Kita dan mereka…apa bezanya?

Jan 7th, 2009 | By MSK | Category: Mat Saman Kati

Bila aku ke Kuala, aku selalu lepak kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Chandan.

Lebih kurang dua minggu dulu, ramai la orang kampung yang datang minta bantuan sekolah. Ada yang nak bayar yuran, baju sekolah anak belum beli, macam-macam.

Mau tak mau, Penyelia DUN kena cari sponsor untuk bagi bantuan ini. Kalau takat sorang berdua boleh tahan juga. Tapi kalau dah sampai berpuluh..mana nak cari duit? Dan bila bagi tau sepuluh orang akan dapat bantuan, lagi dua puluh datang mintak. Tak garu kepala dibuatnya?

Lepas tu, bila dibuka permohonan untuk mendapatkan bantuan…ada kontraktor yang pakai Mercedes pun datang mintak bantuan kesekolah yang bernilai RM100.00! Ada akai ka? Tu pun nasib baik kita kenai, boleh jugak kita potong nama dia…kalau tak kenai?

Nak cari sponsor pun lagi satu hal. Nak mintak kat sapa? Nak mintak kat teuke kedai..dah tebai muka. Dari masa berkempen dok ulang muka. dah menang pun mintak tolong kat depa lagi?

Cari punya cari, dapatlah sponsor. Nasib baik WIRDA Perak sedia bantu Selesai masaalah. Tapi tak jugak!

Semalam ada sorang lagi perempuan datang mintak bantuan. Laki dia dah lari dengan perempuan lain. Tinggal dia dengan lima anak yang masih bersekolah. yang tua nak masuk Politeknik, dua disekolah menengah, dua lagi disekolah rendah. Menangis merayu, barang kemas dah habis kena gadai.

Tapi macam mana nama dia tak termasuk dalam senarai penerima bantuan yang dah diberi? Bila tanya kenai ka Ketua Kampung? Dia kata kenai..tapi tak pernah bercakap dengan dia.

Bila tanya Ketua Kampung lama, dia pun kata kenai..tapi sombong. Bila aku tanya, pernah tak tengok muka aku kat ceramah..dia kata dia tak pernah pergi tengok ceramah.

Apa moral of the story?

Masa Umno dulu, bila ada bantuan, ada projek, ada peruntukan…depa bagi kat kaum kerabat depa. Yang lain melopong. Bila kita memerintah..kita pun macam tu..bila ada bantuan…kita pilih mana yang kenai dengan kita saja. Yang kita tak kenai…lantak la.

Tu pasai dari dulu aku suruh Ketua Kampung dapatkan maklumat penduduk kampung. kenali semua penduduk kampung..tak kira apa fahaman politik depa, supaya bila ada bantuan yang kita boleh bagi…kita boleh bagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bukan takat tengok keliling kita saja.

Tags:

Afiat

9 comments
Leave a comment »

  1. sokong apa yg bang mat cakap..mmg kita masih taktau anak kariah sendiri walhal depa ni la gak yg dok tolong kita kalau ada apa2 urusan yg melibatkan kenduri, kematian dll..

    manusia masih lagi lupa dan lalai..hmm..tahla..

  2. berbalik pada peranan dan tanggungjawab ketua kampong…peranan yang perlu dimainkankan oleh ketua2 kampong

    ketua2 kampong pelu dianjakkan paradigma mereka…cara bekerja, cara berfikir, cara bercakap macam initiatif tn haji NAwi..

    masalahnya…tanggungjawab sapa untuk memberikan anjakan itu…pegawai daerah? penghulu mukim? semuanya masih menebal DAKI AMNO pada dia org….ini lah masalahnya…musykila kaber

  3. Kerajaan negeri le kena anjurkan kursus demi kursus kepada ketua kampung ni…bagaimana nak bina rapport, bagaimana nak uruskan laporan, buat mesyuarat bulanan, urus dengan jabatan2 tertentu dsb…

    p/s: teman ada le sekali terdengo bagaimana sebuah parti dalam PR pangge semua ketua kampung dan antara isi kandungan tu ialah: JANGAN BALAS DENDAM! Teman menung juge, takkan le itu yang jadi mauduk utama kepada para ketua kampung…kite perlu lebih lagi drp itu.

