Terima kasih dari Bloggers Network
Mar 22nd, 2009 | By MSK | Category: Isi I, Mat Saman KatiMalam ni baru relax sikit. Sejak hari Khamis, apabila kami berpindah ke Bukit Gantang, hari ni baru boleh melayar internet tanpa sangkut. Ingatkan, bila dekat dengan pekan Taiping, kemudahan broadband tentu la bagus, tapi rupanya kat Bukit Gantang lagi baik.
Tu pun orang macam Taiping Mali masih belum sedar. Tak macam orang Bukit Gantang…sokong PR..kehidupan lebih sempurna. Ketika orang-orang Bukit Gantang berbangga dengan broadband, orang macam Taiping Mali masih berbangga dengan Taman Tasik yang dicemari.
Sejak beberapa hari lalu, kami semua sebok berpindah…tak sempat nak melayan komen-komen dari pemaya-pemaya. Sori semua. Sekarang kami dah ready.
Hari tu, bila puak-puak belah sana cabar berdebat…kita sambut. Tapi bila akhirnya ajak berdebat dalam bilik…baik tok sah. Memang dah agak dah.
Hari ini aku perkenalkan member-member dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang. Bukan nak tunjuk berani…tapi nak tunjuk juga yang kami juga tak lah takut sangat sampai tak berani nak tunjuk muka macam puak belah nun.
Bloggers Network akan turun padang mulai esok. Dan kepada para pemaya, diminta supaya jangan hanya menumpu kepada satu-satu blog. Ini kerana setiap blog itu ada tugas sendiri, dan setiap blog dalam team Bloggers Network mempunyai tanggungjawab berlainan. Bloggers Network juga akan beroperasi dari tiga lokasi berlainan kerana kami sering menjadi perhatian. Dua malam ketika kami beroperasi dari Kota West, kami diekori oleh sebuah kereta Avanza AGJ 13**.
Albanjari akan terus menjadi Anchorman, beroperasi dari Bilik Media 2. Beliau akan mengupdate blog setiap masa, terutama bila krew yang lain berada dilapangan. Kami akan memaklumkan kepada Albanjari secara terus mengenai apa yang berlaku di Bukit Gantang. Untuk mendapatkan berita terkini, layari Albanjari Online @ http://politikbanjar.blogspot.com.
Ummi Anni akan membantu dari Bilik Media 3. Beliau mungkin tidak secepat Albanjari kerana perlu berada dilapangan membantu Muslimat Pas, selain dari mendapatkan berita terutama program-program yang melibatkan Muslimat Pas. Layari http://haninasution.blogspot.com
Topeng Perak akan mengendalikan Bilik Media 1. Selain daripada mengemaskini blog, beliau juga akan berada dilapangan untuk merakam peristiwa melalui kamera beliau. Bagi pelayar-pelayar blog-blog didalam team Bloggers Network, pasti sudah dapat memahami tugas beliau. Berita-berita terkini akan keluar dulu didalam Albanjari Online, dan selepas itu, Topeng Perak akan mengemaskini berita tersebut beserta dengan gambar-gambar. Untuk melihat gambar-gambar tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang, layari http://perisik-rakyat.com.
Dugong Darat bertanggungjawab tentang video. Semua video-video yang dihasilkan oleh Bloggers network adalah hasil suntingan beliau. Kami akan cuba memuatkan video-video terkini, tetapi buat masa ini…kerja-kerja masih slow sehinggalah kami mendapat line streamyx dalam tiga atau empat hari lagi.
Alfa Berlian bertanggungjawab tentang peralatan. Hardware and software. Kalau tak ada dia…susah sikit.
Sya-reformis semakin sebok sekarang. Sejak menjadi Ketua Srikandi PKR, beliau lebih banyak terlibat didalam program-program PKR. sejak seminggu yang lalu, dia banyak menghabiskan masa mengikuti program-program Srikandi…dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang sehinggalah ke Batang Ai, Sarawak. Tetapi dari dia jugalah team Blogger Network mendapat berita dan gambar-gambar sekitar pilihanraya di tiga tempat ini. Dan sejak tiga hari disini, dah dua kali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. layari http://syaomel85.blogspot.com
Jangan telefon Cyberboron dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. Itu masa rehat dia. Disebelah malam, beliau akan menganalisa semua berita-berita dan mengolahkanya mengikut apa yang dia suka. Artikel-artikel yang dihasilkanya agak serius, (bukan posting didalam blog). Yang ditulis dalam blog agak santai, tetapi hasil penulisan beliau akan dapat dilihat beberapa hari lagi dalam bentuk buku. Untuk artikel yang berat sikit, layari http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com.
