Krisis PKR Perak
Dec 23rd, 2008 | By MSK | Category: Mat Saman KatiHari Khamis lepas aku dapat mesej dari Sya-reformis….”betul ke Hj. Ismail dipecat sebagai Ketua PKR Perak?”. Mana aku tau! Sejak menang pilihanraya…bukan ada pemimpin PKR yang contact aku. Nak dapat tau tentang PKR…baca Harakah! Kalau baca Suara Kedilan…tentang Anwar banyak la.
Yang aku tau, semua Ketua Perhubungan Negeri diminta oleh Anwar supaya meletakkan jawatan, supaya satu penyusunan semula dapat diadakan. Yang tu saja. Bila aku contact member MPT PKR, sorang pun tak tau sapa yang akan dilantik menjadi Ketua PKR Perak. Biro Politik pun tak bincang…MPT pun tak bincang.
Lepas tu…bertalu-talu sms yang masuk bertanyakan soalan yang sama. Bila aku tanya dari mana depa dapat cerita ni…semuanya memberitahu dari satu sumber yang sama. Sumber ni aku kenal..seorang yang rapat dengan seorang EXCO PKR Perak….pasai balak.
Dan aku berani cakap..cerita tentang Hj. Ismail dipecat ni datang dari EXCO PKR sendiri. Banyak cerita yang aku tau tentang EXCO ni…tapi yang tu aku akan cerita kemudian.
Hari Ahad lepas, masa menghadiri satu majlis perkahwinan…aku dapat peluang korek cerita dari YB-YB dan kepimpinan PKR…dan memang sah…Hj. Ismail akan digugurkan.
Kisah dilantik dan digugurkan dari jawatan ni perkara biasa dalam politik, tapi bila aku dengar sapa yang akan menggantikan Hj. Ismail..yang tu luar biasa sikit.
Orang yang akan menggantikan Hj. Ismail ni ialah Hj. Osman Abdul Rahman, Bekas Ketua PKR Perak dulu. Macam mana dia ni boleh dilantik sebagai Ketua PKR Perak (kalau betul la…sebab belum diumumkan lagi)…ada sesuatu yang tak betul dengan Anwar.
Hj. Osman ni dulu..lari meninggalkan Perak ketika PKR Perak dalam keadaan cacamarba. Dia letak jawatan sebagai Ketua PKR Perak…termasuk jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak…lari ke Kelang.
Dalam ucapan terakhir sebagai Ketua PKR Perak…dia ada cakap. “Perjuangan saya adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim…sekarang Anwar dah bebas, perjuangan saya sudah selesai.” Itulah falsafah perjuangan Hj. Osman. Bila Anwar bebas..perjuangannya pun selesai. PKR nak hidup ka…mati ka..mampuih pi la. Dia angkat kaki dan cabut ke Kelang untuk cari duit dengan bisnesnya. Tinggal la ahli-ahli PKR Perak..hidup segan mati tak mau. Takat jadi tunggul buruk.
Bila Hj. Osman cabut, Hj. Ismail diminta oleh Anwar menjadi Ketua PKR Perak. Tapi bila Hj. Ismail diserang sakit jantung dan dimasukkan kehospital lewat tahun 2007, dia mengundurkan diri dan Ustaz Zulkifli memangku jawatan Ketua PKR Perak,manakala Hj. Ismail membantu Ustaz Zul sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri. Selepas pilihanraya…dan selepas sembuh sepenuhnya , tak berapa lama selepas pilihanraya..Hj. Ismail memegang kembali jawatan Ketua PKR Perak.
Tapi ada pulak orang yang tak suka kat Hj. Mail, terutamanya EXCO-EXCO PKR. EXCO-EXCO ni merasakan depa ni orang kerajaan…bukan orang parti. mesyuarat Negeri pun selalu tuang…kalau datang bukan nak cerita apa yang depa dah buat..tapi jadi pembangkang dalam parti! Tok sah kata pemimpin parti…aku sendiri dah naik fed-up dengan EXCO PKR ni. Ada yang jadi EXCO industri…MIDA pun tak tau. EXCO Pelancungan dok ronda pi London..pi Dubai..nak promote pelancungan tapi kat Perak ada ka tempat kapalterbang nak landing? Pernah dengar ka EXCO Pertanian buat sidang media tentang dasar dan perancangan tentang pertanian? Habuk pun tarak.
