Blogging hazard

May 15th, 2009 | By Admin | Category: Isi I, Mat Saman Kati, Rencana

Tolong aku cari perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk tajuk ini.

badrulamin1Setiap kali Pakatan Rakyat nak adakan program…selalunya depa akan bagi tau kami. Sama ada minta diwar-warkan dalam blog…ataupun minta kami datang melaporkan program depa. Kadang-kadang dah jadi macam reporter pulak.

Kalau setakat nak bubuh dalam blog…tak jadi masalah. Tapi kalau nak cover program depa dan kemudian tulis dalam blog, selalunya aku tak buat…tapi bagi orang lain buat.

Dulu selalu juga aku buat…tapi sekarang dah malas dan meluat. Sebabnya…selepas setahun Pakatan Rakyat terwujud…mentaliti orang-orang Pakatan Rakyat terhadap media masih sama. Penuh dengan curiga dan kesangsian.

Sebelum Pakatan Rakyat memerintah Perak, aku selalu juga pergi ceramah. Bila pergi ceramah..aku selalu bawa notebook dan kamera. Aku tak macam penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lain…depa dah ada supermemory..16GB. Apa yang dicakapkan oleh penceramah…depa boleh hafal semua..tak payah tulis. Hangpa pernah tengok orang pi ceramah bawa notebook dan tulis apa yang dicakapkan oleh penceramah? Aku cuma ada 512K…takat dua tiga point…aku boleh ingat. Tapi kalau dah sampai 3 jam punya ceramah..mana aku nak ingat! Tu pasai aku kena bawa notebook.

Selain daripada aku yang bawak notebook…ada sekumpulan manusia lagi yang bawa notebook…SB. Dan ini menimbulkan persepsi..sapa yang bawa notebook ketapak ceramah..mesti SB! Naya la aku.

Jadi…setiap kali aku pi ceramah dan bawa notebook…habih semua orang bercerita.”jaga-jaga…tu yang tengah menulis tu..SB!” Bila aku pi markas..orang tengok aku semacam. Bila aku pergi program PKR pun orang dok perli. Lebih baik aku duduk dirumah diam-diam. Mampuih pi la kat hangpa.

Selepas memerintah…aku ingat akan ada perubahan mentality. Bila dah tengok wartawan dok kerumun EXCO, YB, Menteri Besar..siap dengan notebook dan perakam suara…kot-kot la penyokong Pakatan Rakyat boleh menilai sapa reporter dan sapa SB. Rupanya tidak jugak!

Pada 6hb Mei lalu, aku diminta untuk menghebohkan program solat munajat oleh Dr. Badrul Amin di Tambun, Ipoh. Dalam masa yang sama…ada program Pas di Manjoi.

Aku pun pergi dengan Sya-reformis dan tiga lagi wartawan Malaysiakini. Fuiyo!! Jalan dengan wartawan Malaysiakini mesti glamer…(aku ingat la!). Rupa-rupanya tidak.

Sebaik sampai…Dr. Badrul Amin sedang berdoa ditengah padang. Memang classic punya pemandangan. Kami pun mula ambil gambar. Wartawan Malaysiakini pun sibuk ambil video…boleh buat cerita sensasi dan hot!

Tiba-tiba ada sorang petugas tarik aku ketepi dan marah pasai apa ambil gambar. Pulak dah!!! Hangpa suruh kami cover program malam tu..tapi bila kami ambil gambar…kena marah pulak!!

Jenuh jugak aku menerangkan sapa aku. Aku kata aku dari Perakexpress…dia kata tak pernah dengar pun! Aku bagi tau yang lain tu dari Malaysiakini…dia kata Kumpulan Utusan ka? Hoit!! Orang yang duduk kat Felda Lawin pun tau Malaysiakini..hangpa duduk kat pekan Ipoh tak tau?

Bila selesai Dr. Badrul Amin berdoa..ramai la yang kenai aku.. datang jumpa aku. Baru la rasa selamat sikit. Kalau tidak…aku rasa macam tunggu masa saja nak kena katok. Sebab depa ingat aku SB.

Kemudian..Jimadie dari Malaysiakini nak interview Dr. Badrul Amin. Aku pun pi jumpa Dr. Badrul Amin dan dia bersetuju untuk ditemuramah dan dirakamkan melalui video. Tapi ada pulak Mat Arop yang dok jerit..”sudah la!!” Bila Dr. Badrul Amin dok layan Jimadie…depa pakat takbir. Tak berhenti bertakbir…supaya kami cepat balik.

Ini lah sikap penyokong Pakatan Rakyat terhadap media. Bila kami tak tulis tentang depa…depa bising.

Kami pun cabut dari situ…kemudian pergi ke Manjoi sebab dapat tau ada ceramah. Bila sampai..tengok-tengok Dr. Lo Lo sedang berceramah..Mesti best punya!!

