Kuliah Pak Nawi: Reformasi
Jan 9th, 2009 | By MSK | Category: Isi I, Mat Saman KatiLepas hantar anak kesekolah, aku lepak kat bawah pokok mempelam kat pekan Sauk. Sambil baca suratkhabar, sambil menunggu ikan sungai sampai.
Lebih kurang jam lapan, kak Yah Changkat Duku pun sampai dengan Proton buruknya, bawa ikan sungai yang ditangkap di Tasik Chenderoh. Tak banyak tangkapan malam tadi, cuma sekadar 3-4 kilo ikan-ikan loma dan tenggalan.
Aku pun bukan suka sangat ikan-ikan sungai ni..banyak tulang. Tapi dalam keadaan gawat ni, telor masin pun sedap. Dan harganya pun masih murah berbanding ikan laut. Dah la mahal…tak fresh pulak.
“Nak bagi makan kucing ke?” tanya Pak Nawi dari belakang bila tengok aku beli anak tenggalan setengah kilo.
“Amboi mak…cantiknya bahasa!” dalam hati aku la. “Dak aaih! nak masak pindang..dah lama tak makan. Asyik makan beriyani, nasi kandar. Rasa jemu pulak makan kat hotel.” Standard kena jaga jugak brader!
“Kalau teruk cakap teruk la…nak malu apa? Kalau dulu Dunhill, sekarang DJ…tak payah cakap pun tak apa.”
fuh!!! sampai kesitu Pak Nawi perati aku.
“Macam ni Pak Nawi…ada dua orang member aku nak datang kejap lagi…nak jumpa Pak Nawi. Depa kata seronok dengar cerita pasai Pak Nawi!” aku bagi tau.
“Sapa dia?”
“Sorang dari UK, sorang dari Paris”
“Aku…..cakap orang putih ni dah tak berapa cekap…pasai jarang bercakap.”
“Bukan orang putih..Ciberboron dari Ulu Kenas dan Mamamat dari Parit,” ha..ha..ha
“Kepala hotak kamu!”
“Pukul berapa?”
“Pukul 10.30…kat kedai Janda Bakaq”
“Pasai apa lambat sangat? Datang awai la sikit…boleh juga pekena nasi lemak ka…kundas ka.” tanya Pak Nawi.
“Yang tu la aku tak tahan. Kalau depa datang pukul 10 lebih…apa pun tak dak dah. Takat kopi O secawan…duduk dua jam..tak la teruk sangat!”
“Kat mana kamu belajor ekonomi, Mat?”
“Ok…Pak Nawi pergi la pekena nasi lemak ka..roti canai ka..aku nak balik hantor ikan dulu.” Aku start motor…cabut dulu. Nanti kalau dapat bersembang…sampai ikan pun busuk.
Pukul 10.30, aku sampai kedai Janda Bakaq. Tengok.tiga-tiga dah ada kat sana. Pak Nawi duduk kat satu meja, Mamamat dengan Ciberboron kat lagi satu meja.
“Pasai apa duduk asing-asing?” aku tanya kat depa. Aku pun perkenalkan Pak Nawi kat Mamamat dan Ciberboron.
“Yang ni PKR? dan yang ni pulak Pas?” Pak Nawi tanya kat depa.
Mamamat dan Ciberboron angguk saja.”Pak Nawi pakai Tajul Muluk ka? atau Nujum Pak Belalang?” tanya Ciberboron.
“Ishhh…tengok rupa pun dah tau dah” balas Pak Nawi.
Whoa!..Hangpa tau macam mana rupa orang Pas dan rupa orang PKR?. yang tu patut kena belajar…senang nak buat culaan masa pilihanraya nanti.
“Kami nak tau…apa pendapat Pak Nawi tentang kerajaan yang ada sekarang ni?” Ciberboron membuka gelanggang.
“PR ka BN?” tanya Pak Nawi.
“Kerajaan PR la..BN mampuih pi la.” fuh!! Yang ni mesti piaow anti BN.
“Aku tak minat dengan kerajaan, sebab politik aku bukan politik pemerintah, tapi politik rakyat. Aku nak bagi pendapat pun aku tak boleh sebab aku tak tau apa yang depa buat! Kamu tau apa yang deme dah buat?
Jadi….macam mana aku nak ulas benda yang aku tak tau? Kamu tau kat mana ladang rakyat yang hendak dibuka?..kot-kot kita boleh mintak sama. Kamu tau kat mana nak mintak pinjaman nak berniaga?..kot-kot aku boleh mintak sama? Aku tak tau!”
“Yang tu Pak Nawi kena pergi Pusat Khidmat..boleh tanya kat deme” kata Mamamat.
“Ish..Pasai apa masa nak kempen…semua orang boleh turun..hantar risalah, buat ceramah..tapi sekarang kami pulak nak pergi melutut? Ini menunjukkan,,pemimpin yang ada sekarang tak paham tentang hakikat perubahan yang berlaku dalam pilihanraya lalu! ”
‘Jan!! buat kat aku kopi O lagi satu!” Pak Nawi bagi tau kat Janda Bakaq.
