Antara pemimpin Pas dan pemimpin rakyat

May 13th, 2009 | By Admin | Category: Isi I, Mat Saman Kati

Aku orang PKR. Nombor ahli…165446.

Tahun 2004-2006..aku jadi tukang komen kat Malaysia Today. Dan menjadi orang paling kuat menghentam Pas selain daripada GAP. Dan aku berhenti jadi tukang komen kat Mtoday bila aku kena ban kali ketiga.

Ramai orang Pas marah kat aku…macam-macam gelaran yang aku dapat…macam-macam musuh yang aku dapat.

Tapi…diantara ramai musuh-musuh yang aku dapat…ada seorang musuh yang paling aku hormat..nama dia Anti-Hypocrisy. Malah aku pernah kata…kalau AH jadi Presiden Pas…aku akan sain borang masuk Pas.

Kalau aku masuk Pas..bukan pasai aku menerima Islam. Aku dah memang Islam (mudah-mudahan diterima) …dan kalau nak masuk Islam tak payah masuk Pas. Dan kalau tak masuk Pas pun Islam jugak.

Sekarang ni…ramai orang masuk Pas. Yang tak boleh masuk…jadi penyokong rasmi Pas pun tak apa. Pasai apa depa masuk dan sokong Pas?

KEPIMPINAN!!!

Yang tu saja. Mujahid boleh tulis apa saja..boleh bagi alasan apa saja mengapa orang suka kat Pas. Tetapi bagi aku, diPerak..orang suka kat Pas pasal Nizar. Mujahid boleh tulis la…pasai parti lain hau siau, pasai lompat melompat. Dulu pun Pas hau siau jugak…sampai Presiden dia masuk Umno.

Perbezaan sekarang ialah kepimpinan. Kalau Mujahid jadi Menteri Besar Perak..belum tentu Pas diterima macam sekarang. Tengok pulau Pinang sudah la. Pas Pulau Pinang macam Pas Kuala Kangsar.

Tapi di Perak…Nizar menunjukkan kepimpinan rakyat…bukan setakat pemimpin Pas. Sapa yang tak suka kat Nizar? Cuma Jamal dan Osman..dan geng-geng UBN yang tak dapat balak saja yang tak suka kat dia. Sampaikan Anwar sendiri rela menyerahkan Malaysia kat Nizar! Betui la…Malaysia ni bukan Anwar punya…tapi dari ayat tu terserlah pengiktirafan terhadap Nizar.

Aku lebih suka kalau Nizar kekal sebagai MB Perak..tapi kalau nak diangkat jadi Perdana Menteri lagi aku suka. Tak kisah la aku orang PKR ka…orang bukan Pas ka..yang penting kepimpinan.

Masa Nizar mula-mula jadi Menteri Besar dulu..aku pun kutuk Nizar kow-kow. Sebab dia berceramah macam penceramah Pas…bukan macam Menteri Besar. Tapi semasa PRK Kuala Terengganu…aku kata, Nizar sudah menjadi asset kepada Perak. Jual namanya pun boleh laku. Kalau aku nak buat duit pun senang…sebut saja aku rapat dengan Nizar..gerenti berpuluh orang minta huloq permohonan balak.

Nizar sudah jadi pemimpin rakyat Perak. Dia boleh masuk majlis DAP, majlis PKR…sapa pun tak terasa dia pemimpin Pas. Itu keistimewaan dia. Dan kalau lebih ramai pemimpin Pas jadi macam Nizar..lebih mudah Pas diterima oleh semua.

nizar1

Tapi kalau pemimpin Pas asyik bercakap tentang Pas saja…tok sah kata rakyat nak terima. Ahli Pas sendiri tolak depa. Macam yang terjadi kat Parit Buntaq. Nasib baik Mujahid tidak bertanding dalam muktamar Pas Parit Buntaq. Silap-silap…dia pun hanyut.

Tags: ,

Afiat

78 comments
Leave a comment »

  1. sy sokong pndapat ni….
    tulisan yg tersgt bgos!!!
    tahniah!!

  2. bagus kat mana? kah..kah..kah

  3. alamak….

    bro mat cerita kisah silam semasa di malaysia today…

    dulu pon aku pernah lawan bro mat…..

    sebab geng dengan GERAKAN ANTI PAS (GAP)….

    kah…kah…kah…

    apanama….. ketua gereja father hassan ali……

    kah…kah…kah…..

    kalau bro mat ingat….

    masa tu aku pakai nama ‘WINSTON’……

    aku masih rindu dengan malaysia today dulu2…..

    dengan bro MAT SAMAN KATI….. GAP….. SEGALADOOLA…ANTI HIPOKRIT….BENJIZ…. FRIEND FROM TEXAS….DARWIS GILA….BLA..BLA…BLA…

    KAH…KAH…KAH…

  4. alamak….

    bro mat cerita kisah silam semasa di malaysia today…

    dulu pon aku pernah lawan bro mat…..

    sebab geng dengan GERAKAN ANTI PAS (GAP)….

    kah…kah…kah…

    apanama….. ketua gereja father hassan ali……

    kah…kah…kah…..

    kalau bro mat ingat….

    masa tu aku pakai nama ‘WINSTON’……

    aku masih rindu dengan malaysia today dulu2…..

    dengan bro MAT SAMAN KATI….. GAP….. SEGALADOOLA…ANTI HIPOKRIT….BENJIZ…. FRIEND FROM TEXAS….DARWIS GILA….BLA..BLA…BLA…

    KAH…KAH…KAH…

  5. hehe…pengalaman aku di selangor…ramai yang masih anggap nizar mb sah adalah dari PKR, bukan dari pas…so apabila dia orang tahu nizar ni adalah dari PAS baru diaorang terfikir yang dalam PAS bukan hanya ada alim ulamak sahaja tapi profesional yang penuh dengan ilmu di dada dan dihormati…tapi apa yang penting bagi aku adalah…soal kepimpinan seperti yang dikatakan oleh MSK…dan menjaga rakyat , sanggup bersusah payah dengan rakyat dan sebagainya yang perlu ada pada diri seorang pemimpin…

  6. LAMA AKU BERHENTI LAYAN MALAYSIA TODAY….

    LAMA JUGAK LA…..

    TIBA2 AKU TERINGAT NAMA ‘ MAT SAMAN KATI’

    CARI BALIK KAT MALAYSIA TODAY….

    RUPE2 NYA SAMA MACAM AKU…. TAK LAYAN MALAYSIA TODAY DA…..

    SO MACAM MANA AKU TERGERAK HATI….

    AKU SEARCH NAMA MAT SAMAN KATI DALAM YAHOO….

    TERUS JUMPA BLOG MAT SAMAN…..

    AKU BUKAK BLOG TU….. NAMPAK GAMBAR SIGNBOARD “KATI’

    KAH…KAH…KAH….

    AKU KOMPON NI BRO MAT PUNYE BLOG….

    TULISAN MASA MACAM KAT MALAYSIA TODAY…..

    KUTUK PAS….

    AKU BENCI…AKU BENCI….

    KAH…KAH…KAH…..

    TAPI LA NI JADI PENGIKUT SETIA BLOG MAT SAMAN KATI…..

    PAGI2 MESTI BUKAK BLOG MSK….

    WALAUPON TAK BAGI KOMEN….. SEBELUM BUKAN TRANUNGKITE…..

    KAH…KAH…KAH…..

  7. melayu yg memusuhi pas kebiasaannya mewarisi pemikiran korup umno sekular. samada melayu dalam atau luar umno. melayu yg memahami dan menghalusi erti perjuangan islam tidak semudah itu memusuhi pas. soal ada pemimpin pas masuk umno itu soal pinggiran yg tak sampai merosakkan perjuangan islam seluruhnya. nasihat untuk penyokong pkr…ketahuliah 1 malaysia tahu pkr samasekali tidak punya kekuatan di peringkat grassroot. dimana2 pilihanraya kecil atau umum pkr selamanya menumpang kekuatan pas.

    banyak lagi kalau nak citer tapi cukup dulu. buat penyokong pkr jgn ss sudahlah. problem di perak antara lain berpunca kerenah org2 pkr jugek.

    lu pikir la sendiri.

  8. wakakakak !!!

  9. aku tumpang senyum jer…….hehehhehe

  10. satu lagi beb….lu buat2 lupa bahawasanya nizar tu sendiri adalah produk pas dibawah kepempinan ulamak. membezakan diantara pemimpin dgn pemimpin yg lain dalam pas adalah keja umno sekular ataupun mereka yg mewarisi pemikiran korup umno sekular.

    sebenornye aku minat kat mat saman kati…tapi mat saman kati yg ori….(almarhum)

    adios amigo !!!

  11. sy pun suka mat seman kati yg ori…zikir dia sampai sekarang ni org masih amalkan..semoga roh almahrum dicucuri rahmat dan berada disamping mereka2 yang dipelihara oleh allah..amin

  12. de Lahoya,

    Bagi aku yang bukan ahli Pas…aku tak peduli sama ada seseorang itu dari kepimpinan ulamak ka…apa ka…itu hangpa punya pasai. Lagi pun yang membezakan kepimpinan ulamak dan kepimpinan profesional tu hangpa jugak. Orang bukan Pas cuma dengar puak Erdogan dan puak muqabalah.

    Tak payah la salahkan orang lain.

  13. de Lahoya,

    Pasai kekuatan grassroot tu…tak payah syok sendiri la. Dah selalu sangat aku dengaq. Macam apa yang Mujahid cakap tentang Penanti la.