Bila kami sampai..semua mata dok tengok kat kami. Maklum la…kami tak pakai jubah..tak pakai kopiah putih. Semua dok pakai jeans..pakai jeket pulak…sebiji macam SB.

Dan bila kami ambil gambar Dr. Lo Lo…dengan nada perli Dr. Lo Lo kata..”ha..ambik banyak-banyak!!”

ini bukan kali pertama. Aku pernah kena dengan Mat Sabu. Aku pernah kena maki dengan Zulkifli Nordin.

Pirrrahhh!! Hangpa tengok reporter lebih jakun dari babun.

Mungkin lain kali kalau nak cover majlis Pakatan Rakyat..kena siap-siap dengan jeket…tulis perkataan ‘Harakah’ besar-besar kat belakang…baru depa respect.

Kami terus angkat kaki pi cari Koay teow goreng. Kalau penyokong tak dak akai tak pa lagi…tapi kalau pemimpin pun tak dak akai…mampuih pi la.

So…hangpa nak jadi blogger atau reporter yang menyokong Pakatan Rakyat? Kalau takat nak jadi wartawan Utusan…tukang bodek…tak payah la. Kalau nak cerita berapa ramai orang masuk Pas, masuk PKR. Kalau nak lapor program sumbangan ibu tunggal…bagi 50 ringgit…habih semua AJK nak bergambar…jadi Umno lagi baguih.

Aku tau..bila aku tulis benda ni…mesti aku terima email macam ni lagi.

syed nan to me

show details May 13 (2 days ago)
Reply
Follow up message
MSK,
Pasai apa emosi sangat. Hang tuduh yang bukan-bukan. WOiiii kalau ramai tukang masak, habis sup sebelanga.
Jangan dok buat tuduhan. Tengok apa dah jadi. Kita dok bergaduh dgn macam-macam tuduhan.
Hang pi tanya tuan Syed.
Macam pasangan nak bercerai. Kita tak boleh nak masuk campur tetapi boleh bagi nasihat. Ni yang hang dok lebih-lebih sangat pasal apa. UBN dah hulur kot. Dalam UBN pun, Zamri Mugabe yang cakap lebih. NAJIS, HJ ZAHID dan anak YASSIN pun bagi komen sikit, tak lebih-lebih supaya nak tunjuk yang Kudeta tu cekap buat kerja tanpa tunjuk ajar depa. Kau ingat Pele tu buat kerja sorang-sorang? Kau tau tak sapa yang suruh dia buat appeal? Dia dah mati kutu!
Macam tu lah dgn Nizar. Tak kan depa nak beritahu kat orang aku dah ajar Nizar  buat cam ni cam tu. Lagi la orang kata Boneka.
Awatlah hang bodoh sangat.
Lepas ni aku akan bagi tau geng aku jgn layar blog hang lagi.
Memang bodoh
Tags:

Afiat

56 comments
Leave a comment »

  1. hehe sabaq bang mat sabaq! biasa la tu bila dah terjun dlm kerja2 camni…kalau tak dak org jenih ni pon tak real jugak…biaq pi lah kat depa

  2. MSK.

    Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Politik, Sejarah dan Strategi UKM, Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menganggap pilihan raya kali ini menunjukkan rakyat bergerak jauh ke depan meninggalkan pola pengundian tradisi yang memilih parti kepada isu.

    “Rakyat sebenarnya tidak suka kepada Pas, DAP atau PKR. Tetapi kali ini rakyat sudah tidak kisah lagi kerana memprotes terhadap beberapa isu yang melibatkan mereka,” tegas Dr. Mohamad Agus kepada wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dalam wawancara Khamis lalu.

  3. akupun pernah kena gak msk…. masa PRK bukit gantang ari tu… PAS panggil YB Ming Kai ceramah di DUN Kuala Sepetang.. aku masa tu kena bawak YB ke sana… dah terlanjur ada masa tengah ceramah tu akupun snaplah 3-4 keping gambar… pas tu marilah petugas… tahan aku… abang dari mana? hek eleh… nak amik gambar programpun salah….

  4. MSK

    Mingguan: Melihat senario politik hari ini, adakah kita boleh menganggap rakyat sudah menggunakan sepenuhnya kuasa mereka?

