Kritik dan teguran

May 14th, 2009 | By Admin | Category: Isi I, Mat Saman Kati

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik.  Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Tags:

Afiat

43 comments
Leave a comment »

  1. asal usul org org PKR ialah dari UMNO,,,,

  2. halamak….

    artikel-artikel macam ni la aku syok baca…..

    balance…

    SAMA RATA….. SAMA RASA…..

    kah…kah…kah…..

    ahli pas no. 00000000

    kah…kah…kah……

    tak pernah isi borang….. minat dari jauh je….

  3. Syabas Bg Mat..

    teruskan pandangan bg Mat. Saya dapat rasa kejujuran utk melihat kuasa rakyat diperkasakan di dalam nada dan irama pandangan bg mat.

    Kesilapan pemimpan PR jika tidak ditangani adalah sikap lupa diri dan tidak boleh menerima kritikan. UBN adalah contoh bgmana virus ini akhirnya menjadi penyakit yang sukar diubati kerana telah menjadi barah selepas tidak disedari hampir 50 tahun dahulu.
    Jika PR mahu jadi begitu rasanya kita tidak memerlukan 50 tahun lagi. Duhulu UBN bernasib baik kerana lonjakan informasi internet hanya bermula sekitar awal tahun 2000. Maka dalam tempuh kurang dari 5 tahun UBN telah menerima akibat kealpaan mereka. Keran itu PR tidak memerlukan 50 tahun. Cukup lagi 3 tahun jika sikap ini tidak ditangani, gerakan kuasa rakyat akan menjadi sejarah.

    Kerana itu saya suka membaca blog bg mat. Ada nada kritikan membina. Cuma mereka yang tidak melihat secara terbuka akan melihat seolah ia subaan merosakkan kekuatan PR.

    Saya ahli PAS. Tetapi saya meyokong apa yang disuarakan oleh bg mat.

    teruskan..usaha dilayan sikap penkomen yang hanya tahu memuji tetapi kurang kritikan membina.

  4. aku setuju….semoga apa yg berlaku benar2 membuka mata dan hati kita menilai di mana kelemahan dan kesilapan kita selama ini.. jangan hanya tau menunding jari menyalahkan sesama sendiri baik Keadilan, Pas mahupun Dap..seharusnya dengan apa yang berlaku kita harus terus bersatu memperkukuhkan lg perpaduan pakatan rakyat..pada aku..aku suka Nizar bkn kerana dia org PAS, aku suka Anwar bkn kerana dia org PKR dan aku suka Lim Guan Eng bkn kerana dia org DAP..Tp kredibliti diorg sendiri.. tp yg kat bawah2 ni kalau masing2 nak dok bangga nizar tu org pas anwar tu org pkr sedangkan diri sendiri terus berkonflik jawabnya Lu Pikir La Sendiri……

  5. abg msk,

    artikel macam ni patut abg mat bubuh selalu. untuk ingatan hat mana yang melencong. bukan hanya untuk pimpinan pr, tapi juga untuk para penyokong pr dan rakyat malaysia semua. baru semua orang ada faham… (pinjam ayat zambry sat)..

  6. Mari lah kita renung dan fikirkan bersama kembali….syabas bro MSK…

  7. Tiket mudah untuk UMNO - http://becok.blogspot.com/2009/05/tiket-mudah-untuk-umno.html

  8. Krisis Perak: Yang Terampas dan Yang Terputus - http://jalantelawi.com/?p=657

  9. bang mat,
    sya amat tersentuh bila membaca artikel spt ini.sya pun ada keahlian dlm pkr swak.diswak ahli2 pkr langsung tak blh terima pas, dap jgn ceritalah.tapi bila sebut nama nizar mrk semue kenal malah memberi sokongan kpd beliau.mrk sokong nizar bkn kerana pas tapi krn org tu nizar yg berani menentang bn&sultan.
    malah seorg kwn cina sya menyatakan krisis perak berlaku disebabkan org melayu berebut kuasa sesama melayu,bodo punya cina(bukan smue tapi yg sewaktu dgn kwn sya ini)

    oleh itu sya minta2 lah ketua pkr swak dan dap pusat selalu dtg ke swak ni utk menerangkan apa yg berlaku di perak agar mereka yg mcm kwn cina ni faham erti persefahaman dlm pakatan rakyat.pakatan bukan untuk pkr dan dap saja.di swak pula,kehadiran pas dlm pakatan rakyat tidak dirasai….