  14. itu pandangan peribadi mujahid
    bkn masalah PKR yg hau siao,
    tp ahli2 dia byk yg xbaik,trutamanya bekas UMNO
    dah berapa kali nyusahkan PR dgn kes lompat,kes penang.
    patut ada tapisan ahli,
    nak sebut tarbiah,pak MSK bkn ske sgt elemen2 PAS ni
    tp kena ada la mekanisme tapis ahli,x kisah la mcm mana pun
    hrp2 kbykn ahli muda PKR yg ‘bebas’ pmikiran UMNO bole gantikan generasi lama yg rata2 ahli UMNO ni
    maaf lah lari tajuk skit..

  15. muda-belia,

    Topik disini ialah soal kepimpinan. Mujahid adalah seorang pemimpin Pas…dan bila dia bercakap…dia bercakap sebagai pemimpin Pas. Lain la kalau dia cakap ..”ini pandangan peribadi saya.” atau pun..”saya bercakap sebagai pemimpin Pas.”

    tapi kalau dia buat macam tu…orang kata dia ada dua lidah.

    Kemudian tengok senarai kepimpinan PKR dan tengok senarai kepimpinan Pas. Berapa ramai yang ex-Umno? Mungkin apa yang berlaku kat Pas Selangor…pasai Pesuruhjaya dia ex-Umno kot?

  16. Bro…

    Aku setuju apa yang bro katakan. Kadangkala org pas kena pandang “keluar kotak”. Aku minat dengan tulisan bro pasal berbeza dengan blog yang lain. DAN YANG PALING PENTING ADALAH TULISAN BG MAT BERDASARKAN PENGALAMAN…PEMERHATIAN..pandangan yang tanpa selindung dan yang paling penting tulisan bro adalah TULEN. Tak macam kebanyakan blog lain yang hanya mengulas dan melapurkan semula isu.
    Satu lagi, penelitian saya mendapati Bg Mat adalah seorang strategis dan pemikir. kerana itu ada kelainan di dalam tulisan bg mat. Sama macam RPK.
    Secara umumnya, manusia memang suka mencari persamaan yang ereka milki. Kerana itu mereka tidak suka dikritik. tetapi jika mahu kebaikan dan perubahan yang positif ..kita perlulah mempunyai orang yang macam bg mat. Kritis dan berani. Walau kadang kala pahit tetapi saya nampak point yang bg mat selalu ketengahkan. Teruskan melontarkan pemikiran bg mat. Banyak baiknya utk rakyat yang selalu ditipu oleh pemimpin yang memegang kuasa. Mereka kadang kala lupa. So..kita yang perlu memberi ingatakan dari bawah.

    Salam sukses bg mat….

  17. aku ingat panas sampai ke petang…..

    rupa2 nye panas sampai ke malam la ni…..

    kah…kah…kah…kah…..

    semua parti ada ex-umno…..

    dap pon ada ex-mca..mis….

    yang paling best…….

    dalam UMNO pon ada ex- PAS…… ex-PKR pon ada…..

    kah…kah…kah…..

    MCA dan MIC ada ex-DAP jugaaaa………

    kah…kah…kah…..

    yang aku terkejut…..

    dalam blogger PR….. ada EX- BN

    sama jugaaa itu blogger BN…. ada EX-PR…..

    kah…kah…kah…kah…..

    ALBANJARI….. hang EX- mana…?

  18. Salam Mat,

    Ramai orang boleh jadi pemimpin tapi tak ramai yang boleh memimpin.

  19. msk,

    saya rasa kepimpinan PKR memerlukan seseorang yg mempunyai latabelakang agama yg kuat.x semestinya bergelar ustaz, tuan guru @ ulamak.klu ada lg bagus.ianya penting bg mentarbiyah ahli2 PKR yg beragama Islam.lihat lah apa yg telah dilakukan oleh PAS.Almaklum lah kebykan ahli PKR adalah ex-umno.bkn nak kata org PKR ni x beragama @ cetek ilmu agamanya tp tekan istiqomah perjuangan.
    sebagi contoh, saya pernah bertanya kpd rakan sepejabat saya (beliau adalah ketua AMK bahagian di Selangor), saya tanya dia apakah dasar@tujuan perjuanagan PKR,dia kata dia x tau.katanya dia dilantik oleh YB kawasannya.
    adakah dia sememang tidak mengetahui atau masih kabur ttg dasar PKR, saya x pasti.
    saya pernah menasihati dia,utk menjadi pemimipin seseorg itu mesti lah berakhlak mulia.solat 5 waktu mesti dijaga,jgn minum arak, tp dia wat dek je……salam.

  20. sekali lagi msk mewarisi pemikiran korup umno sekular dgn mencetuskan golongan erdogan dan sebagainya. hakikatnya cuma ada satu pas dengan satu matlamat. dalilnya tiada pertelingkahan kronik dalam pas sebagaimana dalam umno. kepelbagaian latarbelakang pendokong pas adalah bukti jelas keterbukaan pas dan fleksibelnya pas sekaligus menjadi daya penarik kpd kebanyakan rakyat masakini.

    mereka yg ghairah ingin melihat pas terpecah dua akan terus menggigit jari kerana akhirnya islamlah yg akan menyatukan pendokong pas dan faktor islamlah yg menjadikan pas terus survive dan menjadi semakin relevan di mata rakyat.

    nasihat utk msk sila adili pas berdasar neraca ilmu dan iman bukan berdasarkan isu titik bengek. seandainya msk terus dgn “hati serong” beliau akan hanya lemas dan hanyut dgn pemikiran picisan sendiri sedangkan pas kan terus relevan dihati rakyat.

    sejarah 50tahun pas, 20tahun pentadbiran di kelantan, menguasai kedah dan kemampuan berinteraksi dgn parti bukan melayu bukan islam serta pelbagai kaum sudah cukup menjadi bukti silap dan serong nya tanggapan msk dan rakan2 yg sewaktu terhadap pas.

    msk…nasihat teman….jgn jadi anjing salak bukit…orang keliling kelalang naik meluat.

    sila pastikan siapa musuh sebenor kamu dan hadapkan kekuatan kamu kpd mereka…kalau tidak kamu spt tanggapan awal teman….mewarisi pemikiran korup umno sekular !

  21. salam..

    Dah lama x masuk blog ni…Rindu plak kat MSK…Memmag kenal beliau dari malaysia today lagi…TP MSK tak kenal aku…Aku jenis x suka kutuk2 orang sangat…Ingatlah ape2 pun dalam perjuangan kita menegakkan Islam…KIta boleh berfikir rasional apa yang terjadi di Perak sebagai pengajaran besar untuk semua…Aku ini masih muda lagi tetapi kadang kala aku sedih melihat pemikiran orang yang lebih dewasa pada aku..Kadang2 aku terfikir juga adakah mereka ini kurang membaca dan kurang mencntai ilmu…Bercakaplah sebagai orang yang waras dan kritis…berfikir dengan rasional sebelum berkata-kata…aku bukan mana-mana ahli politik tetapi dalam diri aku akan terpatri satu prinsip untuk menegakkan kebenaran…sebab aku tahu manusia yang suka bermain politik ini tiada prinsip yg sejati..biarkan kita dalam Umno pun asalkan kita mempunyai prinsip…x kiralah mana fahaman politik kita…tetapi yg penting jgn jd bacul dan tak berani menegakkan kebenaran..mengenai isu di Perak ini nampak sangat semua telah dipolitikan..undang2 di langgar..polis dan istana dilibatkan…ia amat memalukan…amat menyedihkan…tidak elok untuk tontonan genarasi muda yang baru menyintai bidang politik….cukuplah..politik ini sangat kotor dan jijik…kerana kuasa manusia sanggup mengadai maruah diri..

    sekian
    salam

    salam

  22. Masa Untuk Berubah.

    Saya setuju dgn MSK. Ini soal pemimpin dan kepimpinan. Jangan hanya dok sibuk urusan hal parti sahaja.
    Parti sebagai platform dlm amalan demokrasi, seperti kata Tuan Guru Nik Aziz.
    Nak jadi pemimpin atau nak memimpin ?? Jadilah pemimpin yang benar2 layak untuk memimpin..
    Fikir-fikirkan lah…

    Teruskan usaha MSK.
    Salam Perjuangan

  23. jebat,

    naiknya kepimpinan ulamak kira2 30tahun lalu telah membawa pas ke alam realiti perjuangan. dasarnya yg fleksibel, kepimpinan ulamak yg tegas, keterbukaan pemikiran kepimpinannya, kehadiran serta limpahan golongan profesional dan bukan profesional telah mewarnai pas sebagai parti politik yg matang dan dominan diatas pentas politik tanah air.

    samada kita setuju atau tidak pas kini telah muncul sebagai kuasa pengimbang yg mampu mencorakkan halatuju serta corak lanskap ploitik malaysia.

    SEMUANYA INI ADALAH KEJAYAAN PAS BESERTA KEPIMPINANNYA “KELUAR DARI KOTAK” SERAYA MAJU KEDEPAN TANPA MENOLEH KEBELAKANG LAGI.

    nasihat teman untuk jebat, keluarlah dari kotak fikiran kamu dalam menilai pas dan kepimpinannya. nescaya kamu akan dapat menilai pas berdasarkan keadilan dan kejernihan hati.

    adios amigo!

  24. matsamankati on May 13th, 2009 at 15:33:

    de Lahoya,

    Bagi aku yang bukan ahli Pas…aku tak peduli sama ada seseorang itu dari kepimpinan ulamak ka…apa ka…itu hangpa punya pasai. Lagi pun yang membezakan kepimpinan ulamak dan kepimpinan profesional tu hangpa jugak. Orang bukan Pas cuma dengar puak Erdogan dan puak muqabalah.