“Politik sekarang bukan macam politik dulu. Dulu…lepas pilihanraya, rakyat tak peduli dah..kami dah undi…sekarang kome buat kerja. Pengundi cuci tangan dan tunggu saja apa yang turun. Tapi selepas banyak kali ditipu oleh BN, rakyat dah mula sedar. Mandat yang diberikan kepada pemimpin untuk memerintah, bukan cek kosong! Rakyat jugak mahu terlibat dalam membuat sesuatu keputusan. Kalau pemimpin mahu berbuat sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dijanjikan masa berkempen, rakyat akan marah.
“Macam mana yang dikatakan hakikat perubahan tu” tanya Mamamat.
“Siapa yang menggerakkan perubahan? Siapa yang berarak kePutrajaya pasai kes Lingam? Pas?PKR?DAP? Bukan parti…tapi peguam. Sapa yang berarak ke istana Negara masa perhimpunan BERSIH? Bukan parti…tapi rakyat. Sapa yang bertempur dengan FRU dalam perhimpunan HINDRAF? Bukan parti…tapi rakyat. Pemimpin parti hanya mengambil kesempatan dari kemarahan rakyat. Berapa Ketua Bahagian PKR yang pergi demo? Berapa AJK PKR yang pergi BERSIH?
Itu pasai aku kata, perubahan ini digerakkan oleh rakyat. Kehendak perubahan ini disuarakan oleh rakyat. Jadi….apabila kita berjaya meruntuhkan BN dilima negeri, jangan kata negeri ni parti punya. Jangan kata negeri ni Pas punya, negeri tu PKR punya, negeri ni DAP punya! Komer ingat parti ke yang mengubah kerajaan?
Nak harapkan PKR?…Tok sah kata cawangan…bahagian pun berterabor. Ada bahagian mesyuarat agong dalam teksi..tau-tau…dah siap minit mesyuarat agong! nak harap DAP? takat empat lima kerat tu saja la. Nak harap PAS? Memang jentera kuat, tapi penyokong tak dak!
Kamu pergi tiap-tiap kampung mesti ada cawangan Pas, tapi pasai apa deme tak boleh menang? yang tu kena fikir sama!” Pak Nawi berhenti…nak cucuh rokok.
“Tapi Pak Nawi…kita berjuang kerana Allah…bukan pasai nak menang. Kalau menang…Alhamdulilah.” balas Ciberboron.
“Tok sah cerita la nak menang ka ..tak ndak menang ka. Sekarang kita dah menang…yang tu kita kena fikir…macam mana nak mengisi kemenangan tu.
Sebenarnya kita tak menang pun…cuma dapat peluang dari langit, sebab BN tak sedar diri. Kita menang kerana kemarahan rakyat terhadap BN. Kamu tau rakyat marah pasai apa? Yang tu kita kena ingat baik-baik…kalau kita buat juga apa yang Umno buat dulu…rakyat akan marah balik pada kita. Lepas tu jangan marah…kalau rakyat humban kita balik.
“Rakyat marah pasai harga minyak naik..harga barang naik. Itu saja..” celah Mamamat.
“Salah! Ada enam sebab utama mengapa rakyat marah.
Nombor satu…jurang kekayaan yang melebar. Pemimpin terlalu kaya…rakyat ramai yang miskin.Perdana menteri nak ubahsuai rumah pun sampai 17 juta…rakyat nak bayar sewa seratus sebulan pun tak mampu. Orang bukan marah pasai harga minyak naik, tapi pasai tak mampu nak beli minyak. Kalau gaji sepuluh ribu sebulan, minyak naik sampai tiga ringgit pun orang tak heboh. Tapi kalau gaji seribu sebulan, duit minyak saja sampai lima ratus, rakyat nak makan apa?
Nombor dua,…kekuasaan diselewengi. Kita pilih dia jadi pemimpin, dia songlap duit rakyat. Dia songlap duit balak. Kita lawan, kita balik kena tangkap…masuk Kamunting. Dia salah guna kuasa yang kita bagi. Sampai satu tahap, rakyat dah meluat dan sakit hati.
Nombor tiga, keselamatan dimanipulasi. Anak kita kena rogol, kita repot polis, kita balik kena tangkap. Kita masuk penjara, perogol dibebaskan. Kita harapkan polis jaga keselamatan kita, tapi kita sendiri tak selamat ditangan polis.
Nombor empat, …kehakiman dicemari. Kita harapkan mahkamah memberikan keadilan pada kita, tapi ada hakim yang kowtim dengan peguam. Kita ingat, kita boleh menang kes tu, tapi bila hakim makan rasuah dengan peguam…kita balik yang kena.
Nombor lima…kemajuan yang memusnahkan. Hutan-hutan depa redah selagi mau. Deme dapat balak, kita dapat habuk. Nak mandi sungai pun, air macam teh susu. Air paip semedang putus. Banjir kilat memusnahkan harta benda kita. Pemimpin dengan tauke balak duduk senang lenang dalam banglo, rakyat menanggung beban. Kamu tak marah?
Nombor enam…kepimpinan yang tidak meyakinkan. Dapat Mahathir, macam Firaun. Dapat Pak Lah, kaki tidor. Ni nak naik pulak lagi sorang malaun,…boleh harap ke?