    DR. AGUS: Bagi saya rakyat menggunakan kuasa mereka kerana kecewa. Pada pilihan raya ini, fakta menunjukkan 40 peratus undi datang daripada pengundi diam. Jumlah ini belum pernah ada dalam sejarah pilihan raya kita. Bagi saya pilihan raya tidak matang kalau ada jurang yang luas antara pemimpin dengan rakyat. Kerana itu saya melihat pengundi kali ini lebih matang dan bergerak jauh ke depan. Mereka bercakap tentang isu-isu global dan memperjuangkan keadilan dan bercakap tentang pola pengundian. Tetapi ada sesetengah pemimpin kita tertinggal di belakang dan mereka masih statik. Inilah jurangnya. Maka sangat perlu kedua-duanya ikut bergerak secara selari. Rakyat telah bergerak jauh ke depan meninggalkan pola pengundian tradisi yang memilih parti tetapi kepada isu. Tetapi ada sesetengah pemimpin belum bergerak ke depan seiringan dengan rakyat. Kalau pemikiran antara kerajaan dan rakyat tidak ada jurang, saya fikir perkara ini (kalah di lima negeri) tidak berlaku.

  5. Aslmkm!

    Sabbor le tuan!

    Dugaan tu. Lain kali buat appoinment dan panggil diorg iring hang. Perkenalkan dgn Penceramah dan ahli. Baru depa tau. Takpun hang pakai baju PR. Simpan janggut skt atau pakai kopiah je. Ok ler tu. Hang taip ka apa depa ckp? Pasai apa x guna rekoder. Sng skt! boleh terus download syarahan kat internet atau playback masa nak taip artikel. Aku ingat kat kilang dgn construction je byk hazard. Kat situ lg banyak hazard. Gila woi! Takpelah! bila nak merasa dipanggil SB. Celup pun celup le. Sbnrnya, itu sume berpunca dari media govt dan sb yg selalu buat kacau. Jadi depa dah fobia. Kalo hang bkn reporter pun hang buat 2 x 5 kot. Mat Sabu banyak kali kena rush dgn org yg pakai mcm hang. Redho jelah bro.

  6. hahahah msk, yang tulis kat hang tu (syed nan) mmg bengong, bangap dan seerti dengannyalah. Aku setuju ngan hang la msk, mmg penyokong ramai yang bangap dr pandai..

  7. Tu pasal dari dulu sanpai sekarang rakyat malaysia asyik kena ngap je dengan UBN. Mentaliti tak pernah berubah. yang UBN dah betul tapi yang PR pun masih tak nak ubah-ubah. Tengok hari berapa ramai pemimpin PAS dapat review dengan utusan. Siap ada full page interview lagi./ Pada hal dah tahu dah yang utusan tu memang ada niat tak baik.
    Soalan yang utusan siapkan juga memang jenis provoke tapi tukang jawap meng ia kan dan menuraikan lagi provoke tadi. Ni lah kes naye.

    Patut asyik kena tipu dnegan UBN…hawau betul

  8. hari ni pegawai-pegawai tadbir agama dipanggil zambry ke SUK… ada ler yang mereka nak ceritu tu… tapi yang syoknyer… last program dia tunjukkan video sidang dun.. dari perspektif BN. Persoalannya apakejadahnya pi tunjuk video tu kat pegawai-pegawai tadbir agama tu…. kalu 20 tahun dulu boleh ler… orang tak ada sumber internet… sekarang… on the spot orang boleh tengok apa yang berlaku… bangang punya zambre..

  9. mungkin petugas parti mengambil langkah berjaga-jaga. lagipon cara hang pakai sapa yg tak syak wasangka. tapi hang tetap rock!

  10. salam bro MSK, itulah masalah dgn politik kat m’sia..kadang2 sokong buta tuli..inilah sokong bawak rebah…selagi penyokong/pemimpin dok lagu ni, susah la PR

  11. brader.. manusia ni gitu ler.. ada yg rasa sangsi.. ada yg tak yakin dgn diri.. ada yg dah tertanam dlm kepala depa tu SB2 je yg buat liputan program camtu.. part ni mmg payah kita nak ubah corak pemikiran depa yg sempit tu.. dah dijadikan ALlah camtu.. yg boleh kita buat adalah utk terus menyedarkan depa yg kita ni hendakkan perubahan yg lebih baik.. kita sebenarnya bukan sokong pon depa ni.. kita menyokong perkara yg lebih baik yg depa nak lakukan.. kita sokong idealisma perjuangan depa.. yg kalau kita yg agama Islam kata perjuangan Islamik.. yg bukan Islam kata perjuangan ke arah memperbaiki hidup rakyat Malaysia dan kehidupan yg lebih adil kpd SEMUA rakyat tanpa kira kaum, bangsa dan agama.. itu matlamat utama kita.. kita bukan nak sokong org tertentu jer.. kita sokong perjuangan yg mmg kita hendak utk masa depan anak2 kita ..
    ingatlah sesungguhnya jika ALlah mahu boleh ALlah jadikan semuanya baik… tapi ini semua adalah dugaan dan ujian utk kita samada kita mahu jadi org yg bersyukur atas nikmatNya atau kufur.. kejayaan itu sudah hampir.. jgn berhenti sekerat jalan.. orang2 yg berjaya adalah mereka yg solat dan sabar.. teruskan dgn tugas kita utk menyedarkan yg lain.. niat kita baik, Insya-ALlah kita akan berjaya!