    Tak payah la salahkan orang lain.

    setahu aku yang kecoh pasal puak erdogan ngan puak muqabalah dalam umno ni dimulakan dari paper BN dan blog… hai bang mat… baca paper diorg lagi ke? yang aku dengar dari TGNA dan TGHH tak ada puak2 dalam pas… tak ada yang erdogan atau puak muqabalah… pasal masuk pas, lantak kau la taknak masuk pas… orang masuk pas sbb nak tegakkan Hukum Allah… tak payah nak persoalkan orang yang masuk pas… yang kau masuk PKR untuk apa? tegakkan keadilan? habis DAP tak tegakkan keadilan ke?

    yang aku nampak, dalam PKR terlalu ramai saki baki ex-UMNO… buka semua… tapi ramai berbanding PAS, aku bukan nak kata pas tak ada… ada…tapi susah nak nampak… apa pun aku nak bagi kredit gak kat abang mat coz ada komen2 yang abang mat boleh diamik pusing… kalau tak berlaku pun, mintak pemimpin PR amik perhatian la supaya apa yang abang mat tulis tak betul… kalau betul apa yang abang mat kata, baiki laa… kamu diangkat menjadi pemimpin, sebelah kaki kamu di neraka…

    kepada hizbul on May 13th, 2009 at 16:58:

    sebenarnya politik tu tak kotor… sila baca siasah dalam islam… cuma orang yang tamak, rakus dan tidak bertamadun je yang buatkan politik ni jadi kotor…

  25. abgdubai,

    Setuju sangat apa yang dikatakan. Ramai yang masuk PKR kerana Anwar…ataupun kerana marah dengan Umno…ataupun kerana mahu jawatan. Soal disini ialah apakah mereka memahami idealisma parti? Mengapa orang2 macam Lee Boon Chye, Sivarasa, Tian Chua masih kekal dalam parti? Sedangkan mereka tak sembahyang lima waktu?

    Dan orang yang boleh dikira berilmu dalam hal ugama macam Saari Sungib, Anuar Tahir..semua keluar? Apakah masa dalam PKR depa ni tak sembahyang…bila masuk Pas baru sembahyang?

    De Lahoya,

    Aku tak minta orang suka kat aku. Dan aku tulis bukan pasai nak bodek sapa-sapa. Orang macam kamu dah lama aku jumpa, masa kat MalaysiaToday dulu pun dah melambak. kritik sikit…mula bagi label. sekular la..exUmno la…sikit lagi keluar pulak macam-macam istilah.

    NAH!!! dalam komen terakhir…hang juga yang bercakap tentang golongan profesional dan golongan ulama. Aku tak sebut pun benda tu!!

    “kepimpinan ulamak kira2 30tahun lalu telah membawa pas ke alam realiti perjuangan. dasarnya yg fleksibel, kepimpinan ulamak yg tegas, keterbukaan pemikiran kepimpinannya, kehadiran serta limpahan golongan profesional..”

  26. ikhwan,

    Sekarang aku tak baca suratkhabar MSM..tapi benda ni keluar kat mana-mana pun. kat Harakah pun ada Tang mana yang aku persoalkan orang masuk Pas? Cuma aku nak cerita pasai apa orang bukan Islam sokong Pas. Hang ingat depa nak tegakkan Islam? Hang ingat depa nak Negara islam? Kalau depa nak tegakkan Islam..dah lama depa masuk Islam.

    Tapi sekarang depa nampak contoh pemimpin Islam yang sederhana. Pasai apa Cina dan India di Perak boleh terima Pas…tapi Melayu/Islam di Terengganu tak boleh terima Pas? Apakah Islam Haji Hadi berbeza dengan islam Nizar?

  27. hahaha…spot on bro…dulu aku pun sokong pas,kre mase tu xtepikir la kalo ada org pas yg trime rasuah ke,trime projek ke,rebut jawatan ke…tp after mac08 mata aku dh terbukak…upenye prangai pas ngan umngok same jerrr…cume pas pakai kopiah/serban…umngok pakai songkok….dh la tu de la hoya,case closed!!kau kalah…booo

  28. BRO MSK caya lah… ini .. dan aku sokong lu nwa.. memang betul ..sampai jawatan ketua kampung pun berebut-rebut tak ke haru..sekarang padan muka..?? Apa khbar Tuk Janggut Bahagian Kuala Kangsar sekarang ni..ya.!!!!

  29. Gaduh2 pun tak guna..
    Kepada rakyat perak buatlah satu memorandum untuk dihantar kepada Sultan Perak.
    Pohon Sultan bubarkan DUN.Kepada parti yang menang dialah yang akan memerintah negeri tak kira PR atau BN.
    Kembalikan kepada rakyat dalam membuat keputusan.

  30. Memang betoi. Ustaz2 dalam PAS ni memang perasanpun. Aku ahli PAS tapi aku tak boleh campur dgn kebanyakan ahli dan penyokong Pas. Depa punya mentaliti tu semacam………… pelik!!! Depa dok ingat Hj Hadi tu maksum. Tak boleh komen langsung tentang tok guru. Kalau Hj Hadi cakap macam Hj Hadi dapat wahyu.

    Kalau setakat ustaz2 peringkat cawangan dan kawasan tu, depa nak paksa orang ikut cakap depa saja. Depa saja betoi…… Lagi satu belagak macam haram jadah. Kerling orang macam depa saja boleh masuk syurga. Piraaah!!!! Ustaz2 semua balik MUHASABAH diri dulu.

    Cuba bayangkan Us Ahmad Awang jadi MB Perak, bukan Nizar. Tentu lani ni Zamri dok relax faraid harta pasai Us Ahmad Awang dah give-up.

  31. aku ahli PAS 333815….
    aku masuk pas bukan pasal nizar, bukan pasal tuk guru dan pemimpin pas yang lain…
    tapi kerana pas adalah wadah perjuangan yang berteraskan ISLAM…. (teori @ praktikal adalah perkara kedua)…yang penting PAS adalah wadah bertunggakkan ISLAM…
    dalam pas, ahlinye terdiri dari golongan yang seboboh-bodohnya, hinggalah sepandai-pandainya samada dari segi akademik or agama…tp mereka joint pas kerana ISLAM….namun begitu, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu NIAT dihatinya,,,,.
    aku tak suka cakap tentang keburukan PKR, DAP (parti komponen PR)….PAS telah ajar ahlinya tentang TAHALLULSIASI…lagipun kalau kita tunjuk kesalahan pada orang dengan ibujari, 4 lagi jari akan menghala pada diri kita sendiri….setiap orang tiada yang sempurna
    tapi dalam pas, kita adalah jamaah yang ada kaedah pendidikan sahsia tersendiri (pengajian hiraki, pengajian ilmu di masjid & surau, PASTI, SAR, usrah dsbg nya)….ini membezakan pas & umno
    aku seru pada penyokong & ahli parti Pakatan Rakyat yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita betulkan agama kita…ikuti pengajian agama di surau & masjid, semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada kita dan ahli keluarga semua….Amin

  32. Salam MSK dan semua kawan,
    Betul dan benar. Kepimpinan.
    Satu lagi, peribadi yang baik.
    Saya suka kat Nizar bukan kerana dia PAS.
    Saya suka kat MSK bukan kerana dia PKR.

  33. kekekkekeke….

    pemimpin pas…… pemimpin pkr…

    kekeekkekkek…

    ketuanan rakyat….

    kekekekekke….

    “woittt… bangun la cepat… kami dah tunggu lama ni..!!!.” <— kati ateih pagor.

  34. hangpa gaduh gaduh kat atas tu pasai ape
    ghiuh ghendah macam nak ghuntuh ghomah

    yang sokong pas - terima jeee teguran udah leeee - perbezaan antara pemimpin dan kepimpinan

    sekarang ni orang bukan pandang sangat hang pati ape - pati pas ke umno ke dap ke ‘pati tupperware ke’

    yang penting sekarang ni - orang nak tengok ketokohan dan kepimpinan secara menyeluruh - dengan kata lain pemimpin rakyat seperti yang MSK kata dalam rencana dia

    ingat lah ahli pati mana pun benci pemimpin dia kalu hanya bercakap dalam tempurung pati dia jeee
    kecuali yang taksub ngan pati sendiri - yang tu macam umno juga - cakap le ape pun - asalkan pati dia, dia mesti setuju punya - kalu pati orang lain dia hentam sakan - yang ni dia dok dalam tempurung pati.

    tapi la niii - orang dah mula bukak mata - orang perati corak dan gaya kepimpinan - adakah dalam tempurung pati atau pemimpin rakyat.
    tu sebab la niii - payah nak teka dan cula - nampak macam sokong, tapi bila undi kalah - pasai - orang yang diletakkan itu - ahlipun benci - tapi nak lawan, payah nak cakap leee.

    orang muda la niii - dia tak macam orang ‘veteran’ - depa mengalami masalah - kalu orang veteran ni tak memahami dengan tepat - depa boleh kalih bila bila masa.

    jadi yang penting sekarang ialah pemimpin dan gaya kepimpinan yang merakyat - oleh itu terima hakikat teguran orang - walaupun pahit nak ditelan - jangan melenting tak ketahuan hala -
    belajar terima hakikat dan kenyataan - jangan ingat orang tegur dah dianggap orang benci
    dan jangan pulak terus terima - orang puji bermakna orang suka

    tengok TGNA - pasai ape rakyat kelantan termasuk yang cina india budha keristian dan pelbagai rakyat terima dia - pase dia pemimpin rakyat - berjiwa rakyat - itu satu contoh……

  35. Sebelum DSAI muncul, dah ramai orang Melayu yang getik kat UMNO. Setelah DSAI muncul dengan PKR, golongan ini menganggotai PKR kerana telah ada pemimpin yang boleh menolong melampiaskan kegetikan mereka! tu aje! (tapi bukan semua ikhlas!)

