untuk PRU 13.

  14. tahniah abg mat sebab perlihatan kelemahan PR. harap2nya pemimpin terbabit tu sedar dah perkuatan barisan…

  15. hari ini dah 13 mei. kalau nak ikut dah enam bulan dun perak tak bersidang. jika diikut keputusan mahkamah dun bawah pokok dan dun 7mei adalah terbatal. apamacam secara otomatik dun perak bubar esok?

  16. sekali lagi artikel serkap jarang@dangkal
    … apakah setiap perkataan yang keluar atau setiap tapak kaki pemimpin itu mesti dimaklumkan kepada seantero dunia? eheheh….
    itulah politik namanya…

  17. Salam Bang Mat,

    Dulu aku pernah sebut Anwar ni dok sibok cakap pasal lautan lah, gunung-ganang lah, cakerawala lah… tapi satu persatu tiang rumah dia kena tebang, dia tak ambik pot. Maknanya dia dok sibok cakap pasal dunia luar, tapi hal parti sendiri makin goyah dia tak ambik kesah.

    Hang tengok blok dia pun dok cakap pasal ‘Sosilo Bambang Yudhoyono dalam majalah time’lah, ‘Suu Kyi in dare need of medical attention’lah, Pasal ekonomi global lah… semua tu cerita luar.

    Tapi hal dalam parti dia.. hal orang parti dia dok keluar, dok kena ambik, dok kena colek, dok kena sakat, dok becelaru dengan macam2 hal sampai satu negeri jadi kalut… apa yang dia buat? Rakyat pun tertanya2 macam mana nak jaga Malaysia kalau parti sendiri pun tak terjaga.

  18. aku harap satu hari nanti MSK ditahan dibawah ISA atau akta hasutan.memang ko ni kaki menghasut,mcm yahudi gak tp org yahudi musuh dia org islam dan Mat saman juga musuh dio org islam dan membela org kafir supaya org islam lain jahanam dan lingkup biar cucu cicit ching peng yg bermaharajalela dan berkuasa dibumi ini

  19. MSK baghu cuit sket.kome dah mengelupor maghah…kekekeke
    baghuih ler ghope tu.. khughang-2nye kome dah terjage daghi lamunan..

    tak payah ler nak berahsia-rahsia ngan rakyat..
    ’strategi peperangan’ konon..kekeke
    kome koje utk parti ke utk rakyat..?
    yg ngundi kome tu parti ke rakyat?

    kalo nak berahsia disebabkan ’strategi’ yg kome kate tu…ghentikan ler.
    khughang-2nye bagi ler kieh-2 sket supaya rakyat paham…

    bila rakyat maghah..kome kate rakyat tak paham..
    ater..memang betoi pon rakyat tak paham..

  20. ate..ade benor juge kate msk tu..aku sebagai anak perak nie..penin pale dibuatnye..leba libu yop..teguran pd pemimpin PR penting..moga deme sedor dan segera gerakkan segala tok nenek jentera yang ade dlm PR..lemaih perot yop nengok keadaan perak nie…

  21. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

    Melihat hujah nya, aku rasa Peguam Negara nak jadi calon pilihanraya…..atau sekurang-kuranya jadi ahli politik !

    Sebodoh-bodoh Mat Jenin, dia tahu jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri adalah jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri Perak. Cuma ‘makhluk’ yang menjawat jawatan tersebut ketika ini ‘makhluk’ lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dipinjamkan kepada Negeri Perak.

    Kerajaan Negeri Perak boleh MEMULANGKAN ‘makhluk’ itu kepada Pusat dan melantik orang lain menggantikan kekosongan tersebut. Itupun Peguam Negara tak faham !

    Macam di Selangor dulu……bagaimana Khir Toyo memulangkan Pegawai Kewangan Negeri ketika itu, Dato’ Zambrin Buang kepada Kerajaan Pusat.

    dap.melayu@rocketmail.com

  22. aku tak faham mcm mane sendiri mengaku penderhaka lepas tu pi sengeh2 mengadap sultan ,tak ade maruah ke,tak malu ke.dah la tu gila kuasa dapat kuasa beberapa jam terus pecat org.ape punya pemimpin ,mcm ni betul2 gila kuasa dan meyalahgunakan kuasa,bolih lingkup negeri perak kalo dapat pemimpin mcm ni.itu lah akibat kalau ikut cakap cina Dap,jadi boneka Dap ,jadi budak suruhan DAp.Sifat tatasusila,berhemat tinggi,berilmu dan bermaafan semuanya diketepikan kerana mengikut nasihat cina Dap.kadang2 kesian aku tengok

  23. Aku rasa Anwar dan Hj.Hadi ada memainkan perananya tetapi mungkin dibelakang tabir tetapi yg menghairankan ketua PKR negeri Perak tu..tak timbul2 pun

  24. Rasa nak lepas kentut kat melaun kuala !

  25. Sebenarnya ada pihak telah TERTIPU apabila YAB Nizar dan Ngeh mengadap Raja Muda ketika sidang haram 7 Mei yang lalu.