Sepatutnya Anwar bancuh sikit depa ni…tapi aku heran..pasai apa Anwar boleh dengar cakap depa ni pulak! Depa ni la yang berkomplot supaya Hj. Osman dibawa balik ke Perak.
Nak pecat Hj. Mail pun pecat la…aku peduli apa. Dia jadi Ketua PKR Perak pun..aku macam tu jugak. Tapi bila Anwar hantar Hj. Osman ke Perak..Anwar sebenarnya memperlekehkan kepimpinan PKR Perak.
Tak kan tak dak sorang pun diantara Ketua-ketua Bahagian di Perak ni yang layak jadi Ketua PKR Perak…sampaikan Anwar terpaksa recycle pemimpin yang dah tamat tempoh. Mustafa Kamil Ayub ada…Ustaz Zul ada..senator Hamzah ada…tak layak ka?
Mungkin Anwar dah besar kepala…tak perlu tanya kat Ketua-ketua bahagian sebelum mengambil keputusan. Mungkin Anwar dah rasa kuat…tak perlu tanya tukang gantung bendera dan tukang tampal poster. Cukup dengan mendengar nasihat dari dua tiga orang keliling dia.
Dah banyak kali Anwar ditimpa masalah kerana mendengar orang-orang dikeliling dia. Dari dia kena pecat dari Umno, kemudian isu Ezam…lepas tu isu Saiful. Semua kerana tak mahu dengar cakap orang lain.
Sekarang Anwar menggantikan orang-orang yang dah bankrap kerana memperjuangkan parti, dengan tokoh-tokoh korporat…yang hidup senang ketika orang lain tengah mati memperjuangkan parti.
Di Kedah…Ketua PKR Kedah juga akan digantikan dengan orang lain.Masa Johari Abdul jadi Ketua PKR Kedah…DUN Lunas pun terbang. Bila Zamri buat kerja sampai tengah mati…dan PKR Kedah dah boleh bincang pasai balak dengan Ust. Azizan..Zamri diketepikan.
Di Pahang juga akan berlaku pertukaran. Fauzi Abdul Rahman yang senang lenang dalam Umno…sampaikan Saari Sungib yang bertanding di Paya Besar dulu kalah..akan menjadi Ketua PKR Pahang yang baru. Seronok la macam tu. Bila dah tak ada tempat dalam Umno…masuk PKR…terus dapat jawatan tinggi. Orang PKR yang tengah mati lawan Umno…mampuih pi.
Ada orang kata…Pakatan Rakyat mesti dipertahankan. Aku setuju..tapi jangan lah rakyat yang kelaparan menjaga Bukit Uhud itu dilupakan..manakala pemimpin berebut harta rampasan.



Klik Imej Untuk Senarai Penuh















Penuh dengan andaian…lu fikir laa sendiri..
Salam MSK!
Apakata PKR Perak ni kita ambih kuasa, kalau dok cacamarba lagi Kerajaan KAMAR ambil alih dulu, Hang Jadi Ketua PKR, Mat Comot mesti setuju, kita blogger kawan semua kena bersatu, sokong hang, baru depa tau sapa blogger..Harap ada yang sokong cadangan aku…
Salam MSK .. salam semua
Inilah biter yang teman tak seghonok dengo. Temanpun samaler dengan MSK dan teman rase kengkawan PKR yang lainpun begini. Temanpun dah lupa akan Hj. Osman Pasir Salak sejak dia duk Klang. Payah nak jumpa dia. Nak bincang kena tunggu dia balik dari Klang. Nak meeting kena tunggu masa dia. Dia lebih lembut berbanding Hj. Ismail, tapi kalo dah duk jauh payahler.
Hj. Ismail ni setahu teman dengan idetiti beg sandang ala YB Saifuddin boleh bergerak soghang2, tapi Hj. Osman bini selalu ikut kulu kelo. Bila bini selalu ikut memang tak aman nak buat kojer apatah lagi nak mengojer ..