Keenam-enam sebab ini adalah suara dari dhomir rakyat. Kamu tau apa dia dhomir rakyat?
“Entah…” jawab Mamamat.
“Suara dari sanubari rakyat!…Perasaan rakyat….isihati rakyat” jelas Pak Nawi.
Tapi….perasaan ini lahir sebelum mereka memberikan peluang kepada kita untuk membuktikan kemampuan kita! Dan sekarang, rakyat dah boleh membuat perbandingan. BN elok ke…PR lebih elok. atau pun BN teruk…PR lagi teruk!
Nombor tiga dan nombor empat…polis dan kehakiman…yang tu kita tak boleh buat apa, sebab kita tak ada kuasa untuk mengubahnya. Tapi kalau Umno/BN berjaya mereformkan polis dan badan kehakiman, dan rakyat dah mula percaya kepada polis dan mahkamah…Umno untung. Kita tak dapat apa-apa.
Cuma yang tinggal untuk dibuat perbandingan…hanya empat isu lagi.
Kalau rakyat masih menunggu bantuan seratus ringgit yang entah bila nak sampai, sedangkan pemimpin kita dah bertukar kepada Mercedes dan Camry..alamat pemimpin nak cari mati.
Kalau pemimpin salahgunakan kuasa dia…dapat balak bagi kat orang Umno yang dah kaya, sedangkan rakyat yang mengangkat deme, dibuat tak reti saja…alamat pemimpin kita nak cari mati.
Kalau pemimpin kita gila balak dan tukui besi…manakala diskaun air yang dijanjikan entah bila nak dapat, tak tau macam mana nak dapat… alamat pemimpin kita nak cari mati.
Kalau dalam pilihanraya yang lepas kita tolak Pak Lah pasai dia kuat tidor, pemimpin kita yang ada sekarang buat apa? Senyap soh tak dengor cerita…tido ke?
Itu la pasai aku nak buat kuliah politik ni. Pasai ramai pemimpin yang naik ni tak paham apa makna reformasi. Deme ingat reformasi tu mengubah pemerintah saja ke?” Pak Nawi bercakap macam tak mau berhenti.
“Mintak mahap Pak Nawi…teman nak ngambik anak balik dari sekolah” aku mintak diri. Kalau tunggu lagi…kena tambah secawan lagi.
“Jan…tolong kira semua berapa?” aku panggil Janda Bakaq.
“Lima ringgit je.” balas Janda Bakaq.
“Aku tak bawak duit….tulis je dalam buku tiga lima.”
“Aku pun nak ke mesjid…lepaih lohor nanti kita sambung balik” kata Pak Nawi.
Ada lagi????



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















dasat pak nawi nih.. bila nak wat seminar cambahan pikiran politik bersama pak nawi?.. ajak la ramai sikit.. baru meriah.
MSK,
Teman setuju dgn apa yg miker cuba sampaikan!
MSK, boleh bwk pak nawi mai penang bagi ceramah perdana, bagi kesedaran sikit kat yg dok lupa diri…
Nak kongsi.. mungkin kursus seperti ini boleh dibuat di DUN lain…
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bota melalui K-Perak telah memberi penerangan Tentang Dijital 3D Modeling dan BPO Industry.Taklimat ini Khas Untuk Lepasan SPM ke atas.Lepasan Diploma dan Ijazah di galakkan menyertai taklimat ini.Seramai 60 orang peserta terlibat dalam taklimat ini pada 07/01/09.
http://www.pkmdunbota.blogspot.com/
aku sokong sangat apa yang pak nawi katakan. rakyat sekarang sedang memerhati dan memantau dan membandingkan apa yang dilakukan oleh kerajaan PR.Jika mereka berpuashati mereka akan bersama PR jika tidak kirim salam…………..
Salam MSK .. salam semua
Naye teman kene ngan Pak Hj Nawi ni. Tanye sepatah berjele dijawabnye. Tapi teman cukup berkenan pada ayat2 ni,
“Sebenarnya kita tak menang pun…cuma dapat peluang dari langit, sebab BN tak sedar diri. Kita menang kerana kemarahan rakyat terhadap BN. Kamu tau rakyat marah pasai apa? Yang tu kita kena ingat baik-baik…kalau kita buat juga apa yang Umno buat dulu…rakyat akan marah balik pada kita. Lepas tu jangan marah…kalau rakyat humban kita balik”.
Pesanan kepada pimpinan PR khususnye di Peghak .. jangan sampai rakyat getik pada mekome.
ejune,
Nak bagi kursus kesedaran ni…untuk orang yang belum sedar. Tapi kalau nak bagi kat orang yang tak mau sedar….susah la.
orgbota,
3G Modelling dan BPO industry tu menatang ape?
Kundah Mezah ke Kundah Janda Bakaq yang sedap eh…?
Bang Mat, teman mikio le kan…elok le dibuat penilaian terhadap prestasi setiap exco…jika deme tido je manjang…elok le tuko…soalnya, calon kite tak ghame…tu yg payoh tu!