  26. Teguran ni paling aku suka… aku sokong 700%.

    Pmimpin PKR negeri Perak macam hampeh…. Bubar je PKR Perak ni. Pergi la masuk umno balik. Memang duri dalam daging PKR Perak ni. Aku dah start benci puak2 PKR ni.

  27. Ade org melayu yg sanggup mengaku DAP Melayu lagi lah aku sedih dan malu.kalau apa yg aku tulis tu betul dan terasa panas hang nak lepas kentut kat aku pun tak ape asalkan hang dah sedar dan balik membela melayu dan islam bukan membela cina dan kafir.Sebusuk2 melayu dan islam dia tetap bersaudara gak.kalau mati nanti suruh Ngeh dan Nga tu sembahyangkan jenazah dan bacakan Talkin

  28. Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

    “Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

    Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

    “Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,” kata beliau.

    “Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,” kata Abu Talib. BERNAMA

  29. Susah sangat ka Anwar nak tukar Ketua PKR Perak … adakah lagi susah masa dia dok kat dalam dulu …
    Tukar la woiii … awat bodoh piang sangat

  30. salam semua..
    ni la komen aku…kalau dalam sebuah filem semua nak jadi hero..mana nak best bang…bagi nizar ngan ngeh dah la jadi hero..depa pun ada power masing2..yg penting skrang ni yang baik kita sokong, yg jahat kita tentang habis2an…
    ingat slogan islam “amar makruf nahi mungkar”….tq

  31. Bro MSK, pemimpin PKR Perak nampaknya langsung tak mainkan peranan dalam krisis nie yer, so aku setuju ngan penatcakap pasai anwar nie, cakap berkobar2 tp tahi bergelumang di kaki, DS anwar ko patut buang jer malaun Hj OSman tuh, osman ni banyak menyusahkan lagi menyenangkan PKR Perak nie, hulubalang dia lah yang celaka punca hal jd begini nie, DS anwar tukar OSman ngan org lain secepat mungkin, tu kehendal akar umbi, bukan kehendak org2 besor PKR, saper lebih penting bro anwar, kalau kekalkan osman aku percaya PKR perak lingkup

  32. hentam lagi PKR…kasi tutup itu parti.

  33. mane berani pkr nak bersuara..
    kan katak2 tu wakil dari pkr..
    malu laa tu.. dah kalau pemimpin sendiri tak jaga anak buah.. ape lagi.. melompat laa..
    dah teruk jadi macam ni.. nak kata ape lagi.. nak letak jawatan.. mane deme tau.
    senyap je laa.. nyorok jadi katak.

  34. Salam, aku sokong penuh! Mentang-mentanglah tiap bulan dapat elaun MP & ADUN, semua nak duduk senang lenang. Makan elaun buta!!!!! Kalau BN tekan PR, aku cadangkan PR tekan balik BN. Caranya, BN cuba tak nak pilihanraya, apa kata wakil PR letak jawatan satu demi satu. Bermula dengan wakil yang ada 2 kerusi DUN & MP. Pilih satu untuk makan elaun buta, satu lagi letak jawatan untuk pilihanraya kecil. Lepas selesai satu, seorang lagi letak jawatan, lepas seorang, seorang lagi. Kita ni rakyat biasa yang sokong PR tapi wakil PR penakut!!!!!! Aku respek kat Fairus berani letak jawatan di Penanti, tengok…… BN/UMNO ketar lutut, sampai la ni tak ada keputusan nak tanding ke tak nak. Aku cabar korang (wakil DUN & MP), letak jawatan sekarang juga.

  35. Salam….
    setuju dengan pandangan abg mat….
    tapi pada saya anwar dan hj.hadi ada memainkan peranan masing2..takkan lah nak tunjuk sangat mereka yg control krisis perak….anwar kita dah tahu kehebatan dia semasa krisis beliau…
    masa ada krisis ini lah kita dapat tengok pejuang baru….hero-hero dan pemimpin baru rakyat…
    anwar dan TGHA sentiasa berada dibelakang….

  36. sokong artikel ini… 100%

  37. msk..
    aku sokong sngt pendpt hang.. Skrg ni yg tinggal hanyalah kuasa rakyat je.. Mmg betul kt memerlukan seorang pemimpin untuk mengemudi seluruh rakyat perak ni, tp aku rasa lebih cantik kalo org yg mengemudi tu dtg dr anak perak sendiri.. aku tau anwar mmg ade pengaruh yg sngt kuat dlm benda2 cani, tp kt kena ingat ape yg terjadi pada tahun 98, dan pemimpin2 BN mmg tngh tnggu2 je dia nak keluar.. kt kena tahu anwar ni bkn setakat rakyat M’sia je tnggu dia jadi PM, tp kebanyakkan negara islam di dunia ni.. Anwar memikul harapan org yg sngt ramai dan dia perlu lebih berhati-hati.. Tngk PRU 2004 bila anwar takde, dgn mudah BN mendpt majoriti 2/3 dlm parlimen..
    kesimpulan yg aku nk buat kat sini, ape yg terjadi di perak bkn setakat melibatkan parti politik je, tp aku yakin maruah seluruh anak perak dan aku yakin org yg tak berpolitik akan turut sama menegakkan kebenaran.
    org yg nak mengemudi kebangkitan rakyat perak ni aku rasa hang sendiri pun boleh MSK.. aku baca setiap artikel hang dan comments yg diberikan seperti org2 perak ni menunggu masa je nak keluar.. cume hng kena ade perancangan yg strategik, kena ade plan A, plan B dan plan C.. tngk masa 7 mei lepas, kt kaji blk macam mana kt blh gagal..aku yakin hang sendiri pun da ade pengikut yg ramai..