MSK menjadi koordinator diantara Bloggers Network dengan pelbagai pihak. Dari mencari tempat penginapan, makan minum team members, temuramah dan berurusan dengan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat. Kalau nak tau tentang program-program yang dijalankan di Bukit Gantang, layari http://perakexpress.com.
Dibelakang Bloggers Network ialah Pak Karamu. Walaupun tidak berada secara fizikal, tetapi beliau sentiasa ada bersama kami bila diperlukan. Kadang-kadang tak payah bagi tau…tiba-tiba saja beliau muncul. Layari http://abnnasution.blogspot.com.
Ada lagi..yang bekerja dibelakang tabir. Cenangau mungkin tidak sempat mengemaskini blog kerana beliau terlibat didalam Unit IT. Beliau berada dibelakang kamera dan laptop untuk siaran langsung yang akan disiarkan oleh TVPas. Dan tak lupa juga Sam Ahmad yang mengemaskini perakexpress dengan rangkuman berita dari pelbagai sumber.
Hampir terlupa aku kepada seorang lagi member Bloggers Network yang sanggup naik motor meredah hujan dari Manjung ke Ipoh. Balik tengah malam, semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab. Minta maaf Manjung Mari kerana tertinggal. Oleh kerana aku belum minta kebenaran dia untuk menyiarkan gambar…maka aku tangguh dulu. Akan aku siarkan gambar mereka-mereka yang bergerak disebalik tabir selepas mendapat kebenaran.
YANG PALING PENTING…..semua kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan bantuan dan sokongan rakyat yang sudah sedar dan meluat dengan kebobrokan UMNO/BN.
Albanjari memulakan tabung seringgit seorang dan hari ini sudah melebihi empat ribu ringgit. Dan hari ini, Bilik Media 1 sudah dilengkapi dengan peralatan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia. Bukan hasil komisen kapal selam, bukan dibayar oleh mana-mana parti politik, tetapi dari rakyat yang mahukan kebenaran.
Kami akan membuka satu blog khas mengenai perbelanjaan yang dibuat dari Tabung Bloggers Network. Terima kasih kami ucapkan dan Team Bloggers Network kini sudah mampu bergerak kemana saja diperlukan.
Terima kasih semua.












Klik Imej Untuk Senarai Penuh















dalam ramai2 bloggers network, MSK paling hensem.
aku kagum sama deme. semcm juga aku admire sama ir. nizar, the most intelectual MB in malaysia, very cool person.
Syabas Team Bloggers Network ,
Usaha anda semua akan kami doakan….
Demi keamanan dan keadilan Malaysia tercinta….
Dalam menengak Islam untuk semua……
Buat semua,
Selamat berjuang di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai…
Bukit Gantang + Bukit Selambau + Batang Ai = BG+BS+BA,
BG+BS+BA = 3B(G+S+A)
= Bangun, Bangkit, Berjuang (Gagah + Setia + Amanah)
Ingat, balasan bukan sekadar di dunia…
yang penting diakhirat jua……
Moga beroleh keredhoan Allah……
bila la team blogger selangor nk buat group macam neh.. mana org selangor weii.. aku akan join.. huahua
bravo..semoga segala kerja dan tugas dimudahkan oleh-Nya
Alhamdullilah nampaknya team blogger perak semakin mantap. kami mendoakan kome semua tabah hadapi semua cabaran di bukit gantang utk kemenangan pakatan dan juga berita2 terbaru utk kami baca. Moga pengorbanan kome semua Allah jua yg membalasnya.
Salam BLOGGERS NETWOK@MALAYSIA. Syabas dan tahiah diucapkan kepada anda semua. Semoga ALLAH SWT melindungi dan merahmati segala usaha2 anda semua dalam menyampaikan berita yang sahih lagi benar kepada rakyat seluruh Malaysia. Insyaallah, dah dapat gaji nanti teman bank in duit untuk kome. WASSALAM.
TAHNIAH..
SATU GERAKAN YG MEMBANGGAKAN
salam buat kome yg berada di lapangan
Tahniah kerana berjuang dilapangan keme insyaAllah akan tolong ape yg termampu
Slamat maju jaya team bloger perak
pak nawi plak mana?
kekeke.. pak nawi macam pak karamu la kot… tau2 muncul aje… kekeke..betoi tak bang mat?