Ntahler kut2 Hj. Osman duk Ipoh pula lepaih ni. Kalo masih duk Klang silap besorler DSAI lantik dia. Berkokokler YB Jamaludin .. mungkin Fauzi Muda akan kembali .. lingkup PKR .. tapi nak buat camne kalo DSAI dah setuju
Bagi teman yang tak berapa ceghodik ni, antara Hj Ismail dan Hj Osman, baikler Hj. Ismail. Tegas, keras, kreatif dan berobjektif. Hj. Osman harap lembut jer. Dahler PKR Perak lesu, dapat ketuanyapun cam tu juge.
Sama seperti kata MSK, kalo lantik oghang lain yang tak pernah jadi ketua, lantik pi ler. Tapi lantik ketua yang teman rase komitmennya lebih terkebelakang dari yang sedia ada. Atau mungkin Hj. Ismail ni banyak sangat songelnye sampai DSAIpun tak terlayan .. atau semata2 nak jaga hati PAS Perak yang kurang selesa dengan mulut celupar Hj. Ismail ..
Udahler tu
salam MSK dan MM,
pada teman, Ustaz Zul ada kredibiliti utk duduk di kerusi tersebut.Kerusi PKR Perak. Jika ustaz Zul berada ditempat yg betul dan pada masa yg betul spt itu maka, teman yakin jentera PKR lebih tersusun dan dinamik.
Jika cacamarba juga,pandangan MM boleh dipertimbangkan !
Bagus juga artikel ni untuk pimpinan PKR lihat diri. Siapa yang kena belasah, bukan Anwar saja. Siapa yang kena air racun dan gas? Ada orang yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan walaupun pada masa yang sama ada yang telah lari kerana perjuangan ni agak susah. Bila menang, top-top dia orang muncul balik. Jadi tokeh pulak tu. Dia orang bukan tak boleh pimpin parti tapi tak di beri kesempatan aje..
Reformasi,
Teruskan perjuangan.
Penat lah dengar benda2 macam ni…..tak ada bezanya mainan politik PKR ngan UMNO…cantas, project..cantas, project…
apabila grassroot dah muak nanti….wal asal balik hasillah…tamatlah riwayat PKR dan PR
manjungmari….
tu pasai aku mintak semoga bro mat jadi calon……
tapi awal2 dia tolak….. apa barang…..
Salam Abg MSK,
Sebenornya apa yang dah jadi dengan PKR Perak nie? Tak habis-habis masalah dalaman. Sekarang adalah masa untuk buat kerja.
BRO MAT…..
aku tengok hanya 3 orang saje yang boleh jadi pemimpin…..
apa tah lagi kalau jadi pemimpin islam……
1. NIK AJIS…
2. AJI ADI…
3. BLOGGER MAT SAMAN KATI…..
sebab apa tau……
sebab……
MUKA BENGISSSS……
ho…ho…ho…ho……
(tapi hati baik)……
Salam bang mat dan semua,
bila baca posting hang kali ni, timbul dua perkara kat benak ni. First, jika tak betul…aku lega. Second, jika betul…adui…letih la.
Anwar ni memang tak serik. Kawan aku kat KL ni pun kata lagu tu. Dia mudah percaya kat orang dan akhirnya orang tua pekena dia balik. Kes Shaiful misalnya, awat tak jaga-jaga dan check latar belakang dia dulu, tak kan la dalam PKR tak ada SB untuk semak setiap orang yang dekat dengan Anwar…?
La ni krisis kepimpinan ni jangan jadi duri dalam daging. AKu sebenarnya kurang setuju, jika puak-puak umno terus diberik kedudukan. Jika depa dah insaf dan teghoyak ayo mata darah sekali pun, bagi la muka-muka lama dalam parti naik dulu. Takkan la tak ada yg layak dan berkemampuan.
Anwar jgn lupa, masa geng-geng lama kena sembur air asid, pelangkung dengan belantan, terajang dengan FRU…siapa yang sanggup bertahan…jgn nanti dianggap Anwar tidak kenang jasa orang, kacang….sudah senang kulit dibuang!
diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:
1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah
teman sokong 100%
mat saman kati akan bertanding…
ye ye ye
ABG mat
kalau dlm UMNO…grassroot kena ikut apa keputusan majlis tertinggi,…ada kah dalam PKR pun macam tu….
saya ni tak menganggotai mana-mana parti pun…..