  38. joyah laser,

    Hang percaya Anwar dan Hj. selalu bertemu?
    Kepercayaan hang tu macam aku percaya kat hantu.
    Dan setahu hang Anwar selalu datang ke Perak berceramah dengan Nizar?
    Kalau la depa selalu berceramah bersama…aku berhenti menulis. Jual kacang kuda kat ceramah depa lagi bagus. Boleh hidup.
    Kalau berjuang nak kalah…hangpa buat sendiri la.

    malaccan,

    Pada hari keputusan mahkamah tinggi, Nizar diminta bagi ceramah kat Taman Melewar. Yang tu saja la depa tau. Tapi Nizar tak tunggu…cancel ceramah dan balik kePerak.

    mrasyidi,

    kebenaran adalah persepsi. Pemimpin bukan sahaja perlu bekerja tapi kena juga dilihat bekerja.

    abufawaz,

    Kalau Anwar dan Hj. hadi sebok…ketua PKR dan PAS Perak kena kerja lebih la.

  39. Teman rasa perak jadi macm ni ada 1001 hikmah untuk rakyat 1 malaysia.

  40. melaun kuala,

    Orang yahudi bunuh dan tangkap orang palestin..yang tu orang kata zalim.
    Orang Umno bunuh dan tangkap orang Melayu dan Islam…lebih teruk dari Yahudi. tak tau la hangpa ugama apa.

    Orang Hindraf lebih bernasib baik dari orang Islam dibawah pemerintahan Umno.
    Aku tak mau menyamakan hangpa dengan anjing. Sebab anjing tu bagi aku lebih mulia dari hangpa.

    Baca kat sini.

    http://lailagmi.blogspot.com/2009/05/being-muslim-is-the-reason-detained.html

  41. Pemimpin PR sangat bermuafakat. Kes Nizar ni bukannya dibiarkan Nizar keseorangan. Mereka ada berjumpa dan bertelefon utk berdiskusi dan bertanya khabar ttg kes ni. Benda2 mcm ni tidak di’publish’kan dalam blog dan akhbar utk tatapan umum tetapi percayalah pemimpin2 pakatan mmg mereka berpakat. Mereka belum lupa ttg matlamat dan objektif pakatan rakyat.

    Pemimpin2 PR pun ada tggjawab di kawasan masing2. So mereka perlu balik ke kawasan masing2 dan keluarga masing2. Ada pemimpin PR berceramah di negeri2 lain tu biasalah. Org di luar Perak perlu tau perkembangan di Perak.

    Salam perjuangan.

  42. Dollah,

    Hang suruh aku ikut saja apa pemimpin suruh? Depa suruh buat apa?
    Yang tu aku cuba ungkitkan…depa suruh apa?
    Isu disini bukan nak tentang apa yang depa suruh…tapi pasai depa tak suruh apa-apa! Diam saja..

  43. Mat..Hang takkan tak tau..

    Nuar tu memang nak Nizar kalah ….pasai kalau Nizar kalah..senang nanti Nuar nak rampas kerajaan…Guna cara Najib untuk rampas dari Najib…Perinsip nih masih kabur dalam perlembagaan..jadi kalau ade kes seumpama ini..boleh buat bukti sokongan dalam Pebicaraan Rampasan Kuasa Parliman nanti …huk huk..

    Tapi macam CheguBard cakap ..Pak Najib pun tengah buat sesuatu supaya Nuar masuk bailk penjara..hu hul huk..so kita tenggok ler sapa yang lebih cepat …….

    “Penonton Drama Politik Malaya”..

  44. Mat, Aku dah sebar artikel hang ni dalam twitter.
    //twitter.com/hamzahzain

  45. AK CADANGKAN KETUA PKR DIKEMBALIKAN KEPADA USTAZ ZULKIFLI IBRAHIM…AKU TENGOK DIA NI AKTIF DALAM AKTIVITI NGO, POLITIK ANTARA PAS , DAP MAHUPUNN UMNO..
    ADA LAH NAMPAK MUKA DIA MACAM PEMIMPIN..

    TAPI MINTA MAAF CAKAP.. KETUA PKR SEKARANG DAH MACAM DORAEMON NGAN NOBITA…

  46. Salam Mat,

    Bedai jangan tak bedai tapi akau rasa Nuar dan Hj Hadi tak dok diam cuma strategi depa tak berapa berkesan dan lambat bertindak sehinggakan UMNO senantisa berada di depan. Dalam masalah strategi ni si mala’un mamak kutty tu dok ada kat belakang Najib. Tok dalang tu dok main wayang kulit. Aku setengah senpun tak percaya kat dia. Licik orangnyer semua dah tahu. Kalau ada orang dok ketuk depa aku rasa sekurang-kurangnya taklah depa melamun sangat.