  12. manusia bermacam ragam…nak expect semua manusia berfikiran macam kita susah jugak. ini lah tandanya Allah itu maha adil.

  13. Ada sumber kata hakim Ramly baru 27hari angkat sumpah jadi hakim mahkamah rayuan.boleh tak blogers sahkan sumber ini.
    sumber juga kata inilah hakim yang masuk list untuk naik pangkat dalam kes VK Lingam.inipun kena tolong sahkan.Jika benar..terbuktilah institusi kehakiman diperkudakan untuk kepentingan seseorang atau ikut spekulasi rakyat UMNOlah dalangnya

  14. Zahid Hamidi,Ruslan Kasim,Zambri,Hamdan Taha,Ezam,Lokman Adam adalah bekas orang kuat dan penyokong setia Anwar suatu ketika dulu.Sekarang mereka dah berpaling dan ramai yang tertanya-tanya kenapa dulu mereka beria-ia mempertahankan Anwar dan selepas itu mengkhianatinya?
    Barangkali tidak ikhlas dalam perjuanganlah puncanya.

  15. Betoi, betoi, betoi tu, Wahai Syed Nan, bukan Bro MSK saja tapi semua Blogger Pakatan Rakyat dah kaya2 belaka.. Asik duk kena maki dan hadapi berbagai onal dan duri tanpa gaji……lebih baik duk dalam UBN . Kerja senang pie maki, hamun dan kutuk tak payah pie lari sana lari sini.. tidoq pulak setakat hilang penat, anak bini kena tinggal, rezeki mana yang ada laa……Tengok Perak Bangkit, Parpu Kari dan species bloggers UBN yang di layan dengan upah lumayan $$$$$. Bloggers Pakatan Rakyat apa ada ? Hanya diperlukan bila time nak mengundi dan ada masalah yang hangat - bingat macam Perak sekarang ni.. bila dah MENANG duk kerusi empuk lu. lu..qua. gua !

    Kantoi..betui hang punya otak ?……

  16. Sabor MSK…..tu pasal hang gatai nak jadi blogger

  17. Najib kata Sultan Perak tak harus dipersalahkan.Bila pulak rakyat menyalahkan Sultan Perak.Rakyat sebenarnya menyalahkan najib atas punca kekalutan yang berlaku di perak.

    kata-kata najib ini menimbulkan spekulasi kemungkinan besar Dun Perak tak akan dibubarkan.

    Di dalam politik ada satu kaedah penipuan yang berulang-ulang akan dianggap benar.sebab itulah najib bercakap seolah-olah dia tak bersalah.

    Ketika najib dilantik jadi pengerus perhubungan UMNO Peraklah bermula kekecohan ini sedangkan beliau bukannya ADUN Perak.Sepatutnya seorang YB BN yang dilantik oleh rakan-rakan datang mengadap Sultan Perak dan bukannya Najib.Ketika inilah beliau disifatkan oleh penganalisis politik cuba mencampuri urusan UMNO Perak terutamanya melibatkan isu ADUN PR yang melompat.
    Itu baru permulaannya.selebihnya kita telah ketahui dan akan berterusan hinggalah najib letak jawatan sebagai PM

  18. Memang betoi, perangai pelik penyokong, ahli dan pemimpin PR serupa jugak. Tak boleh buang. Lebih2 lagi orang PAS. Aku yang ahli PAS depa dok tengok aku lain macam saja. Aku suka pakai seluar jeans dgn t-shirt tengkok bulat. Depa ingat aku silap masuk majlis.

    Satu hari raya posa aku pi semayang raya di kampong bini aku. Pakaian aku biasa la, baju melayu satu sut sekali sampin songkek meghelit. Lepaih semayang akupun dok salam dgn macam2 orang, kendian satu hamba Allah tu (Naib Ketua cawangan) sambil genggam tangan aku dia kata “Awat hang pakai kepiah hitam…. tu kepiah orang amno”. Terkejut aku tak terkata. Nasib baik pupu bini aku (S/U Pas cawangan) menyampok “Awatnya…. Mahfuz pon pakai kepiah hitam”. Tu dia depa memang pelik.

  19. “Blogging hazard” boleh di ganti dengan “Bahana Berblog”

  20. Assalamualaikum

    Biasa la cam tu….klu dengan penyokong fanatik ni depa ndak hg tulis yang baik2 ja. Kira ndak kena belai manja….theee…..heeeeee…pasai tu lama dah aku tak beli akhbar parti2 PR walaupun aku sokong PR. Tau dah berita dia…dari A to Z, semua cerita baik2 ja. Yang jahat orang sebelah sana. Macam depa tak dak salah langsung

  21. Bro MSk, tak semua g ceramah tu semua celik IT, termasuk yg bagi ceramah

  22. my may…hang nak berita yg tak baik pasai PR, hang baca la utusan ka, berita harian ka, the star ka, NST kaa…tu semua BN ja yg baik…hang pon tak kan nak cerita perangai buruk hang kat org

  23. MSK,

    Hangpa nak ambik dari Utusan jangan hak la ni, Ambik lepas depa kalah tu, Mase tu depa tengah bebalah same sendiri.