  10. Bang Mat - ramai yang baca konsep lita’arafu (dalam Al-Hujurat ayat 13) tu tanpa mahu mendalami. Mereka tak nampak konsep kekenalan tu, tapi lebih kepada menggariskan musuh dari peringkat awal. Anwar dah lama dok ulang ayat ni, sebab tu dia tak kisah pi program dgn US ka, dgn Iran ka, dgn Turki ka, dgn Indonesia ka….

    Kemudian fokus kepada nilai dasar sebab nilai dasar ni jarang ada perbezaan sebab ianya Golden Rule in the World. Bentuk perlaksanaannya mungkin berbeza.

    PKR, PAS dan DAP ada lemahnya tapi penyatuan ideologinya jelas - rentas kaum. Tak tahulah sama ada org PAS gagal melihat ini sebab tu rasa tak apa2 rundingan belakang tabir dgn UMNO. Pulak tu ada yang letak konteks salah konon bila Anwar nak runding dgn UMNO sapa pun x marah, Haji Hadi nak runding kena marah. Mereka gagal lihat rundingan belakang tabir dgn selesai isu Perak. Mereka gagal lihat kenyataan Haji Hadi dipandang skeptikal kerana ada track record runding belakang tabir.

    Aku nampak kita banyak diurus dgn emosi berbanding rasional yang disaring ketat. Ramai nak bersila sebelum duduk.

    Solutionnya mudah - banyakkan program latihan bersama and lets everybody have a say. Kat situ kita praktis bersetuju untuk tidak bersetuju. Bekerja dgn apa yg dipersetujui dulu dan bear in mind perkara2 tak bersetuju ni mesti difikirkan masing2 dan datang pula sekali lagi untuk bincang jika ada mana2 isu yg ada progress.

    Pokoknya, jangan cepat berhukum dari perspektif sendiri dan yang kena attack pun jgn lekas take it personally, cuba fahami apa yg diserang dan cuba tawar pandangan yang menjernihkan.

    UMNO akan gelak sakan jika PR lemah sebab mereka dengan sendirinya tak perlu jawab soal rasuah ka, soal salah guna kuasa ka, soal perkauman ka, soal institusi negara rosak ka, soal zalim ka, soal bunuh ka dan macam2…

    Sebab apa? Sebab alternatif tak ada dan mereka dgn sendirinya jadi relevan bila ada parti PR yg nak bersama mereka atau masing2 berbalah sesama sendiri - konon atas nama demokrasi :p

  11. Salam MSK,
    Saya dah paste posting ni ke dalam blog saya.
    Mohon dihalalkan.

  12. ha betul. sape2 je. tak kire la bn ke pr ke ape ke..asal buat taik je kite kasi hantam. yg elok kite sokong.
    x kire la parti mana pun. orang ape ke..mau peluang kite kasi, menyimpang kalu siappp!

  13. Masalah di Pulau Pinang adalah kerana terlalu ramai yang prominent dan dominan.

    Ramai top leaders dalam politik nasional berasal atau berpengkalan di Pulau Pinang. PKR dengan supremonya DSAI; PAS pula ada Mat Sabu dan Mujahid. DAP dengan LGE dan Karpal. Hatta di pihak lawan dulu sebelum Pak Lah pergi, supremo mereka pun di Pulau Pinang. Begitu juga dengan Gerakan dan Tsu Koon. Malangnya kesemua mereka ini lebih bertumpu kepada politik peringkat nasional, lantas meninggalkan politik Pulau Pinang untuk dicorakkan oleh pemimpin2 secondary parti masing2.