Jangan lupa mereka2 yang pernah berjuang menegakkan keADILan. bila dah nama pun parti keadilan, mestilah adil dari dalam.
manjungmari,
Tak perlu ambil alih kuasa.Kuasa tu ada kat kita. Masalah sekarang ialah depa yang pegang jawatan tu ingat depa ada kuasa. Yang ni baru PKR Perak…aku ingat mungkin 3-4- siri kot. Lepas tu Pas pulak.mungkin lagi 2-3 siri.
mamamat,
Mungkin kalau lantik Jamaludin jadi Ketua PKR Perak lagi baguih kot. Dia terror pasai penubuhan cawangan..kot-kot la PKR ni banyak cawangan lagi.
Budaksauk,
Ada lagi….tunggu dulu.
Blues,
Aku tak layak jadi pemimpin Islam sebab ada dua perkara.
1. Hisap rokok.
2. Suka lepak kat kedai janda Bakaq.
Nak jadi calon Pas…awai-awai kena reject.
Okzack,
terima kasih. tak payah jawab apatakena.
peihong,
ha.ha.ha.. kalau bertanding dengan Tok Mun boleh la kot.
budak sauk,
Kalau dalam Umno..grassroot kena ikut apa saja cakap Presiden Umno. Dalam PKR, Presiden pun kena ikut cakap Anwar. yang dibawah…tukang tampal poster boleh la.
Komen yang atas ni aku yang tulis…terpakai password webmaster pulak.
Teman riso PKR Perak ni. Jangan dia jadi kape (kapal) layor dah. Nakhoda nak pegi tempat lain, jurumudi kona kelain. Anak kape suma dah mabuk. Bukan mabuk laut. Mabuk harta rampasan. Isy, maleh teman nak pikior pase PKR ni. Dah lame teman dengor citer deme kat kampung (Pasir Salak, Hilir Perak etc). Contohnya, kalo deme tu bersatu hati dan turun padang dengan gigih pada Mac 2008 dulu, Mustafa Kamil tu dah menang dah.Itu teman tau sangat. Orang PKR jangan marah teman kabo macam ni.Tapi inilah hakikat.
Teman ikhlas mengegur sebab teman bukan ahli PKR. Teman takde nak berebut habuan. Jadi kot mike (EXCO PKR) marah teman pun, mike tak boleh pecat teman. Kahkahkah.
Bila dah menang beginilah jadinya.mula isu berebut kepimpinan.dengki orang dapat lebih daripada dia padahal dia berjuang lebih lama.kalau tak ikhlas beginilah jadinya.tok dan arwah omar tan reformis 98 tak kisahpun tak dapat apa-apa.yang penting UMNO,parti yang menyusahkan Melayu tumbang
Ayuh, ajak teman2 PKR yg benar2 memperjuangkan kebenaran dan keadilan sertai PAS.
Sama2 dalam Pakatan Rakyat, selagi pimpinan Pas bersama PR.
Salam perjuangan..