  24. tamban tegeliat……
    masalahnya bangkai gajah tak leh ndak sorok lama2…tak payah ndak baca surat habaQ sbelah sana. Kita nengok sekeliling dah la…lain ler kalau kita macam katak dibawah tempurung. Tak bermasyarakat.

  25. Dalam perjuangan ada ranjaunnya begitu juga dalam kehidupan ada masalahnya bro. Usah ler mike salahkan deme mungkin keberhati2an mereka tu menyebabkan keselesaan mike terganggu. Mereka menjalankan tugas n mike juga menjalankan tugas. Kita kena fhm n memahami situasi ini bro. Apa pun tahniah bro dgn beritan/bahan yg cukup menarik dan up2date. Gua peminat lu bro. Mudah2an sauk maju jaya.

  26. my may…
    betui la apa hang kata tu…
    bumi mana tak ditimpa hujan…(mungkin gurun sahara kut?) ala setakat kesilapan individu tu biasa la..jgn kita kaitkan dgn jemaah pulak. tak payah la dok heboh2 org tu macam ni…org ni macam tu. yg penting masing2 buat kerja masing2. salah silap sikit kita tegoq. hubungan sesama pakatan kena jaga. kalau masing2 asyik cari salah org lain, sampai bila tak sudah, sbb setiap org mesti ada salah silap. tambah2 pemimpin, lagi la org senang nampak. tu biasa la…depa bukan maksum. dan depa pon tak penah mengaku depa maksum. kita bagi sokongan setakat mana mampu. jgn kritik saja…

  27. mmg la pmimpin bkan maksum.. smua org tau.. mmg smua org ada salah silap.. dan salah silap tu yg prlu dikritik, diterangkan & dperbetulkan.. Jgn disimpan bnda2 yang bruk & salah.. dunia makin terbuka, msyarakat makin crdik.. yg salah ttap slah.. yg buruk ttap buruk… yg baik kita sokong.. ape pn.. kritik2 jgak.. tp mse kmpen dn mngundi nnti.. kmpen dn undi ttap utk PR.. Takbir!! Allahuakhbar!!

  28. Salam MSK .. salam semua
    Ade satu hari tu di tempat ceramah teman berdiri nyandor di van polis. Teman sembang2 ngan polis. Lepaih tu deme cup cap dua tiga kali. Mula2 teman ingat yang cup cap tu SB. Rupa2nye petugas PAS. Baguihler. Yang tak baguihnye dua tiga hari lepaih tu PAS kate teman SB.
    Teman heran udah berpuluh tahun PAS berjuang dalam parti. Marah bebenor pada SB tu pasai aper. Itu kojer deme. Lantakler. Kite suka ker, tak suke ker, SB tu tetap datang. Oleh itu anggapler deme tu macam kite. Tak payahler nak gelar deme tu SB. Karang terkata pada penyokong kite. Takkanler identiti penyokong PAS pada ketayap jer ..

  29. Salam MSK.
    Rakan saya Azeeza Abdullah n Singh the Kinng mengajak saya menyelami penulisan anda. Saya amat berbangga seorang penulis yg berani mcm anda. Terusan penulisan yang betul tak kira pehak pr atau kerajaan..dedahkan perkara yg tak bagus kpd negara..berjuanglah utk negara bukan utk sekelompok mala’un mala’un yg gila kuasa..sama ada org kerajaan atau org pr.

    Selamat berjuang..

  30. salam…
    hidup dalam perjuangan ni jangan terlalu sensitif & emosi….
    kena banyak bersabar & fokus pada tugas & matlamat perjuagan…
    setiap org dalam jamaah ada tugasnya….
    mcm hang…tugas yang sesuai jadi bogger @ wartawan, sebab itu hang punya bidang….
    kalau geng unit amal @ petugas keselamatan, depa ada tugas tersediri….
    semua petugas dalam PR tiada gaji @ elaun…kerana jamaah @ kerana ALLAH SWT…
    Cdgn aku: kepada semua blogger @ wartawan dari pakatan rakyat blogger network ni buat & pakai vest rasmi yang standard , so semua senang petugas & orang ramai kenali anda semua….
    Wallahualam

  31. salam
    dah resam manusia dalam kumpulan tu macam tu kena terima la hakikat
    bak kata kawan saya suatu masa dulu
    parasit dalam sesuatu kumpulan tu akan gugur dengan sendirinya bila sampai masanya
    usaha anda sangat dihargai oleh golongan yang perlukan maklumat
    teruskan
    jangan peduli kan onak dan duri tu
    kami perlukan anda
    syabas