Tahniah Team BLOGGERS NETWOK@MALAYSIA. Apabila semakin mantap maka banyak dugaan yang hangpa akan hadapi. Semoga tabah.
Semalam akui pi Shah Alam meraikan Satu Tahun Kerajaan Pakatan Selangor. Aman Makmur Selangor dibawah Pakatan. Sebak aku bila teringat Kerajaan Pakatan Perak tidak sempat menyambut satu tahun akibat BN yang gila kuasa.
Usaha untuk dapatkan semula Perak , pastikan BN kalah teruk di Bukit Gantang.
Tahniah…Baru ramai akan faham bahawa inilah namanya perjuangan dan berblog bukan sesuatu yang main-main.
Jika pemimpin atasan tidak perasan akan kamu….biar saya ludah mereka dahulu.
Teruskan MSK dan semua pejuang Bloggers Network.
ingat yop! Perak adalah salah satu negeri yang popular apabila seorang wira muncul membunuh Birch!
hari ini wira itu hidup lagi!
tahniah buat semua yg terlibat
aku yg duk di kelate pun tumpang bangga dgan hasil kerja kalian semua.semoga perjuangan kita diberkati Allah dan mendapat ganjaran dari Nya.Mari kita sama2 menguburkan umno/bn.takbir…
Salam Tuan,
Seperti yang dikatakan oleh Tuan Harimau Menaip, memang korang nampaknya tidak main-main dan bersungguh-sungguh…
Harap segala usaha murni dan pengorbanan korang buat rakyat semua dirahmati olehnya…
Bagi aku Topeng Perak - unmask tu serius oragnnya heeeee
Sekian,
Salam Perakexpress,
Tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi pejuang rakyat yang amat digeruni oleh pecacai-pecacai AMENO.
Yang pastinya tidak semua rakyat Malaysia mampu melakukan apa yang Bloggersnetwork mampu buat.
Saya sebagai pengikut setia juga terpaksa mengakui gagal melakukan apa yang Bloggersnetwork lakukan kerana kebatasan waktu dan kehendak kerjaya yang memerlukan saya sentiasa berada di luar negara.
Diharap satu hari nanti akan ada pemimipin PKR yang datang dari dunia bloggers.
Wassalam.
Msk - macam amy search tapi redup sikit. selipar elok lagi?
Al-Banjari - relax ler! jangan amalkan becantum kenin tu!
Alfa Berlian - Peserta Pencarian pelakon Iklan Colgate tapi kalah peringkat akhir.
Sya & Ummi - Kome idak ke daftar kursus yang dapat mesin jait free tu?
Cyberboron & DugongDarat - Bengkeng benor ghoper. Tak beghani teman!
He he he he . Bravo!
tertinggal!
Topeng Perak - Kontrol Hensem. Ambik Gambor tahan nafas! Tok nnyawo gu!
Blogger Selangor tak turun ke esp. wakaka…
Tahniah dan takziah buat rakan-rakan bloggers networks. Tahniah kerana sanggup dan berani melakukan sesuatu yg tak semua org mampu lakukan… Takziah kerana, anda semua memikul amanah yg amat berat utk menyampaikan maklumat yg sebenar kepada rakyat… Saya dari gol mahasiswa turut kagun dan berbangga terhadap usaha yg saudara semua lakukan…. InsyaAllah kami juga akan memainkan peranan masing2 di alam maya ini; setidaknya utk memberi permahaman dikalangan mahasiswa2…
Masing2 kita punya peranan yg perlu dilakukan… sama ada kita ingin terus menjadi penonton; ataupun kita mau menjadi pemain…. yg pasti setiap kita akan ditanya tentang apa yg telah kita lakukan…
Moga Allah membimbing dan memberi kekuatan dan semangat kepada semua rakan2 bloggers networks utk terus berjuang ….
Bekerja dengan NIAT yang ikhlas dan betul serta bersungguh. Insya-Allah, kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jangan dilayan dan hanyut dengan propaganda murahan dari belah sana (UMNO/BN). DOA sentiasa mengiringi anda semua geng blogger PR, agar diberi kekuatan, kesabaran dan perlindungan dari ALLAH, agar tidak mudah diganggu gugat oleh penentang.
teruskan perjuangan semoga diberkati ALLAH…
Sniper,
MSK tu sepupu Awie Wings tau tak…tak percaya try tanya dia…
Pak Nawi tak bole di expose…kalau expose depa culik Pak Nawi..MSK nanti tak bole buat keja….