Allah Maha Besar
jom kita pakat ramai-ramai angkat MSK sebagai PM baru dan Umar jadi pemerintah baru…..lepas tu baru depa ada akai…DSAI bijak tapi dibodohkan oleh orang disekelilingnya…adoiyai…
MSK,gamak nye PKR Perak ketandusan pemimpin.Tman x nmpk maslah besor dPerak yg memerlukan pertukaran dbuat.Apakah Hj.Osman sewaktu mnjd Ketua dulu memperkuatkan parti?Apakah ubungan istimewa Exco Jamaludin dn Hj.Osman memungkinkan PKR Pusat memutuskan perubahan d lakukan?Apa kah pertimbangan DSAI menilai merit atau kerna caya lbh kpd ‘inner circle’ beliau smpi menepikan suara ahli?Tman brpndpt ramai Ketua Bahagian x senang ngan perubahan ni.Yg seronok hanye EXCO PKR dlm kerajaan je kot sal sbb2 tertentu.DSAI telah dmaklumkan akan prestasi EXCO2 ni but yet dia leh d pengaruhi.Setau tman Hj.Mail dn Ust Zul brjuang ngan amat ikhlas dn x prnh putus asa.Mereka punyai ilmu dn fikrah.x cm EXCO yg ade.Dh byk citer sal EXCO2 ni.Dl le x mau hadir mesyuarat Negeri,program dn hasrat parti pun pe pun x buat.Tman x nmpk langsung sumbangan mereka kini.Sblm ni ade tpi stlah memegang jawatan,hmmmmm.Think it is a foolish move to change leadership in PERAK.Yg setia dn ikhlas dketepikn.Yg d ambil org yg tlah pun ilangkan diri dn brsekongkol lak ngan org parti dlm kerajaan.Merka dh lupe mereka dlm kerajaan kerna parti.Klu cmni,tman rase abs lah PKR Perak.Ikut ati mati kate org.Percaturan silap oleh Anwar.
ummidini,
Tu la pase nye. Hj. Osman ni dulu Ketua bahagian PAsir Salak..tapi cabut bile kita memerlukan dia. Tup-tup…tersemboi balik, bila dah nampak sesuatu. Anwar pun ikut saja..
faridshah,
Ini bukan pasai parti..tapi pasai orang dalam parti Habis aku hentam PKR..aku hentam Pas pulak. Sama saja.
Sya,
Aku dah jadi PM dah! Primamaya…cuma dok tunggu Albanjari sponsor Camry.
ibn hamzah,
DSAI dan Azmin cakap pasai KPA dan KPI, tapi depa sendiri tak ikut.Macam mana dengan KPI tiga EXCO PKR? Macam mana dengan KPI Hj. Osman masa dia jadi Ketua Perhubungan Negeri dulu?
ada udang disebalik batu..nanti aku cuba-cuba korek tengok.
haish. susah2. politik orang melayu. cmniela. xpena berubah. sama ad dsna, dsini. srupe sahaja. xtawla kan.
Perak skunk da dbwah PR. so, ketua PKR prak tuh krusi panaslaaa. spe xmaw duduk. dlu Perak nie bwh BN, sume xmaw. apa bole dapat. habuk saja. skunk klu pegang ketua PKR perak, mcm2la bole dpt. hahahaa. ntahlaaa. moge2 ALLAH slamat PKR dan PR.
amin.
salam msk
Presiden Primaya,
Kalau macam tu, lah jadinya 2 x 5 je . elok lah PM maya aje yang ambil aleh.
Ambil alih apa, yangmana kurang dilebihkan, yangmana lebih kurangkan.bagi sama rata jangan timbang pakai dacing, dacing dan tak releven lagi. Gunakan tali air.
Mana ada manusia ni tepat,yang tepat hanya allah. Usik sana usik sini nak cari jalan penyelesaian.
Penentuanya allah sahaja yang ketahui.Manusia hanya mengadunkannya.Sama-sama lah kita berdoa PKR Perak ini didalam keadaan aman dan selamat hendaknya.
Benar tetap benar, berani kerana benar.
Tiada siapa akan capai tahap sempurna… pasti akan wujud kelemahan di sana sini, yg penting yg dah dpt kuasa tu harus merancang dgn baik utk kebaikan rakyat - itu yg utama.. buang jauh2 perasaan tamak tu, kalau tidakk.. takkan kemana.
Apa2 pun sila dptkan Ole2 Hujung Tahun dari saya di http://www.rm1ebook.blogspot.com
wtf??
[...] sangat kat Anwar bila dia bawak Hj. Osman ke Perak? Baca balik posting aku dalam Krisis PKR Perak 1,2,3. Kat situ aku dah warning Anwar…orang yang dia percaya la yang selalu bawa bala. La [...]
[...] sangat kat Anwar bila dia bawak Hj. Osman ke Perak? Baca balik posting aku dalam Krisis PKR Perak 1,2,3. Kat situ aku dah warning Anwar…orang yang dia percaya la yang selalu bawa bala. La ni…baru [...]
Saya cadangkan Lim Kit Siang jadi ketua PKR Perak