    Bagi saya, dalam kemelut calon penanti, PAS harus mengalah. Walau secara dasar saya bersetuju dengan prinsip yang diketengahkan oleh Mujahid bahawa tidak wajar suka2 meletak jawatan untuk mengadakan pilihanraya kecil, saya fikir kes Fairus di Penanti adalah kes yang tersendiri. Fairus seorang yang incompetent dan membiarkan dia terus menerus di kerusi ADUN penanti adalah khianat kepada rakyat di sana. Lebih baik kita ambil tindakan sekarang daripada menunggu pilihanraya umum akandatang.

  14. Tabik spring! kalau dalam satu kampong ada 5,6 orang yang berfikiran begini, setel masalah.

  15. Salam saudara Mat,
    Satu tulisan yang amat tepat dalam kemelut politik PR di Malaysia . Kritis dan perlu di ambil panduan dan iktibal oleh semua yang terlibat terutama pemimpin dan penyokong PR .
    Patut menjadi ingatan bahawa dalam apa juga keputusan perlu ada titik pertemuan, tolak ansur dan pemahaman tentang kelemahan serta kelebihan terhadap mereka yang terlibat.
    Untuk mencapai perpaduan , perkongsian serta persefahaman yang lebih mantap antara semua pihak, beberapa factor perlu di titik beratkan ;
    Pastikan ada persamaan dalam perbezaan.
    Perlu ada kelebihan dalam kekurangan
    Ujudkan kecantikan dari keburukan
    Tingkatkan kekuatan dari kelemahan
    Utamakan penerimaan dari penolakan
    Lebihkan Sayang dari kebencian
    Ingatlah Kemenangan dalam kekalahan

  16. Bravo….. Kalau setakat Ketua Pengarang Utusan, tahap budak sekolah aje dengan MSK.

  17. “….Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004…”

    betul.. sy sokong.. teguran & kritikan yg membina.. Mnegur mngkritik disamping kita mmbina kkuatan.. =)

  18. salam MSK

    Teruskan mengkritik yor deme paneih ponggong

  19. loveyou msk..keep it up..

  20. baguslah pengkomen sekarang semua dah senada seirama dgn bang Mat…yg baik kita sokong, yg kurang baik kita tegur. semua bersetuju utk menegur mana2 yg tak betui.

    tapi kenapa bila DAP keluar BA, yg disalahkan hanya Pas dan Hj Hadi? Dap la sepatutnya disalahkan sebab dia keluar. tak gitu? takper kita bincang…bukan nak hentam.

  21. bro ! msk teruskan teguran dan kritikan yg membina…..yg baik kita sokong..,ini utk kebaikan semua !kekadang yg pahit itu adalah ubat nya walaupun sukar di telan.! bro! biar kita lihat diri kita kotor dari melihat diri kita bersih, kerana bila kita lihat diri kita kotor, kita boleh membersihkan kotoran itu. Tetapi bila kita lihat diri kita bersih, kotoran itu juga akan kita anggap bersih. itu yg terjadi pada umno yg sentiasa anggap dirinya bersih hingga yg haram pun menjadi halal.jadi pemimpin tak semestinya boleh memimpin, tapi juga boleh dipimpin.jalanraya tak semestinya lurus bro! kadang kala berbengkang-bengkok.jadi seharusnya pemimpin juga boleh menerima teguran !haribaaaa handeleeee

  22. tamban tergeliat,

    Hj. Hadi sebagai Ketua BA masa tu. Dan seperti yang aku kata…Hj. Hadi tak boleh ditegur. Syed Hussein AlAttas pernah diminta oleh Nik Aziz untuk meminta maaf kepada Hj. Hadi. Tak tau Syed Husin dah buat atau belum. Sebabnya…Hj. Hadi marah apabila Syed Hussein meramalkan kejatuhan Pas Terengganu kerana keangkuhan Hj. Hadi. dan ramalan beliau benar-benar berlaku.