    Pemimpin politik yang aku respek ketika ini, DSAI, TGNA. DS NIZAR dan LIM GUAN ENG. Bukan kerana parti mereka tetapi kerana pemikiran dan tindakan mereka! Oleh kerana idola aku ni dari parti yang berlainan maka aku tak masuk mana-mana parti tetapi aku menyokong PAKATAN RAKYAT kerana individu di atas ada di dalam PAKATAN RAKYAT!

    Untuk PAS, hangpa patut kembali ke tahun 70-an sebab stail hangpa relevan untuk tahun 70-an jer! Al-Quran sesuai untuk semua zaman, hangpa? ketinggalan zaman! nasib baik ada TGNA dengan DS Nizar, kalu tak, sampai kesudah la! tapi aku respek dengan gerakerja hangpa! pemikiran? bab agama ok! bab lain belum lagi!)

    Untuk PKR, kalau hangpa dapat singkirkan malaun-malaun yang berbaki sikit-sikit lagi dalam parti hangpa,
    hangpa akan ok! Kalau tak, hangpa akan KO! (Bila Hj Mail nak jadi pengerusi PKR Perak nih? terhegeh-hegeh tul! kang aku keluarkan DSAI dari list aku baru padan muka! err… Mat Pendi jadi pengerusi PKR Perak lagi baguih! dibantu oleh Bariah sebagai timbalan! tak kenal? cari sampai dapat!)

    Lupa plak! dalam list di atas tu, DS Nizar idola nombor satu aku ketika ini!

  36. MSK…

    1. batang tubuh Nizar itulah produk keluaran Pas, hasil tarbiyah yg dia dpt dari Pas…jgn cuba nak nafikan kekuatan Pas dlm menghasilkan pemimpin yg sebegini.
    2. mana boleh nak bandingkana negeri Perak dgn Terengganu. dua2 negeri adalah berbeza dari segi kapasiti penduduk, sosio ekonomi, geografi dan macam2 lagi. mana mungkin kita nak mengadili 2 org pemimpin (walaupon dari fahaman yg sama) dari tempat yg berbeza menggunakan neraca yg satu. dlm bab ni kena rasional la sikit.
    3. Pasai Mujahid…itu lah contoh keterbukaan dlm Pas. bebas menyatakan pendapat tanpa terikat dgn peraturan yg mengikat (masih dlm landasan). kita bebas menerima dan menolak pendapat beliau. saya dapati saudara MSK menolak pendapat beliau. itu hak saudara.
    4. Tidakkah saudara MSK terlalu gopoh dlm menilai seseorang? tak kenal maka tak cinta. dan saya dapati saudara MSK tidak mengenali Pas secara mendalam. tidak adil lah bagi saya saudara melontarkan komen sebegini.
    5. kata saudara ‘ Pas pulau pinang macam Pas kuala Kangsar’…memanglah sama. tapi tulisan saudara ini menampakkan dendam saudara terhadap seseorang. adakah geramnya saudara pada ’seseorang’ lantas ‘menghalalkan’ saudara menghentam keseluruhan organisasinya?(kecuali Nizar)

    akhir sekali saya setuju dgn komen de Lahoya : saudara MSK tahu siapa musuh sebenar saudara, maka ‘tala’ kan kekuatan yg saudara miliki ini ke arah mereka. Insyaallah pemimpin Pas akan berusaha utk memperbaiki diri melalui program Tarbiyah mereka. Jgn Risau!

    wassalam
    4.

  37. Cho tak berapa kuat pendiriannya hehe
    kita bercakap soal prinsip yob…

  38. Tamban! lu silap banyak!

    Pasal prinsiplah aku tak join mana2 parti! Kalau aku masuk mana-mana parti! masak pemimpin kat atas tu aku kerjakan! Tapi, undi aku untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat! Cuba hang kaji! yang mana lebih ramai? ahli parti dalam Pakatan rakyat atau penyokong Pakatan Rakyat tanpa parti macam aku? Kalau aku dengan depa ni masuk mana-mana parti dalam Pakatan rakyat! masaaaakkkk! wa cakap lu! Nak tau rahsianya? toksah la lagi! nanti hangpa kecik ati pulak! Kih Kih Kih Kih (kalau hangpa cam gelak ni, itulah aku!)

  39. madkri,

    memorandum memohon pembubaran DUN telah dihantar kepada Sultan Perak dah banyak kali dan dah puluh ribu yang menandatanganinya. Kali pertama diserahkan oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid di pejabat Sultan di Kuala Kangsar. Kemudian gabungan 25 NGO dah hantar..Dah ratus ribu tandatangan yang dikutip…tapi tak tau Sultan tengok atau tidak.

    Bikir Perak..

    Amacam Tok Janggut kita?

    matjihad,

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/mujahid-yusof-rawa/26255-pas-masa-depan-yang-mencabar

    tamban tergeliat,

    1. aku tak menafikan Nizar lahir hasil tarbiyah Pas.Tapi mengapa sekian lama…Pas baru menghasilkan seorang yang dapat diterima oleh semua orang..tak kira Melayu, Cina, India.islam dan non muslim?

    2. Pasai apa tak boleh bandingkan Terengganu dengan Perak? apakah orang Terengganu tu bodoh dan orang Perak cerdik?

    3.Bila Mujahid cakap..hang kata terbuka. Bila aku cakap tak boleh?

    4. Tak ada yang personal dalam hal ini. Aku pernah duduk dengan Mujahid dan makan semeja dengan dia di Bukit Gantang. Aku pun cakap rawa dengan dia. Mengapa hang tak kata… Mujahid sebagai pemimpin sepatutnya lebih rasional dalam mengeluarkan komen atau tulisan?

    5. Aku tak kata Pas keseluruhannya…sebaliknya aku spesifik..”Pas Pulau Pinang dan Pas Kuala Kangsar.” Tak macam Mujahid bila dia sebut keseluruhan parti…hanya disebabkan dua orang yang melompat!

    God will take care of my enemy..but I have to take care of my friends.

  40. aku dah kenai hj nizar dari tahun 2004 lagi…
    dia bertanding parlimen kuala kangsar lwn kak pidah…..sama2 berkempen untuk dia….dari subuh hingga ke tgh malam….tp aku tak taksub pada dia dr dulu hingga sekarang pun….
    dia adalah pemimpin pas seperti orang lain….cuma rezeki dia untuk jadi MB (satu ujian dari Allah SWT sebenarnya) tp aku akui masa 2004 dah terserlah kepimpinan dia…cuma ramai orang tak kenal dia masa tu….
    dalam pas, ramai lagi yang ada kepimpinan baik, cuma tiada peluang untuk diketengahkan…
    dalam pas kita tak minta jawatan tp bila diberi amanah jawatan, kita akan buat yang terbaik kerana ALLAH SWT…..
    Wallahualam

  41. matjihad,

    aku lagi la tak taksub.. malah aku pernah kutuk dia !! Bezanya…diTerengganu…rakyat tolak Hj. Hadi selepas diberi peluang. DiPerak…Rakyat membela Nizar bila dia ditendang.

    Pasai rebut jawatan ni…tak payah cakap la. Kalau 20-30 tahun dulu…aku percaya. Tapi la ni..ada yang nak saman bila kalah merebut jawatan YDP kawasan. tak kan tak tau kot?

    MSK

  42. matjihad,

    kalau ada pemimpin pas laen yg mcm nizar,sila tunjukkan!!

    lebih 50thn br dpt lahirkan sorang…hohohhoho

    “dalam pas, ramai lagi yang ada kepimpinan baik, cuma tiada peluang untuk diketengahkan”
    so cliche from PAS supporter

  43. aikkk…marah benar kat mujahid???!!!!

  44. malaysia today 2004 memang kisah lama msk.dulu aku ingat kau dgn gap ni geng umno menyamar jadi pkr nak pecahkan barisan alternatif.

    gap setahu aku masa tu memang hentam pas gila2 punya. hassan ali n husam musa memang jadi mangsa dia.

    msk pulak kasi tambah hentam pas.kadang2 msk jawab dalam english. english msk memang 1 st class punyalah !

    mula2 memang tak percaya dengan diorang ni tapi akhirnya cuba open minded skit dgn hujah diorang. pastu barulah dapat tahu keadaan politik yg sebenar.

    ——

    last last aku dapat tau yang msk memang sebenarnya ahli pkr. nama betul dia Af….. Ah….. cuba contact msk sebab ingatkan dia satu geng ngan gap.rupanya diorang berdua ni tak pernah bersua muka pun. cuma kenal kat MT je.dulu blog matsamankati memang selalu jenguk. yang paling best tajuk polifiksyen.

    gap setahu aku sehingga hari ni aku rasa dia memang neutral cuma ezam bos dia yang umno.gap paling byk ajar aku pasal politk.byk cerita underground yang dia bagi yg tak mungkin aku dpt dalam harakah ataupun suara keadilan.satu yang aku ingat masa dia bocorkan nalla nak masuk pkr.memang betul berlaku! lagi info yang dia dedahkan aku ada simpan sampai skang!

  45. Sedar tak sedar harga minyak nak naik lagi.Dahlah suasana politik dan negara tengah gawat,kerajaan umno-bn buat keputusan paling tak popular nak naikkan harga minyak 20sen seliter.

    gebang-gebang kat warung kopi yang tok dengar,harga minyak dinaik untuk tampung kos BN menghadapi pilihanraya di Perak.