  47. kita harus kembali kepada ketentuan Ilahi, membuat ulasan demi ulasan bukanlah satu tugas yg berat, tak seberat mereka yg bertanggungjawab mengendalikan dan menghadapi krisis ini, apalah susah menekan keyboard kemudian menghemburkan segala bagai yg teringat dihati dan difikiran. mungkin sesuatu yg terbaik kita
    kembali menginsafi dan menilai akan segala ketentuan ilahi, itulah ada semurni sifat, kita boleh bertanya kepada diri, kenapa negeri perak yg bersultan atau berajakan seorang yg pernah menjawat jawatan tertinggi dalam sistem perundangan negara dilanda kemelut begini, secara logiknya persoalan ini boleh dirungkai oleh mereka yg mahir dan berilmu,
    inilah sebuah pengajaran yg amat berguna,
    menuding jari ke arah individu tertentu tanpa usul periksa, bukanlah satu jawapan kepada sebuah persoalan,
    bersalahkah pengundi melayu perak?
    bersalahkah pas/pkr/pr serta para pemimpin perak?
    seperti yg saya kata, ini adalah sebuah pengajaran yg amat berguna utk kita, khusus rakyat negeri perak, dan jika setiap dari ini mengambil jalan bijak untuk menanganinya maka beruntung atau bernasib baiklah kita, jika sebaliknya……….kita sendiri boleh menjawab.
    seperti orang lain juga, jika ada yg bertanya, saya akan menjawab saya tau apa yg perlu saya lakukan sebagai rakyat perak untuk menghadapi kemelut ini.

  48. tuan razif…..kalau nizar x keseorangan…takkan le bro.mat saman kati ni hot semacam….kutuk kaw2 kepimpinan pkr dan pas….sbb kepimpinan pkr dan pas…terutama di perak yang lebih pentingkan diri sendiri…maybe sbb dorang takut ditangkap..or dituduh penderhaka…dll…itu pasal kot kepimpinan negeri senyap seribu bahasa.kalauler dorg bersatu hati mempertahankan nizar…tak de le bro mat ni kutuk kepimpinan pkr dan pas termasuk anwar hadi ahmad awang dan hj osman ni.

  49. Bantai depa. Jangan bagi peluang.

  50. sokong brader mat saman kati.
    saudara kena berani bersuara…walaupun agak pahit…walau di dewa sebagai agung sekalipun oleh ribuan penyokong ..tetapi jikalau kepimpinan tertinggi seperti DSAI,TG Hadi Awang,Tn.Hj Osman dan Tn.Hj Ahmad Awang bagai tunggul kayu …penakut…diam seribu bahasa…wajib bagi ahli untuk memperbetulkannya.
    teruskan brader mat saman kati….istiqomah dlm perjuangan…bongkar segala yg tidak betul…ambil cth saudara Din Binjal Pulau Pinang.Takbir !!!

  51. hoi mat…kau ni belah sapa sebenarnya…kejap tulis sokong pkr…kejap balun pkr..kejap pegang jwtn parti..lepas tu letak jwtn pulak…kau jgn kurang ajar nak hentam DSAI….kau kena ingat PKR ni kalau x de DSAI x kan wujud smpi kuat sekarang ni.kau kena ingat berapa ramai penyokong DSAI yang sanggup kena tangkap..sanggup kena buang kerja..sanggup di ISA kan..semata2 utk memperjuangkan DSAI.
    hoi mat..kau kalau dah x puas hati dgn DSAI…pergi istiharkan masuk UMNO…pergi ikut geng Ezam.
    jangan berani tulis dlm blog je…berani kutuk DSAI pemimpin dunia dalam blog je…aku cabar kau mat kutuk DSAI secara berdepan dgn dia.aku jamin kau tak berani….berani tulis dlm blog boleh la…puiiiiiiii…..

  52. MSK, teman sokong miker. Oghang yg tak gheti bahase saje yang dok metter tak wat mender. Ni Perak udah terlingkup, udah hancor dikerojekan Umno celaka, takkan nak dibiokan aje.Teman tak marah jika nak berstrategi…tapi jika asyik dok pasang strategi memanjang…pastu negeri pun hilang…wat kebende nye ye…

  53. Osman,

    Orang macam hang memang banyak dalam PKR…dulu Ezam dan geng dia pun macam tu. Tak boleh langsung cakap tak elok pasai Anwar…depa dulu balun kita. La ni depa kat mana?

    Aku masuk PKR bukan pasai Anwar..tapi pasai idealisma. “KEADILAN” .

    Bagi aku…PKR bukan Anwar punya. No. Ahli aku…165446. Kalau tak suka aku kutuk pemimpin PKR…hangpa boleh tendang aku keluaq. Tak payah suruh aku masuk Umno.

  54. Mat,

    Betui ka bila bubarkan DUN boleh selesai semua masalah? Mungkin selesai satu masalah tapi 1001 masalah lain pulak yang mai. Cuba hang fikir betui2.