    Hj. Hadi memimpin BA secara autokrasi. terlalu keras sehinggakan tidak memberi ruang untuk perdebatan. Dan modalnya cukup senang. Dia cuba melaksanakan hukum Islam. Sapa yang menentang dianggap menentang Islam.

    Ada sapa yang berani dicop sebagai penentang Islam?

  23. “……Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif….”

    Reputasi dan kredibiliti seseorang penulis atau blogger politik banyak yang bergantung kepada kekuatan dan kebenaran fakta yang menyokong hujahnya. Hujah dan andaian mungkin sudah lunak untuk dibaca, tapi apa ertinya kalau fakta tidak betul. Kekadang, dalam kita ghairah sangat menghentam seseorang (hanya Allah yang tahu nawaitu kita), ada kemungkinan Allah jua yang membalas niat serong kita dengan mendedahkan penipuan trang-terangan yang kita cuba lakukan.

    MSK mungkin tidak sedar dalam keghairahannya menghentam pimpinan PAS masakini, yang kebetulannya diterajui TGHH, dia telah membuktikan hujah-hujahnya adalah berasaskan andaian dan angan2 yang entah apa-apa.

    Hakikatnya, DAP keluar daripada BA pada September 2001, sejurus selepas peristiwa 911. Ketika itu TGHH hanyalah seorang timbalan presiden. Ust Fadzil Norr masih lagi hidup dan menjadi presiden. Ust Fadzil meninggal pada Jun 2002. Jadi bagaimana mungkin “……Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif….”

  24. MSK,

    Kalo nak menegakkan benang yang basah sekalipun, takkan la sampai sanggup buat fitnah.

    Haji Hadi ketua BA masa tu? Masa DAP keluar dari BA? kah…kah..

    DAP keluar bulan Sept 2001. Presiden PAS masatu Ust Fadzil. Ust Fadzil meninggal Jun 2002. Macam mana pulak Hj Hadi buleh jadi ketua BA, sedangkan Presiden PAS pun orang lain?

    Nampak sangat hang reka cerita…

  25. hukum Islam yg telah dibentangkan di DUN tganu masa tu hanya melibatkan beberapa perkara. masalahnya isu hukum Islam ini telah dimainkan media BN sedemikian rupa hingga menakutkan kaum2 lain, malah ada yg melayu Islam pon turut takut dgn hukum Islam. tak pa la itu cerita lama…
    awatnya cuba melaksanakan hukum Islam? kita cuma perlu bagi kefahaman yg lebih kpd yg bukan Islam (DAP) ttg kebaikan dan manfaat dari hukum Islam. ini kita pon sama dok menentang. apa cerita? tapi bukan nak tuduh sapa2 sbg penentang Islam. masih dlm konteks berbincang…

    tak pa laa…katakan hj hadi tersilap hendak melaksanakan hukum Islam di Terengganu pada masa itu (tapi sekurangnya dia dah terlepas dari amanah yg diberatkan atas bahu dia) dan zaman sudah berlalu, kita ubah strategi politik utk menghadapi PRU 12 dulu, lihatlah hasilnya. (saya tidak nafikan peranan anwar sbg ‘org tgh’ yg mendamaikan 2 pihak). semua dlm PR berperanan dan masing2 mendapat pulangan hasil dari pengorbanan masing2.

    at the end of the day… kita akan bertemu juga pada titik pertemuaan…iaitu semua parti dlm PR hendaklah sedia berkorban dan berjuang demi rakyat. rakyat diutamakan. ini yg kita nampak atas kertas lah, yg bawah karpet tak mau cerita la…biaq kat Bang Mat ja cerita.

  26. tamban tergeliat,

    Kalau nak buat hukum tak boleh kencing berdiri pun, perlukan perbincangan dan permuafakatan. tapi kalau dibuat secara unilateral..bukan pasai tak setuju dengan hukum tu sangat..tapi pasai merasakan orang lain tidak diperlukan. Ini demokrasi…bukan autokrasi.