    Tok setuju dengan pandangan beberapa tokoh politik,BN akan mengadap Sultan Perak untuk memohon pada baginda agar Dun Perak dibubarkan.

    Kenapa baru sekarang?Ketika ini BN memerintah Perak walaupun statusnya masih diragui dan menunggu keputusan mahkamah.Motifnya,untuk menunjukkan BN tak tamak kuasa dan bersedia untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat sesuai dengan konsep one malaysian.
    helah politik ini berjaya memperdayakan pengundi atas pagar dan pengundi di saluran 1 dan 2 yang keliru dengan isu Nizar derhaka.
    Apa persediaan PR jika ini berlaku?
    Eloklah diadakan sesi ceramah atau penjualan CD berhubung krisis politik di Perak agar rakyat bukan sahaj di Perak tetapi seluruh negara faham.
    Jika helah politik BN ini berjaya,tidak mustahil di kawasan majoriti melayu akan dimenangi UMNO-BN dan di kawasan bukan majoriti Melayu akan dimenangi oleh PR.Sekali lagi Perak akan menghadapi situasi yang sama.
    Usaha perlu dilakukan segera untuk menarik undi kaum Melayu dan pengundi atas pagar.

    Jika UMNO memilih untuk memerintah Perak melalui jalan perundangan,keamanan dan kestabilan politik di Perak kembali gawat.Nizar barangkali akan disingkirkan melalui undi tak percaya di dun Perak atau melalui keputusan mahkamah.
    Apa pulak tindakan PR.Ketika ini kedudukan speaker Perak sangat penting.Eloklah dibawa ke mahkamah status speaker Perak yang kini menjadi pertikaian.BN dan PR akan menghadapi siri-siri kes mahkamah sehinggalah PRU yang akan datang.

    Rakyat menjadi pemerhati dan setakat ini pesalah sebenar menurut kacamata mereka adalah UMNO-BN

  46. aku dulu, bila baca MT, mesti cari komen MSK, Bumi Non-Malay tapi menyampah baca komen GAP, yang pas tu jadi GAP Kembali. Winston pun ok jugak. Anyway, kita kena terima dan sambut baik yang kepimpinan PAS lebih terbuka berbanding dulu. Ketaksuban penyokong akan tetap ada,samada dari PAS, PKR apatah lagi dari ‘Alif Min, Nun tendang Wau, Sarkas’. Orang-orang yang macam ni pada aku jangan layan sangat. Bak kat MSK, biaq pi kat depa. Penyokong PAs amnya, dan alhi PAS khas nya jangan terlalu bangga bila orang ramai (semua bangsa) mula menyokong PAS dan jangan mendadik dada hanya sebab NIzar. Rata-rata marhaen menerima PAS sebab Nizar. Aku setuju bila MSK kata Nizar yang menang BG dan bukan PAS. Nizar hanya manusia biasa. Tengok macamana reaksi orang bila pada mereka Azlan dan Nazrin tidak menyebelahi mereka. Dari seorang yang amat di sanjung kepada seorang yang, .. entah,.. bak kata kengkawan aku, takut satu hari nanti, bila nampak deme ni, kena BOO lah pulak… Lastly, kita kena agree to disagree tapi jangan lupa perjuang asal, iaitu Menegakkan Keadilan … (MSK, skali skala, rajin juge masuk blog lama hang, baca polifiksyen…)

  47. selama lebih 20 tahun kelantan meneruskan hidup di bawah tekanan pusat. geran tahunan tidak dijelaskan sepenuhnya. sumber alam ketika dirasmi diajak, ketika menuai hasil dilarikan sejauhnya. pembangunan? projek mewah? jauhnya nak sampai di kelantan. taktik demi taktik digunakan untuk jatuhkan kerajaan pimpinan PAS.
    kemuncaknya 2004. diumpan berpuluh juta, diumpan limpahan duniawi… namun syukur kami tidak terhingga kerana pemimpin yang kami pilih keras hatinya. buta matanya. tuntutan dunia memang dipenuhi tetapi tidak dapat menandingi tuntutan Pemilik Isi Alam Langit Dan Bumi, Allah Azzawajalla!!!.

    pendek kata kelantan dibangunkan PAS dgn ujian yang tidak terhingga. dari karenah istana hingga karenah umno munafik. umur aku ketika pas memerintah lebih kurang 13 tahun. dalam keluarga datuk, nenek , sedara mara, mak ayah semuanya pengundi dan penyokong pas. aku membesar bersama PAS di bawah tekanan umno. kini aku hidup dibumi lahirnya umno. amat jauh bezanya negeri ini dgn negeriku kelantan. 50 tahun lebih dibawah kekuasaan umno hanya ini yang umno dapat buat??? dengan 20 tahun pas merintah, dengan sumber yang banyak disekat, aku bangga kelantan tetap membangun!!! dari sudut ekonomi? kebendaan pembangunan? atau akhlak ? semuanya lengkap diajar terus menerus, dilaksana terus menerus hingga kini. kesian negeri2 dibawah naungan umno.. apalah sangat yang berjaya dicapai andai diletakkan semangat kebangsaan dan perkauman di hadapan?

    bezanya dengan PAS, Islam diletakkan di atas segala kelakuan. kerana yang dituntut kelak adalah Islam. setiap kali kuliah jumaat atau mana2 kuliah yg disampaikan oleh TGNA, pasti beliau mengajak kita yang Islam ni sama2 dekati yang bukan Islam, tugasnya apa? dakwah!!! dakwah boleh hadir dalam pelbagai bentuk! bukan setakat melalui penerangan yang berbuih air liur, tetapi melalui perbuataan, kelakuan, tindakan dan saling menyelami fahaman yang bukan Islam. jgn hanya berdakwah kepada yang Islam. yang bukan Islam turut sedara kita ciptaan Allah jua. aku dari sekolah lagi boleh makan minum lepak di kedai kopi apek. tukang buat airnya cina, tukang jual nasik bungkuh kat depanya Islam. yang buat aku bangga dan kami di tempat kami bangga, tukang bancuh air cina itu dibuka pintu hati untuk menerima nur Islam!!! itulah nilainya Islam sebagai Ad-din.
    point aku sebenarnya… cubalah letakkan Islam di atas segala cara hidup. org bukan Islam senang berdampingan dengan kita andai jelas cara hidup Islam kita. Islam bukanlah sekadar solat 5 waktu! bukan sekadar tunaikan haji! jangan sempitkan Islam.
    apa yang nizar tonjolkan itu dah lama diamalkan oleh masyarakat kelantan. cumanya ia tidak didedahkan sebegitu komersial mcm nizar lakukan. apa yg nizar lakukan itulah sepatutnya dilakukan oleh semua org Islam di Malaysia. kenapa ingin berdegar-degar dengan fahaman kebangsaan kita yang belum tentu di bawa kemana. kini aku dah beroleh seorang cahaya mata yang dalam tubuhnya mengalir darah cina dan melayu Islam. ayah ibuku Islam (melayu), bapa mertua kadzan (Islam), ibu mertua Cina (Islam)… Ya Allah betapa besarnya anugerahmu buatku… untuk dijadikan bukti betapa Islam itu mengatasi sempadan bangsa dan segala-galanya… aku bangga!
    oleh kerana hanya PAS jemaah yang mendukung sepenuhnya cita-cita Islam, maka bagi aku dan yang mungkin sependapat denganku, maka PAS adalah platform yang sesuai untuk memartabatkan Islam.

    *aku terima seadanya pendapat MSK berkenaan PAS. itu adalah pendapatmu. tidak salah untuk mu dan ku berbeda pendapat dan platform perjuangan pun berbeza, tapi aku dan mu tetap disatukan di bawah label ISLAM.

    Mungkin 1 hari nanti PKR mahupun DAP lebih senang berdampingan dengan Islam berdasarkan dakwah kita yang Islam ini…? Allah Maha Besar…

  48. Golongan Profesional dan Ulama. Mana ada. Ini Mat Salleh yg buat(pengikut dimalaysia ialah UMNO). Supaya mengasingkan agama dan politik. Ulama maksudnya orang yg tinggi ilmunya. Profesional pun orang yang tinggi ilmunya. Habis apa bezanya. Husam.. ulama dalam bidang ekonomi(Universiti Malaya). Hj Hadi, profesional dalam pengajian syariah ( Univ. Al Azhar ) . Taqiuddin ulama dalam bidang undang2. Hj Hadi tidak boleh memberi tahu pasal ekonomi atau undang2 secara detail sebab itu bukan profesen nya. Husam atau Taqiudin tak boleh cerita pasal syariah secara detail sebab itu bukan pfofesennya. Mereka semua ada ijazah dalam bidang masing2. Mereka semua adalah Ulama dan Profesional dalam bidang masing2. Begitu juga dengan yang lain2. Ada Ulama ( yg berilmu ) yg cari makan semata2 dan ada Profesional ( yg berilmu) yg menumpahkan keilmuan yg ada pd mereka kepada orang lain. Wallahuaklam bisawab.

  49. Mujahid sez “Semasa era kepimpinan ulamak yang awal iaitu 80an, PAS…..” Camana nak kata takde bila orang kuat PAS sendiri kata ada?????

  50. TMTY,

    Satu pendapat yang jujur dan terbuka…terima kasih.