    Kalau DUN bubar, siapa pulak nak jadi calon? Calon lama kekal semua ka … atau ada yang kena drop & kena pancung? Yang kena drop & pancung, boleh rileks jer ka? Atau ada yang nak plan buat khianat? PAS & DAP aku rasa dia OK tapi calon PKR ni saja yang aku suspect sikit.

    DAP pulak depa nak letak calon Melayu ka tak? Kalau depa letak calon Melayu … macam mana? Calon tu, depa plan nak letak jadi MB ka? PAS & PKR tak rasa kena kencing ka? Tak kan tengok saja ….?

    Kalau Nizar bertanding & menang, boleh ka dia jadi MB balik? Tuanku Sultan mahu ka lantik dia jadi MB balik? Kuasa Sultan lantik & pecat MB ni macam langit dengan bumi. Hang sendiri pun tau…. Habieh, kalau Nizar tak boleh jadi MB, siapa pulak nak jadi MB?

    Dulu masa PRU12, PAS bertanding 21 kerusi saja. Kalau depa menang semua pun, aku rasa depa tak boleh potong majoriti DAP & PKR ni. Mahu ka depa terima … kalau MB Perak ni orang DAP & PKR? Sokong boleh la sokong tapi semangat sokongan tu macam mana? Itu belum masuk bab kuasa MB bagi projek & bagi pangkat dan jawatan lagi tu. Masuk bab ni, mulala ada yang dengki & tak puas hati. Pecayala cakap aku.

    Bab politik ni Mat, depa cakap “No permanent enemy, no permanent friend”. “Dulu abang sekarang gampang”. Dulu PAS benci Anwar, sekarang sudah sayang. Dulu Anwar sayang UMNO, sekarang sudah benci. Biasa la tu.

    Hari ni Nizar sayang DAP. Esok tak tentu lagi. Hari ni DAP sayang PAS. Esok mungkin depa kata hampas.

    Jaga2 bab ni Mat.

    Diam2… kita dah ikhtiraf Speaker Sivakumar ni kebal dalam DUN. Mahkamah Persekutuan pun tak boleh sentuh dia. Tak pa la time sekarang ni, sebab dia member kita. Kalau esok lusa dia lawan kita pulak macam mana? Tak mampuih kita???

  55. Mat,

    aku rasa ramai orang baru dalam blog hang ni. Depa tak tau stail hang lagi ni Mat. Hang ni kaki bantai. Orang yang dah lama masuk blog hang ni semua tau. Depa yang baru ni saja yang tak tau.

    sabaq saja la Mat. Tak kenai maka tak cinta.

  56. MSK..
    sabar!
    biasa la tu..
    Anwar mesti terima pnya pndapat hang tu..
    so..
    tak payah la risau..
    Karpal Singh serang dia pn dia wat rilek ja..
    so..
    hang punya artikel ni salah satu hasrat akar umbi la..
    kalau hang tak ckp cam ni,sampai bila pemimpin2 kat ats nk tahu..
    tindakan yang berani..
    tahniah MSK..

  57. mat..aku tengok hang…makin melampau !!!
    berapa Ezam bayar kat hang.

  58. alibaba,

    Kalau DUN dibubarkan..sekurang-kurangnya masalah kerajaan selesai. Tak kisah la..Umno menang ka..PR menang ka.. sekurang-kurangnya rakyat tak diheret bersama. La ni…orang nak minta bantuan rumah terbakaq pun nak mintak kat sapa?

    Dan bila ada pilihanraya DUN, mana yang tak perform tu…cantas saja. Dan bagi jawatan MB tu..tak kisahla sapa pun. Kalau dapat macam Jamal dan Osman…kalau depa orang Pas pun tak guna.

    Tentang bab speaker…bukan kita yang iktiraf…tu terdapat dalam undang-undang. yang buat pun Umno jugak.

    osman,

    toksah la nak ampusana ampusini.

  59. Elok saja Nizar dan Ngeh menjalankan tugas mereka.

    Itu lah trademark seorang pemimpin. Tak payah nak menjerit minta tolong kepada ketua atasan seperti Zambry yg mendapat arahan dari Najib. Sikit sikit minta tolong kat pemimpin atas…..kena lah tunjukkan kepimpinan sendiri.

    Tengok Nizar dan Ngeh serta Siva dah membuktikan diri mereka sebagai pemimpin yg bersemangat waja tanpa campurtangan yg berlebihan dari pemimpin atasan PR.

  60. Kita sepatutnya menyokong dan bukan menempelak apa saja usaha murni dari NIzar dan pemimpin Pakatan Rakyat di Perak. Pemimpin2 Pakatan Rakyat sudah masak dgn perundangan dan haru-biru dalam politik walaupun yg disiarkan oleh blog dan media amat terhad. Siapa kata Hj Hadi , Anwar Ibrahim, Tian Chua, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Ustaz Ahmad Awang dan lain2 pemimpin PR tidak menyokong Nizar? Adakah mereka ini takut undang2? Adakah mereka begitu bodoh utk membiarkan Nizar keseorangan dalam hal ini?