  27. ha… klau mnyapu rmh, jgn simpan hbuk di bwh karpet… buangkn trus kluar rmh… Hbuk yg disimpan akn mmbwa pnyakit… Klau x pd pnghuni rmh, tetamu yg dtg pn akan kena… kurang2nye bersin… =)

  28. http://www.shaiful.blogspot.com

    Selagi kita semua di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, selagi itulah Barisan nasional akan cuba memprokperandakan kita semua @@

  29. Kenapa Jebat tewas?

    DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.

    Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

    Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

    Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain “politik selamat” apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

    Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.

    E-mel: kuseman@pc.jaring.my atau cp@galaxystudio.tv

  30. Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza.
    Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau “Jebat” mahu terus dibunuh.

    Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan “Jebat” yang berani melontarkan
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
    pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap.

  31. Ish! aku dah tulis menda macam ni dah tak kurang 10 kali tapi tak berapa nak sampai hati nak publish

  32. Betul ke ini Hakim Mahkamah Rayuan kes Nizar Zambry Perak. Petikan dari website

    http://72.14.235.132/search?q=cache:jIK0XJYrBZYJ:blog.limkitsiang.com/2007/09/21/ags-comments-on-lingam-tape-outrageous-is-he-for-judicial-independence-integrity-accountability/+vk+lingam+Ramly+Mohd+Ali&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a

    Diulas Jeff Ooi http://www.jeffooi.com/2009/05/oh_ramly.php

    There was reference of making “Datuk Heliliah, Datuk Ramli and Datuk Maroop” as judges — on 8th February 2002, Datuk Heliliah Mohd Yusuf, former Solicitor-General, Datuk Ramly Ali, a former Chief Registrar and Datuk Ahmad Maarop, a former Commissioner of Law Revision, received their letters of appointment as High Court judges from the Yang di Pertuan Agong. Their appointments were from Feb. 1, 2002.

    Rion

  33. sokongggggggg….

  34. sama2 le menyokong PR… jgn sbb org tu dr DAP or PKR or PAS… kena bersatu.. saya doakan DUN perak cepat bubar spt sms Hj Asmuni.. (baru ni Hj Asmuni rasmikan mesyuarat PAS Bg Datoh.. tu yg saya nampak kat banner le, ada gambo dia)..

  35. aku sbgai ahli PAS setuju….
    tapi kita yang bersama dalam PR, kena perlu sama-sama berlapang dada….kena byk give & take
    nak tengok kesilapan org memang senang…tak pernah selesai pun
    tp kita kena yang duduk dalam kepimpinan jemaah & organisasi, lg kena byk bersabar dan berfikir secara waras & tenang…jgn melenting tak tentu pasal…tiada manusia sempurna kecuali Rasuluallah
    setiap org yang menjadi ahli & penyokong dalam parti PR ada tugas masing2….
    Presiden ada tugasnya…
    Pesuruhjaya ada tugasnya….
    MB ada tugasnya…..
    YDP dan AJK kawasan ada tugasnya…..
    Ketua Cawangan dan AJKnya ada tugasnya…..
    Ahli-ahli biasa ada tugasnya….
    Penyokong pun ada tugasnya……

    Contohnya: MSK pun ada tugas dan peranan sebagai blogger….kita perlu bertanggungjawab ke atas tugas kita masing-masing. yang penting kita buat tugas masing-masing kerana niat ALLAH SWT….kalau niat kita tak betul, maka kita akan hanya memenuhi keperluan hawa nafsu sahaja….
    Kita jangan tertipu dengan perjuangan.