  51. MB Nizar mempunyai kualiti untuk menjadi PM Malaysia ke7, insyaAllah.

  52. org yg taksub pada Nizar sebenarnya bagi aku adalah mereka yg baru nak berjinak2 dgn PAS. Alhamdulillah, baru mereka sedar bagaimana pemimpin yg mampu dilahirkan PAS…

    bercakaplah apa saja pasai PAS…kerana PAS telah berjaya mengubah pemikiran Melayu, Cina dan India ttg keindahan Islam dan politiknya.

    buat MSK…
    hang berhak tulis apa saja sbb ini blog hang. kalau aku tak tahan telinga baca apa yg hang tulis, buat apa aku masuk sini. gatai pi cari penyakit buat apa. biaq mampuih pi la hang nak tulis apa pon.

    tapi aku heran jugak mcm mana hang nampak taksub dgn nizar la ni…dulu hang maki hamun dia.

    apa yg Mujahid kata sampai hang marah sgt kat dia? aku tak baca lagi ka apa yg dia kata? yg mana ha?

  53. tamban tergeliat,

    Sapa yang taksub kepada Nizar? Apa kriteria yang hang gunakan untuk menilai sama ada seseorang itu taksub atau tidak? Apakah kerana aku minat dengan dia bermakna aku taksub? Cuma yang aku hairan…mengapa setelah 50 tahun, hanya Nizar yang aku minat?

    Jangan terlalu gah dengan “kejayaan” Pas mengubah pemikiran Melayu, Cina dan India. Kalau Pas berjaya menguasai pemikiran Melayu…tak payah gaduh-gaduh nak buat kerajaan perpaduan. Tak Payah bekerjasama dengan DAP dan PKR. Sudah pasti Pas sudah boleh bersendirian dan keras kepala macam Umno.

    Bila aku kutuk seseorang itu…sebab aku mahukan yang lebih baik. Kalau aku tak mau cakap..maknanya aku tak peduli. Itu pasal aku tak mau cakap pasal pemimpin Umno…sebab bagi aku…mampuih pi la kat depa.

    Hang tak baca apa yang Mujahid tulis…macam mana hang boleh komen tentang apa yang aku tulis. Kat posting diatas…ada yang berwarna biru…aku link kat artikel asal. Pi la baca.

  54. ok dah baca…apa salahnya tulisan Mujahid? dia kutuk PKR ke? mungkin secara tak langsung, atau org PKR jenis telinga nipis jugak?
    Bicaranya hanya sekitar penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap Pas dan bagaimana usaha yg akan beliau lakukan utk mengekal dan menambahbaikkan potensi yg ada. itu saja. tapi saya tak mampu membaca pemikiran beliau langkau tulisan beliau. mungkin MSK lebih faham Mujahid sbb pernah minum semeja dgn beliau semasa PRK Bkt Gantang…

  55. tak ada salahnya. Dia cuma memperkatakan apa yang hendak disampaikannya. Aku ada kutuk Pas ke? Cuma hangpa yang telinga nipis.

    Aku hanya bercerita tentang mengapa orang-orang bukan Islam menerima Pas. Itu pendapat aku…dan yang hangpa naik minyak pasai apa? Dan aku heran..macam mana hangpa boleh membaca apa yang aku tak tulis. Sampai kata aku taksub kepada Nizar!

  56. bro! biar kita lihat diri kita kotor dari melihat diri kita bersih, kerana bila kita lihat diri kita kotor, kita boleh membersihkan kotoran itu. Tetapi bila kita lihat diri kita bersih, kotoran itu juga akan kita anggap bersih. itu yg terjadi pada umno yg sentiasa anggap dirinya bersih hingga yg haram pun menjadi halal.jadi pemimpin tak semestinya boleh memimpin, tapi juga boleh dipimpin.jalanraya tak semestinya lurus bro! kadang kala berbengkang-bengkok.jadi seharusnya pemimpin juga boleh menerima teguran !haribaaaa handeleeee

  57. salam…
    aku baru habis mesy LPPK tadi….persediaan untuk Pilihanraya kiranya Dun Perak dibubar…
    kembali ke persoalan hang tadi….perebutan jwtn ydp kaw…td aku tanye pada ydp tentang saman berebut jwtn ydp yang hang cakap tu…..dia kata takdepun…itu bagi tahun 2005 & 2007 .
    tahun ini pula, jwtn ydp kawasan dimenangi tanpe bertanding….sumber maklumat biar betul bang…kalau tak betul, boleh jadi fitnah….
    satu lagi persoalan….bang bandingkan pas penang dan pas kuala kangsar…dari segi apa sheikh ?
    kami di pas kaw pun nak tahu juge….kami terbuka…kita boleh berjumpe & berbincang serta memberi penjelasan…kami pun nak perbaiki diri kami yang dhaif ni…nak jumpa di pekan kuale, pekan kati or pekan sauk…banyak sangat dengar keburukan pas kuala kangsar ni…sahih tak maklumat tu…jangan dengar dari satu pihak je bang….satu lagi bang, tok janggut kirim salam…dia teringin sangat nak jumpe bang….kita arrange pertemuan….di pej pusat khidmat masyarakat belakang rex lama or pej keadilan di chandan puteri…kita boleh panggil En Jamaludin or En Leong sebagai orang tengah….no problem punye.

    Wallahualam
    matcp245@gmail.com

  58. salam…..
    sokong pendapat MSK….aku rasa keadaan sekarang dimana PKR dan Pas makin haru biru..disebabkan adanya golongan2 ex umno yang memegang jawatan kepimpinan parti.cuba perhatikan…bekas ex umno dlm PAS…Dato’Kamarudin Jaafar,Dr.Hassan Ali…semuanya pimpinan PAS…dlm PKR lagi le ramai ex umno….dan komponen BN lain yang diberi kepercayaan menjadi pimpinan PKR.
    mungkin mereka ada agenda tersembunyi utk berhijrah dari umno ke dlm PAS dan PKR.Jika tidak kenapa boleh muncul kumpulan erdogan lak…kumpulan ulama lah kumpulan pro campuran lak..semenjak ex umno diberi peluang sbg pimpinan PAS.dalam PKR pulak….dah jadi macam budaya umno pulak….melompat parti lah….sikit2 letak jwtn lah….mcm mana rakyat nak beri kepercayaan pada PKR dlm PRU akan dtg.Kalau baru menang sikit dah mcm2 ragam dibuatnya.
    sebab tu pada aku…paling penting…bersihkan semua kepimpinan parti..lucutkan pimpinan PAS atau PKR daripada kalangan ex umno…..biar kepimpinan parti terdiri dari pemimpin sejati parti.bukan terdiri daripada ex umno yang masuk jadi ahli..terus jadi pimpinan parti PAS atau PKR.
    satu lagi..aku perhatikan kalau ada tokoh2 korporat masuk PKR..terus dieri jwtn penting…ibarat pemimpin payung terjun…masuk PKR terus dpt jwtn utama.sedangkan ramai lagi ahli parti sejati yg berjuang dari thn 1999 ataupun golongan2 reformis yang dipinggirkan.adilke tu.mentang2le dorang tokoh2 korporat..terus bagi jwtn walaupun baru jadi ahli.entanh2 dorang ada agenda tersembunyi ke..mana kita tau.akhirnya mcm yg berlaku sekaranglah…baru menang sikit…dah lompat2….letak jwtn…mcm2…sbb mereka bukannya ahli parti sejati yg berjuang dari awal penubuhan parti.

  59. bang mat,

    teringat kisah dulu2. Saya ingat bang mat sebaya saya (hujung 30an) masa dalam Malaysia2day rupanya org tua. Kita jangan terasa sangat dengan sebarang kritikan.
    Hadis nabi sebut “berkatalah yang benar dihadapan pemimpin zalim walaupun pahit” itulah yang menyatukan semua (pkr,pas,dap) sebab kita bukan “yes man” . Kita tak dapat kontrak, projek. Kita semua ahli biasa.

    Baik pemimpin Pas, PKR atau Dap mereka tu semua manusia tak lari dari kesilapan. OK… bang mat terus mengkritik….. jangan ragu2

  60. matjihad,

    masa aku jawab posting yang mula-mula tu, aku tak tau hang dari Pas kawasan mana. dan bila aku tulis tentang ada yang nak saman bila kalah jawatan YDP tu..aku tak kata pun kawasan Kuala Kangsar. (sebenarnya jawatan Timbalan YDP..yang tu aku minta maaf…salah aku. tapi bukan kawasan Kuala Kangsar)

    Aku bandingkan Pas Pulau Pinang dengan Pas Kuala Kangsar kerana masalah dalaman. Pas Kuala Kangsar sama macam Pas Pulau Pinang. dan politiking didalam Pas KK diantara Mej Yahya dengan Hj. Mokhtar dah jadi macam politik umno, sampaikan kena letak dibawah pentadbiran pusat. Mat Sabu pun pernah ditugaskan menjaga KK. Orang-orang JIM pun ramai yang cabut.

    Masa GE 2008, Hj. Mokhtar siang-siang lagi dah bagi tau jangan berurusan dengan Mej Yahya. Habis..kami nak masuk kawasan Sayong nak jumpa sapa? Dalam waktu pilihanraya..apa yang penting ialah undi, tapi kalau nak berkempen pun ada orang-orang yang tak boleh kita berurusan..teruk la. Kalau tak bagi jumpa orang Umno…boleh tahan lagi. Tapi kalau nak jumpa pemimpin Pas cawangan pun tak boleh disebabkan perselisihan dalaman..memang patut kalah pun.

    Bila PR menang diPerak, kita pun bincang pasal Ketua Kampong. Daripada 45 Ketua Kampung, PKR minta 7 sahaja. Lagi 38 PKR setuju bagi kat Pas. dalam mesyuarat semua setuju. Tapi Hj. Mokhtar pi kacau juga kawasan yang dah dipersetujui dalam mesyuarat. Dia pergi berkempen kat Kg. bekor, jangan pilih orang Keadilan. Dia bawa orang Umno..lawan calon Ketua Kampong yang dicalonkan oleh Keadilan.