    Cadangan teman:

    1. Semua ketua kampung kena hadiri kursus intensif tiga hari sebulan - silibus kena buat le apa nak diberikan

    2. Buat satu prosedur standard cara kendali aduan - seragam le antara semua kampung, idak le mane hak pande dia pande, mana hak bodo teruih bodo

    3. Sistem kampung angkat - mana-mana ketua kampung hak tak berapa reti (kerajaan negeri le kena identify), maka laksanakan sistem kampung angkat - yakni ketua kampung hak cerdik dan berpengalaman boleh beri tunjuk ajo

    4. Wujudkan prasarana khas yang standard di semua pejabat ketua kampung - kena ada apa….misalnya fail apa yang WAJIB ada, CARTA organisasi, PAPAN kenyataan dsb…

    5. Buat lawatan ke Kelantan dan belajo daripada deme lagu mane nak urus kampung…setahun dua kali ke…

    Wallahua’lam

  4. hari tu, aku hadir dalam satu majlis taklimat ketua-ketua kampung.

    majoritinya…aku boleh kata 90%, datang berlenggang. Dari lebih 30 yang datang, cuma dua orang yang buat catitan. Yang lainnya, dapat minit mesyuarat, gulung, kepit celah ketiak. lepas tu, bila tiba soal jawab, masing-masing dok tanya, sedangkan jawapan semua ada dalam kertas yang digulung.

    kemudian Dr. Wahab buat presentation tentang prospek tanaman pokok mulberry. Cuma dua orang yang minat. Yang lain buat tak tau je. Kalau pun depa tak minat, sekurangnya, dapatkan la info…bawa balik bagi tau kat anak buah.

    Teruk la…

  5. Bang Mat, cuba hang tengak aku punye cerite terbaru…itu le kot gambaran AJK JKKK di Perak…sedikit sebanyak le…gamaknye le… Habis tu, macam mana aku tak kata Kursus tu penting ke? Kena bang mat… macam mana nak uruskan kampung jika pengurusnya pun hampeh…

  6. aku rasa ketua-ketua kampung perlu diberi kursus yang berkaitan dengan skop tugas sebagai ketua kampung.Maklumlah kebanyakan mereka masih baru dan tidak pernah terlibat dalam pentadbiran kampung.

  7. pe bende nye yop kalau semua yang bagi komen cakap orang tak bagi bantuan tak buat keje betul semua ikut perangai ameno,

  8. Saya rasa keseragaman dlm pengurusan kampung amat diperlukan. Kalau kita rasa latihan diperlukan.. kepada siapa cadangan ini perlu dipanjangkan? perlukah diadakan diperingkat negeri? atau bahagian? ada budget ka? siapa nak kelola? Yayasan bole buat ka?

    Saya rasa kalau kite dah identify kelemahan kite, ini adalah permulaan yang baik.. dan lagi cantik kalau kite dapat panjangkan supaya ia dpt dimaterialisekan..

    Mungkin bole mintak tolong ustaz Zul atau Hj Mail tengokkan..

  9. huzaifah..

    esok aku post cerita tu.

    lamak,

    Sebelum buat kursus untuk Ketua Kampung, kena bagi kursus kat Penyelia DUN dulu. Tapi macam mana nak bagi kursus kat Penyelia DUN, kalau Pusat Khidmat DUN pun ada yang tak bukak lagi? Ada yang bukak, tapi semedang tutup!..

    Abu Sufiyan,

    Hj. mail bahagian pilihanraya dan latihan. Tak boleh buat apa-apa. Mungkin kat Ustaz Zul, kita boleh cerita sikit.

Leave Comment

Petikan dari para artikel "Beriklan Di PerakExpress.com": Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.