  32. salam abe mat
    ambo sokong pendapat abe mat…ambo pun beso keno….
    ado sekali tuh ambo bui cadannge ko ketua pas bahagian ambo…
    ambo oyak la hal di perok sebagai contoh…rengkahnyo ambo oyak buke salo ubn pandai ambik peluang tapi lemahnyo pr nok tutup kesempatan…ambo tanyo la mano jentera pilihanrayo loni..bubar?… ambo oyak pr lo ni ketingalan zame doh caro berkempen…kempen keno berterusan….buat la sesuatu…ambo bg contoh suruh buat movies@drama bersiri….buat cd…edar rumoh kerumoh…ni la kijo jentera….gapo ambo dapat…MAKI….pah nok menang lagu mano klu gini perangai ahli…isk”’isk..isk….

  33. Salam..abg mat
    tolong buat hebahan program di bawah ini
    TQ.

    CERAMAH ISU KEMELUT POLITIK PERAK

    Penceramah oleh: SPEAKER YB V SIVAKUMAR

    Anjuran:
    DEWAN PEMUDA PAS KUALA KANGSAR
    dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Jasa

    Tempat:
    MARKAS PAS CAWANGAN TAMAN JASA,
    JALAN BARU, KUALA KANGSAR

    Tarikh:
    19 Mei 2009 ( Selasa, 9 malam )

    SEMUA DIJEMPUT HADIR !!

  34. Assalamualaikum.
    Saya juga mengalami pengalaman yang hampir serupa kerana tabiat saya suka bawa buku nota kecil dan pen kemana-mana pun bila keluar rumah dan dulu kalau gi ngaji atau ceramah siap bawa tape recorder sebagai ole ole kepada orang rumah yang rajin beranak…
    Kena banyak bersabo bila bukan saja perli serta cemuhan hadirin yang terdiri dari rakan rakan atau orang kampung tapi yang paling pedih ustaz atau penceramah yang kita hormati pun belasah. Hati saya kerap menangis kerana fitnah ini menular hingga kekampung saya sendiri hingga kehari ini. Setiap kali rasa sedih melanda, saya terus maafkan penyebar fitnah ini semuanya dan berdoa apabila saya meninggal kelak fitnah ini terhenti.
    Sememangnya saya berkecil hati dengan sikap orang yang tak mau menerima pakai teknologi atau idea yang baik dan merasa mereka kasyaf dan perasan memori tinggi. Namun mereka itulah sahabat saya dan penyokong PR…fobia SB yang keterlaluan. Namun saya berjuang dalam PAS ini kerana Allah jadi saya anggap inilah halangan kecil untuk saya bagi menguji kesabaran. Mengadu dengan Allah jauh lebih baik dari mengadu dengan manusia…

  35. setuju dgn mat jihad, ianho dan simpati dgn abu abdullah.
    senang citer dlm perjuangan perlukan kesabaran dan ketabahan. emosi dan sensitiviti kita sapa nak jaga? jawabnya kita sendiri la. pandai2 la layan…mungkin kalau kita di tempat petugas parti, kita pon akan berpendirian yg sama.
    sokong cadangan mat jihad…buat dan pakai vest yg seragam supaya org dpt kenal yg mana bloggers yg mana SB. tapi saya dah tgk team bloggers network dah ada vest masing2. cuma org yg tak penah kenai blog dia tak akan kenai apa itu perak express n the geng. kita harap petugas2 parti suatu hari nanti belajar mengenali internet dan blog. Insya Allah kita ke arah yg betul

  36. Kalau disaman mamat ni mana tahu keputusan mahkamah sebelah kat dia.tak pasal-pasal dia jadi hero umno.elok kita boikot je mamat tak sedar diri ni.kalau yan tak kenal siapa azwan ali ni,dialah abang ummi hafilda dan adik azmin ali

  37. Inilah perang saraf UMNO yang nampak tanda-tanda nak sertai PRK Penanti

  38. i say bro, nak jadi reporter ker bloggers ker kena lah hadapi benda2 mcm ni. resam lah rambut sama hitam. what do you expect? setiap kali pergi ceramah org nak sambut dgn permaidani merah ka or dialu dgn paluan kompang. normal lah, ada kala disambut baik, ada kala org was2, org tak kenal. tapi bab penyokong or petugas pas kurang ilmu public relation (PR) ni memang wa sokong. segelintir tapi menyakitkan. kadang kala malu gak sebab pr ni melibatkan akhlak…kalau main tengking2 dan jeghil biji mata tanpa sebab kan kan kan