Pak Nawi tu kira macam “JAGA” dlm filem Thundercats….!….
Selamat maju jaya semua!!!
Nama2 kamu semua insyaalah pasti tercatat di dalam buku sejarah
bolih ke saya join sekali untuk Bukit Gantang ni
Salam MSK .. salam semua
Nasib baik teman duduk belah sana .. geng dengan PB. Kalo kome ade gambor teman, jangan bagi PB tengak. Nanti PB perambat teman kuar. Rugi kome singgit sari.
Tahniah kepada bloggers dan pembaca.
Salam abang mat,
Tahniah buat MSK and the geng.
Teman nak ke bank ni……….
wa…..ni sudah bagus!tahniah utk MSK & blogers suma..mantap,canggih,berkesan!aku blh katakan tiap hari ada di kawasan sana..kemarin pi pelancaran petugas pemuda PR bkt gntang kt trong trus pasang bendera sekitar tempat tugasan di bilik grakan dun semaggol,pastu pi rakam nostalgia forum perdana kt simpang tapi tak nampak lak bloger@network ni..ada jwtn kosong tak?
Aje hensem kekome.Kami di TBO sentiasa akan membantu yang termampu.Akibat kekangan masa sukar sentiasa berada dilapangan.Insyallah kita akan berjumpa di Bukit Gantang…
Caya la para bloggers network…selamat berjuang…. MSK, inshaAllah jumpa di perisytiharan calon esok….
Najib mengaku Perak masih bawah Pakatan!
~Terima kasih~
Tahniah MSK and Team..
Mudah-mudahan Allah melindungi hangpa semua.
Ya Allah
Lindungilah mereka drp penakut
Lindungilah mereka drp malas
Lindungilah mereka drp putus asa
Amin
Terima kasih semua
Baru balik dari ceramah Dato Fauzi Abd Rahman. Ada cerita hot akan berlaku hari Selasa ini di Masjid Negara, KL. Tunggu. Umno sudah terbarai. Lepas Perhimpunan Agong ini…Najib akan bungkus.
Ramai yang nak join…kami alu-alukan tapi minta maaf kami tak dapat nak sediakan tempat penginapan. lagi pun, bilik media ni kami kena control sikit..nanti tak boleh nak buat kerja. Bila dah terlalu ramai..jadi tempat lepak untuk bersembang…so yang tu aku kena control.
Tapi ada banyak kerja yang boleh dibuat. .
Kat Dewan Changkat Jering malam tadi ada Forum Ehwal Islam yang dihadiri oleh Dr. Mashitah. Ada geng Bloggers network kat situ, cuma orang tak kenal. Siap dengan MP3…
Abg MSK
Bilik media tu control habis. Jgn bagi senang-senang org lain nak masuk. Saya pun jumpa Abg MSK tapi Bilik Media bukanlah tempat utk berjumpa.
Minta Abg MSK beritahu geng yg handle derma itu. Jgn mudah sgt siarkan nama penderma dlm mana-mana blog. Ada penderma yg tak mahu nama sebenar (seperti dlm slip paymemt) tu disiarkan.
KTG
MSK..
Aku minta maaf la, ingat nak turun juga hari ini, tapi itulah.. hari ini juga nak kena hantaq anak balik asrama… mungkin sabtu depan petang aku turun, kalau badan sehat, insyaallah… selamat menjalankan tugas…
MUAHAHAHAHA. SATU LAGI DRAMA FUCKATAN RIOT YANG TERSANGAT LA HINANYA! WAH KORANG ADA BANYAK TEMPAT UTK BUAT LAPORAN YA? PASTU BLOG KORANG SUMA YANG BERBAYAR PUNYA YA? MEMANG LA KAMI TAKLEH LAWAN KAMU DARI SEGI FUND, YOU ARE WELL PAID BY AL JUBURI AND DA GANG! BUKAN MACAM KITA NI HA, MISKIN, KAMI SEMUA ADA KERJA MASING2 DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA ANAK BINI, TAKDE SAPA PUN BAYAR KAMI BUAT BLOG.
KAMI BERJUANG ATAS INISIATIF SENDIRI. YELAH KORANG BUAT UNTUK RAKYAT KAN? KITA BUAT UNTUK SYOK SYOK JE KAN? LAGIPUN PERJUANGAN KORANG SUCI SESUCI KUNYIT YANG MENGALIR BASAH! SIAPA LA KITA NI NAK DIBANDINGKAN DGN KORANG! MASYUKK BAIKMYA KAN?