    Sebenarnya calon Ketua Kampong tu pun bukan orang PKR tapi ahli Pas. Orang PKR pilih orang Pas untuk jadi Ketua Kampong sebab kepimpinan, tapi Hj. Mokhtar tak suka sebab bukan klik dia.

    Dalam mesyuarat setuju…luar mesyuarat buat kerja lain. Apa guna mesyuarat? Aku hentam dia dalam blog. Lepas tu..setiap kali nak ada mesyuarat PR, dia tanya dulu. MSK ada tak? Kalau ada…dia tak mau datang.

    Untuk memelihara keharmonian PR…aku buat keputusan untuk letak jawatan tahun lepas.

    Pas Pulau Pinang pun macam tu jugak. Soal kerusi sapa ni dah diputuskan sejak 1999 lagi. DiPermatang Pauh, Pas bertanding di Permatang Pasir dan PKR bertanding di Penanti. Itu keputusan mesyuarat peringkat tertinggi…tapi selepas 1999, ahli-ahli Pas dipindahkan dari Penanti kePermatang Pasir. Tinggal di Penanti tapi mengundi di Permatang Pasir.

    dalam PRK Penanti kali ni…Pas Pulau Pinang masih lagi menuntut kawasan Penanti walaupun majlis Presiden sudah bersetuju kawasan tu milik PKR. Sampai ugut nak boikot.

    Jadi kalau dalam mesyuarat bersetuju…tapi luar mesyuarat buat yang lain…apa guna mesyuarat?

  61. reformis,

    Itu yang cuba aku ketengahkan…masuk sesuatu parti itu atas niat apa? Orang Umno masuk Pas pasai apa? Orang Umno masuk PKR pasai apa? Orang bukan Islam sokong Pas pasai apa?

    Sepatutnya kita tanya depa nak masuk pasai apa? Bukan kita tolong jawabkan bagi pihak mereka.

    Orang bukan Islam masuk Pas kerana apa? sebab mereka terima Islam? Cuba tanya depa…dan kalau dalam konteks Perak ni…majoriti akan menjawab depa masuk pasai tak suka MIC (orang India), tak suka MCA (cina), tak suka Umno (melayu)..dan ada yang jawab…pasai suka Nizar. Itu niat depa. Bila kita kata…orang-orang ni masuk Pas kerana depa sudah menerima Islam…itu kita tolong jawab untuk depa.

    Orang-orang macam Kamarudin Jaafar, Hasan Ali, masuk Pas bila Anwar kena tangkap. Depa menerima perjuangan Pas atau kecewa dengan Umno bila Anwar ditangkap? Aku ada jumpa dengan seorang bekas Umno yang masuk Pas, dan sekarang memegang jawatan penting dalam Pas ketika pilihanraya Bukit Gantang hari tu. Dia kata..”It’s not easy staying in Pas.” Itu dia punya pasal la.

    Sama juga dengan yang masuk PKR. Dan sejarah PKR lagi berliku. PKR terjadi kerana kes Anwar. dan masa mula-mula ditubuhkan…tujuannya hanyalah untuk membela Anwar. idealisma tentang Keadilan, kesaksamaan tu semua datang kemudian. Dan bila latarbelakang yang menyertai Keadilan itu datang dari pelbagai sudut…ada yang dari ABIM, NGO, EX-Umno..berlakulah konflik idealisma.

    Orang dari ABIM macam Annuar Tahir, Mohd. Noor Manuty tersingkir. Lepas tu orang macam Chandra Muzaffar pulak terkeluar. Tapi ini proses penyesuaian. Dan dalam proses penyesuaian…perlu ada ruang perdebatan yang terbuka.Bila tak ada ruang yang terbuka..dah tentu ada yang merasa dianaktirikan..mcm-mcm lagi.Dan akhirnya memilih jalan keluar. Ada jugak yang cuba mengambil kesempatan…macam geng Ezam. Tapi aku rasa ini proses penapisan…sehinggalah idealisma perjuangan itu difahami. berapa ramai orang yang faham apa itu masyarakat madani/civil society? Berapa kali idealisma ini diwacanakan?

    bila Anwar bebas…masuk pulak mereka yang mengambil kesempatan. Nak salahkan depa keseluruhannya pun tak boleh. Sebab ada yang setia bersama PKR dari awal pun tak buat apa. Setakat menjerit ‘reformasi’ boleh la…tapi pengurusan Bahagian dan Cawangan berterabur.

    Panjang sangat…macam buat positng pulak.

  62. salam…

    ban teman yer…jangan ler lagu tu…demokratik la skit…hehehe.

  63. salam…
    aku bukan ahli mana2 parti di malaysia ni. dulu masa kat skolah je aku penah jadi ahli persatuan.
    apa yang MSK tulis, org2 lain tulis, tu semua atas pendapat dan pandangan mereka melalui pemerhatian mereka. ini semua dinamakan perbezaan pendapat. dalam Islam pun ada 4 mazhab besar yang berbeza pendapat tentang sesuatu hukum…
    apa yang aku nak cakap kt cni, jgnlah disebabkan perbezaan pendapat ni kita sume berbalah. masing2 ada hujah. berilah pendapat dgn rasional dan tolak emosi supaya kita tak tersampuk dek setan yang menunggu peluang ni…
    pendapat2 yang diberikan mungkin betul dan mungkin ada yang salah. selagi bergelar manusia ni, kita x terlepas dari kesalahan…
    sebaiknya kita kaji apa2 pendapat yang diberikan… jgnlah kita jadi manusia yg hidup utk menerima pujian semata2… biarlah kita dikritik kerana melalui kritikan itulah yang akan buat kita lebih menerokai diri sendiri…
    kepada ahli semua parti yang ada di malaysia ni… janganlah disebabkan anda menjadi ahli sesuatu parti menyebabkan anda tidak boleh mendengar kritikan tentang parti anda… buka minda… buangkan emosi… insafi diri…
    bukan niat untuk memuji tapi memang nyata aku lebih suka baca posting MSK, tukartiub, penarik beca… teruskan perjuangan anda…

  64. salam…ayuh hadapkan kekuatan kita kepada musuh sebenar kita. tak perlu kita londehkan aib sesama kita sedangkan dalam masa yg sama kita abaikan hanyir kudis di kaki sendiri.

    sekali lagi teman ngajak ayuh tumpukan seluruh kekuatan kita terhadap umno yg tak pernah jemu apalagi berhenti untuk melemahkan kita.

    kita bertanggungjawab sepenuhnya menutup segala ruang yg ada utk umno membelasah kita.

    teman percaya semua parti dalam pr memiliki medium tersendiri utk melontar kritikan malah memiliki mekanisma tersendiri utk selesaikan isu dalam parti.

    hancor umno!!

    adios amigo!!

  65. Artikel yg agak mnarik.. PAS prlu brubah mngikut predaran zaman.. Prlu lbh moderate, trbuka dan fleksible.. Bkan tak boleh fanatik dn ekstrem, tp perlu kena pd tempatnya.. PAS utk semua.. smua org tak kira ulama ke, ckgu ke, profesional, mkanik, pniaga, blogger atau org pncen.. PAS prlu prlu mmbuka ruang kpimpinan yang lbh luas.. bkn mnyempitkan hnya dgn kpimpinan ustaz2 shja.. smua prlu trlibat.. bru la org2 muda nk join PAS.. bru la doktor, lwyer, engineer nk join PAS..

  66. Bro de_LAHOYA ….macam mana kita nak tumpukan seluruh kekuatan utk tentang UMNO…sedangkan dlm PKR dan PAS terdiri dari kalangan pimpinan ex UMNO.dan dah diresapi budaya UMNO.
    pada saya…saya amat setuju dgn pendapat ahli dan penyokong untuk lucutkan dulu golongan ex UMNO yang menjadi pemimpin PKR dan PAS…biarkan kepimpinan terdiri dari ahli-ahli sejati…bukan dilantik dari pemimpin ex UMNO yang melompat ke dalam PAS dan PKR.
    dah hapus semua pemimpin2 ex UMNO tuh…barulah budaya UMNO yang meresapi parti dapat dihakis.
    baru le boleh betul-betul kuat utk menentang UMNO.sekarang ni dalam PAS dan PKR pun dah ada macam-macam budaya UMNO disebabkan pemimpinnya terdiri dari golongan ex UMNO.Jadi apa bezanya PAS dgn PKR berbanding UMNO ?

  67. aku rasa saranan yunus84 ni dah lama Pas buat. bukan dasar pas pon nak memilih sapa buleh jadi ahli sapa yg tak buleh…rasional la sikit. tgk la pada realiti sekarang ini. belambak doktor, engineer, lawyer dlm pas. org muda pon dah mula mendekati pas. asal saja Islam, dia boleh jadi ahli pas.