    Dapatkan komen dari salah seorang dari mereka baru kita tahu apa sebenarnya dan jangan buat komen yg boleh menjatuhkan usaha PR.

    Salam perjuangan.

  61. Kasi padam 3 ekor katak tu, otomatik dapat PRK 3 DUN.. abih citer.. buat la apa cara pun janji kasi goal…

  62. dari komen2 MSK tentang komen2 pembaca blog nya aku faham satu saja, MSK adalah jenis species yg hentam orang lain kiri kanan dan rasa dia yg terbaik..nak kritik orang memang mudah tapi kalau bagi hang duduk tempat Hj Hadi atau Anwar , hang mungkin buat lagi teruk dari mereka..logik kah utk hji hadi dan anwar menjerit2 bersuara tentang kemelut di Perak sedangkan sekarang urusan itu di antara Nizar, zambry dan sultan.?

    Di Penang pun Anwar tak berkata apa apa tentang perletakan jawatan oleh Fairus..adakah MSK fikir Anwar tak terlibat? Ada orang tak buat kerja tapi berkokok siang malam mcm dia kerja sangat..tapi ada orang buat kerja dia tak mau bising2..jadi jgn lah MSK expect Anwar dan Hj Hadi kena ikut cara MSK buat kerja pulak..dorang tu ranking paling atas dan dah cukup masak dengan rentak politik malaysia..diam bukan bermakna tak buat kerja!

    Aku maksudkan dalam perjuangan , niat biar betul..bukan untuk menang tapi untuk menentang kemungkaran..menang itu sebagai satu bonus..kalau tak menang hang nak cabut lari masuk BN ker? sila lah..

  63. Razif,

    Aku boleh dapatkan komen-komen yang lebih kritis dari apa yang aku tulis. Aku boleh tulis apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Aku boleh tulis apa yang di marahkan oleh ahli-ahli Pas atau PKR. Tapi aku tak tulis,..sebab aku tau dimana hadnya.Aku boleh tulis apa yang dibahaskan dalam muktamar kawasan…walaupun aku bukan ahli Pas. Mungkin pasai hangpa jenis telinga nipis…

    joyahlaser,

    Aku tak terfikir aku yang terbaik. Tapi aku rasa aku pun lebih kurang kebanyakan pemimpin Pas yang lain. Cuma…aku tulis dalam blog, depa hentam kat ceramah. Hang pi ceramah tengok…cuba dengaq sapa yang betui? Semua depa saja yang betui!

    Menang kalah…tak payah masuk BN. Seumur hidup aku tak pernah bergantung kepada BN. Dan tak payah nak marah…cuma tolong bagi tau kat orang macam Mujahid…kalau tak mau orang kutuk kita…jangan kutuk orang.

  64. Mat walaupun aku tak setuju semua, takkan nak setuju semua kan, intipatinya aku setuju. Sebabtu aku tweetkan hang punya link ni kat twitter aku supaya depa yang dok follow aku kat twitter tu baca dan mungkin ada yang RT pulak. bagus. Carry on Mat. takkan aku pun fraksi UMNO kut?

  65. awat menjak 2 menjak ni abg Mat naik angin ja? lama tak jumpa janda Bakaq kut? jgn marah bang mat no! chek melawak ja

  66. hj.hamzah,

    Kadang-kadang aku tak tahan dengan depa ni. Sikit-sikit..orang PKR ni…ex-umno.

    tamban tergeliat,

    Kadang-kadang..aku cuma jadi punching bag. Ada orang tak berani cakap..suruh aku tulis. Hang tanya Albanjari tengok…bila pemimpin Pas bertelagah…depa cari orang lain suruh cakap. Depa sendiri takut.

  67. aduhai matsamankati…aku bukan nak hentam kau sangat..tapi aku sedih jugk tengok sekarang banyak blogger pembangkang yg dah mula saling menyalahkan antara satu sama lain..cuba fikir consequence nya..adakah cara itu akan memberi kebaikan pada PR ? memang tak semua orang orang boleh memuaskan hati orang lain..aku penyokong tetap PAS tapi aku sokong PKR jugak..dalam kedua parti pasti ada orang2 tertentu yg jadi duri dalam daging..tapi ada yg betul2 berjuang di jalan yg benar.

    aku akui dalam Pas sendiri ada pemimpinnya yg cakap tak serupa bikin..dalam PKR pun ada yg bikin tak serupa cakap..dalam UMNO lagi teruk..lain cakap dan lain bikin…tapi dalam keadaan sekarang..jgn lah mengusutkan lagi keadaan dgn menimbulkan rasa kurang senang pembaca terhadap pemimpin2 tertentu dalam PR..nak puas hati hang hantar ajer lah email pada si polan..nak kutuk atau belasah, bantai ler habis habisan..bila hang tulis kat blog ..keburukan nya lebih banyak dari kebaikan..itu yg aku nampak..sbb aku mendengar keluhan2 orang yg membaca blog2 pembangkang..ada yg mula dah tawar hati nak sokong pembangkang gara2 dari sikap memburuk2 atau menimbulkan prejudis dan sangka menyangka terhadap pemimpin PR sendiri.