KAMI DI BPN BERJUANG KERANA ALLAH! KAMI PAKAI BLOG PUN JENIS FREE PUNYA JE! BUKAN MACAM KORANG! TAKPALA ALLAH MAHA MENGETAHUI. KEBENARAN PASTI MUNCUL JUA. INGATLAH DOSA FITNAH ITU LEBIH DASYAT LAGI DARI BERZINA DGN IBU SENDIRI SEBANYAK 36 KALI!
MSK
jadi ke sumpah mubahalah adnan n tajudin? aku pelik betoi ler…sumpah2 ni dah jadi mainan dah skang ni…kalau nak tegakkan kebenaran takpe gak…ni nak tunjuk sapa hero je lebih. nak pertahankan jawatan, nak cantas org, nak bg org tau dorang tak bersalah…ntah lah apa nak jadi dunia hari ni..masing2 buat salah pastu ajak lawan bersumpah…
dr mashitah tu org kampung dia pon dah tolak, ni mai tempat org pulak. dah tak laku dah la pompuan tu…tudia laa!!!
PARPU…
hang tak yah berblog dah..puak2 hgpa ni dah ada tv n suratkhabar..cukup la tu. kalau hg berblog buat tambah dosa jer..hang bukan ada modai pon…org pon dah taknak layan hang…aku ja dok layan hg la ni hehehe…ada projek ke brader 10% udah lerr
PARPU dah tahu berdosa besar bila buat fitnah, tapi masih bersekongkol dengan parti BN dan kuncu-kuncu yang saban hari, saban tahun buat fitnah terhadap pejuang-pejuang rakyat. Bukan kecil-kecil fitnah tu. Tuhan saja membalasnya nanti. Tidak didunia, diakhirat kelak. Parti yang itu lainlah nak kejar dunia saja.
PARPU…ni PAP!PAP!PAP!….PIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIRAAAAAAAAAAAAAAAH!
Msk dlm gambaq cerah skit no! superimpose ke wei?
Dalam gambar tu, Sya refomist nangis ke. nampak sedih saja. Ada nampak srikandi blogers network jadi juru foto semasa ceramah Anwar di Bukit Cempedak hari tu. Tak pasti siapa. Syabas. Kagum dengan komitment yang kalian berikan kepada usaha murni ini.
AMNO berjuang ? Keranan Allah ? Pastu sebut apa Fuck-atan Riot ? Gila babi hopeless. Berjuang tak tahan tu… Wargh kargh kargh. Gila bodoh.
Bravo caya lu orang .tak tahan nak turun BG. nanti bagi tau cam na nak pi sana . malam Sabtu ni ramai yg nak turun ke sana bagi sokongan hari penamaan calon. lepak kat mana. kta akan turun!!
hahahaha..parpu..parpu… apa yang ko merapu ni parpu…..
Dey kari…caps lock rosak ka.dlm dunia maya lu ni kira biadap.lu reti ke dak.nak debat pki messenger?x larat nak gelak dah.cerita mcm guruh.penyudahnya hampas kelapa.memang anwar ada bagi $ kot.duit rasuah masa dia kat dlm skolah politik umno.
ni kari satu lagi.kami kat sini pun ada anak bini.yg buat lbih dari 2 kerja pun ada.lu org kerja kerana Allah?baik, suruh org no 2 lu settle G2G ngan kedutaan perancis.itu hari ada sumpah kat MASJID kata x kenal ‘tuya.satu lagi.semua bkas exco k’jaan s’gor terdahulu declare asset kat web pembangkang s’gor.
gua solut lu orang gua dok kat Kt. kemenangan di kuala trg masih dlm kenangan teruskan kemanangan di bukit gantang.
buat pengundi bukit gantang tiru macam gua ler pangkoh bulan.
KEMANISANNYA MASIH TERASA HINGGA SEKARANG …….
teruskan perjuangan.. ..jangan tunggu sampai 50 tahun lagi..
Kat Batang Ai, ada geng blog ga ke? Dengar-dengar BN sedang giat bagi rasuah ngan orang rumah panjang kat sana… Banyak ‘Mi Segera’ sedang di edarkan kat Batang Ai. Kos berjuta-juta lagi tu…… Kaya juga Sarawak yang selama ni miskin ye! Kan best if lebih ramai ADUN Sarawak meninggal….baru ‘Mi Segera’ tiba-tiba jatuh dari….CMS. Kapit yang selama ini tak pernah maju…..akan maju juga if James Jemut Masing meninggal and pilihan raya kecil diadakan….malang sungguh Kapit!