    Cuma sebagai parti yg menjadikan Islam dasar perjuangan, pemimpinnya mestilah yg ada faham agama. tak kisah lah hang engineer ka, lawyer ka apa ka…janji ada fikrah Islamic.

    nak flexible mcm mana lagi? nak pakai songkok? pakai la…
    nak pakai seluaq jin? pakai laa…
    tak mau pakai tudung? yg ni tak buleh la…bagi la sesuai dgn gerakan Islam
    pemimpin tak buleh pakai jubah? takut cina lari? kita sekarang bercakap soal Islam, serba serbi kena Islam… dari A - Z. Pakai jubah ekstrem / fanatik ka?

    cikgu nak jadi pemimpin pas? silakan…tunjukkan kebolehan dan kemampuan anda berjuang…baru org nampak tokoh. ADUN pas Perlis seorang mekanik…Nizar, Dr lo’lo’, hanipa maidin, mustapha ali….dulu di perak pernah pas letak calon org kampung kayuh basikal ja…nak flexible mcm mana lagi? Cina India dah buleh masuk kelab penyokong pas. dan tak lama lagi mungkin jadi sayap baru pas.

    pikiaq habih2 dulu sebelum tinggalkan komen anda

  68. dear mat saman kati ,
    cakap kau ni nak sokong pun ada , tak sokong pun ada ………..
    aku dengan pas ni dari dulu memang sokong tak kira la jenis melayu dato asri atau kepimpinan ulama dari gerombolan siswazah timur tengah tahun 70an termasuk haron din yang zaman 80an with umno / arus perdana atau prof zuhdi yang gerak berjasa menyumbang kepada kejatuhan dato asri atau nik aziz sendiri yang mendapat latihan dan didikan politik secara langsung dengan dato asri atau gerakan Islam 70an yang termasuk Abim dengan Anwar Ibrahim dan blabla samapai la kpd geng ulama atau professional hingga timbul entah apa gelaran - erdogan & muqabalah
    tetapi dari dulu aku tak minat nak masuk pas
    kini mungkin lain , aku berminat dengan pas (walau hasan ali tu aku memang tak gemor tah aku rasa tak de beza sangat hasan ali dengan johan jaafar…)
    nizar pulak mula-mula aku perasan macam kes mawi , tapi aku perhati nizar ni adalah adik cikgu khalil adik dato ikram , dia combine anwar dan nik aziz macam dia buat daya bumi …..
    entahlah bang mat , topik ni karut la diskus………

  69. black sabbath,

    ha..ha. satu perkara yang menraik perhatian aku..hang tak cakap hang minat atau tak minat pada Pas tu kerana Islam. hang bercakap tentang kepimpinan.

    Kalau nak masuk Pas pasai Islam..peduli la tentang kepimpinan. Tapi kalau minat masuk Pas pasai kepimpinan…sama la macam aku.

  70. amboi marah.. sy ni bg pndngan je scara umum je.. jgn la mlatah.. sy pn pkai jubah.. =)

  71. hidup demokrasi

  72. kepimpinan yg dibawa pas itu lah ajaran Islam. hasil tarbiyah Islam itulah yg menerbitkan kepimpinan Pas. dapat dak? tak pa tak mau mengaku masuk pas pasai Islam…sekurang2nya kita dah dekat dgn Islam. kita tak yah promote perkataan ‘Islam’, cukup dgn tunjuk contoh teladan dan pembawakan yg diajar Islam. dapat dak?

  73. bukan marah…hangat hati ja hehehe

  74. alahai,

    kalau pas utk ahli pas semata2 maka pas tak layak memerintah negara. teman dah sebut sebelumni pas sebuah parti yg terbuka. keterbukaan pas inilah yg antara lain menjadi daya penarik kpd banyak golongan untuk menyertai pas.

    disana ada x umno, x s46, x abim, x jim, x arqam, x pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya. kepelbagaian ini tak pernah merencat rentak perjuangan pas malah pas terus mara tanpa sebarangan petelingkahan yg serius. perbedaan pendapat… ada dan itu adalah biasa dalam dunia yg serba rencam ni.

    apa yg aneh kepelbagaian latarbelakang ini dapat di satukan secara kental menerusi agenda islam tanpa banyak kerenah. kalo sdra alahai merasakan dalam pas banyak budaya asing maka teman merasakan mike terkeliru dalam membuat tanggapan.

    lagi pun lagu mana nak tentukan ahli yg sejati atau tidak. apa ukuran nya…? pakaiannya? ucapannya?kritikannya? atau apa?

    sapa saja yg masuk pas mereka harus bekerja berdasarkan perlembagaan pas dan agenda islam. inilah dua faktor yg berjaya mengikat gerak kerja pendokong2 pas walau sapa pun mereka. adapun mereka2 yg mempunyai niat dan agenda yg lain dari islam mereka akan terkesamping dan terpinggir.

    saya berasa sedikit aneh dan adakalanya gelihati kerana masih ada pengamat politik yg gagal menilai perpaduan pas yg terjalin sejak setengah abad yg lalu.

    adios amigo!

  75. Tapi sekarang depa nampak contoh pemimpin Islam yang sederhana. Pasai apa Cina dan India di Perak boleh terima Pas…tapi Melayu/Islam di Terengganu tak boleh terima Pas? Apakah Islam Haji Hadi berbeza dengan islam Nizar?

    Abg Mat Saman Kati

    Abg realitinya org melayu tak boleh disamakan dgn Cina/India. Org melayu ni ramai yg lalang dah mudah dibeli dgn wang ringgit. Golongan lalang ni dgn RM 300 pon boleh dibeli undi mereka, yg penting bagi mereka melayu yg memerintah, tak kira Pas atau UMNO. Nak beli undi golongan lalang ni tak susah Abg Mat, UMNO hanya menggunakan peruntukan Wang Ehsan yg dirampas dari rakyat Terengganu, yg dulunya dipanggil royalti minyak. Saya yakin sekiranya TGNA yg mengetuai Pas Trg sekalipon sukar bagi Pas utk menawan Trg.

    *Abg Mat, Ayah Pin tu kat Trg……..takkan org mentaliti mcm ayah Pin tu nak sokong Pas……

  76. setuju dg pendapat azm
    pemikiran melayu dgn cina berbeza…
    lagipon t’ganu jatuh ke BN sbb mereka menipu. biarpon ada yg kata ini hanya persepsi. tapi saya rasa itulah kebenaran dan realiti. satu grand design yg direka sedemikian rupa dan tidak susah utk dibaca…

    mungkin pembawakan dan perwatakan hj hadi dgn nizar berbeza. itu fitrah manusia yg Allah ciptakan utk berbeza…tetapi masing2 memperjuangkan Islam dlm satu acuan yg sama. saya rasa kalau nizar di terengganu pon beliau tidak akan berjaya, begitu juga jika hj hadi di perak…

  77. azm,

    dunia politik adalah dunia yg kompleks dan serba rencam. membanding sorang individu dgn individu yg lain berdasarkan kayu ukur yg kurang jelas adalah tidak adil kpd mana2 individu.

    TGHH lebih terdedah kpd senario politik trengganu yg majoriti penduduknya adalah melayu/islam adapun ds nizar baru muncul dan muncul dinegeri perak yg komposisi penduduknya lebih seimbang antara berbagai kaum.

    di trengganu kaum bukan melayu adalah minoriti dan parti bukan melayu tidak begitu dominan dalam percaturan politik trengganu. lalu secara nature nya TGHH hanya bergelanggang ditengah masyarakat melayu. tidak ada simptom jelas menunjukkan TGHH di tolak oleh masyarakat bukan melayu. malah sebagai presiden pas beliau berjaya membawa dan memimpin pas beraksi ditengah2 pentas politik malaysia yg semakin kompleks dan mencabar.

    pemimpin yg sederhana atau pemimpin yg ekstrim adalah dua istilah yg dicipta oleh mereka diluar pas samada media atau musuh politik pas. persoalannya apakah defenisi pemimpin yg sederhana dan apakah takrif pemimpin yg ekstrim pula? hakikatnya seluruh pendokong dan pemimpin pas adalah satu pada matlamat dan agenda islamnya. itu lah satu pas.

    perbedaan pd pendekatan yg diambil para pimpinan pas pula buka lah dalil pebedaan keperibadian…yg ini bijaksana manakala yg itu kurang bijaksana. hakikatnya pimpinan pas telah di tarbiyah utk bijak menilai sasaran dakwah dan persekitaran ditempat mana dia berada. dan ds nizar adalah contoh produk hasil pembentukan dibawah kepimpinan ulamak yg diterajui oleh TGHH.

    saya percaya kritikan yg dihadapkan kpd pas tidak pernah melemahkan pas samada pimpinan ataupun
    pendokong malah kita berupaya `menghidu’ siapa sebenarnya yg berhasrat membina pas atau sebaliknya.
    malah saya juga percaya kritikan lah juga menjadi antara faktor yg memperkuatkan pas.

    dakwaan kononnya pimpinan pas terbuka kpd kritikan sebaliknya tidak kpd pendokong adalah dakwaan yg lemah samasekali. tidak ada siapa yg boleh menafikan tingginya tahap sensitiviti dan perasaan cemburu dikalangan pendokong pas terhadap pimpinan dan perjuangan islam. pendokong pas akan melakukan apa saja bagi mempertahankan pimpinan dan perjuangan islam dari serangan2 liar dan tidak berasas.

    hakikatnya didalam pas sudah sarat dgn kritikan demi kritikan samada sesama sendiri maupun keatas pimpinan. indahnya pas ini ialah kerana kritikan dilakukan melalui uslub dan mekanisma yg beradab dan berukhuwah….bukan secara kasar,liar dan cacamarba.

    adios amigo!

  78. Abg Mat

    Ni sedikit sbyk pasal perjuangan TGHH dalam Pas. Saya cilok dlm satu blog.

    Kenangan Juang bersama Ayah Chik

    Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .

    Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .

    Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .

    Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .

    Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .

    Amanat Hj. Hadi

    Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .

    Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .

    Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .

    Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

    Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .

    Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya … saya masih ingat !

    Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .

    Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .

    Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .

    Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .

    Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama’ bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .

    Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .

    Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .

    Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .

    Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .

    Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.