  39. segelintir perangai terutamanya PAS memang macamtu dari dulu.dah berpengalaman di UIA.kena macam2 dengan budak2 PAS waktu tu.Perasan bagus sangat.Sama juga kesnya bila tahun lepas, Dr Lo’ Lo adakan meeting pasal program pendidikan.Bos kawan saya ni kerja di Miti dan dia ni penyokong PR.So, dia pun datanglah untuk memberi sumbangan apa yang dia boleh bantu.

    teramatlah kecewa bila bos kawan saya ni bila datang meeting, dalam tu semua mencadangkan agar program pendidikan dari tadika agar disematkan dan didoltrinkan supaya menyokong PAS.Apa gila ke macamtu?Tak ubah macam UBN pun ada.Bos kawan saya ni tak setuju dan dia cakap kita ni nak hasilkan manusia ke atau penyokong parti?

    Jadi, tak mustahil kalau apa yang dilalui oleh Bloggers PR memang macamtu gamaknya.Bila penyokong parti jadi sempit pemikiran dan tidak berjiwa besar.Cakap konon nak membina ummah..piiirahh!

  40. Salam MSK.
    Cadangan saya:
    Buat satu jaket bertulis “Bloggers@Network” kat belakang bila hangpa buat liputan. Kira design standard. Bagi orang tahu & faham bila ternampak je jeket tu. Satu ikhtiar menghindarkan wasangka…

  41. kak nor,

    Memang kami pakai jaket bloggers network Perak. Geng Malaysiakini siap dengan sticker besar kat kamera depa. tapi macam yang aku cakap..depa ni tak pernah dengar Blogger Network dan Malaysiakini. Kalau kat ulu Perak boleh dimaafkan…tapi kalau kat Ipoh…susah la.

  42. hehe….

    mental mau kuat msk….macamana kita enjoy kritik orang lain maka dada kita juga mesti lapang menerima persepsi kontradik dari masyarakat.

    atau pun kalau boleh teman cadangkan msk pencen awal jek…

    adios amigo!

  43. Salam Mat,

    Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar. Semuanya itu adalah asam garam hidup. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Jangan marah aku Mat sebab semua tu bukan ori dari aku tapi sebenaqnya aku nak suruh hang banyak bersabaq saja. Maklumlah orang Malaysia ni dah memang camtu apa nak buat . Jangan merajuk. Jangan angkat tangan awai-awai. Tapi kalau hang pikiaq-pikiaq balik apa yang hang tempuh tu memang mencabar dan yang itulah hidup namanya. It’s a fact of life.

  44. hehe….

    mental mau kuat msk….macamana kita enjoy kritik orang lain maka dada kita juga mesti lapang menerima persepsi kontradik dari masyarakat.

    atau pun kalau boleh teman cadangkan msk pencen awal jek…

    adios amigo!

  45. de_LAHOYA,

    Cakap senang la kan..hehehe…biasala tu…bukan nak dapat pengiktirafan tapi bagi saya pemimpin harus hargai.bukan nak suruh bagi duit tapi BAGI MUDAHKAN KERJA….mentaliti penyokong PR perlu di’upgrade’..nak cakap tentang PAS?bukan saya ni anti sangat dengan PAS tapi peristiwa di Universiti mengajar sikit perangai sebilangan ahli PAS yang jumud..mungkin saudara belum kena brainwash ala-ala SB buat di bilik tahanan dan saya terkejut bila ada ahli PAS di universiti buat macamtu pada rakan-rakan yang sama-sama bergerak dalam aliran dakwah.Dikelilingi dalam 10 orang…dihala dan dikata macam2 sehingga digelar Kafir..hahaha…

    Tak percaya?cuba tanya apa yang DPP bagi training pada bebudak yang ikut tamrin PMI dan sewaktu dengannya.Sekiranya tahap pemikiran dan mentaliti tak berubah…camnelah nak mengemudi negara.

  46. Salam abg Mat,

    Pengalaman Abang Mat lalui kat Tambun & Manjoi adalah sama Wanita Keadilan alami semasa kempen di Bukit Gantang - tentu Abang Mat faham kan!

  47. salam msk..

    yg hat nie aku setuju sgt2…puak2 ni mmg kurang mesra media….aku dh kena dh PRK baghu2 ni….asai kita amik gambaq ja depa mesti tanya “Harakah punya ka”???….apala punya turrr…..

  48. salam

    ah persetankan aje , TBO pun dipulau oleh PAS Parit dan PKR parit ha ha ,lagi dipulau lagi tajam kene smash ha ha

  49. Kenkadang luahan hati ni elok jugak utk menyenangkan hati…

    Lenkali kalau PAS ka PKR ka suh buat coverage ceramah ka program depa… minta depa sediakan meja atau kerusi khas siap bertanda.. MEDIA PAKATAN RAKYAT.. jadi petugas dan penyokong takda la tgk hanpa lain macam ja..