Parpukari pembela agama? ikhlas? huk..huk..huk… ko ni buat lawak ke apa ni? pembela agama yg kuat mencarut ke? pembela agama yg x pernah lekang dari perkataan juburi..juburi..juburi.. ? org nak laksanakan hudud korang tentang.. agama apa yg ko bela ni? oooo.. lupe plak aku.. dah ko kata pun membela agama je kan.. bkn membela islam.. membela agama hadari eh?
woi bodoh…!!! klau kata ikhlas membela agama mai la tunjuk muka. mai la turun berdebat. kata pembela agama. kata ikhlas. tunjukanlah yg kamu tu berani kerana kamu membawa kebenaran. klau setakat sebut juburi..juburi..juburi.. budak cacat akal pun tau..
Aku ada terfikir satu perkara la.. puak2 korang kata anwar meliwat. tp sampai sekarang xder satupun bukti dimahkamah yg mengatakan dia tu liwat. begitulah juga daripada tuduhan mahathir dahulu. sehingga anwar disumbatkan ke sungai buluh. laa ni anwar dah kluar dgn selumbernya mahathir sendiri mengaku yg anwar difitnah. yg perpukari ni beria sgt kata anwar meliwat ni, awat..? perpukari pernah diliwat oleh anwar ke? ke mak atau bini dia yg kena.. tgk mcm yakin sgt jer dia.. huk..huk..huk….
(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg.Rambai,Melaka)tel:0196265625
Syabas teman ucapkan pada bloggers network…siap letak gambar lagi !!! Teman berdoa pada Allah agar sentiasa memelihara kesejahteraan mike-mike semua……Blogger BPN bila lagi ? Ada berani ka?
……………………………………..
Kepada parpukari….yg sudah tu sudah ler…meh join kami di pakatan rakyat ni…jangan asyik nak mencarut siang malam…esok-esok takut bila nak mati nanti tak buleh mengucap….baru mike tau !!!!
assalam
Syabas kat semua yang berusaha
teman mampu tolak dari belakang ke
tak mampu macam kome
sanggup berdepan
Muka bolggers perak express tak cun langsung, macam penoreh getah pprt. Tapi kalau cakap, bukan main kalah presiden obama. Jangan-jangan taik pun tak basuh
muka macam orang tak cukup makan
( untuk sahabat-sahabat team Perak Express teruskan berjuang, mari kita layan citer ni sekejab .. Berat dan letih dok fikirkan bab al dajjal Umngok kerajaan LAKI BINI 1 Malaysia tak akan abis2nya beb )
Kisah Raja Zalim
=============
Raja sebuah negeri ni ada satu kegemarannya. Dia ni suka sangat buat pertandingan masa hari besday dia.
Pertandingannya senang aje.. Tangkap itik kat dalam sungai raja. Sebelum ni sungai negeri ni tiba2 je ada buaya. Raja pun cubalah lepaskan seekor itik kat dalam sungai tu.. Lepas je sekor.. Kena baham ngan buaya..lepas tu sekor kena baham juga.
Raja tu tak puas hati jugak. Masa pertandingan nak bermula tak ada sorang pun rakyat jelata yang nak masuk. Raja cakap sapa dapat menyeberang sungai ni dia akan dapat apa saja yang di minta.. Tapi tak ada sorang pun yang nak. Raja lagi murka.. Raja kata kalau tak ada sorang yang boleh menyeberang sungai ni..raja akan pancung semua rakyat jelata. Semua rakyat diam.. Sunyi sepi.
Tiba-tiba terdengarlah.. Belebum….. Ada sorang rakyat yang terjun ke dalam sungai tu dan si yang terjun ni pun cepat-cepat berenang dan akhirnya sampailah dia ke seberang dengan selamatnya. Raja pun gembiralah.. Apa lagi.. Bersorak kegembiraan. Kemudian raja tu pun bertanyakan pada budak ni…
“hang nak apa.. Apa saja akan aku bagikan…. ”
“Nak kereta?” Budak tu geleng kepala.
“Nak nikah ngan anak aku?” Budak tu pun geleng kepala.
“Nak istana aku tu?” Pun geleng jugak.
“Nak harta aku?” Pun geleng lagi.
“Nak jadi rajaaaa?” Lagi lah geleng kepala…
“Habis tu, hang nak apa ..”
“Wahai raja… Aku nak cari sapa yang tolak aku tadi….”
‘/hahaha belajor dari tuk guru kisah bini dan GIGI.’