  68. MSK.

    Ini saya suka, sebarang kesilapan yang berlaku perlu di betuikan, supaya orang tak kate nanti BR same macam BN, buat keroja sorang dua bila menang semua ngaku dia yang buat keroje. Mase tule dia rapat sebab endakkan sesuatu.

  69. Berikan peluang rakyat Perak buat penilaian sendiri
    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
    PEPATAH yang menyebut bahawa “gajah sama gajah berjuang, kancil mati di tengah-tengah” adalah analogi yang paling tepat kepada rakyat negeri Perak sekarang.

    Kemelut politik negeri yang diterajui oleh seorang Raja yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara ini memang benar-benar diuji dengan pertarungan politik dan juga perundangan.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Teori Si Kitul sebenarnya sedang berlaku. Pada mereka yang tidak memahaminya, belajarlah membuka buku sejarah Melayu. Belajarlah mengenali bangsa sendiri, cuba hantar anak-anak belajar di dalam negeri bagi memahami jati diri dan bangsa. Bukan setakat bercakap seperti burung Tiong, yang ia sendiri tidak memahami erti ucapan yang dikeluarkan.

    Apabila Si Kitul sudah berjaya mempengaruhi Si Mandaliar, maka melompatlah para pengikutnya mengikut paluan rebana benua asing berkenaan. Lingkuplah empayar Melayu Melaka. Pemerintah yang zalim, pembesar yang leka, khayal, dengki khianat dan sebagainya sudah terbukti merobohkan ketamadunan yang sudah dibina ratusan tahun lamanya.
    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
    Begitulah yang berlaku dewasa ini. Ibarat sarang tebuan yang sudah besar, ia tidak mudah dibendung malah amat sukar untuk dimusnahkan. Sekiranya silap dijolok maka padah menimpa kepala sendiri. Tidak akan cukup tanah untuk kita berlari, malah terjun ke sungai belum tentu tidak lemas dan mati.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Pepatah Melayu ada menyebut “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.” Fahami baik-baik pepatah berkenaan sekiranya anda berjiwa Melayu.
    Mudah sungguh untuk merungkai, tidak susah untuk menyelesai. Rupanya di sebalik kemelut, banyak yang boleh diambil iktibar.

    Pada waktu ini, masih belum nampak jalan penyelesaian di negeri Yop Kejor. Orang sedang ‘amuk’ jika dilayan anginnya maka sudah tentu kita juga akan terpalit dengan amarahnya.

    Yang paling naya dan sukar tentulah rakyat biasa golongan marhaen. Usahkan nak senang, cari makan pun semakin susah. Paling buruk, semua kemarahan itu diterjemah malah dilampiaskan kepada parti pemerintah yang pada pandangan mereka suka kacau daun. Dengan perkataan lain, pemerintah perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak diingini lagi di negeri-negeri berkenaan.
    Kewujudan mereka dan segala usaha untuk merampas kembali dalam masa terdekat bukan sekadar menerima tentangan sengit tapi bakal menggali kubur Barisan Nasional (BN) sendiri.
    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
    Jalan paling mudah, selamat dan tersembunyi 1,001 macam kebaikan di dalamnya adalah dengan memberikan peluang dan masa untuk rakyat membuat penilaian sendiri. Tidak perlu paksaan, sogokan, dakyah berterusan, kempen memburuk-buruk malahan teruskan sahaja agenda memperbaiki diri sendiri dan usaha memulihkan keyakinan massa terhadap kemampuan BN sebagai parti ulung bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat negara ini.

    Jadikanlah negeri Perak sebagai kayu pengukur prestasi khidmat pemerintah. Apa yang disebut sebagai KPI ‘jargon’ pentadbiran yang sering bermain di lidah para pentadbir negara bukan setakat kata-kata kosong tanpa justifikasi.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Buktikan ketelusan, keprihatinan dan usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ‘pelanggan setia.’ Diamnya majoriti utama tunggak Malaysia tidak semestinya mereka tidak memahami kepentingan diri, bangsa dan agama. Jangan fikir hanya kita yang tahu erti ketuanan Melayu, keistimewaan-keistimewaan yang kita sendiri pernah tarik dan injak-injak satu waktu dahulu.

    Pernahkah ada sesiapa di antara kita menyoal betapa pedihnya apabila itu semua turut diragut begitu sahaja.
    Jangan tanya apa yang rakyat mahu, tanya diri sendiri apakah kita benar-benar sudah memahami kehendak mereka. Jangan lagi beralasan menunggu isyarat dari rakyat kerana mereka sudah pun meletakkan rumah api di lima buah negeri.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    Awas kepala anda, jalan kena tunduk melihat rumput di bumi, takut kepala benjol atau pecah terantuk alang di rumah sendiri.

    DR. AHMAD ZAKI ISMAIL
    Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia

  70. joyah_laser,

    Teruskan…kita masih diperingkat permulaan..masing-masing mahu menentukan arah mana yang perlu diikuti. Tapi matlamat masih sama….mungkin kita akan mengambil jalan yang berbeza…saya percaya…kita akan sampai kedestinasi yang sama.