    Wallahualam

  36. setuju 100%. Masaalah ego ni. Buat pak oncu, dlm PKR hanya berapa peratus je asal UMNO. Dlm PAS pun ada ex UMNO. Benda2 yg remeh temeh ni yg jadi huru hara. Org PAS kata org PKR tak boleh percaya. Tapi hakkatnya PAS seperti terlupa, PAS pernah tidur sebantal dgn UMNO. So pada saya, keihklasan antara satu sama lain yg penting. Buang ego masing2. Jgn nak judge seseorang itu dgn pakaian atau sejarah silam. Ok bro…semuga kita tidak tergolong dlm golongan munafik….amin

  37. TGHH hanya sesuai sebagai presiden PAS. Ciri2 Negarawan langsung tak ada! sori ler! ini pendapat aku je. Yang ada ciri2 Negarawan takat ni TGNA, DSAI, LG Eng dan DS Nizar.

  38. Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri.
    peraaan yang berlaku tanpa disedari
    menang dicapai tanpa kesungguhan
    itu yang berlaku

  39. 1. PAS YANG TAK BOLEH TERIMA ANWAR- PAS KARUT

    2. PKR YANG TAK BOLEH TERIMA NIZAR- PKR BAHLUL

    – MUDAH JE FORMULANYA , NIZAR THE CONTINIOUS ANWAR AND AKAN BYK LAGI DAN LAGI
    — ANWAR CONTINIOUS BURHANUDIN HELMI …

    3. KITA SERING DIMOMOK DENGAN JASA SEGALA PM PM YANG LAMPAU
    TETAPI MEREKA INI OVERATED !!!
    SEKARANG KITA LIHAT JASA THOSE YANG DILABEL KIRI - B.HELMY, BOESTAMAM DLL

  40. * Pemecah Berita

    Election soon!!!

    DUN will be dissolved very soon. Get ready.

    SMS from Hj. Asmuni Awi. Pengarah Pilihanraya Pas Perak.

    ——————————————————————————————————————————————————-
    Semalam tengah malam ,Gua terbangun dari tidur.,

    Memang baik kerana waktu waktu itu sudah di kira dua per tiga malam,maka elok beboner jika kita mulakan dengan Tahjud ,.

    Iblis biasalah.,cukup cekap, meletakan mata pada screen 33″ tekan punat cpu tepampang lah iklan di atas.,.

    Apa lagi berita sensasi yg di tunggu ole semua umat PR,dan yang sewaktu dgn nya.

    Gua pon sebarkan pada yang berminat.

    Balik Sembahyang Jumaat tadi ,tiba tiba kereta buat hal.,mati enjin kat tengah perjalanan balik office, langsung tak bole start..,puas memulas kekunci,apa bunyi pon tak der!!!

    Ai!!! kereta 2008.,harga nya tak payah cerita,kalau beli saga dapat ler 4-5 biji kut.

    Rosak /tiba tiba begini.adoiya!!!!!!!!!

    Di fikir fikir kenapa ya!!!!!

    Mungkin ,Ini lah akibatnya tompang sekaki ,menjadi penyebar berita,yang belum pasti hujung pangkal nya….

    Wktu ni baru teringat pesanan Nabi.,Jika datang sesuatu pengkhabaran ,hendaklah di periksa kesahihan nya……..(Berita tur mungkin betul,tapi yg.tumpang menyebok pasai apa)

    Hemmmmm!!!!

    Maafkan saya.

    Jgn Mareee!!!!!!!!

  41. ADA ker mane-mane pemimpin utama PR membace laman web ni Bang Mat…che miker je yang teroyak sorang-sorang…deme yang lain mengeronyin je sambey nengak najib mengaku dier le PM rakyat…

    Ha…tumpor yeob!!!

  42. kenapa kita perlu berfikiran negatif ttg pemimpin? jenuh la nak layan penyokong2 yg macam ni

  43. Bro MSk, teruskan mekirtik sebab bab nie jarang org buat, jarang orang buat nnt takut depa jadi khayal dan lupa, kalau takat nak jadi blog pengampu memang bayak dah ada. Kritik yang membina ler supaya org yang dikritik tersedar, biasanya kita x nampak salah silap kita, kita cuma nampak salah orang jer.. Cuma bila rajin mengkritik nie kena standby ler pulak kena bantai dgn org yg kita kritik… hehehe.. biasa ler tu kena bantai balik nnt…

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.