  50. Salam MSK…..

    Nak tergelak aku baca tulisan hang kali nie…..
    Inilah dunia namanya….

    Aku rasa penyelesaiannya mudah je…..

    Kalau DUN Perak jadi bubar……..
    Minta satu kerusi DUN untuk para blog…..
    Siapa calunnya biarlah Blogger Network yang tentukan…..

    Barulah peranan dan jasa blog terbela dan di kenali…..

    P/S
    Tengah menanti…….siapalah agak nya yang dapat kerusi tu……Wakil parti blogger negeri perak

    hahahahahahahaaa

  51. blogging hazard tu ganti dengan Wabak Blog…

  52. mungkin kita tak sedar yang zaman sekarang ni memang banyau orang yang fobia dan prejudis dgn manusia2 dan apa2 jua yang berlaku di program2 PR. nak disalahkan mereka? rak boleh kot….. pemyokong PR mahupon pemimpinnya dah terlampau banyak terkena dgn takrik koror UBN. kita sebagai penyampai maklumat harus bijak dgn modes operandi kita….. seseorang yang wanita dirogol semestinya akan menolak, membenci dan prejudis kepada setiap apa yang mewakili ciri2 perogolnya … so tak banyak beza dgn penyokong dan pemimpin PR…. hak demokrasi kita telah dirogol oleh UBN… sifat fobia kita adalaj normal…
    didalam keadaan sekarang semua misti berhati2… mungkin kita melihat kesilapan mereka… tetapi adakah kita tidak melihat kelemahan kita yang tidak menonjolkan imej yang betul.. tidak semua orang mengenali kita….
    perkara2 inilah yang menjadi idaman UBN dalam memanstikan blogger2 tidak beratu dan mula hilang matlamat utama (hancurkan UBN). senjat PR adalah blogger2 dan mereka (UBN) sudah mula mendapat kejayaan dgn memecah belahkan blogger2. mungkin ada blogger akan disogok oleh UBN untuk memanipulasi pemikiran pembaca2 blog. berhati-hati wahai kawanku….. kemenangan tidak akan dicapai dengan mudah… perlu dugaan dan cabaran

  53. Firstly baca posting ni, memang aku geram kat petugas PR.

    Secondly, aku rasa tak baik tuduh depa salah 100%.

    Sebab:

    Satu) Depa semua bukan kenai hang abang mat, macam depa kenai Lutfi dari Harakah atau Karam SIngh Walia dari TV3 suku!

    Dua) Dah selalu kena pelangkong, tu sebab depa pre-caution…

    So, apa nak buat:

    Satu) Jika bang Mat nak serius, perkenalkan diri secara terbuka hang dari mana…minta speaker kenaikan dalam majlis…

    Dua) Sediakan satu pengenalan khas…vest ka apa ka…

    TQ!

  54. Ni awat hang dok pi ceramah pakatan ja.. cuba hang pi layan ceramah amno sekali skala…
    kadang2 siap ada kump spice girl cina lagi.. hahahaha

  55. relax bro,saya pemimpin pertengahanl pas di kajang/hulu langat dah lama.Mungkin itu berlaku di kawasan kampung atau di luar bandar.di sini kami tidak ada masalah macam itu, pakai jeanske bawa videoke, hisap rokok ke*(ini kena sindir adala) dan lain lain. mungkin maklumat tak sampai mengikut lokaliti.harap cool on this issue,bila ada bloggers atau wartawan walaupun utusan dtg, kami bagi layanan special, siap bagi kopi dan meja lagi.aku budak manjoi hijrah kolumpo 20 tahun dulu,

  56. Aku selalu dengar oranf tanya “Malaysiakini tu Malaysia-Today ke?”. Tetapi soalan “Malaysiakini kumpulan Utusan?” kali pertama aku dengar orang tanya. Ha, ha, ha! Itu dah tak ada ubat dah tu. Klasik betui tu.

    Apa yang menular dalam PAS ini, banyak penekanan terhadap konsep haraki, kadang-kadang kita terlupa tentang akhlak dan kesantunan. Kadangkala kita terlalu ghairah mencapai matlamat, tetapi lupa pada cara mencapainya. Kita ambil mudah semua perkara. Kita jadi gelojoh dan membabi buta.

    Macam abang Mat kata, pengalaman macam ini bukan pertama kali berlaku pada kita. Malah, setiap kali media berlaku jujur mendedahkan pekong di dada mereka, mereka mengelak dan menyalahkan media. Orang PAS ini, kadang-kadang mereka mengutuk mengeji kita seolah-olah kita ini musuh yang lebih besar daripada lawan politik mereka Umno.

    Setiap kali media digesa berlaku adil, bebas dan bertanggungjawab, jangan lupa bahawa media juga mengharapkan yang sama daripada kita.

    Terima kasih.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.