  71. tapi abg Mat kena pelan2 sikit…takut abg Mat sampai dulu, yg lain tak sampai lagi. atau abg mat tak sampai2 ke destinasi pasai ambik jln yg berliku sgt. tau la perjuangan ni mmg jlnnya berliku, tapi kita mudahkan lah yg mana buleh bagi mudah. kita dok ada atas trek yg betoi dah la ni, cuma ikut ja selagi mampu. apa yg perlu baiki, kita baiki. tapi jgn jadi tikus baiki labu pulak. hancuq bang Mat.

  72. See… they organize a meeting to discuss the case further and what they will do next to the extent to meet Najib. From : http://www.malaysiakini.com/news/104272

    ——————————————————————————————————————-
    Pemimpin Pakatan bincang krisis Perak hari ini
    May 14, 09 2:26am
    Para pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan isu berhubung krisis politik Perak.

    Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, perbincangan itu bagi menentukan langkah seterusnya.

    Pemimpin DAP itu memberita pemberita demikian selepas menghadiri satu froum umum di Petaling Jaya malam tadi, lapor Bernama.

    Katanya, krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata.

    Sebaliknya, tambah beliau, adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.

    Lim bagaimanapun enggan memberitahu di mana mesyuarat itu akan diadakan nanti.

    Katanya, beliau juga akan mencadangkan supaya satu perjumpaan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

    Lim berkata, ini kerana ia membabitkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
    —————————————————————————————————————————

    Who says they (PR leaders) left Nizar alone in this Perak issue?

  73. Anwar pun dah cabar Najib supaya BN bubarkan DUN untuk pilihanraya..tutup kes lah MSK..kita gasak BN pulak..

  74. sokong artikel nie……… org yang dah lama berjuang…. 100%…. bila ada peluang kenapa tak lawan balik…. tak kan nak tunggu macam tahun 2004. Masa tu nak ngaku ahli PKR dan PAS pun malu sebab kalah teruk….

  75. razif,

    Meeting tu dipersetujui sebelum atau selepas aku post artikel ni?

    Begitu jugak dengan meeting Pakatan Rakayt pada 4.5.09. Sebelum atau selepas pemimpin PR Pusat kena bancuh dek kepimpinan PR Perak?

    joyah laser,

    DUN akan dibubarkan…aku yakin perkara itu akan berlaku…cuma belum pasti bila. Hanya itu jalan keluar. Selepas bubar DUN kita nak buat apa? Terus bekerja atau nak berebut kerusi dulu?

    Ada sebab mengapa aku buat artikel provokatif ni.

  76. org2 perak mntak tlg sikit. confirmkan berita ni. walaupun gua org bn tp gua tak suka la kalu dibiarkan hj. nizar settle sorang2. sian dia. hah kutu2 yg tak tau hujung pangkal tlg jgn buat cerita dlm ni.
    (kang aku lempang!)

  77. hanya Nizar yg lebih faham keadaan dan masalah di Perak berbanding dgn anwar, hj hadi n kit siang. dia dibantu oleh barisan exconya, adun2 dan lawyernya…pemimpin atasan pun main peranan tapi dibelakang tabir. Nizar dan gengnya tak akan membelakangkan parti masing2. saya pasti dan yakin, setiap tindakan yg diambil akan dirujuk dahulu kpd pusat. sebab tu org nampak seolah2 Nizar keseorangan, tapi hikmah di sebaliknya ialah…muncul seorang pemimpin rakyat yg disegani kawan dan lawan. walaupon ada yg cuba nak meragui peranan parti yg dianuti.

    kalau hj hadi, anwar dan kit siang campur lebih2, akan ada pulak org kata depa tak tau selok belok masalah di perak, dok sibok buat apa. apa? tak caya kat nizar n the geng ka? kami tak mau org luar campur tgn urusan perak…dan macam2 lagi. tu belum pikiaq fitnah dari umno lagi tu…

  78. aku setuju sangat ngan komen abang mat ni. Cuma mungkin parti tak mau tonjol sangat nanti nampak macam isu ni untuk kepentingan parti (PR) bukan kepentingan rakyat. Apa pun memang PKR kurang main pranan dalam hal ni. ADUN dia pun tak ada yang terserlah pada hal puncanya segala krisis ni dari ADUN PKR. Aku nak ingatkan sikit pada PKR ni hangpa jangan sibuk nak pertahan koata kerusi je bila PRU 13 nanti. tengok calon yg korang letak ! kalau tak ade calon wibawa serah je kerusi pada PAS ke DAP ke.. utamakan kepentingan rakyat ..
    Pasal HJ Nizar ni aku pun sian tengok dia. berempas pulas siang malam. kome tengok masa dia balik istana.. rambut pun tak sempat minyak dah.. kalau pimpinan lain jadi macam dia dah lama tumpo. So Pimpinan parti bantulah .. jangan tengok dari jauh je.

  79. saya rasa pimpinan atasan sentiasa ‘keep in touch’ dgn nizar. takkan setiap gerak geri nak kena siar dlm harakah kut?
    kerja politik bukan macam kerja dgn pejabat kerajaan, semua nak kena lapor

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.